Memaparkan catatan dengan label tips blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips blogging. Papar semua catatan

Ahad, 18 Mac 2012

Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati





Salam bahagia,


Ini adalah peluang untuk kawan-kawan yang ingin memajukan diri dalam dunia blogging. Pada saya seminar yang akan dibuat ini memang bagus, sudah pasti ada banyak tips dan ilmu baru yang dapat dipelajari.

Kakyong dulu sempat berhosting dan menggunakan wordpress selama 7 bulan..  banyak benor cabaran berhosting ni.. lebih lagi dengan bajet yang nan-ado (masa tu guna free hasil tajaan), pastu ilmu pasal wordpress pun ciput jer... 





Jadi untuk kawan-kawan yang nak upgrade kan diri dan ilmu berblog... boleh le intai-intai seminar Wordpress dari Akademi DenaiHati... Denaihati dah tubuhkan Akademi DenaiHati.???




Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:
SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI
TEMPATHotel Singgahsana, Petaling Jaya
TARIKH14 – 15 April 2012
MASA9 Pagi – 6 Petang
YURANRM 250 (Mendaftar sebelum 5 April 2012)
RM 350 (Mendaftar 6 April – 12 April 2012)
Peserta yang menyertai seminar ini akan menerima:
  • Asas pemasangan wordpress nak membina blog bermutu
  • Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien
  • Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media
  • Sebuah domain dan hosting selama setahun
  • Sebuah eBook “Blogging For Beginners”
  • Sebuah eBook perkongsian daripada Ariffshah bertajuk “SEO Untuk Semua”
  • Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati
  • Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan
  • Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd
  • Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.
Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang WordPress kepada mereka yang belum mengenali apa itu blogging, mereka yang sudah mempunyai blog dan ingin berhijrah ke WordPress atau mereka yang sudah mempunyai blog WordPress dan ingin mendalami WordPress.

Jadi jika berminat... sila klik SINI laju-laju... 


Kalo kome ade bajet & ade kemahuan untuk memaju & meningkatkan potensi diri dalam dunia berblog ni... jangan lepaskan peluang ni.


..


 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Ahad, 26 Februari 2012

Gara-gara 2 minggu tak blogwalking




Salam bahagia,


ini rank masa awal bulan Feb 2012








ini rank hari ni.. 26 Feb 2012... sila halakan pandangan pada rank di Malaysia jer yer...






ohhooo.. saya agak sedih.. sebab target telah tersasar... besar harapan saya nak cecah rank below 500 di Malaysia dalam tempoh 3 bulan pertama ni... tapi oleh kerana kesibukan dan tidak sempat nak BW... rank telah merosot dengan jaya nya... batting eyelashes


okay.. sendiri padan muka kan..


utk blogger yang trafik tak lebat dan mahu rank di Malaysia meningkat laju-laju.. sila lah rajin-rajin blogwalking (BW) yer.. sekurang-kurang kekalkan BW 10 blog dalam sehari, kalau lebih lagi baik. big grin 



p/s
hanya n3 utk peringatan sendiri ajer.. 


..




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 2 Februari 2012

Cara dapatkan link post di FB, twitter dan google+




Salam bahagia,


Secara asasnya, untuk  link bagi post di FB, twitter dan google+ adalah tersimpan di bahagian date/day/time.


Untuk lebih mudah.. tengok gambor jer lah..


cara untuk dapatkan link post di google plus


ini untuk google+ , jika anda ada google plus account, maka jika anda tekan buttonshare +1 tu, post akan di share ke profile anda. Belum daftar dengan google plus...?? klik ajer kat SINI.




hanya right klik dan 'copy link address'.. 

contoh +1 link yang di atas adalah
https://plus.google.com/106934365023714575294/posts/DzNGZqvaeH7
https://plus.google.com/106934365023714575294/posts/UgGLM1tVqLN




cara untuk dapatkan link post di twitter


klik pada hours/date, kemudian right klik dan copy link address

contoh link twitter yang diatas adalah

https://twitter.com/#!/Ibu3A/status/164650490611769344
https://twitter.com/#!/Ibu3A/status/164650349330825217



cara untuk mendapatkan link post di FB



klik pada item yang dikotak ungu, right klik dan copy link address

 contoh FB  link untuk yang di atas  adalah 

https://www.facebook.com/kakyongdotcom/posts/101343566658108
https://www.facebook.com/kakyongdotcom/posts/299761050073432



Mudah jer kan... selamat mencuba. 


..






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 7 Januari 2012

JUmpa Iklan grapevine di pagi hari



Salam bahagia,


Hari ni pecah rekod, setelah sekian lama tak online di awal pagi, hari ni saya online sesudah subuh.


Tapi kejap lagi kena offline, sebab anak-anak pun dah bangun. Tak masak pun pagi ni, pesan kat adik tolong belikan roti canai. 


Sempat BW ke beberapa blog dan terserempak pulak dengan beberapa iklan grapevine... 




Kawan-kawan.. kalo kome terserempak iklan macam ni.. selalunya di sidebar, jangan lupa share kan di twitter dan FB kome.. klik ajer ikon twitter & FB tu.. dan jangan lupa masukkan email kome dan earning tu akan di update di akaun churpChurp kome.


Selalunya saya BW tengahari sikit @ belah petang.. memang tak pernah jumpa iklan grapevine. Alhamdulillah, ade le rezeki kecil di pagi hari. (bercita-cita nak cash-outkan ChurpChurp dalam tempoh terdekat ni). tapi selalunya memang takde peluang nak BW di pagi hari.. berkejor dengan macam-macam hal/urusan.


Buat semua, selamat berhari minggu.


..
saya menjemput rakan dan kenalan blog untuk menyokong dan sertai contest & giveaway ibu sihat anak riang. terima kasih.




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 9 Ogos 2011

Kenapa suka salahguna fungsi post tags

 

 

Salam bahagia,

 

Beberapa hari ni saya suka menggunakan enjin carian (sapa lagi en google la). Masa tu boleh lah nampak blog mana yang selalu berada di mukasurat pertama enjin carian. Thumbs up


 

Tidak dinafikan untuk blog yang berhosting sendiri dan menggunakan platform wordpress memang mudah mendapat tempat di mukasurat pertama enjin carian google.

 

Dengan syarat :

  • menggunakan plugin SEO yang sesuai

  • memaksimakan fungsi post tag / tagging



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...