Selasa, 31 Januari 2012

Jom mengundi | World Bloggers and Social Media Awards




Salam bahagia,






hari ni hari terakhir untuk mencalon kan blog memasing  untuk World Bloggers and Social Media Awards




KOme dah mengundi ke??

Kalo belum , meh daftar kat sini... sign-up


Saya setakat hari ni baru vote 18 blog... saya vote blog yang saya familiar jer...


Tahniah buat Benjy.. undian tertinggi untuk hari ini.. jom undi .. klik jer banner ni..


jom support kawan-kawan saya ni.. klik banner ni tau



most vocal blog pilihan saya



Shopping blog pilihan saya



Photography blog pilihan saya.. thumbs up



best blog of the year... jom ikut saya vote 



kenapa rotikaya.com.. sebab most isu terjah sendiri.. keep it up yer.. thumbs up


saya tak VOTE best F&B blog.. kalo mat gebu calonkan blog dia, saya sure VOTE.


jom vote yang ini juga.. 


Ada beberapa kategori saya tak vote.. sebab saya pun tak familiar dengan blog-blog tu dan kurang arif akan kategori tu.




Jangan lupa SIGN-UP jika mahu mengundi.

Jika anda rasa blog anda layan untuk dicalonkan.. SIla berbuat demikian segera.. sebabnya hari ni last day..



..




jemput semua untuk memeriahkan contest & giveaway ibu sihat anak riang








Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 30 Januari 2012

Review Miecyber's Blog



Salam bahagia,


Agak lama juga saya tak mereview blog kawan/kenalan blog. Jadi kali ini saya cuba review blog Miecyber.com


1. rupa paras blog

Serius saya cakap.. 1st impression, kurang menarik.. sidebar berterabur dan tidak kemas. (aduh tuan blog jangan terasa pulak) Dengan sedikit customization, Insya Allah, boleh jadi cantik dipandang mata. Warna background entri pulak, saya lebih suka jika warnanya lebih cerah daripada warna background template. Putih adalah lebih favorable berbanding warna lain. Cadangan saya jer.. 



Sekarang ini miecyber menggunakan layout yang ke3, saya cadangkan supaya tukar ke layout ke2 (yang saya kotakkan biru tu).

Dan untuk ruang arkib blog tu boleh dipendekkan dengan cara membuat scrollbar.


2. nama blog 

Tahniah kerana telah berdomain sendiri. Saya rasa nama ni mudah diingati, cuma kadang-kadang mungkin akan jadi sedikit kekeliruan antara sebutan dan ejaan. Ejaannya unik MIECYBER. Domain yang baik adalah domain yang ringkas/pendek (kurang dari 10 huruf/abjad) dan mudah diingati. 


3. berat blog

Saya sudah timbang, dan agak berat >200kb.. boleh dikurangkan lagi berat tu.. dan saya dah test di link ini.. rupanya header blog tu memang antara penyumbang yang memberatkan blog, sebab ianya transparent header kan.. begitu dengan banner untuk taman negara pakej tu, molek dikecilkan sedikit saiz banner dan juga kurangkan lagi jumlah post mungkin hanya letak 2 sahaja.


4. rank blog


rank yang bagus.. cuma kena usaha lebih sedikit untuk rank dalam Malaysia.. dan kakyong syorkan miecyber supaya claim website di Alexa. Saya rasa encik miecyber belum claim website di Alexa. kalau silap, mohon  diampun.



5. iklan nuffnang

cuma nak tegur, iklan yang diletakkan di bawah berdekatan dengan widget follower tu, sepatutnya diletakkan di antara entri atau dalam entri. 

Untuk letakkan dalam entri, tampal kod iklan sebelum atau selepas kod ini  <data:post.body/>

Jika letak sebelum kod tersebut, iklan akan berada selepas tajuk entri, jika diletakkan selepas kod, iklan akan ada berada di hujung entri.


Secara keseluruhan, blog miecyber.com ni adalah blog yang ringkas.. maksud saya mudah navigate, nak godek-gidek entri pun senang & entri juga santai tapi ada mesej.


Sekian, terima kasih.

Review ini sebenarnya adalah untuk memenuhi syarat giveaway Miecyber. Salah silap harap dimaafi.






Mahu join sama.. meh klik banner ni.




Hadiah Untuk Review Yang Paling Menarik
a. Top up RM 30 & Cenderahati
b. Top up RM 20 & Cenderahati
c.Top up RM 10 & Cenderahati


..



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Ahad, 29 Januari 2012

Makanan untuk awet muda : Vitamin A



salam bahagia,



Vitamin A baik untuk kulit dan mata. Jika ada masalah penglihatan , contoh macam saya ni lah.. elok lah pastikan vitamin A diambil dalam pemakanan harian kita.


Vitamin A juga anti-oksidan yang  baik :
  • untuk menghalang kulit dari cepat berkedut, (dalam bahasa mudah, kedut2 lambat lah menjelma..)
  • menghilangkan kesan calar di kulit (fungsinya meningkatkan produksi kolagen) @ dalam bahasa mudah ia mencantikkan kulit, dan 
  • meminimakan kadar kolestrol dalam darah.
  • atasi masalah jerawat - terutama untuk anak-anak remaja



gambor pinjam dari SINI




sumber vitamin A dalam pemakanan harian kita :

susu, keju cedar, hati binatang, oat


keju cedar
rendang hati pun sodap.. sumber




lobak merah, buah tomato, brokoli, buah strawberi, keledek, labu merah (pumpkin), buah betik, kacang pea, aprikot, ubi keladi, timun, capsicum (juga dipanggil lada benggala,),



buah aprikot



kacang pea




--> dengan bahasa mudahnya.. : semua buah/sayur yang berdaun hijau & berwarna merah, oren..


gambor pinjam dari SINI








p/s


dalam pemakanan harian pun dah banyak sumber vitamin untuk awet muda.. :)

Ramai yang kurang percaya bila saya beritahu umur saya sudah 40.. sebab ramai yang ingat saya ni baru nak masuk 30's.. bila saya belek2, rupanya memang banyak pemakanan harian saya adalah dari sumber vitamin A.. 

contoh buah tomata & karot adalah antara yang tak pernah putus stok sejak saya usia belasan tahun lagi..

masa muda saya suka makan karot mentah-mentah.. kesannya, power kaca mata saya menurun, tapi yang sedikit tak best, penurunan power tu tak seimbang di antara 2 belah mata.. tapi dari 400 (both side) turun (masa umur belum 30's) jadi 75 (kiri), 300 (belah kanan).. dan sekarang ni power tu menten macam tu jer.. 

sehingga setakat ini saya memang tiada masalah kulit.. jika ada parut luka pun memang cepat hilang.. tapi saya sebenarnya kurang 'membenarkan diri melukakan diri sendiri'.. hehehehe, ayat.. sebab saya ni hb rendah & hemoglobin cair.. bila luka sedikit, darah akan mengalir laju, jika luka besar - saya boleh demam seharian.

bila ada yang cadangkan saya ambil kolagen dan supplement untuk cantikkan kulit.. saya selalunya senyum ajer.. sebab saya memang tak mampu nak beli.  Buat masa ini, eloklah saya ambil pendekatan menjaga pemakanan harian.



sumber :





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 28 Januari 2012

Giveaway tahun baru 2012




Salam bahagia,


Musim giveaway belum berakhir lagi.. bahkan makin banyak giveaway yang sedang hangat di pasaran blog sekarang ni... 

Kali ni  nak join giveaway dari Ummi Hanie.. kenalah sokong kawan blog kan.. lagipun Ummi Hanie ni antara sahabat blog yang setia, sudah kenal sejak tahun 2009 lagi.. cuma belum berkesempatan untuk berjumpa secara LIVE je lagi..



jom join.. klik banner tau


hadiah-hadiahnya :


Hadiah² ;
  1. Top Referral no.1 = Sepasang cawan english design didatangkan khas dari UK oleh uk store (lihat gambar di sini)
  2. Top Referral no.2 = Baucer RM50 untuk shopping di UK Store  + Baucer RM10 dari Freshie Belek
  3. Top Referral  no.3 = Sulaman cross-stitch nama anda dari Yati n Stitch + Baucer RM10 dari Freshie Belek


Menarik tak... ??? 





..

Jom sokong sama giveaway kakyong ni yer.. terima kasih


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


HusnaLilShop Giveaway!





Salam bahagia.

Jom join... 


due 12 Feb 2012.. klik banner untuk join



hadiahnya :   kipas comel ni..



..



Jom sokong sama giveaway kakyong ni yer.. terima kasih

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 27 Januari 2012

iPad untuk pembelajaran anak-anak





Salam bahagia..






IPAD FOR KIDS LEARNING

ukuran : 24 x 19 x 2.2

FUNCTIONS :
* PRESS SCREEN *
* USE BATT 3XAA *
* CHINESE/ENGLISH CHANGE *
* AVAILABLE IN 2 COLOURS, WHITE AND SILVER *

NOTED:
hanya PRESS SCREEN. tak boleh scroll-down mcm real I-pad.
Fungsi spt laptop baby yg bole tekan-tekan tu.


• learning words • spelling ability • find letter • learning vocabulary
• mucis talent • indepent learning
- image di screen adalah static. not moving.
- icon X bole enlarge, unable to connect to wifi, x bole re-install program
- Xde Angry Birds, Xde fruit Ninja, Xde Zombie, Xde Talking Tom etc.


PRICE INCLUDE POSTAGE 
RM39 - semenanjung m'sia
RM46 - sabah/sarawak 

**berminat sila PM kakyong habibah yahya 
https://www.facebook.com/kakyonghyibu3A

barang available selepas 31 January 2011, 
boleh booking order, deposit RM10 diperlukan untuk setiap satu.


STOK ADALAH TERHAD




..



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 26 Januari 2012

Bantu anak yang tercicir pelajaran


Salam bahagia,

Bulan lepas ada saya kongsikan entry INI >> Bakti pada anak-anak tercicir persekolahan

JIka dalam entri yang lalu kita baca kesah Udin, .. kali ini saya kongsikan kesah ini pula.

saya berharap ada dikalangan rakan blogger yang sudi infaqkan at least RM10 sebulan untuk anak-anak ini.. cadangan ajer.. tapi sila lah baca dengan lapang hati.. 

SUMBER dari SINI


Umurnya 10 tahun. Beberapa bulan lalu, dia ditangkap bersama-sama abangnya yg berumur 12 tahun dan sEorang lagi kawan -mencuri meja sekolah. Meja tu bahagian tepinya diperkukuhkan dgn besi. Bahagian besi tulah yg dijual kepada pembeli besi buruk utk RM3. 

Kenapa? Sebab nak beli beras. 

“Kami lapar sgt,” kata mereka. 

“Saya tak sampai hati nak hukum diorang bila dpt tangkap,” kata Ustazah Norazainah. Beliau telah mengajar di KAFA Integrasi Al-Insaniah sejak 2004. Malahan dia dan seorang guru lain yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah itu di tgh2 kawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Lembah Subang. 

“Sekolah kami ni mmg selalu kena pecah masuk, barang2 dirosakkan dan dicuri. Mmg frust betul sbb kami kumpul duit utk kemudahan sekolah ni dgn titik peluh sendiri. Bila dpt tahu yg pelajar kami sendiri yg mencuri, mmg sedih. Bila tahu kenapa, Tuhan sajalah yg tahu perasaan ni.” 

Dari nak dihukum akhirnya ditolong. Ustazah Zainah meminta Izam dan abangnya membawa beliau ke rumah mereka. 

Runtun hatinya melihat keadaan tempat tinggal mereka. Izam punyai lima adik beradik. Mereka tinggal di sebuah unit flat yg keadaannya amat daif bersama2 bapa mereka, yg tiada di rumah ketika lawatan itu. Si bapa sibuk mencari rezeki di tepian Jalan Masjid India, menjual alat permainan. 

Ibu mereka masih hidup, namun telah lama meninggalkan mereka. Tak sanggup menanggung keadaan hidup sedemikian, begitulah yg diceritakan kepada Ustazah Zainah. 

Ketika beliau masuk, ternampak adik-beradik yg lain sedang duduk di atas lantai, sambil menjamah nasi kosong di dalam talam. Yg bongsu umurnya empat tahun. Badannya kelihatan lesu, lagaknya pasif, menurut Ustazah Zainah. Mungkin kerana terlalu lapar, mungkin kerana kurang nutrisi, mungkin kerana penyakit yg tidak kita ketahui. 

Guru Besar sekolah, Ustazah Hawa, menceritakan pada saya tentang usaha mereka meminta kebenaran si bapa untuk menjaga dan membela nasib yg bongsu dan si kakak yang umurnya belasan tahun, namun tidak diizinkan. Mereka mati akal, tak tau mcm mana nak sampaikan pertolongan. 

Izam dan abangnya tiada surat beranak. Jadi, tak dapat pergi sekolah kebangsaan. Kakaknya yang berusia 13 tahun dpt ke sekolah menengah, namun terpaksa juga menjaga yg bongsu ketika bapanya tiada di rumah. 
Tapi selalunya, Izam yg menjaga adik-adiknya ketika yang lain ke sekolah dan bapanya bekerja. 

Pertama kali kami bertemu, Izam senyap dan sugul. Baju sekolahnya comot dan berdaki. Katanya dia memakai baju yg sama setiap hari. Baju itu dibasuh di hujung minggu. 

Kami bersembang. Katanya, matapelajaran kegemarannya Jawi. Saya minta dia tuliskan namanya di atas sekeping kertas. Dia dapat menulis (dalam tulisan Rumi). Ini sebenarnya mengkagumkan kerana dia tak pernah ke sekolah. 

Saya tanya apa yang dimakannya ketika sarapan pagi tadi. 

Tak makan, jawabnya. 

Sebelum ke KAFA? 

Tak makan. 

Saya terdiam, sambil memandang pinggan berisi goreng pisang di hadapan kami. 

“Jadi.. ni baru Izam nak makan?” 

Dia mengangguk. 

Kata Izam, kadang-kadang dia tak lapar, sbb dah biasa. 

Ya Allah. Saya tak dpt bayangkan apa yg dilalui anak ini setiap hari. 

Saya tanya, Izam nak ke sekolah? Sekolah yg saya maksudkan ialah sekolah kebangsaan. 

Wajah Izam serta-merta berubah. Ceria. Tersenyum. Senyuman yg penuh harapan. 

Ustazah Zainah bertanyakan saya sama ada nak melawat rumah Izam. Saya setuju. 

Sesampainya di sana, kami dapati bapanya tiada di rumah. Beliau di surau, menunaikan solat Asar berjemaah. Namun anak perempuannya telah diarah agar tidak membenarkan sesiapa masuk ke rumah, melainkan keluarga. Tapi, kalau saya nak masuk pun, mmg takda masalah. Tombol pintunya hilang. Yang ada hanyalah sehelai kain buruk yg digunakan utk menutup lubang tombol dan menyelak pintu. 

Kami menghormati permintaan si bapa dan menunggu di luar. Bila beliau tiba, dia meminta maaf kerana tidak dpt membenarkan kami masuk. 

“Saya buat begini bukanlah sebab saya sombong, tapi Cik kan dah tahu keadaan rumah saya, sgt daif. Saya malu nak bagi masuk. Bimbang boleh dijadikan fitnah,” katanya. 

Beliau kurang selesa dgn kehadiran saya. Katanya sungguh pun mereka hidup dalam kemiskinan tegar, mereka bukannya pengemis. Beliau tak mahu media dtg ke rumah, merakamkan kedaifan hidup mereka dengan kamera video, menceritakan pada org ramai tentang kesedihan mereka. Beliau jengkel dengan mereka yang meratapi nasib di dalam TV, dengan air mata bercucuran, ditatap umum. 

Saya berjanji tidak akan mengambil gambarnya dan tempat tinggalnya, atau mendedahkan identitinya di media. Namun saya tetap akan menceritakan kisah mereka, cuma bukan dgn cara yg tidak dikehendakinya. 

Saya di situ bukannya atas dasar mencari berita, tapi atas dasar kemanusiaan, kerana saya juga seorang ibu, punyai naluri kasih sayang pada anak2. 

Saya dan Ustazah Zainah berusaha memujuknya membenarkan sekolah itu menjaga si bongsu dan anak perempuannya di siang hari, agar beliau mudah mencari rezeki atau mencari punca pendapatan yg lebih baik. 

Namun beliau kurang yakin dgn cadangan kami. Katanya, kalau dia ke kerja awal pagi, siapa yg akan menyiapkan anak2? Memasak utk mereka? 

Cadangan Ustazah Zainah itu sebenarnya amatlah praktikal. Si bongsu akan dimasukkan ke program taska mereka pada waktu pagi, dan Ustazah sendiri akan menjaganya di sekolah selepas habis taska, sehinggalah si kakak atau bapa balik. Namun cadangan itu tetap ditolak. 

Si bapa seolah2 gembira menerima kemiskinan ini sebagai taqdir yg akan merapatkan lagi hubungannya dengan Rasulullah s.a.w. Saya berkata kepadanya bahawa ramai para Sahabat alaihissalam yang juga kaya, dan mereka juga amat rapat dan dicintai Rasulullah s.a.w. 

Sebelum kita menuduh beliau menggunakan agama sebagai alasan kemiskinannya, harus juga kita ingat yg beliau seorang lelaki. Ego lelaki itu cukup kuat utk membuatkan beliau menafikan kesempitan hidupnya. 

Saya mmg kagum dgn dedikasinya menjaga anak2 setelah ditinggalkan isteri. Tidak mudah dilakukan, tidak ramai sanggup melakukan. Namun realitinya adalah budak2 itu tetap lapar, dan telah pun mencuri akibat kelaparan. Mereka perlukan pendidikan utk membebaskan diri dari cengkaman kemiskinan. Si bapa itu sendiri mengaku, Izam sering menyuarakan keinginannya utk ke sekolah, dan mengadu dirinya seperti diperlekehkan rakan2nya yg seronok ke sekolah ketika dia terperuk di rumah. 

Kami menawarkan pertolongan mendapatkan surat beranak utk anak2 itu, tapi balasnya “Buat apa? Dia sudah darjah 3..tidak ketinggalankah dia?” 

Tidak, kata kami. Kami terus memujuk. Saya kata anaknya bijak, sgt berminat belajar. Sebenarnya, ramai pelajar sekolah itu yg sememangnya bijak walaupun dikongkong kemiskinan dan kelaparan. Cuma, mereka tak berpeluang mendapat kehidupan lebih baik. 

Bapa Izam berkata beliau malu anak2 nya ke sekolah KAFA itu tanpa membayar yuran, kerana beliau tak mampu. Ustazah Zainah kata takpa, asalkan mereka dtg. 

“Takkanlah saya tak bagi budak2 ni dtg..ini ilmu akhirat. Tanggungjawab saya nak mendidik mereka, dtg sajalah, takpe,” rayunya. 

Di sini saya nak terus terang mengatakan bahawa walaupun ibu kepada budak2 ni org Malaysia, bapanya ini kemungkinan warga Indonesia. Pelatnya sukar dilindung. Terdahulu, saya pernah ditegur seseorang yg tak puas hati saya menolong pelajar miskin, yg bukan semuanya dari org Malaysia. Saya rasa komen mcm ni tak perlu. Bukankah dia tetap manusia? Bukankah budak2 ni, tetap budak2? Mereka berhak mendapatkan hak asasi seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan. Dan kita semua sesama Islam. Yg membezakan antara kita, taqwa. Itu saja yg perlu kita ingat. 

Guru2 di KAFA Al-Insaniah ni bukan saja telah melaksanakan tanggungjawab mereka malah lebih dari itu. JAIS hanya mampu membayar guru2 ini bagi satu sesi pengajaran, sedangkan ada guru, spt Ustazah Zainah, yg mengajar dua sesi. Ada guru yg langsung tak dpt dibayar. 

JAIS mengharapkan perbelanjaan sekolah dpt ditampung oleh yuran sekolah. Ya, secara teorinya takda masalah, kerana kebanyakan sekolah KAFA di Lembang Klang ni lokasinya di kawasan perumahan mereka yg berpendapatan sederhana atau agak berada. Jadi ramai yg mampu yuran RM20 sebulan. 

Namun KAFA Al-Insaniah dibina di tgh2 kawasan PPRT. Kebanyakan keluarga yg tinggal di sini masing2 penerima zakat. Hampir separuh kanak2 yg ke sekolah itu juga dari keluarga penerima zakat, jadi tau2 sajalah tahap keperitan hidup mereka. 

“Bagaimanalah kami sampai hati nak mintak budak2 ni yuran sekolah?” kata Ustazah Hawa. “Masa mula2 tu, kerana ramai yg tak bayar, kami mintak, tulis surat kat ibubapa. Lepastu, ramai yg tak dtg sekolah. Kami ingat takpalah, mari balik, tak payah bayar, asalkan dpt teruskan belajar.” 

Guru2 ini sanggup menerima potongan gaji semata2 agar sekolah ini terus beroperasi. Gaji mereka kira2 RM1,200. Itu pun baru2 ini dinaikkan kerajaan. Sebelum ini, RM1,000 ke bawah. Lagi menambahkan asam ke luka, baru2 ini sekolah itu dipecah masuk. Habis yuran, komputer dgn data pelajar dan wang sumbangan dari jualan amal disapu. Dapur kantin juga dipecah masuk dan makanan dicuri. Penutup longkang dan pelbagai lagi barangan besi dan logam dicuri, membahayakan anak2 yg bermain di waktu rehat. Pagar dipotong, siling dipecahkan, memudahkan lagi pencuri keluar masuk. Guru2 ini mati kutu bagaimana nak terus beroperasi bila berhadapan dgn cabaran sebegini besar. 

Setiap ringgit yg disumbang ke KAFA Integrasi Al-Insaniah dapat megenyangkan seorang pelajar, menggalakkan mereka ke sekolah, membantu mereka merubah kehidupan. Setiap ringgit membawa bersamanya harapan, membasmi kemiskinan, menggalakkan org lain beramal. 

Tiada sumbangan yg terlalu kecil. Setiap sumbangan adalah amal baik yg berterusan faedah dan pahalanya. 
Aishah r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Amalan yang paling disukai Rasulullah SAW ialah yang kekal (istiqamah) sekalipun sedikit.” (Bukhari, Muslim) 
------------------------ 





Sumbangan boleh dimasukkan ke akaun berikut:



Maybank 
'KAFA INTEGRASI AL-INSANIAH'
Acc No: 562496003074

Bank Islam 
SAR AL-INSANIAH
Acc no: 12047010031372

Atau hubungi
Guru Besar Ustazah Siti Hawa 0139180191
Ustazah Norazainah 0173217971









Untuk tahu lebih lanjut tentang KAFA Integrasi Al-Insaniah, boleh le page FB Help KAFA Integrasi Al-Insaniah 

..



jemput semua untuk memeriahkan contest & giveaway ibu sihat anak riang






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 25 Januari 2012

First Giveaway By Butik fiQ'Ra



Salam bahagia,


DI tag oleh Mia Liana untuk giveaway ini.




klik banner untuk join


Hadiahnya :

Pemenang pertama x2
sehelai shawl +  sehelai inner bawal

Pemenang kedua x3
sehelai inner bawal + 1 pcs brooch ribbon

Top referral x1
wang tunai RM30



kakyong nak ajak kawan-kawan ni untuk join
ummi hanie
lin azlina
nur-nba



..


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 24 Januari 2012

Penghargaan - projek bantu Pija




Salam bahagia,





Projek bantu Pija telah pun saya tutup dan penerimaan sumbangan juga telah saya berhentikan. Please ya, with effect from today, no more collection.. ewahh, speaking london lah pulak..


Alhamdulillah, dalam tempoh 1 minggu, sebanyak RM485 telah berjaya dikutip dan disumbangkan oleh kenalan/sahabat blog. Insya Allah, semoga amaun ini cukup untuk membeli CPU buat Pija. (akan transfer ke Pija hari ni)


Dengan ini saya ingin mengucapkan terima kasih dari hati saya, Terima kasih atas sikap prihatin dan kasih sayang kalian, Semoga Allah memurahkan rezeki kalian, walau dalam apa jua bentuk sekalipun.

  1. Zie Fauzie |  Ziefauzi [dot] com
  2. Yus | ~Blog Yus - Our Life~
  3. Ajumohit | ❤SweetFamily❤
  4. Yana | Becoz I Am Kelantanese...
  5. Mama Yatie | Duniaku Di Sini
  6. Yatie Chomeyl | ~ Yatie Chomeyl: Sushi cicah budu ~
  7. Cikgu Normah | klcitizen
  8. Linda @ MamaPayish | FB
  9. Puan Kutu | Ini Cerita PUAN KUTU...
  10. kak mega @ teratai | Kelip-kelip kehidupan...
  11. Ummi Hanie | Ummi Hanie [dot] com


Buat sahabat yang lain yang memang ingin menyumbang tetapi di saat saya telah tutup projek ini, Insya Allah, jika ada kesempatan yang lain, boleh lah hulurkan kepada yang mereka yang memerlukan.. mungkin boleh untuk sama-sama menyumbang untuk Projek Panti Asuhan Redho Ilahi. Segala butiran boleh baca di blog Denaihati. 


Sedikit sumbangan kita (tanpa mengira besar @ kecil amaunnya) Insya Allah, besar ganjaran nya kerana kita telah menggembirakan hati saudara kita. 



sekian.

..





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...