Ahad, 27 Mac 2011

Home » , , , , » Hati kaum Hawa

Hati kaum Hawa

 

salam bahagia,

 
>

 




 

Kadang-kadang apa yang dia cakap tu tak sama  seperti apa yang dia rasa.Tapi dia nak kita faham tanpa dia perlu memberitahu. Memang tak masuk akal, tapi itu la perempuan.




 

Betul ke perempuan @ wanita ini rumit @ ‘complicated’… ? Kome rasa camana?

 

Ni pendapat ibu jer.. berdasarkan pengalaman dan pengamatan sendiri.

 

jenis daring @ berani @ mungkin juga ade ciri-ciri laser


  • setengah orang perempuan ni ade yang jenis daring.. Winking smile kalo suka sesuatu @ seseorang.. dia boleh jer dengan selamba nak meluahkan perasaan pada orang tu. macam2 usaha dia akan buat supaya si dia ‘perasan’ akan kehadiran dia.. bukan setakat ‘tarikan fizikal’ (berhias dan melawo ), tetapi juga dari tuturkata … tapi selalunya orang lelaki pulak yang akan jadi takut dengan perempuan macam ni… uwwaaa…


  • ade juga kelebihan perempuan macam ni : jodoh dia selalunya dengan lelaki yang pemalu.. lelaki yang berat mulut & susah nak meluahkan perasaan…


  • namun jangan salah faham tau, perempuan daring tak bermakna dia tak ada hati perasaan, sampai saatnya, perempuan daring pun buleh jadi pendiam, kunci mulut dan masuk ‘gua’ untuk seketika.. *jangan ingat orang lelaki jer yang masuk gua.. cuma gua orang perempuan ni berbeza sikit la*


  • dan ade juga perempuan yang laser dalam sesetengah perkara, tetapi pemalu dalam hal yang melibatkan perasaan.


  • cuma bila sudah berkahwin, perempuan daring ni lebih mudah berkomunikasi dengan pasangannya.. jika tak puashati, dia direct jer cakap dan pada dia komunikasi tu penting.. Thumbs up


  • namun sebahagian besar lelaki selalu salah anggap dengan perempuan yang macam ni.. kadang2 perempuan macam ni dianggap cuba menjadi ‘queen control’.. walhal sebenarnya, dia tak lah macam tu.. dia cuma nak alert kan pasangannya ajer.. supaya che abe nya tak lupa


 

 

jenis pemalu @ berat mulut @ suka memendam

 


  • sifat semulajadi orang perempuan adalah pemalu.. kalo boleh nak sembunyikan segala perasaan yang ada.. kalo boleh dia nak orang lelaki yang dia suka tu, faham dalam bentuk ‘telepati’ @ psikik…Smile with tongue out ekekkeke… perempuan jenis ni selalu nya lebih suka curi-curi pandang jer, pastu buat2 macam tak ade apa2.. bukan apa, depa tak mau dikecewakan walau dalam hati tu sebenarnya ‘suka gila kat mamat tu’..


  • Perempuan yang suka memendam perasaan ni bukan setakat orang lelaki jer yang susah nak faham, kadang2 orang perempuan sendiri pun susah nak faham, terutama kalo yang jenis tak suka nak share masalah dengan orang lain


  • perempuan jenis pemalu ni selalunya jodohnya ada lah lelaki yang jenis daring/berani. Hanya lelaki yang berani ajer yang boleh buat perempuan berat mulut ni membuka mulut. Winking smile so, sebenarnya bukan lah rumit sangat perempuan pemalu ni.. cuma kalo kena gaya cara lelaki ‘menguruskan’ nya, pasti berjaya.. masalahnya, tak ramai lelaki yang betul2 amik port @ amik kesah dengan perwatakan perempuan pemalu ni..


  • dan ada ketikanya, perempuan pemalu ni boleh jadi ramah & mudah didekati.. bergantung pada persekitaran juga ya.. jika persekitaran selesa, pasti lah dia akan jadi lebih terbuka.. selesa di sini adalah : sudah kenal @ familiar dengan kawan-kawan @ ahli keluarga, juga disenangi oleh kumpulan/group/komuniti.


  • yang penting, kome (tak kira lah lelaki @ perempuan) harus lah dipercaya oleh mereka yang pemalu ni.. jika terjadi sesuatu yang membuat si pemalu ni hilang kepercayaan, maka dia mungkin akan jadi berat mulut semula dengan kome… erkkk ade faham ker.. contohnya : kome g buka rahsia dia..  Smile with tongue out actually ini adalah prinsip mutual dalam mana2 hubungan, harus ade sifat saling percaya.


  • so, betul ke perempuan pendiam ni sukar didekati.??? kome tanya lah diri kome sendiri.. kena lah pandai bermain psikologi sosial dalam hal ni.. contoh, belajor ‘body contact’ @ bahasa badan..


 

Samada perempuan tu jenis daring @ pemalu.. hakikatnya, kalo dari segi perasaan (dalam bab bercinta & belum ada ikatan) takkan lah nak bagitahu 100% kan… simpan lah sedikit.. sebabnya orang perempuan ni suka lelaki yang lebih agresif @ menunjukkan kesungguhan dalam menjalin hubungan yang lebih erat. Tak best lah kan, kalo perempuan yang dikatakan ‘mengejor si lelaki’ @ dipanggil perigi cari timba…

 

Tapi bila sudah berumahtangga, tak boleh dah nak reserve perasaan ni, kalo suka kena cakap suka, kalo setuju kena cakap setuju.. kalo tak suka, kena bagitahu pasangan kita, kenapa tak suka dan harus selalu ade perbincangan @ komunikasi.

 

Tu pasal ade orang cakap, orang perempuan ni bila dah kahwin semua nak control.. bukan nak control, tapi kehidupan berumahtangga adalah sesuatu yang real dan pasti.. jadi harus firm bila sudah menjadi isteri dan ibu.. padah akibatnya jika  asyik memendam rasa. Kalo bule bior le suami tahu/alert apa yang isteri tak suka, tak kisahlah dari segi pengurusan rumahtanggan, pengasuhan anak2.. maupun pengurusan kewangan keluarga.. memang kena cakap terus-terang.. tapi bior le berlapik (di kaborkan dengan cara yang berhemah la, kalo asyik melaser juga, mau nya suami asyik nak kuor rumah jer)… Smile with tongue out

 



 

hakikatnya wanita dan lelaki ini Allah jadi kan berbeza dari segi emosi dan keperluan, tapi dijadikan pasangan hidup untuk saling melengkapi. Winking smile Yang belum pernah membaca buku tulisan John Gray.. aci cuba cari buku tu… bagus.. ibu dulu baca buku ni dari kulit ke kulit.. nanti ade masa ibu cuba kupas sikit2 tajuk2 yang sesuai yang dibahaskan dalam buku tu..

 

n3 ini ditulis sekadar respond kepada n3 ini di blog onceitalk,com. dan ini hanya pandangan peribadi ibu, pada ibu tiada yang betul @ salah.. sebab emosi dan perwatakan kita ini berubah-ubah mengikuti emosi dan persekitaran.

 

Kome boleh tinggalkan pendapat kome di kotak komen yer… Smile

 


 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


30 ulasan:

  1. Susah juga nak cakap. Kalau Yati cakap, Yati balance antara daring dan pemalu, boleh tak? Hehhe... tengok pada keadaan la. Dulu masa bujang agak daring juga. Sekarang dah lain sikit. Hik hik. Tapi cuba untuk open up bagitau dan berbincang. Tak elok pendam-pendam kan, nanti sakit jiwa. Hidup mesti happy! :)

    BalasPadam
  2. Yus pun rasanya sama mcm Yati. Gabungan keduanya kot. Tapi mungkin lebih pada daring kalau dengan pasangan. Suka berterus terang, tp ada masa sembunyikan juga sekejap untuk dia cuba faham kita. Tapi kalau tak faham juga, mmg malas nak tunggu dah, beritahu saja lagi senang...:)

    BalasPadam
  3. terima kasih atas pandangan akak tu..hihi..dapat juga tips2 eratkan hubungan..keh3..

    BalasPadam
  4. perempuan ni suka lelaki yang lebih agresif @ menunjukkan kesungguhan dalam menjalin hubungan yang lebih erat. like dis statement kakyong..sebab pmpuan pemalu..:)

    BalasPadam
  5. wah... suka la ape yg kakyong tulis ni... nak share boleh?

    BalasPadam
  6. sgt setuju dgn entry ni..sbb mr hubby kdg2 bebel2 kat me ckp mcm me ni semua benda dia nak kena ikut kata me, tp me tak de plak rasa mcm tu...emmm kot2 me jd queen control tanpa me sedar tak tau lah..

    BalasPadam
  7. boleh ajer shira.. no harm... bukan tulisan ilmiah pun..
    tapi kan mostly ibu2& isteri2 ni ade 2-2 sifat ni kan.. apply ikut situasi lah kan... :)

    BalasPadam
  8. puan kutu,
    tu lah kakyong lambat kahwin.. sbb lambat jumpa lelaki yg betul2 menunjukkan kesungguhan ..

    BalasPadam
  9. ha'a, mmg shira nmpk ade kedua2nya, applicable on what situation la kan... komunikasi bg shira mmg penting tp ada keadaan takleh nk terus terang...

    hasben shira slalu komplen shira byk berkias, hehe... shira ckp, tanggungjawab abg la nak kena lebih memahami, hehe...

    BalasPadam
  10. zalin,
    pandangan yg ringkas ajer.. actually mostly org perempuan ada both kategori.. cuma % tu jer.. so pandai2 lah cari sisi pemalu & sisi daring pasangan anda... ;)

    BalasPadam
  11. yus,
    ya betui.. kakyong pun ade masa jd terlebih daring.. ade masa tu, jd malas nak bercakap.. jd pendiam.. act ikut situasi lah kan...

    BalasPadam
  12. yati,
    actually yg tdk disebut dlm n3 itu adalah gabungan ke2 watak tu... ;)

    yg pasti, emosi & sikap kita berubah2 mengikut keadaan & situasi kan... :)

    BalasPadam
  13. suzie,
    kalo tetiba timbul perasaan 'eh, aku ni dah jd queen control ke?'.. mungkin kena pause kejap & cuba ricky2 apa sebenarnya yg suami tak puashati.. mungkin kurangkan sikit ke'kontrol'an itu... dan buat langkah2 balancing... ;)

    tp kan, kdg2 perkara yg suami anggap 'kita queen control' tp bila life smooth as plan baru la suami nak twist sedikit pandangan dia... kdg2 isteri ni terpaksa bertaruh dgn masa kan untuk mbuktikan ' I'n not queen control, but just trying to make our life better'...

    BalasPadam
  14. btol tu k/yong. bila dah kawen, takleh nak pendam22 nanti makan diri. if tak puas hati, lepaskan je...at least hubby kita leh tahu. org laki ni payah faham sikit kalu tak bgtau kot hehe

    BalasPadam
  15. akak ni agaknya cenderung yg ke 2 tu kakyong...agak sukar utk brkongsi masalah kecuali dgn org2 trtentu je.......suka memendam rasa n kalu brmasalah suka menyendiri n nangis sorg2...hu.....

    BalasPadam
  16. Saya pemalu tapi dalam masa yang sama, suka berterus-terang,

    BalasPadam
  17. salam kak yong bagi bee ada yg perlu berterus terang dan ada jugak yang perlu di pendam kot! susah sikit nk ckp hal perasaan ni , kalau perempuan komplikated sekali pun bila dah berkahwin biasanya perempuan akn berkorban dan bertolak ansur mengikut kesesuaian tapi lelaki lain lebih komplikated heh! ejaan tungging langgang harap sampai lah apa yg nk disampaikn :)

    BalasPadam
  18. betul tuh bib...I once dulu shy shy cat,dapat hubby jenis peramah amats...dan secara semulajadi dia pun groom me agar ringan mulut beramah-mesra dengan orang gak :)

    BalasPadam
  19. Salam perkenalan,

    Mengikut pemerhatian saya, seseorang individu yg pendiam biasanya akan mendapat pasangan yg berlawanan darinya dan begitulah sebaliknya. Adil la mcm tu. Tak kan dua2 pendiam,mahu sunyi sepi rumahtangga tu. Atau kalau dua2 ringan mulut mahu gegak gempita suasana rumah mrka

    BalasPadam
  20. setuju la kak yong, bila dah kawen hari terus terang , yes ke no ker, setuju ker tidak..org laki kdg2 dia buat tak reti jerk..harus dikaborkan..

    lagi satu org laki selalu anggap pompuan cerewet dlm hal yg remeh temeh. tp tu la, dah nature seorang pompuan kot bila nak buat sst harus ada perancangan & persediaan awal, siapa & dimana. nak plak bila melibatkan anak2..org laki bila timbul masalah br nak tanya, mcm mana resolve tp kita hak pompuan ni selalunya dah standby dr awal plan A, B & C..hehee

    BalasPadam
  21. shira,
    kdg2 ade perkara kita berkias.. & ade perkara kena cakap direct.. lebih2 lagi kalo hal yg penting sgt2... :p

    BalasPadam
  22. betul Yatie.. setuju.. tiada yg tidak setuju..

    BalasPadam
  23. salam kenalan mekar..

    ade juga yg pasangan 2-2 ringan mulut.. tak habis2 suka bertikam lidah... tp selalunya pihak isteri le yg mengalah... ;) dan ade juga yg memang 2-2 meriah & anak2 pun meriah... tengok jugaklah kan cara si suami mengemudi rumahtangga..

    BalasPadam
  24. Hez,

    i know.. i pun dpt agak sure ur hubby yg byk buat u berubah... harap sgt dpt jumpa u one fine day..

    BalasPadam
  25. Bee,

    ya kdg2 ade perkara yg kita simpan dulu.. bgtahu ikut kesesuaian & ade juga hal yg tak bgtau langsung... lebih2 lagi yg melibatkan soalhati & perlu pulak kita menjaga hati ramai pihak... :)

    BalasPadam
  26. Fara,

    rasa malu tu memang perlu & hal2 tertentu memang harus berterus terang.. ada baiknya berterus terang dr mbiar pasangan meneka dlm kesamaran... ;)

    BalasPadam
  27. kak nza,
    hmmm.. bahaya juga jika dipendam masalah.. takper kak ade org kepercayaan utk luahkan perasaan kan.. itu lebih baik drp tak berkongsi langsung... ;)

    BalasPadam
  28. tie,
    ade setengah org laki ni memang hati kayu.. lambat nak faham.. malas2 nak faham.. tu yg geram tu... eiiii... tp ade jugak jenis yg kalo dah bgtau pun, buat2 tak faham jer... huhuuu...

    BalasPadam
  29. haha..hanie mmg type yg kedua tu...
    byk memendam,suke biorkn ati sndiri terluka...bukan ape,xreti nk meluah @ menyakitkn org ....tp kdgkala tu 'meletup' juge...tu yg bahaya kan kkyong? hoefully takkan terjadi le letupsn bom atom plak nnti..nauzubillah

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...