Rabu, 9 November 2011

Home » , , , » 2,900 rakyat Malaysia mengidap kanser kolon setiap tahun

2,900 rakyat Malaysia mengidap kanser kolon setiap tahun



Sejumlah 2,900 rakyat Malaysia menghidap kanser kolon setiap tahun
2011/11/09


PETALING JAYA: Setiap tahun, kira-kira 2,900 rakyat Malaysia, terutama lelaki Cina berusia 50 tahun ke atas, dikesan menghidap kanser kolon, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Lokman Hakim Sulaiman.
Kanser ini juga adalah yang kedua dikaitkan dengan kematian penghidapnya, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bengkel Projek Komuniti Ujian Saringan Kanser Kolon 2011 di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Advokasi Kanser Malaysia (Empowered), Dr Christina Ng, berkata pihaknya akan mengendalikan sebuah bengkel bagi mendidik serta menyediakan ujian saringan kanser kolon kepada golongan kurang bernasib baik di Selayang dan Gombak.

"Bengkel itu akan diadakan pada 20 November di dewan komuniti PPR Taman Wahyu dan kira-kira 20,000 penduduk di kawasan ini, termasuk PPR Intan Baiduri serta PPR Taman Prima Selayang, dijemput menyertai program berkenaan.
"Mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas, akan berpeluang mengikuti program ujian saringan menggunakan 'Fecal Immunochemical Test (FIT)' bagi mengesan sama ada mereka menghidap kanser kolon atau tidak, meskipun simptonnya mungkin tidak ketara," katanya.
Beliau berkata, mereka yang berkeputusan tidak normal akan dihantar menjalani ujian lanjut 'colonscopy' di hospital yang dilantik mengendalikan saringan berkenaan. - BERNAMA

sumber : berita harian


sumber dari google



Bahaya  ni.  Untuk mereka yang sudah melepasi usia 40 tahun, harus lah mula mengawasi makanan yang diambil.. kena lebih kan serat, kurangkan makanan berlemak. Sepatutnya dari usia muda lagi lah kita beringat-ingat kan… mahu tahu lanjut tentang kanser usus ni.. boleh klik sini >>  kanser kolon atau sini  >>> kanser usus besar juga di sini >> Polip punca Kanser Kolon









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


4 ulasan:

  1. byk jenis penyakit yg berkaitan dgn pemakanan kita. mmg kena berjaga2.

    BalasPadam
  2. Risau je, sebab banyak penyakit. Lagi-lagi bagi mereka yang dalam family ada sejarah cancer, lagi la risau. Tapi, pikir yang baik-baik saje dan jaga kesihatan mana yang mampu. :)

    BalasPadam
  3. @transformed housewife
    betul Nur.. rakyat M'sia ni ramai yg dpt sakit berpunca dari makanan & gaya pemakanan...

    ini pun sebagai peringatan diri kakyong juga ni.. almaklumlah umur dah hampir cecah 40's..

    BalasPadam
  4. @Yati ya yati.. pk yg baik2 & jaga pemakanan..
    ade setengah org tu pk yg baik2 juga, tp bila part makan nih, semua belasah.. ;)

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...