Rabu, 11 Julai 2012

Home » , » Tips Memilih dropshipper yang sesuai

Tips Memilih dropshipper yang sesuai



Salam bahagia kawan-kawan,


Ini adalah rentetan dari penulisan di n3 Biznes dropship untuk mereka yang tiada modal besar





Setelah beberapa bulan kakyong menceburkan diri dengan perniagaan dropship, jadi kakyong cuba kongsikan beberapa tips dan panduan berdasarkan pengalaman kakyong.

Memang sukar untuk memilih dropshipper (owner dropship) yang menepati kriteria kita.

Ini adalah tips asas yang diharapkan dapat membantu kawan2 yang ingin menceburkan diri dengan perniagaan dropship membuat keputusan
  1. dropshipper (dropship owner) tidak kenakan fee dropship, jika ada pun minima.. cth rm10 utk seumur hidup & tdk dipulangkan (kakyong banyak join yg ini.. ;) )
  2. pelbagai produk pilihan ditawarkan yang boleh dijual
  3. komisen dalam range 15% dan ke atas.. 
  4. mudah membuat urusan pesanan - seperti dropshipper sediakan kedai online (berbayar) yang ada sistem edycart, ataupun boleh memesan melalui banyak channel, cth email, sms, whatsApp, mahupun message di FB
  5. mudah dalam urusan pembayaran - pelanggan membayar kepada kita harga jualan dan kita terus membayar harga dropship sejak dari jualan pertama lagi. Ada dropshipper yang meletakkan syarat pembayaran direct kepada mereka dan ini sebenarnya akan mengurangkan kredibiliti kita sebagai peniaga.  
  6. dropshipper tidak menyimpan komisen agen. kakyong tidak begitu setuju dengan dropshipper yang menyimpan komisen & hanya membayar komisen setelah agen mencapai quota jualan tertentu
  7. dropshipper tidak mengenakan syarat-syarat rigid seperti pesanan hanya boleh di'booking' dalam tempoh 1 jam.. sungguh tak masuk akal, sebab dalam urusan online, pelanggan mungkin perlukan masa sekurang-kurangnya 24 jam sebelum membuat keputusan untuk membeli & membuat pembayaran.
  8. dropshipper tidak mengenakan syarat - harus mencapai target jualan tertentu, jika tidak akan digugurkan sebagai agen, cth 1 bulan perlu capai jualan RM500, jika tidak capai, maka kena ucap 'bye-bye'. Syarat macam ni memang tak best
  9. Namun adalah sangat bagus & best bila dropshipper memberikan insentif jika agen dapat mencapai target jualan tertentu.. sebagai penambah semangat untuk terus maju dalam perniagaan dropship.
  10. dropshipper yang cekap dan bagus dalam penghantaran dan kemaskini maklumat delivery (cth, tracking no delivery) dalam tempoh 24 jam atau kurang.
  11. Yang paling best adalah dropshipper menyediakan bahan-bahan untuk pemasaran produk, seperti banner & gambar2 cantik untuk promosi, selain memberi tips dan tunjuk ajar cara2 untuk memasarkan produk.

11 item yang kakyong sebut ini adalah perkongsian secara rambang melalui pengalaman kakyong & perbincangan dengan kawan-kawan yang sama2 berniagaa secara dropship. mungkin ada banyak lagi point yang boleh ditambah.. semoga tips yang tidak seberapa ini dapat dijadikan panduan untuk kawan-kawan yang masih memilih dropshipper yang sesuai.

Insya Allah, di entri yang akan datang, kakyong akan cuba kongsikan beberapa dropshipper (owner dropship) yang telah berkongsi rezeki mereka dengan kakyong dengan memberi ruang kepada untuk menjana pendapatan melalui perniagaan dropship. (subject kepada keizinan daripada owner dropship)





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


9 ulasan:

  1. time kasih kak yong..n3 yg tepat pada masanya!
    like like like..

    BalasPadam
  2. Saya memang berminat untuk menyertai DropShip tetapi kekurangan informasi dan bimbang kena scam. Terima kasih berkongsi tips ini.

    BalasPadam
  3. mia tak berapa pasti sangat pasal dropshipper ni.. terima kasih ya kak yong sudi berikan penjelasan tentang ini.

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang bermanfaat. (^_____________^) kita datang BW sini ye.

    BalasPadam
  5. bagus utk pnduan mereka yg berhasrat nk join dropship tp masih takut2...

    jgn takut2 ye... ;)

    BalasPadam
  6. menarik tip2 ni, nnt boleh kakyong kongsi dropshipper mana yang elok. minat juga nak cuba

    BalasPadam
  7. menanti segmen doorship seterusnya.. tq kakyong share knowledge ni..

    BalasPadam
  8. Idea yang bernas dari kakyong... terima kasih

    BalasPadam
  9. Salam..tqvm kak yong atas ilmu dan sharing ttg dropship nie..sy baru nak bermula.

    Sy memerlukan ramai agen2 dropship yg berkaliber dan berpengalaman spt kak yong dan rakan2..
    Sudikan layari laman web saya ini utk maklumat ttg dropship dan brgnya.
    http://kintansalleh.wordpress.com

    In shaa allah..komisen dan keuntungan yg sy berikan memuaskan hati dan memberi kebaikan kpd semua.

    Harapan sy agar dapat menjalinkan ukhwah dgn kak yong dan rakan hebat ini.

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...