Khamis, 15 Disember 2011

Home » , , » Terima Kasih DenaiHati & kawan-kawan untuk projek 2 tahun lalu

Terima Kasih DenaiHati & kawan-kawan untuk projek 2 tahun lalu




Salam bahagia kawan-kawan,


Beberapa hari juga saya tidak menjengah ke blog DenaiHati.. jadi hari ni saya singgah ke sana, membaca n3 tentang pengalaman beliau di  Burj Khalifah.

Sambil-sambil tu saya pun mengelewor membaca n3 lama beliau pasal gali lubang tutup lubang... dan tetiba saya nampak n3 ini Mari sama-sama kita bantu KAK YONG, yang ditulis 2 tahun lalu.
Melihat tajuk ajer sudah buat hati saya tersentuh, ini kan pula membaca n3 dan niat murni Denaihati dan kawan-kawan blogger yang lain.


Ya betul, 2 tahun lalu, saya memang bermasalah.. laptop saya rosak, masa tu saya guna laptop ACER, skrin dan hardisknya yang rosak.. banyak kerja yang tergendala.. beberapa job akaun terpaksa saya tolak kerana tiada laptop @ PC untuk membuat kerja. Hampir 3 bulan tidak dapat online. Kehidupan masa tu macam biasa,  tidak lah mewah, setara sahaja hidup kami sehingga saat ini pun. Bila tiada pendapatan dari membuat akaun, ade lah 1-2 hutang yang tertunggak.. Masa tu, saya pun memang sudah tidak bekerja. Memang mengharap dari pendapatan online dan membuat akaun ajer.


Rezeki saya dari projek mega yang diinisiatifkan oleh Sitisifir dan MommyLyna, sebahagian daripada telah saya gunakan untuk membeli lappy che biru yang sedang saya gunakan sekarang ini. Saya beli guna 'duit plastik cap rimau,' di PC fair tapi seminggu lepas tu saya langsaikan sebahagian guna duit kutipan.





kredit doodle comel : Yasmin Aris



Sebenarnya Sitisifir ada beri kan saya senarai semua nama yang menyumbang untuk projek tersebut. Ada yang saya kenal dan ada yang saya tak kenal.. ada yang saya cuba jejak.. tapi serius tidak pernah terpikir bahwa Denaihati & kawan-kawan blognya juga turut serta.. Terima kasih itu sahaja yang mampu saya ucapkan. Tanpa bantuan semua, mungkin 'hayat' saya di dunia online dan berblog mungkin dah lama berkubur.


Walau sudah hampir 2 tahun berlalu, tapi saya tak pernah lupa dengan jasa baik kawan-kawan yang membantu.. Anda memang hebat dan pemurah. Saya sentiasa mendoakan Allah memberi kalian rezeki yang melimpah-ruah walau dalam apa jua bentuknya. Saya mungkin tidak mampu membalas kebaikan kalian dalam bentuk wangringgit, namun mungkin mampu dalam bentuk yang lain.


Apa perasaan saya tatkala Sitisifir email saya dan beritahu yang mereka ada buat kutipan.. saya memang menangis dan terasa amat terharu.. dalam sepi saya selama hampir 3 bulan, rupanya ada teman yang sudi buat projek sebegini untuk saya. Sitisifir sebenarnya mahu membuat kejutan untuk saya, tapi dia yang terkejut sebab pada awal DEc 2009 saya dah online.. baca n3 di SINI dan SINI.


sekian.. *hati saya dilambung rasa terharu.*


..
..









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


24 ulasan:

  1. 2 tahun yang lalu...masa tu sy masih belum aktif dan tak kenal lansung saper2 kat dunia blogging ni..apapun..alhamdulillah..semua dah ok kan kkayong...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah..semoga kakyong dan mereka sentiasa murah rezeki..

    BalasPadam
  3. @Acik Erna Alhamdulillah kak erna.. walau dah 2 tahun berlalu.. x lupa jasa mereka.. mungkin ada lagi mbantu & saya tak tahu..

    BalasPadam
  4. @Yati Alhamdulillah yati, terpilih mungkin.. terharu dgn jasa baik kawan2..

    BalasPadam
  5. @Papa Mifz memang tdk pernah menyangka akan dibantu.. Alhamdulillah

    BalasPadam
  6. @Lin Azlina dlm dunia blog ni elok lah sama2 berbuat baik sessama kawan blog.. 2 tahun sudah kakyong dibantu.. hari lain, mungkin ada kwn blog lain yg memerlukan..

    BalasPadam
  7. @cikpuanhady memang begitu lah doa kakyong Has, semoga mereka diberi kemurahan rezeki.. suka dgn motto blog Denaihati.. hidup untuk memberi..

    BalasPadam
  8. yus ingat lg kisah ni kakyong........... :(

    BalasPadam
  9. Terharu baca entri ini mana tidaknya kita menghulurkan bantuan orang tidak kenali semata-mata niat ikhlas membantu sesama insan.

    BalasPadam
  10. walaupun skadar rakan maya .. tp nilai persahabatan tu terasa bernilai skali kan kkyong ... tp kita sama2 dah penah jumpe kak sitisifir kan ;)

    BalasPadam
  11. kena selalu percaya
    rezeki ada di mana2
    dan datangnya juga tanpa diduga
    syukur alhamdulillah

    BalasPadam
  12. masa saya kenal kak yong dah pun on9 semula..tp lepas setengah tahun (sekitar june 2010) tiba2 saya terjumpa n3 sitisifir pasal ni..mmg saya juga jejak link kawan2 lain..masa tu saya rasa Ya Allah, baiknya hati mereka2 itu sudi membantu walaupun hanya kenal di alam maya....semoga Allah murahkan rezeki mereka :)

    BalasPadam
  13. ada masa kita susah, ada masa orang lain susah. Jadi, ada masa..kita bantu seadanya.. :)

    BalasPadam
  14. sama2 n alhamdulillah. mudahan bertambah rezeki dr Allah.

    BalasPadam
  15. @eus terima kasih eus.. memang susah bila tak dpt online.. tp lebih susah time nak kumpul duit tu.. & x sangka kat luor sana, ada yg diam2 nak mbantu..

    BalasPadam
  16. @akubiomed saya sebenarnya lebih terharu.. kerana tu cuba2 juga mbantu mana yg patut utk mereka yg memerlukan..

    BalasPadam
  17. @Ummi Hanie yer betul hanie.. jika ikhlas.. Insya Allah, perkenalan alam maya juga boleh mengikat uhkwah selama2nya.. Amin.

    BalasPadam
  18. @tehr Syukur Alhamdulillah Tehr... kakyong memang tdk pernah menduga..

    BalasPadam
  19. @MamaYatie terima kasih yatie kerana sudi kenali mereka yg mbantu.. mereka memang hebat kan.. x kenal tp sudi mbantu saat diperlukan.. kerana hal ini lah, kakyong belajar jgn jadi selfish , org berbudi kita berbahasa, org memberi kita merasa online lagi.. :)

    BalasPadam
  20. @titan sesungguh kakyong setuju sangat dgn anda Titan..

    BalasPadam
  21. @Denaihati Alhamdulillah & terima kasih.. Insya Allah, org yg suka memberi mungkin lebih lagi Allah sediakan rezeki utk nya..

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...