Selasa, 29 Mac 2011

Home » , , , , , , » Projek hari sabtu lepas

Projek hari sabtu lepas

 

 

salam bahagia,

 

Pagi ni kat kawasan taman perumahan kami ni sangat nyaman.. semalam dan kelmarin panas terik.. tapi bagus juga sebab habis segala comforter & sarung tilam bantal ibu dobi… kering semuanya.. tapi yang part tak best, ibu ni la.. bila panas berterusan, mula lah jadi sakit kepala.. malam tadi jam 9 malam ibu dah flat.. belum pukul 10 ibu dah melelap mata.. sedor2 tengahmalam hujan lebat.. Alhamdulillah.. pagi ni bangun.. bestnya suasana nyaman, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa… burung ciak berkicau-kicauan.. bising dah macam suasana kampung… Thumbs up

 

memang kampung pun kat sini.. sebelah taman kami ni memang kawasan kampung… Winking smile

 

Hari sabtu lepas.. kami anak-beranak seawal sebelum subuh sudah menjejak ke Ulu Kinta..  opah santan ade hajat sikit.. maka ibu pun sukarela la tolong apa2 yang patut… bosan jugak kan asyik dok terperuk di rumah jer… tapi ibu tak de la menolong apa2 sangat pun, setakat buat koje potong-memotong jer… maka sebelum jam 3 petang tu.. siaplah segala nya..

 

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="bihun singapura ala UK"]bihun singapura ala UK[/caption]

 

 

rendang ayam special opahsantan

 

 

pulut kuning opahsantan

 

Pastu ibu cuma tolong2 packing jer la… dibantu oleh en ayah dan makNgah ieda (mamanya Adib)

 



 

Alhamdulillah, sudah selamat pun hajat opahsantan ni disedekahkan ke rumah anak yatim di Tanah Hitam Chemor.. Ibu tak pernah sampai @ jejakkan kaki ke rumah anak2 yatim tu.. tapi ibu teringin juga nak pergi melawat anak-anak yatim ni suatu hari ni.. buat masa ni penghuni rumah ini ada dalam 48 orang anak-anak yatim.

 

Ibu pun kan sebenornya berhajat juga nak buat pulut (tak mau pulut kuning, nak putih jer) dan rendang daging dan sedekahkan pada jiran2 di sekitar taman ni.. dari tahun lepas lagi berhajat.. tapi tak ter’sampai’ pun pada en ayah.. Disappointed smile rasanya tahun ni kena jugak buat kan… dok tangguh2 niat ni, sekarang ni dah rasa macam ‘beban’ pulak..

 

kome ade ‘hajat’ nak bersedekah macam ni.. ?!

 

p/s

~ lega sedikit sebab list peserta no 21-40 sudah submit untuk dinilai oleh juri

~ hari ni tak dapat nak semak penyertaan yang lain.. sebab nak fokus pada koje design dan nak siapkan portfolio untuk kerja2 design kakyong

 

 

salam kasih sayang,

 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


12 ulasan:

  1. Teringin jugak Kak Yong, cuma masih belum berkemampuan lagi

    BalasPadam
  2. wahhh.. selalunya kat kampung2 memang ade wat camni kan.. masak2 kat umah.. bungkus2 kasi masjid.. sedekah kat sape2 yang datang berjemaah.. tapi last 2 years time dok kat flat lama... ade gak rukun2 tetangga wat camni.. masak2 and kasi kat surau untuk jemaah makan.. sejukkk je tengok,, berganda2 pahala kan..

    BalasPadam
  3. sedap pulut kuning tue...lama benar la tak makan tue

    BalasPadam
  4. Amboi, berseleranya tengok pulut kuning tu. Nie yg pekena nie....

    BalasPadam
  5. Kakyong,
    betul. Malam semalam hujan lebat. Tapi Yati tak sedor. Dah hanyut. :)
    Bagus ye, sedekah pada anak yatim. Yati last sekali berhajat atau bernazar, masa SPM, dapat result tak disangka. Yati kata kat mama Yati, kalau dapat gred 1, nak sedekah pisang. Sebab masa trial, Yati SAP, tak lulus pun, fail 3 daripada 4 subjek elektif. Tengok-tengok masa SPM betul, dapat result tak sangka. Terus beli pisang banyak-banyak, guna duit sendiri, dan minta tolong bapak hantarkan ke masjid. Dah tua-tua ni, ada juga berhajat. Nak sedekah beras kat asrama anak yatim. tapi tak buat lagi.

    BalasPadam
  6. wah, sedapnya... hm, kena masuk list benda nak makan bfore bsalin ni, hehe...

    kt sini hujan je kakyong, smlm hujan ribut kt alor setar, byk pokok tumbang, ampaian shira pun terbang, dh senget benget dah, harus la cari ampaian baru nih...

    BalasPadam
  7. sedapnya tengok pulut kuning tu... feveret saya tu... kat kg aritu, ada la buat masak2 camtu, tp antar kat surau je la.....

    BalasPadam
  8. sedapnya pulut kuning..klun en suamitengok sahih meleleh..dh lma tu mengidam pulut..

    BalasPadam
  9. sebenarnya byk kelebihan dlm brsedekah ni kan...kiranya ikut kemampuan kita..sambil2 tu dpt ganjaran berganda2.....

    BalasPadam
  10. ade juge teringin lama dah , nk wat kenduri/jamuan raya + umah baru ...tp sampai la ni dah 3 tahun x buat2 lagi...takat buat jamuan bulan puasa je...syukur le juge dpt buat...kalau buat jamuan raya+rumah tu hanie nk pakai catering je,xletih sgt,just mlayan tetamu je kan...tu le pasal xbuat2 lg ni...bajet belum cukup..

    BalasPadam
  11. kat sini panas dah lebih seminggu...tiba2 subuh ni hujan, alhamdulillah!!

    sedapnya pulut kuning..windu pulut mak bonda (MIL). ada jugak berhajat nak wat pulut kuning--> kalo2 dpt keja gomen...tp nampaknya hajat tinggal hajat dah kot..huhu

    BalasPadam
  12. teringinnya nak makan pulut tu....nmpk sedap hingga terliur la..huhuh

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...