Memaparkan catatan dengan label diari SAHM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diari SAHM. Papar semua catatan

Khamis, 8 Mac 2012

Mengurus masa beronline untuk surirumah




Salam bahagia,



Membaca berita tentang anak hilang gara-gara ibu 'galak' berFacebook, membuat saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan ibu-ibu yang menjadi surirumah tentang pengurusan masa. Cara saya mungkin tak sama dengan orang lain tapi harapnya dapat dijadikan panduan.


SAHM tak boleh nak sebebas burung


Orang selalu beranggapan, jadi surirumah ni macam best jer.. ayat-ayat biasa yang kerap dilontarkan kepada surirumah sepenuh masa @ SAHM (stay-at-home-mom) adalah :

"wah bestnya dok rumah, tak payah kerja"
"seronok lah dok rumah goyang kaki"
"wah senangnya jadi surirumah"


Tahu tak, hakikat yang SAHM ni bukan lah "tak payah kerja", "goyang kaki" mahupun "senangnya jadi surirumah".


Menjadi SAHM bermakna -- kerja yang tidak pernah berhenti @ tak habis-habis -- never ending story.. habis satu, ade lagi kerja menanti.. lebih-lebih lagi bila anak-anak masih kecil -- kemas di depan (hall), dibelakang pulak bersepah.. baru jer habis kemaskan sinki selepas makan sekeluarga, ada lagi sebakul (kadang2 boleh jadi berbakul-bakul) kain baju untuk dilipat mahupun digosok.  

Baru jer habis sarapan, tak sampai 1 jam.. anak-anak merengek "ibu.. lapor la"..  sebab tu lah, harus selalu ade stok "snack/makanan ringan" seperti roti, sosej, telur, jem, seri kaya -- yang sesuai untuk dibuat sandwich atau sosej roll... begitu juga susu segar dan cereal... membantu memudahkan kerja ibu-ibu.. bagi ibu yang pandai baking, boleh la buat kek, kek cawan dan sebagai..  

Jangan disalahertikan snack dengan cikedes, twistis dan sebagainya.. snack sebegini seeloknya dijauhkan dari anak-anak.

Dan kerja seorang SAHM bukan setakat kerja-kerja rumah.. tetapi juga mendidik dan mengajar anak di rumah.. mendidik ni banyak pulak cabangnya.. bukan setakat mengenal ABC & 123, tetapi juga hal solat dan pelajaran agama.. 

DAN YANG PASTI semua ini menuntut MASA... jadi di manakah goyang kaki tu..??!!


kome rasa anak-anak saya sedang belajar apa??



Alamak, panjang dah pulak membebel.. tapi point tajuk tak sampai-sampai lagi... tetiba dah macam terlari tajuk jer..


Saya yakin ramai kawan-kawan blogger saya yang rata-rata adalah SAHM juga WAHM (working-at-home-mom), sudah terbiasa dengan jadual kerja harian. Sudah punya jadual tersendiri bila nak online, bila nak uruskan anak-anak dan rumahtangga. 

Namun pada ibu-ibu yang baru terjebak dengan dunia online nih... berhati-hati okay.. jangan sampai terleka dan teralpa dengan tanggungjawab hakiki sebagai seorang ibu dan seorang isteri.

Sila jadualkan masa anda yer..

Contohnya : 

Bangun la sebelum subuh. Seawal pagi selesaikan lah semua kerja rumah, kemas rumah, memasak, bersihkan dapur dan kerja-kerja mendobi. Uruskan anak2 - pastikan anak-anak mandi dan makan.

Dari jam 10 pagi sehingga sebelum masa untuk lunch.. boleh la anda nak online. Plan apa yang anda nak buat dalam tempoh 1 1/2 - 2 jam tersebut. contoh, update n3 blog & BW. Buat yang WAHM (macam saya) - check email, update pesanan pelanggan, jawab pertanyaan pelanggan, masuk ke support group untuk belajar info/tips baru, juga membuat aktiviti promosi produk jualan.. Pagi2 ni saya banyak habiskan masa online di FB.

Waktu lunch -- berehatlah untuk melayan anak-anak makan, solat, angkat kain, juga ambil masa untuk mengajar anak-anak, dan juga kemas dapur.

Selepas jam 2 petang - boleh la online lagi.. macam saya, saya rehat sampai jam 3 petang, -- yang sebenarnya memantau kerja sekolah anak yang baru tadika 5 tahun. 

Jam 2 @ 3 petang, boleh la online semula sampai jam 6 petang.. sambil tu pasti kan anak-anak ada aktiviti.. anak-anak saya time ni ada yang nap petang dan ada yang layan VCD belajar.. jadi kurang sedikit gangguan disebelah petang. 

Selepas jam 6.30 petang, saya berehat lagi sampai jam 8.30 ke 9.00 malam.. masuk dapur untuk dinner, uruskan anak-anak untuk mandi, juga ready untuk maghrib, kemas dapur.. juga monitor lagi kerja sekolah anak (anak saya ni susah fokus, jadi tak boleh nak drag dia buat homework lebih dari 20 minit untuk 1 sesi).. 

Ada masa nya saya tak dapat nak online malam.. tu yang kadang-kadang tak sempat nak update blog mahupun BW... *sedihh*.. sebab belah malam memang saya khaskan untuk uruskan blog..

Dan selalunya jam 11 malam, saya memang dah macam tak boleh nak buka mata -- lebih lagi anak yang kecil sekali ni (3 tahun lebih) memang jenis tidur celah ketiak ibunya.. heheheee.. kalo ibunya tak tidur sekali, mahu lah anak saya tu tunjuk perasaan.. 


+++ gitulah susunan jadual saya setiap hari untuk tahun ini. Tahun ni saya dah mula meniaga online.. tu yang dah tak sempat sangat nak berblog nih... tapi masih gigih jugak nak berblog, sebab rasa ada banyak lagi yang saya nak explore dalam dunia blog ni.. +++



Jadi ibu-ibu yang baru menerjunkan diri ke dunia online -- FB & blog -- harapnya jangan lupa diri yer... buat apa pun harus ada limit.. jangan abaikan anak-anak dan rumahtangga. 

..

 



 

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Ahad, 8 Januari 2012

Memenuhi jemputan jiran




Salam bahagia,


Sudah lewat petang baru dapat bersiaran.. pepagi tadi settle kan urusan mengemas.. (macam lah saya seorang je mengemas rumah), pastu ke rumah jiran ade kenduri bertunang. 


Yer lah, rumah jiran dekat2 ni jer kan, takkan lah datang ala-ala touch n go ajer.. (maksudnya : isi perut, dah kenyang , balik).. kena lah ringan-ringan kan tangan tolong apa-apa yang patut kan.. Lain kali bila kita buat kenduri, ada lah pulak jiran-jiran yang datang tolong. Kan best hidup berjiran macam ni.



sumber google



Saya ni jenis jiran yang banyak habiskan masa dalam rumah.. kerja saya memang berlegar dalam rumah jer. Kalau saya keluor rumah pun sebab : nak sidai & angkat kain, nak kemas laman, tengok-tengok anak main basikal di jalan (lorong depan rumah) dan sebab nak buang sampah. 

Jiran-jiran kiri kanan dan depan rumah pun dah faham dengan kerenah saya.. kalo nak tengok saya ada kat laman, kena lah jengah pepagi hari.. kalo dah lebih jam 9 pagi tu, memang saya dok dalam rumah jer. Saya ni tak berapa gemar nak jadi ahli mesyuarat tingkap/tembok.. tak berapa reti nak bersembang hal orang apa tah lagi bergossip. 

Namun dalam tak nak tahu hal gossip ni, kadang-kadang tersampai juga ke telinga saya.. jiran A ni macam ni, jiran B ni begini.. dan memang ada di kalangan jiran yang suka mengelak bila dijemput ke rumah untuk majlis makan-makan mahupun kenduri.


Saya selalunya sedaya upaya untuk tidak menghampakan jemputan jiran. yer lah kan, jika kita asyik mengelak ajer, pastilah jiran pun akan kecik hati.. ntah-ntah lain kali, bila kita menjemput, takde pulak orang nak datang rumah kita... kan haru... Dan yang paling sadis, bila jiran dah tak jemput kita lagi tiap kali ade majlis di rumahnya.. 


Jadi, jika jiran menjemput, cuba lah penuhi. Jika tak mampu, berilah hadiah ke atau apa-apa buah tangan yang boleh menggembirakan jiran. Contoh, jika tahu itu majlis harijadi anak jiran, cuba lah usahakan beri hadiah yang sesuai untuk si anak jiran yang menyambut hari jadi. 


Dan jika betul-betul menolak, beri lah alasan yang sesuai dan tidak mengecilkan hati jiran. Jangan le direct jer cakap "tak tau lagi lah, nak pergi piknik kot.." "eh tak boleh la, nak pergi rumah mertua" (walhal rumah mertua bukan lah jauh mana, hari lain pun boleh pergi -- contohnya saya lah, mertua kat sini jugak)


Macam saya ni, dah beli rumah di sini dan memang nak dok lama di sini.. walaupun ada jiran yang dok kata jiran ni tak bagus, jiran ni begitu begini pe'elnya.. tapi saya cuba untuk berbaik dengan semua.. salah satu adalah memenuhi undangan/jemputan. Sebab bila kita hadir ke sesuatu undangan, lebih ramai jiran yang kita akan kenal. Bila kenal lebih ramai jiran, lebih mudah bila nak buat aktiviti dalam kawasan kejiranan ni.. BIla ada aktiviti di kawasan kejiranan, ada lah sebab/perkara yang boleh saya update di blog.. hihiii... 


Anda pulak macamana? Jenis yang suka penuhi undangan jiran @ jenis suka mengelak?


p/s
yang suka mengelak ni, depa guna alasan : hanya wajib penuhi jemputan walimah... (??!!) apa kata anda?!


..



saya menjemput rakan dan kenalan blog untuk menyokong dan sertai contest & giveaway ibu sihat anak riang. terima kasih.


















Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 2 Januari 2012

Selamat tahun baru 2012




Salam bahagia,


Hari ini sudah 2 Jan 2012.. 2 hari juga blog ini tidak berupdate & list untuk segmen rerama pun tak sempat saya nak update untuk yang join pada 31 Dec 2011.


Bukan sengaja menyepi.. tapi kesibukan di hujung tahun (31 Dec 2011) dan program balik ke kampung yang tidak dirancang pada 1 Jan 2012, menyebabkan saya tak de peluang nak akses ke internet. Almaklum lah, 'henfon bijak' pun tak dak.. jadi memang terpaksa lupakan terus blog.




gambor ni adik ipar upload di FB dia.. saya kidnap & edit sesuka hati



Merata blog dok bercerita tentang azam baru... saya?


Tahun ini, dalam tempoh beberapa hari lagi saya kan mencecah ke usia 40.. ada pepatah "Life begins at 40's".. ntah apa lah yang baru nak bermula kan.. Namun pada saya, 40 ni sepatutnya usia yang sudah matang, matang dalam menguruskan emosi, juga matang dalam menguruskan isu kehidupan sebaiknya dan mengurangkan error yang berbentuk emosi kebudak-budakkan.. dan juga usia di mana tempoh pembelajaran tetap perlu diteruskan.. 


Apa azam saya tahun ni??? 

Saya sebenarnya jarang menyimpan azam... pada saya tidak perlu tunggu tahun baru untuk membuat resolusi dan azam... yang pasti apa yang akan & ingin saya buat semuanya bertitik tolak pada anak-anak.. selain berusaha untuk meningkatkan skil dalam dunia blogging. Saya merancang nak adakan satu giveaway awal tahun untuk blog kakyong.com ni... tapi kena cari sponsor lah dulu. Jika ada yang sudi jadi sponsor tu, boleh lah roger saya.


p/s
Jika berminat nak tahu apa yang saya rancang untuk anak-anak, rajin2 lah intai blog Keluarga Ibu3A. 




.. Jom meriahkan sekali contest & giveaway ibu sihat anak riang..




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 26 Disember 2011

Kurus kering lah saya kalau nak kurangkan berat ke 42 kg




Salam bahagia,



kome pun boleh kira berat jisim badan kome   <<--- [klik sini laju-laju]


Saya baru jer kira berat jisim badan saya.. alamak, dia kata saya kena kurangkan berat sampai jadi 42 kg.


Huhhh... 14 kg perlu dikurangkan.. tapi saya rasa berat yang sesuai untuk saya adalah 50 kg.. walaupun ianya 8 kg lebih berat daripada berat ideal yang disyorkan.. 


Rasionalnya :
Pada usia 24-27 tahun , berat saya 40-42 kg. Orang kata saya kurus.
Pada usia awal 30'an & masih bujang, berat saya 45-47 kg. Kawan-kawan kata saya nampak okay jer..
Pada usia 37 tahun, dengan anak 3, berat saya 50-52 kg.. orang masih kata saya slim, sesuai lah dengan status sebagai ibu 


Jadi, saya rasa tak perlu nak turunkan berat sampai ke 42 kg.. cukup lah kan kalau dapat kurangkan 5-6 kg .. nanti kurus kering pulak saya jadinya.. hihiii  big grin  nak turun kan 5-6 kg pun naik semput dibuatnya.. 


nak membuat 10,000 langkah sehari tu.. adoooii.... takat 1000 langkah tu boleh lagi.. hehehhe..  *banyak sangat alasan, camanalah berat badan nak susut *


Bila umur dah hampir 40 tahun ni haruslah (peringatan untuk diri sendiri ni) :
  • amalkan diet seimbang, kena tengok balik lah piramid makanan nih
  • amalkan pemakanan sihat.. kena cari resepi yang sesuai, yang kurang berminyak dan berlemak, kurangkan karbo dan lebihkan serat
  • bersenam.. rasa-rasanya belah pagi molek juga bersenam-robik dengan anak-anak kecil saya..  thinking
  • join aktiviti riadah.. rasanya umur macam saya ni belum TUA lagi kan untuk aktiviti rock-climbing..  batting eyelashes teringin sebenarnya.. 


Untuk dapatkan tips-tips gaya hidup sihat.. boleh jengah SINI.

 

Jom join segmen rerama berterbangan, due 31 Disember 2011, jam 11.59 pm




.. Jom meriahkan sekali contest & giveaway ibu sihat anak riang..





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 20 Disember 2011

Siapa yang lebih banyak bekerja




Salam bahagia,


sumber google : tak ingat link



dialog ini saya ambil dari kenalan FB Noni My



Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!!! ~~









Hargailah isteri yang menjadi SAHM(stay-at-home-mom) merangkap WAHM (working-at-home-mom).



Menjadi surirumah, kerja di rumah tidak pernah selesai. Habis satu satu.. kadang-kadang nak berehat sekejap tapi tak jadi nak berehat sebab ada ajer kerja belum selesai.. tapi saya akui, kalo saya dah letih sangat & sedikit malas, saya biarkan sahaja rumah macam tongkang-karam untuk seketika. 




..
..










Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 15 Disember 2011

Terima Kasih DenaiHati & kawan-kawan untuk projek 2 tahun lalu




Salam bahagia kawan-kawan,


Beberapa hari juga saya tidak menjengah ke blog DenaiHati.. jadi hari ni saya singgah ke sana, membaca n3 tentang pengalaman beliau di  Burj Khalifah.. 

Sambil-sambil tu saya pun mengelewor membaca n3 lama beliau pasal gali lubang tutup lubang... dan tetiba saya nampak n3 ini Mari sama-sama kita bantu KAK YONG, yang ditulis 2 tahun lalu.
Melihat tajuk ajer sudah buat hati saya tersentuh, ini kan pula membaca n3 dan niat murni Denaihati dan kawan-kawan blogger yang lain.


Ya betul, 2 tahun lalu, saya memang bermasalah.. laptop saya rosak, masa tu saya guna laptop ACER, skrin dan hardisknya yang rosak.. banyak kerja yang tergendala.. beberapa job akaun terpaksa saya tolak kerana tiada laptop @ PC untuk membuat kerja. Hampir 3 bulan tidak dapat online. Kehidupan masa tu macam biasa,  tidak lah mewah, setara sahaja hidup kami sehingga saat ini pun. Bila tiada pendapatan dari membuat akaun, ade lah 1-2 hutang yang tertunggak.. Masa tu, saya pun memang sudah tidak bekerja. Memang mengharap dari pendapatan online dan membuat akaun ajer.


Rezeki saya dari projek mega yang diinisiatifkan oleh Sitisifir dan MommyLyna, sebahagian daripada telah saya gunakan untuk membeli lappy che biru yang sedang saya gunakan sekarang ini. Saya beli guna 'duit plastik cap rimau,' di PC fair tapi seminggu lepas tu saya langsaikan sebahagian guna duit kutipan.





kredit doodle comel : Yasmin Aris



Sebenarnya Sitisifir ada beri kan saya senarai semua nama yang menyumbang untuk projek tersebut. Ada yang saya kenal dan ada yang saya tak kenal.. ada yang saya cuba jejak.. tapi serius tidak pernah terpikir bahwa Denaihati & kawan-kawan blognya juga turut serta.. Terima kasih itu sahaja yang mampu saya ucapkan. Tanpa bantuan semua, mungkin 'hayat' saya di dunia online dan berblog mungkin dah lama berkubur.


Walau sudah hampir 2 tahun berlalu, tapi saya tak pernah lupa dengan jasa baik kawan-kawan yang membantu.. Anda memang hebat dan pemurah. Saya sentiasa mendoakan Allah memberi kalian rezeki yang melimpah-ruah walau dalam apa jua bentuknya. Saya mungkin tidak mampu membalas kebaikan kalian dalam bentuk wangringgit, namun mungkin mampu dalam bentuk yang lain.


Apa perasaan saya tatkala Sitisifir email saya dan beritahu yang mereka ada buat kutipan.. saya memang menangis dan terasa amat terharu.. dalam sepi saya selama hampir 3 bulan, rupanya ada teman yang sudi buat projek sebegini untuk saya. Sitisifir sebenarnya mahu membuat kejutan untuk saya, tapi dia yang terkejut sebab pada awal DEc 2009 saya dah online.. baca n3 di SINI dan SINI.


sekian.. *hati saya dilambung rasa terharu.*


..
..









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 29 November 2011

Awan kumulus putih dan kelabu




Salam bahagia,


Pagi ini membawa ke tengahari.. cuaca di Taman saya ni.. cerah dan terang.. 


klik untuk gambar lebih besar



tapi tu lah.. dah nampak awan kelabu nih... tanda nak hujan lagi lah ni..




harap-harap sempat lah kering baju-baju saya nih... ni round kedua saya jemur baju... raised eyebrows


ni pulak kelapa parut untuk buat kerisik.. harap-harapnya kering lah.. boleh lah segera diproses lewat petang nanti..






Kenapa jemur kelapa parut sebelum digoreng? tip supaya kuali menten berkilat & kelapa tak melekat di kuali. thumbs up





Risau jer.. sebab di sudut yang lain.. dah nampak gelap jer... huhuu.. whew!




..
..




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...