Memaparkan catatan dengan label tips dari WAHM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips dari WAHM. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Ogos 2016

Belajar mengedit gambar dari smartfon

post 7/2016


Salam bahagia,


Buat ibu bekerja dari rumah seperti saya ni, yang berniaga dalam skala kecil dan modal juga masih kecil, promosi zero marketing adalah pilihan utama.


Apa itu zero marketing ?

Maksudnya kita membuat promosi bisnes di platform yang kita tidak perlu bayar.

Zero marketing platform yang biasa di gunakan adalah Blog, Instagram, Facebook, Page facebook , Twitter dan lain2 yang saya pun tak sempat nak explore.


Bila kita guna media yang tidak berbayar ni, kita kena usaha lebih.

Bukan sahaja skrip story telling mahupun copywriting perlu kreatif , tetapi gambar juga sangat mempengaruhi.


Malam tadi, kami team rania (rakaniaga) team QKN telah berkesempatan belajar secara online cara untuk mengedit gambar di smartfon, dengan Cikgu Siti Azurah, yang juga merupakan Stokis Qaseh Gold.


Untuk kelas semalam Apps yang digunakan adalah PhotoLayer, dan Font Studio.


Alhamdulillah, ini lah antara hasil yang berjaya saya edit.

















Setiap hari adalah hari belajar ilmu baru.

Alhamdulillah, Syukur saya bersama jemaah Qaseh Gold, setiap masa ada sahaja perkongsian untuk menambah baik diri jasmani dan rohani.



bertemu lagi di posting yang lain.


Salam Qaseh sayang,
Kakyong Habibah
1.20 tengahari
27 Ogos 2016




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 25 Ogos 2016

Supplemen pilihan ibu bekerja dari rumah

post6/2016

Text & picture by Kakyong HY



Salam Qaseh,

apa khabar?

didoakan semoga semuanya dalam lindungan Allah dan sentiasa sihat serta sejahtera dalam melaksanakan tugasan harian.

Sebagai ibu dan berkerjaya pula dari rumah, rutin harian memang penat. Kerja di rumah memang tak pernah habis. Habis memasak, perlu di kemas dapur pulak. Habis kain baju siap di mesin, perlu di jemur , dilipat, digosok , di gantung mana yang perlu. 

tu belum ambil kira kerja di #MYSoho





Masa saya jadi rania (rakaniaga) & belum naik stokis. Tugas saya tak banyak mana pun. Boleh kata tak sibuk lah. Hanya layan order, consult customer di Whatsapp atau pun di PM FB. 

Kemudian buat packing dan uruskan delivery ke pejabat pos.

Sejak sudah naik jadi Stokis ni, kerja tak pernah habis. Ada saja yang perlu dibuat. 



Begini lah rutin harian saya., alternate antara kerja rumah dan kerja bisnes. Habis kan task dari satu task ke satu task. Bukan mudah nak berjaya dan proses nak meraih kejayaan tu, memang perlu banyak tenaga, korban masa dan banyak berfikir.





INi lah Supplemen pilihan saya, Qaseh Gold Premier. Sudah setahun lebih saya amalkan. Alhamdulillah, sesuai lah dengan usia saya yang sudah 40an.



dan Qaseh Gojes juga menjadi pilihan saya.. dah tua ni penghasilan kolagen dalam tubuh semakin perlahan kan.. jadi saya perlukan pemangkin kolagen supaya bukan sekadar kulit saya cantik, tetapi juga tulang, jantung dan otot saya kuat.




dan saya juga amalkan IGE untuk kecerdasan minda. Semakin berumur saya semakin cepat lupa dan mudah rasa penat bila banyak berfikir. Alhamdulillah, IGE ni banyak membantu macik yang semakin berusia ni.



dan juga Pati kristal Sole - mudah untuk amalkan, hanya titiskan dalam air. Sole ni kaya dengan 84 mineral, sama dengan mineral yang tubuh kita perlukan.



Syukur Alhamdullillah. Sejak saya kenal Ana Edar dan berada bersama-sama dengan Jemaah Ana Edar, saya bukan saja berkeyakinan untuk berniaga, tetapi juga belajar menjaga kesihatan diri.

Sebagai usahawan Ana Edar, kami bukan hanya berjihad bisnes tetapi juga berJihad untuk sihat dan membantu orang lain untuk Sihat.

Alhamdulillah, Syukur diberi kesihatan yang baik.



bertemu lagi di post yang lain

salam Qaseh sayang,
Kakyong habibah
10.15 am
25 Ogos 2016







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 17 Ogos 2016

Berkerja dari rumah mesti gembira dan tenang

post 3/2016


Salam Qaseh,

antara cabaran bekerja dari rumah adalah bekerja mengikut jadual atau membuat jadual untuk bekerja.

Kebiasaan nya , memang sukar untuk ikut jadual dengan disiplin yang ketat.



source dari google


Kebiasannya juga, ramai ibu-ibu yang baru memulakan kerjaya bekerja dari rumah akan merasa tertekan kerana tidak dapat 'follow' jadual dan sering tertanggu dengan tingkah dan 'demand untuk dilayan' oleh anak-anak.

Sebenarnya, ini lah manis nya bekerja dari rumah. Masa kita yang punya.
Jadi susun atur masa mengikut keperluan kita dan keluarga dan yang paling penting adalah mesti ada List-to-DO.



Jadual ibu bekerja dari rumah

Secara jujur nya saya tiada jadual tetap.

yang saya ada adalah LIST-TO-DO.

asingkan task dari list-to-do mengikut keUtamaan,

  •  penting & perlu buat segera, 
  •  penting & tak segera
  •  kurang penting & perlu segera
  •  kurang penting & tak segera






Saya suka mulakan kerja-kerja bisnes seawal pagi. Setiap pagi, selepas masukkan baju dalam mesin basuh, saya  mula selesaikan List-to-do. 

Buka fon tengok wassap personal dan grup wassap. Buka telegram personal dan grup telegram. 

On kan laptop, buka tv alhijrah (saya streaming ajer, tiada TV di rumah) @ program motivasi di youtube. Sambil buat kerja, ada lah sesuatu yang kita boleh dengar.

Saya adalah sejenis yang tidak boleh bekerja serius sangat, dan tidak juga mengadap kerja hingga 2 ke 3 jam tanpa henti. Saya boleh stress dan tensen.. heheh

Saya cuma fokus bekerja untuk 1 jam pertama. Selepas itu saya akan mula buat kerja rumah, contoh sidai kain, cuci dapur, mop lantai.

Begitu lah saya, bekerja sambil santai-santai. Tapi semasa bekerja tu kita mesti fokus dan mesti mahu disiapkan secepatnya.

Biasanya jika saya sudah selesaikan key-in ke dalam sistem belian rania (rakaniaga Qaseh), saya akan tutup laptop dan mula buat kerja rumah pula.

Selesai 1 tugas kerja rumah, saya akan semak kembali List-to-do, jika tiada yang perlu segera, saya akan mula melayani whatsapp, membalas message pelanggan, rakaniaga qaseh, dropship qaseh mahupun prospek.

Tempoh untuk konsultasi biasanya mengambil masa akan panjang. Namun setiap 1 jam saya akan mencari masa untuk berehat. 

Mengelat ke?

Eh.. tak lah.

Kerja dari rumah kan. kita yang urus masa. Kita bos kita lah kuli.  Yang penting task-task yang dalam List-to-do diselesaikan mengikut keutamaan.

Lagipun berehat tu bukan lah berehat dalam ertikata tidak buat apa-apa.

Sambil berehat, kita layan movie , saya suka tengok CSI di link 123movies.to , sambil tengok movie saya selesaikan kerja-kerja melipat kain. Kadang-kadang saya layan movie korea.. sesuka hati lah. Biasanya memang time melipat kain sahaja saya ada peluang layan movie. 


Anda Nak kerja dari rumah ?

ada hari 'easy manage', ada hari kelam kalut, ada hari susah nak gambar kan stress ke happy ke.. kita redah jer.. asal dalam hati, mesti ada rasa seronok bekerja dari rumah.

Lain orang lain formula, lain jalan kerja bekerja dari rumah.

Buat lah apa pun bentuk jadual anda.. Asal ia membantu anda capai matlamat, bermanafaat untuk anda, untuk orang yang anda ingin bantu, dan untuk mereka yang bekerja dalam jemaah yang sama dengan anda.







Bukan senang nak senang.

Alhamdulillah, Syukur ada Qaseh.




jumpa lagi di post yang akan datang.

Salam Qaseh,

Kakyong Habibah
3.25 petang
Rabu, 17 Ogos 2016












Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 13 Ogos 2016

Pencapaian sebagai rakaniaga Ana Edar sejak tahun 2012

post 2/2016



Salam bahagia,

Saya mulai terjebak dengan bisnes Qaseh Gold ni sejak bulan Mar/April 2012.

Waktu itu saya hanya bermula sebagai agen dropship sahaja.

Pada awal Dec 2012, saya sah berdaftar sebagai rakan niaga Qaseh Gold yang bernaung di bawah syarikat Ana Edar Sendirian Berhad.

Saya seperti peniaga yang lain juga, melalui saat turun naik dalam bisnes. Almaklum menguruskan bisnes dari rumah memang banyak cabaran.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Leader saya sentiasa ada memberi sokongan dan penyelesaian bagi permasalahan yang saya hadapi.


Award President's Club 2013/2014



Award President's club 2014

Sepanjang bergelar rakaniaga, 2 kali saya berpeluang naik pentas dan di anugerahkan President award, iaitu pencapaian bagi tahun 2013 dan 2014. Alhamdulillah, bukan satu bisnes yang main-main, memang perlu usaha sungguh-sungguh untuk mencapai tahap tersebut.







Alhamdulillah, Syukur, pada 1 Mei 2016, dengan rasminya dilantik sebagai Stokis @ Pengurus Pemasaran bagi kawasan Ipoh untuk TEAM QKN & QMN.


Dengan tanggungjawab baru ini, memang perlu memberi komitmen yang terbaik untuk pembangunan rania-rania di dalam rangkaian saya. Bukan tugas yang mudah juga untuk membimbing dan membantu rania yang kebanyakkan nya dari golongan ibu yang bekerja dari rumah, yang dulu nya hanya suri rumah, kini mula berdiri sebagai usahawan Qaseh Gold.

Saya amat bersyukur kerana kami bekerja dalam jemaah , di mana Leader di peringkat PPW (Pengurus Pemasaran Wilayah) dan PPN (Pengurus Pemasaran Nasional) sentiasa memberi motivasi dan bimbingan. Jangan kata kami yang sudah jadi Stokis ni tak perlu 'dipayung', yang sebenarnya proses pembelajaran dan upgrading potensi diri ni tak pernah berhenti.

Terima kasih juga kepada pihak pengurusan Ana Edar yang tidak pernah jemu melatih, menyediakan kelas dan program-program latihan untuk membentuk kami menjadi usahawan Muslim yang bukan sekadar berniaga, tetapi berkongsi manafaat untuk membantu lebih ramai orang mendapat manafaat dan kehidupan sihat. 

dan tahu kah anda, Ana Edar adalah MLM patuh Syariah. 

apa itu MLM patuh syariah ?

jumpa lagi di post yang akan datang.

Salam Qaseh,

Kakyong Habibah
6.25 petang
Sabtu, 13 Ogos 2016







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 12 Ogos 2016

Kembali menulis..

post 1/2016


Salam Qaseh,

Bertemu lagi, setelah sekian tahun tidak menulis.

Blog ini terbiar, bertahun tanpa pengisian.

kerana saya terlalu sibuk belajar berniaga hingga kan tak mampu untuk fokus menulis.
biasa pun hanya menulis ringkas-ringkas di FaceBook., dan kadang2 di instagram.

Blog ini asalnya domain kakyong.com

sekarang saya tukar linknya kepada kakyonghy.blogspot.com

Saya kekalkan 'rupa parasnya', kerana comel dah (perasan tak hengat).. tak perlu nak rebranding. Biarlah rupanya kekal begitu, kerana fokus saya hanya mahu menulis dan berkongsi.


Apa saya buat sekarang ni yer?

Saya sekarang ni seorang ibu yang bekerjaya dari rumah.

Saya menceburkan diri dengan bisnes Qaseh Gold , produk edaran Ana Edar.
dan saya juga Agen bagi rangkain produk Sutra.


ini gambar anak-anak saya.
Anak-anak saya ini lah penguat semangat saya untuk terus maju dalam bidang yang saya ceburi sekarang ini.


model cilik Qaseh Gold

Anak-anak semasa membantu saya di jualan booth di Ipoh



Jumpa lagi di post yang lain.


Kakyong Habibah
1.40 petang
Jumaat, 12 Ogos 2016





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 11 Februari 2013

Mula bisness online - modal kecil juga mampu berkembang pesat


Salam bahagia,

[mula bisness - nak untung besar @ untung kecil]

sewaktu kali pertama saya mbuat keputusan untuk mborong produk jualan, modal saya tidak lah besar.. jadi saya borong pun dalam kuantiti yang kecil & saya mborong dari orang tengah (bukan direct dari pbekal asal).. margin yang saya perolehi kecil.. 

margin yang kecil tu lah saya simpan berdikit2.. untung saya hanya guna utk bayar streamyx dan telefon.. dan sesekala saya mbuat ambilan kecil (dalam rm100-200) untuk tambah2 belanja dapur..

sedikit demi sedikit, modal pusingan saya bertambah.. dan saya mdapat peluang untuk mborong dari pembekal asal.. rezeki.. Alhamdulillah..    

dari memborong 2 produk, sekarang dengan 'pertumbuhan' modal pusingan bisness saya, mampu memborong beberapa produk lain.. 


ini 2 produk awal yang saya borong.. harga borong mahal kerana ambil dari orang tengah , margin juga kecil.. 



ramai yang PM/message saya di Facebook, bertanya bagaimana saya "cambahkan" modal pusingan.. saya susah nak bercerita, sebab saya bermula dari 'takde modal'.. dapat duit BR1M 2012, suami beri rm300, saya guna buat modal biz pada phujung jan 2012.. dan pada 30 mar 2012, seorang teman beri saya bantuan modal rm500.. dan di situ lah bermula nya biz saya.. 

saya percaya - jika modal kecil, kita buat biz cara modal kecik.. berjimat cermat dan buat kira2 ikut kemampuan.. memula untung/margin memang kecik, kerana memborong produk dengan kuantiti yang sedikit mana lah nak dapat harga yang murah sangat kan.. tapi kena percaya diri, dan percaya rezeki tu dari Allah..

kena yakin -- berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.. untung yang dapat tu, simpan lah jangan lah digunakan untuk kegunaan sendiri tanpa direkod.

Bisness saya mengambil masa 9 bulan untuk modal pusingan berkembang mjadi +-rm2k.. dan selepas 1 tahun,  modal pusingan saya kini kira-kira +-rm3k.


# ada yang kata tempoh tu sangat lama, tapi untuk saya (ibu yang bekerja dari rumah @ WAHM).. selain uruskan bisness, saya perlu uruskan rumahtangga dan anak2 juga.. kerja2 rumah adalah kerja yang tak pernah habis.. namun pencapaian kecil saya dalam bisness memberi impak yang besar kepada keyakinan diri saya. 

Apa yang boleh saya simpulkan :

1. dalam bisness perlu disiplin.. semua urusan belian dan jualan, perlu direkod.. bila ada data, kita boleh menilai prestasi bisness kita setiap bulan.. dan dari situ kita boleh merangka plan untuk kembangkan bisness  

2. dalam bisness perlu kedekut dan sentiasa buat kira-kira.. 6 bulan pertama, tak perlu fikir untuk "joli-moli" .. simpan untung untuk dijadikan modal pusingan  Thumbs up

3. dalam business perlu sangat bersabar dengan duit.. menahan nafsu.. jangan kerana baru dapat jualan besar sedikit, sudah berangan2 nak membeli sesuatu yang diluar kemampuan.. yer lah.. kalo untung tu hanya boleh beli basikal jer, usahlah berangan nak beli motor @ kereta.. Tut tut  berpada2 lah berbelanja.. 

4. dalam bisness mesti konsisten... konsisten membuat jualan dan pastikan setiap bulan jualan berkembang  (kuantiti jualan bertambah dari sebulan ke sebulan), konsisten membuat pemasaran dan memperkenalkan bisness kita kepada kawan/kenalan mahupun public (komuniti online).

5. untuk memulakan bisness yang kecil - Jangan sesekali berhutang.. bermula lah dengan modal sendiri.. hutang akan buat jiwa rungsing.. Dizzy dan selebihnya anda fikirkan lah sendiri.. 


antara produk jualan saya kini



saya sudah lama tidak memBLOG.. memang mahu sangat berkongsi pelbagai cerita tentang WAHM.. tapi sering tak punya masa untuk membuka dashboard blogger.. saya tidak melupakan dunia blogger.. cuma kekangan masa sahaja..


dan saya ingin maklumkan pada Eyriqazz - saya bukan surirumahtangga.. tapi WAHM (working at home mom)  Smiley wink 





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...