Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label berita. Papar semua catatan

Selasa, 14 Februari 2012

Dulu dapat lesung batu, kali ni dapat henfon mainan pulak




Salam bahagia,



Refer balik n3 lama berita pasal beli smartphone via online... klik SINI.






JOHOR BAHRU: “Saya terkejut selepas membuka kotak dikirim apabila mendapati ia hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan dan bukannya iPhone 4s yang menjadi idaman,” kata Faizal Hussin, 41, dari Taman Impian Jaya di sini, semalam.

Faizal yang juga pengurus sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini berkata, dia kerugian RM1,750 selepas diperdaya sindiket penjualan telefon bimbit terbabit yang beroperasi menerusi laman web.

Mengimbau kejadian, Faizal berkata, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu, dia tertarik dengan iPhone 4s yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400. 

“Saya menghubungi nombor tertera untuk membuat pertanyaan berkaitan telefon bimbit berkenaan sebelum diminta memasukkan bayaran ke akaun bank tertera nama Yow Wei Xian.


“Telefon bimbit berkenaan pula dijanjikan dalam tempoh dua hari menerusi Poslaju. Kiriman itu tiba dua hari kemudian iaitu pada 5 Januari lalu, namun saya terkejut mendapati ia hanya berus cat terpakai, komik serta telefon mainan,” katanya.


Faizal mendedahkan perkara itu pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

Menyambung keterangannya, Faizal berkata, dia berusaha mengesan alamat syarikat terbabit berdasarkan nombor akaun bank penerima bayaran berkenaan iaitu di Muar.

“Saya ke premis itu dan mendapati ia rumah yang disewa beberapa lelaki Melayu. 

“Pada 10 Januari lalu, saya terkejut apabila membaca laporan Harian Metro yang mendedahkan seorang bekas pegawai bank menerima lesung batu selepas membayar RM3,250 untuk membeli tiga unit telefon pintar daripada syarikat sama,” katanya.

Faizal memfailkan tuntutan berkenaan kepada TTPM dengan harapan mendapat pembelaan sewajarnya dan menamakan Jay One Communication and Services dan penama akaun, Yow dalam tuntutannya bagi mendapatkan ganti rugi berikutan penipuan itu.

Presiden TTPM, Maznah Haron kemudian memerintahkan penentang kedua iaitu Yow selaku pemegang akaun yang menerima wang pembelian telefon bimbit terbabit mengembalikan RM1,750 kepada mangsa dalam tempoh 14 hari.

Tuntutan yang difailkan terhadap Jay One Communication and Services pula dibatalkan. Ketika prosiding, Jay One Communication and Services dan Yow tidak hadir untuk mengemukakan hujah bagi mengetepikan tuntutan difailkan terhadap mereka.

Maznah turut menasihatkan Faizal supaya membuat laporan polis berkaitan kes itu selain lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan barangan yang ditawarkan pada harga murah terutama ketika berurusan menerusi Internet.


nota :

ramai benor yang terpedaya dengan tawaran harga murah 'smartphone' ni... 

tak salah nak shopping online tapi biarlah bijak.





kalo teringin nak beli Iphone 4S untuk kekanak.. boleh klik SINI.. murah jer RM29 (SM) RM36 (SS) setiap satu.

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 6 Februari 2012

Penampilan Sultan Kelantan yang simple




Salam bahagia,





Sesekala saya suka juga membaca berita tentang Sulan Kelantan Sultan Muhammad V ni.. pada saya beliau ini antara Sultan yang simple dan tidak begitu sangat nak berprotokol dan pasti dekat di hati rakyat. Saya mengkagumi keperibadian beliau. Allahu Akhbar.


Insya Allah, saya mendoakan supaya Sultan Muhammad V (Tengku Faris Petra) bertemu jodoh dengan wanita yang solehah . Amin



..





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 10 Januari 2012

Sadisnya.. order 'henfon bijak' secara online - dapat lesung batu




Salam bahagia,


Kalau saya lah kan.. kalau nak beli henfon atau apa-apa barang yang berharga.. saya lebih suka membuat belian dari kedai.. kita pergi sendiri tengok barang tu, boleh pegang,  boleh test.. 

sebab bukan sedikit duit yang bakal dilaburkan.. lebih lagi 'henfon bijak' mana yang ada rege ratus-ratu RM semuanya cecah ribu-ribu RM.







JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.

Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.


“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.



“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.


Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.



Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.



"Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.


“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.


Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.


“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).



Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.



“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.



Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.



Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.



“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.



Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan.


berhati-hati lah tatkala 'shopping online'.. bukan apa, sebelum buat belian tu, kena lah pastikan 'kedai' tu authentic.. boleh bertanya dengan kawan-kawan mahupun kenalan rapat dulu.. lebih-lebih lagi jika belian yang melibatkan nilai yang besar. Bukan senang nak cari duit.. jadi berhati-hati bila berbelanja.

..





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 9 Januari 2012

[Updated] Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan meliwat




Salam bahagia,


Saya dengar berita jam 11 pagi di TV1.


Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan meliwat kerana mahkamah tidak dapat mensabitkan kesalahan berdasarkan keterangan fizikal semata-mata. (lebih kurang begitulah yang saya dengar apa yang pemberita tu sebut)...


Kan main sesak lagi di hadapan mahkamah Jalan Duta. (yang saya nampak dalam tv ler)


sumber dari denaihati.com


Hmm.. x tau nak komen apa.. rasanya bagi tahun 2010 & 2011, ini lah kes yang paling sensasi.. kes yang TOP dan kerap dibicarakan.. sampai ada yang nak demo nak bantah bagai.


KIta tak tahu mana yang betul mana yang salah. Tapi kebiasaannya, walaupun mahkamah telah membuat keputusan, rayuan masih boleh dibuatkan. Jadi, ini bukan TITIK NOKTAH.



update :

sumber 


Sampel DNA Saiful Bukhari tidak dapat dipastikan





KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah di Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 9.15 pagi tadi.

Mohamad Zabidin dalam keputusannya berkata dalam kes ini integriti sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dapat dipastikan. Menurutnya, adalah tidak selamat utk bergantung dengan keterangan DNA itu memandangkan tidak ada keterangan menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.






Perkara yang tak diingini tapi telah berlaku.. hmm sadis betul


sumber

Lima cedera dalam letupan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta



KUALA LUMPUR: Polis sahkan lima cedera dalam tiga letupan berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi tadi dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Dua letupan pertama berlaku berhampiran pintu masuk mahkamah manakala yang ketiga di hadapan pintu masuk bangunan LHDN.
Bom buatan sendiri yang meletup disembunyikan di dalam kon polis yang diletakkan di bahu jalan.






..

sumber

Saiful redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi




KUALA LUMPUR: Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.
Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
"Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuan-Nya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi," demikian entri akaun Twitternya.

Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu.




Ulasan Mohd Saiful Bukhari Azlan di blog beliau.. klik SINI




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 27 Disember 2011

Kerana duit jadi buta hati




Salam bahagia,


Dalam dunia ni sapa yang tak suka duit..?!! lebih-lebih lagi duit note@wang kertas negara kita ni, WANGI je BAUNYA... 





Ada orang sanggup gadai diri - iman dan maruah kerana WANG. Tahu lah wang ringgit tu penting, tapi zaman sekarang ni ramai sangat yang ambil kesempatan dan bermuslihat seribu cara untuk mendapatkan wang.


Ni kesah penipuan lagi.. yang sedihnya yang didakwa melarikan duit dikatakan seorang guru. Apa nak jadi, guru sepatutnya seorang yang tinggi nilai akhlak dan budinya.. tapi kalau begini yang terjadi.. memang memalukan profesion perguruan. 


sumber



PORT DICKSON: “Kami teruja dengan tambangnya yang murah dan mampu dibayar secara ansuran membuatkan kami bersetuju dengan pakej percutian bersama keluarga dirancang sejak Mac lalu,” kata Noorhaslinda Sharudin, 37, seorang daripada mangsa penipuan program percutian artis Nur Kasih, Tiz Zaqyah Razak bersama 35 peminatnya ke Perth, Australia, sepatutnya dijadualkan berlepas pada 21 Disember lalu.

Menurut Noorhaslinda, dia tidak menyangka hasrat ingin bercuti bersama ahli Kelab Peminat Tiz Zaqyah Razak (TZRFC) terkubur apabila seorang daripada mereka dikenali sebagai Sherry, 45, yang juga bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Batu 9, Cheras, Selangor, melarikan wang percutian RM60,000. 

“Kami mengenali suspek kerana dia sudah bersama dengan TZRFC sejak setahun lalu, dan tidak menyangka wanita itu sanggup melesapkan duit percutian kami dan melarikan diri begitu saja,” katanya ketika ditemui di Pantai Mas, di sini, semalam. 

Sementara itu, Presiden TZRFC, Bibi Barizah Ahkau berkata, pada mulanya dia tidak menyangka suspek sanggup melakukan perkara sebegitu walaupun gerak hatinya mula sangsi apabila suspek kelihatan berubah selepas mula menerima bayaran daripada ahli kelab.

Katanya, banyak kesilapan dilakukan tetapi lidah seperti terkunci untuk menegur kesilapan itu.




Tercalar ler nama Kelab Peminat Tizz Zaqiyah bila terjadi kes macam ni. Harap-harap jangan lah terjadi kes ni pada Kelab Peminat artis yang lelain.. 

Shazzle Crew, please take note yer.. hati-hati ya bila berurusan dengan duit.. ingat duit tu amanah.  Jika kita tidak menjaga amanah, sukarlah nak mendapat kepercayaan.



p/s
saya bukan peminat Tizz Zaqiyah... tongue  saya setia dengan Shazzle Crew jer.. winking












Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 24 Disember 2011

AlFatihah : Abdul Hamid Othman







KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman, 72, meninggal dunia semalam dipercayai akibat serangan angin ahmar. Allahyarham yang bertugas sebagai Penasihat Maju Holdings Sdn Bhd meninggal dunia kira-kira jam 4.45 petang ketika sedang menjalankan urusan kerja di pejabatnya di Maju Junction di sini.

Pegawai peribadinya, Nor Azhar Yusof, berkata sebelum serangan itu beliau kelihatan sihat namun tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.

“Kakitangan pejabat memanggil saya apabila melihat Allahyarham mengalami sesak nafas dan kami semua cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun lima minit kemudian Tan Sri telah tiada.

“Allahyarham mempunyai sejarah penyakit lain iaitu sakit jantung dan diabetis,” katanya ketika dihubungi. 
Beliau berkata jenazah Abdul Hamid dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong. 

Penasihat Agung Pusat Kebajikan Wanita dan Keluarga (KEWAJA) itu meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin serta lima orang cucu.

Allahyarham yang dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah pernah mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam. 

Abdul Hamid memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1995 sehingga 1999. Sebelum itu pada tahun 1990 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 2001, Abdul Hamid dilantik sebagai Penasihat Agama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian Penasihat Agama kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dari 2005 hingga 2009. – BERNAMA




"tiap yang hidup pasti akan merasai mati "





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Pemanas air di bilik mandi.. membawa maut




Salam bahagia,


gambar dari SINI


Bilik air/mandi rumah kome ade heater @ pemanas air ?

Di rumah saya takde.. memang ade plan sejak 7 tahun dulu lagi nak beli heater.. tapi tiap kali nak beli ade ajer asbab yang menyebabkan bajet untuk beli heater digunakan untuk tujuan lain.

Jadi, masa dalam pantang mahupun demam.. memang masak air dalam periuk besor.. pastu berangkut ler periuk ke dalam bilik mandi.. *suami lah yang tolong angkatkan*  heheh.. ala2 kampung gitu.


Actually dalam bilik mandi kami  memang ada reserve kan ruang untuk letak pemanas air.. tapi sejak dengor berita ade yang maut gara-gara pemanas air, maka suami kata, 'tak payah beli lah'. Lagipun anak-anak saya tahan ajer mandi air sejuk.. sebenarnya tak dibiasakan mandi air panas dari kecil mandi air panas.. 

Selalunya semasa nak membeli pemanas air ni, penjual memang ada beritahu, "ini barang waterproof punya. Tak ada electric circuit punya.. Ada warranty. Ini barang memang baik punya.. bla bla bla.."  

Saya tak ingat saya baca di mana, tapi katanya :
  • pemanas air perlu dibersihkan bahagian dalam nya, sekurang-kurang setahun sekali untuk membuang habuk, kotoran, pasir dsb (apa ya ada dalam pemanas air tu,.. ) supaya aliran air tidak tersangkut.. (?!)
  • periksa safety valve (alat yang mengawal tekanan & suhu air), tukar secara berkala. JIka alat itu rosak mungkin akan berlaku peningkatan suhu air secara mendadak.


Bulan Oktober 2011 lalu, berita kematian disebabkan renjatan elektrik kerana pemanas air ini berlaku di Kuching, Sarawak, sumber 


KUCHING: Rasa pelik bunyi air pancutan dalam bilik mandi selama beberapa jam membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menggunakan alat pemanas untuk mandi, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang juga seorang juruteknik, Mohd Nesruddin Saji, 48, ditemui mati dalam bilik air rumahnya di Taman Seri Cahaya, Jalan Batu Kawa, di sini dengan sebahagian muka dan badannya melecur.

Mayatnya ditemui anak saudaranya yang curiga apabila mendapati pintu rumah tidak berkunci selain televisyen masih terbuka sebelum membuat pemeriksaan.

Menurut anak saudaranya, Stephen Ng Wee Chung, 18, dia terkejut ketika menemui bapa saudaranya itu sudah tidak lagi bernyawa dengan tangan kiri menggenggam pemegang pemanas air manakala bahagian kiri muka serta dada kehitaman seperti kesan terbakar.

“Ketika kejadian, bapa saudara saya seorang diri di rumah kerana ibu saudara pulang ke kampung di Serian. Rumah saya terletak berhampiran dan menjadi kebiasaan bagi saya dan ahli keluarga lain untuk menjenguknya setiap hari,” katanya.

Katanya, sebelum itu, adik lelakinya, Wee Kim, 16, ada ke rumah itu kira-kira jam 11 malam namun tidak mengesyaki apa-apa mencurigakan kerana memikirkan bapa saudaranya itu sedang mandi.

“Apabila adik saya ke rumah itu, dia mendapati televisyen masih terbuka dan terdengar bunyi air dari dalam bilik air. Adik ketika itu menyangka bapa saudara saya itu sedang mandi sebelum terus pulang semula ke rumah kami,” katanya.

Katanya, dia kemudian kembali beberapa jam kemudian untuk memeriksa keadaan namun berasa tidak sedap hati apabila tidak ternampak kelibat bapa saudaranya itu selain mendapati pintu rumahnya tidak dikunci.

“Saya berasa pelik kerana mendapati bapa saudaranya masih mandi dan memanggilnya beberapa kali namun tiada jawapan sebelum menolak pintu bilik air,” katanya.

Stephen berkata, dia percaya bapa saudaranya meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik ketika mandi kerana dia turut merasainya ketika cuba mengalihkan pemegang pemanas air itu dari tangan bapa saudaranya itu.

Sementara itu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terpaksa memotong wayar elektrik pemanas air berkenaan sebelum membawa mayat mangsa keluar dari bilik air.

Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalankan bedah siasat.



dan baru ini, kejadian berlaku di Penang pulak.. 


sumber


GEORGETOWN: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik dipercayai berpunca dari alat pemanas air ketika mandi di bilik air rumahnya di Taman Changkat, Bukit Gambir di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, pemilik kedai alat telekomunikasi Tye Chuan Sin, 40, ditemui terbaring kaku dalam keadaan bogel oleh isterinya selepas terkena renjatan elektrik dari peralatan berkenaan dipercayai mengalami litar pintas.

Mayat mangsa ditemui dengan kesan melecur di leher serta badan akibat renjatan elektrik terhasil daripada paip alat pemanas air itu.

Menurut sumber polis, mangsa sepatutnya menjemput anak perempuannya pulang dari kelas tambahan, namun anaknya musykil apabila panggilan telefon dibuat kepada bapanya itu langsung tidak dijawab.

“Anak mangsa menghubungi ibunya dan meminta menjemput dia pulang dari kelas tambahan sebelum memberitahu panggilan telefon dibuat kepada bapanya langsung tidak dijawab.

“Isteri mangsa ketika itu berada di tempat kerja mula risaukan suaminya sebelum cuba menghubungi lelaki itu, namun panggilannya juga tidak dijawab,” katanya.

Menurutnya, sejurus sampai di rumah, dua beranak terbabit terhidu bau hangit dan terkejut apabila mendapati mangsa terbaring tidak bernyawa dalam bilik air rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu dan menerima laporan mengenainya.

“Tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,” katanya.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa yang ditemui di pekarangan HPP enggan ditemubual kerana masih bersedih dengan kejadian itu.






berhati-hati lah dengan pemanas air.. malang tidak dapat dijangka.. awasi anak-anak kecil mandi dibilik air..  
Ini antara kes yang dilaporkan.. mungkin ada banyak lagi kot kes yang tidak dilaporkan..


dalam rumah kita ni banyak barangan elektrik kan : blender, mesin basuh, periuk nasi, boiler, dan macam-macam lagi... jadi memang harus berwaspada bila mengendalikannya.. risau jugak kan kalo terkena renjatan elektrik ni.. 






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 22 Disember 2011

Kesiannya budak-budak ni.. camna doktor boleh tersalah potong?!





Salam bahagia,


Naik seram pulak saya, kot-kot hal macam ni terjadi pada anak saya. Saya rasa elok ajer kalo saya bawa anak terus ke klinik dan dikhatankan tanpa ikut proses berkhatan beramai-ramai. Bukan apa, bila sudah ramai sangat nak dikhatan dan doktor pulak tak berhenti-henti dok potong-potong dan potong.. kemungkinan kesilapan tidak dapat dielak. 

Namun begitu, doktor sepatutnya tidak ambil langkah mudah semasa membuat proses berkhatan, check betul-betul dulu sebelum lepaskan pesakit keluar dari bilik rawatan. Ntah lah saya rasa macam doktor tu cuai jer.. *jarang dengar doktor perempuan yang buat proses berkhatan untuk anak lelaki - tak tau lah kot saya ni dok dalam gelas kaca.. *  

Kesian pulak budak-budak ni.. nak kena berkhatan pulak sekali lagi tahun depan.. 



sumber

Silap potong!

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my






JITRA: Biarpun sudah hampir sebulan berkhatan, dua beradik masih menderita kesakitan kerana doktor dikatakan tersilap teknik dan tidak memotong hujung kulit zakar mereka sepenuhnya.



Selain sakit setiap kali mahu membuang air kecil dan masih memakai kain, Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang. “Sudah hampir sebulan kami menderita kerana menahan sakit akibat lebihan kulit zakar kami tidak putus sepenuhnya. Kami malu sebab rakan lain sudah boleh berjalan dan bermain, tapi kami masih memakai kain pelekat,” kata Mohd Iskandar. Dua beradik itu yang tinggal di Taman Mahsuri di sini, dikhatankan seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, dekat sini, pada 26 November lalu.



“Saya dan adik trauma sehingga sekarang malu bertemu rakan kerana kami masih belum sembuh dan dikatakan masih belum masuk Jawi sepenuhnya,” kata Mohd Iskandar ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibunya, Rosni Ahamad, 48, berkata dia mengesan masalah dihadapi dua anaknya ketika membuat pemeriksaan pada kemaluan mereka dan mendapati bahagian itu seperti tidak berkhatan, malah berlaku pendarahan kerana luka masih belum kering. Rosni berkata, dia dan suami, Zulkifli Zabidi, 55, membuka balutan luka pada kemaluan anaknya untuk memeriksa disebabkan mereka mengadu terlalu sukar dan berasa sakit ketika membuang air kecil.



“Saya dan suami terkejut melihat pendarahan agak teruk dan keadaan zakar anak saya seperti tidak berkhatan. Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati ada luka pada pangkal zakar anak sedangkan bahagian kulit yang sepatutnya dibuang tidak dipotong. “Sejurus selepas itu, kami terus membawa anak ke sebuah klinik swasta, namun mereka meminta kami merujuk perkara berkenaan ke hospital kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan. “Kami kemudian pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun doktor memberitahu secara teknikal anak kami belum berkhatan,” katanya.



Menurutnya, doktor di HSB itu turut menasihatkannya mengkhatankan semula Mohd Iskandar dan Mohd Shah dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga setahun akan datang.









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 19 Disember 2011

1Malaysia TV - tv internet Malaysia




Salam bahagia,



1Malaysia TV ni dikatakan tv internet pertama negara. Saya dah jengah dah.. hehheh... masih lagi dalam mode meng'explore'..








Semalam sudah dirasmikan oleh Perdana Menteri semalam 18 Dec 2011. boleh baca berita di SINI.





Oleh SOFIAN BAHAROM dan MOHD. ASRON MUSTAPHA

pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 18 Dis. – Sejarah media baru negara telah terukir hari ini dengan pelancaran televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Televisyen interaktif yang boleh dilayari menggunakan telefon pintar dan tablet itu merupakan wadah dan sumber terbaharu bagi belia mendapatkan maklumat, berita dan mesej meliputi isu-isu semasa yang melibatkan golongan tersebut.

Dengan melayari www.1malaysiaiptv.com.my atau www.erama.tv/mobiletv, pengguna boleh mengakses rangkaian saluran menarik seperti RTM1, RTM2, TV3, TV AlHijrah, My Youth TV (MyTV), CCTV1, e-Korea TV dan Documentary TV.

Penasihatnya, Datuk Md. Afendi Hamdan, berkata pelancaran saluran Internet itu adalah sejajar dengan galakan kerajaan dalam membawa gagasan 1Malaysia ke dalam media baru yang canggih merangkumi dunia Internet, peralatan komunikasi digital dan telefon mudah alih pintar.

“Lebih membanggakan Malaysia Book of Records (MBOR) turut mengiktirafkan 1Malaysia TV sebagai saluran media baru pertama yang berkonsep 1Malaysia.

“Ia bertepatan dengan cita rasa golongan muda yang mahukan maklumat terkini dengan lebih pantas selain mampu meletakkan negara pada kedudukan dalam kalangan yang terbaik.

“Ini kerana, penyebaran maklumat menerusi media baru ini mampu menjamin kebolehan media tempatan menyebarkan pengisian maklumat ke dunia yang lebih luas tanpa sempadan.

“Dunia media baru mampu mencapai sasaran terutamanya bagi golongan muda yang amat bergantung kepada Internet dan peralatan telekomunikasi mudah alih pintar dalam kehidupan seharian mereka,” katanya pada majlis Pelancaran 1Malaysia TV di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D’cruz serta pengarah filem Ahmad Idham.

Pada majlis berkenaan, Rosmah mendapat kejutan berupa sebuah kek sempena hari kelahirannya ke-60.

Tambah Md. Afendi, perkembangan pantas teknologi baharu yang telah mengubah cara hidup dan berfikir generasi masa kini kepada kehidupan yang serba canggih turut selari dengan pendekatan kerajaan selama ini.

“Justeru, bagi menyahut usaha-usaha kerajaan ini, kita wujudkan kesinambungan di antara segenap lapisan generasi yang berbeza agar masyarakat bergerak pada aliran masa yang sama dan tidak ketinggalan,” ujarnya.

Aplikasi 1Malaysia TV juga boleh dimuat turun melalui iTunes App Store bagi iPhone, Blackberry App World (Blackberry) dan Android Market (Android) secara percuma selama tiga hari iaitu bermula hari ini dan akan mengenakan bayaran RM3 selepas itu.





klik SINI untuk jadi ahli 1Malaysia TV

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Ahad, 18 Disember 2011

Bila Fauziah Ashari bersuara..





Salam bahagia,


Filem Ombak rindu yang telah pun mencapai jualan lebih RM10 juta selepas 2 minggu tayangan. Hebat kan.. tentulah hebat, buah tangan dari penulis Fauziah Ashari yang telah diulang cetak sebanyak 23 kali, pelakon-pelakon yang hebat, pengarah yang hebat.. dan memang hebat 4 hari tayangan sudah dapat RM4 juta.


Dan bila Fauziah Ashari bersuara menyatakan beliau 'tidak berapa puas hati'.. ramai pula pihak lain yang memanaskan lagi cerita dan membuat seolah-olah Fauziah Ashari sebagai 'orang salah'.


Ada yang memanaskan lagi dengan mengulas kalo dapat RM219,000 dah boleh buka bisnes sendiri atau buka kilang (ada blog yang ulas begini).. tapi harus juga kita congak, RM219,000 untuk tempoh 10 tahun novel Ombak Rindu berada di pasaran, secara purata lebih kurang RM21,900 setahun. Dan jika anda bukan seorang yang bebal, anda patut tahu, royalti sebanyak itu bukan lah diterima dalam bentuk pukal.. maka sendiri fikirlah kan.. pada saya, fakta menyebut tentang royalti ini hanya ingin mengaburi pembaca sahaja. (ini hanya pandangan saya seorang ibu yang tidak bekerja, mungkin cetek cara saya berfikir.. orang lain tak tahu lah)




Saya telah membaca hampir ke semua tulisan di suratkhabar mahupun di blog-blog hiburan dan blog yang suka copy-paste, tentang isu ketidakpuasan-hati Fauziah Ashari, bayaran tidak setimpal, royalti tidak disebut dalam perjanjian, tidak diajak berbincang semasa pembikinan skrip dan macam-macam lagi lah. Dan pihak Alf21 tersinggung dengan kenyataan beliau dan telah dimaafkan (saya pun kurang faham bahasa orang suratkhabar ni.. ayat macam sengaja nak 'membakar')



Anda boleh baca di sini, sini dan sini, (link artikel tidak mengikut sususan peristiwa..), pandai-pandai lah kome nak fahamkan isu ini. Anda boleh sahaja google, ramai blogger yang copy-paste berita yang sama. 


Cuma saya tertarik dengan artikel yang ditulis di SINI.. Ombak Rindu, hakcipta dan membela kepentingan pengkarya.


Saya pernah baca di blog kartunis Ubi (anda kenal kartunis Ubi?) berkaitan isu copyright [sila klik link jika berminat nak baca]. Ada 4 bahagian yang ditulis oleh kartunis Ubi, setiap bahagian 1 entri. JIka anda berminat, sila klik link dibawah ini :


Saya rasa penulisan kartunis Ubi ini amat membantu untuk kita memahami serba sedikit tentang hakcipta, harta intelek.. saya suka penulisan yang mudah dan contoh yang boleh difahami.

jika ingin tahu lebih mungkin boleh bertanya dengan Mama Zharfan (kenalan blog saya) kerana beliau punya PhD dalam jurusan IP (intelectual property).


Dalam kes Fauziah Ashari ni, isunya memang berkenaan dengan hakcipta. Dalam kes beliau ini, beliau adalah pengkarya asal (pemilik hakcipta) dan Alaf21 pula pemegang hakcipta. Dua-dua pihak mempunyai hak ke atas novel Ombak Rindu.

* kita tidak tahu bagaimana isi perjanjian Alaf21 dengan penulis-penulisnya, tetapi didalam semua novel terbitan Alaf21.. ada disebutkan novel tersebut adalah HAK TERPELIHARA - mana-mana pihak tidak boleh menerbit atau pun menukarkannya ke dalam apa juga bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pihak ALAF21. *


Namun, ada juga perjanjian diantara penulis dan penerbit buku yang membual mutual-deal.. di mana sekiranya hasil karya ingin ditukar ke bentuk drama dan sebagainya, pemilik asal berhak untuk memantau @ campur tangan dalam pembikinan skrip dsbnya. Pemilik asal juga akan dibayar royalti mengikut pembahagian peratusan yang dipersetujui oleh Penerbit buku. 


Saya tidak ingat saya baca di mana, tetapi ada disebut, pihak penerbit buku/novel akan mengenakan royalti kepada pihak penerbit drama sekiranya novel mahu dijadikan drama berantai. Jadi dalam kes Alaf21 dan Ombak Rindu ini, seperti ada yang 'tertinggal' tentang royalti.. betulkah tidak disebut dalam perjanjian antara Alaf21 , penulis dan produksi Ombak Rindu? JIka ada, takkan lah Fauziah Ashari bersuara.


Semoga hal ini menjadi iktibar untuk penulis yang lain. Almaklumlah fenomena adaptasi novel ke drama dan filem telah menjadi trend yang sangat-sangat HOT. Semoga semua pihak yang terlibat mendapat habuan yang sewajarnya. 


Susah juga jadi penulis kan.. lebih-lebih lagi di Malaysia ni.. bila penulis naif, penulis di'kencing' oleh penerbit buku. Bila penulis mampu menerbit buku sendiri, ada juga lebih ramai penerbit lain yang mahu 'kencing' penulis tadi. Dunia penulisan dan penerbitan di Malaysia ni tak lah luas mana.. jadi apa salahnya bersaing secara baik kan.. ... eh, apa ntah yang saya dah merepek nih.. hahahha.. saya pun dah penin sebenarnya nak ulas isu nih.. sampai merepek-merepek dah...




disclaimer : ini hanya pandangan seorang ibu yang tiada apa pun kefahaman tentang tendang terajang dunia penulisan mahupun isu hakcipta..  sekadar mengulas dengan ilmu yang terbatas. Hanya pandangan peribadi sahaja dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. sekian, terima kasih kerana sudi membaca.



.. lastly, jika tiada penulis novel Ombak Rindu, tiadalah penerbit Alaf21 dan jika tidak kerana novel tersebut telah diulangcetak sebanyak lebih 20 kali, tentulah tiada yang berminat untk di filemkan.. takkan nak filemkan novel yang tak laku.. jika tiada filem Ombak Rindu.. dan tiadalah Aaron & Maya Karin penyeri filem itu.. kan. .. ah, saya merepek lagi.. 









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 14 Disember 2011

Bakti pada anak-anak tercicir persekolahan




Salam bahagia,

Sangat tersentuh hati bila membaca artikel ini...bergetar rasa dalam jiwa. Ramai rupanya orang kita yang hidup miskin daif, makan pun tak menentu.. apatah lagi pelajaran anak-anak.. Semoga lebih ramai lagi insan-insan berhati mulia yang sanggup menyemai bakti membantu anak-anak yang keciciran ini. Sudah lah miskin, ada yang tiada bapa @ ibu, miskin pula dengan kasih sayang, semoga mereka tidak miskin ilmu agama.






Menyemai bakti untuk anak tercicir


KETIKA anak lain ke sekolah agama, Udin (bukan nama sebenar) leka bermain. Sesekali matanya merenung ke arah sekolah. Ada perasaan sayu dan pilu dalam hatinya.

Dia sememangnya teringin untuk belajar di sekolah agama itu tetapi apakan daya, ibunya tidak mampu untuk membayar yuran sekolah. Meskipun jumlahnya hanyalah RM20 sebulan. Makan mereka pun atas belas ehsan jiran.

RM20! Nilai wang yang bagi sesetengah orang boleh dihabiskan untuk sekali makan! Ada kalanya Udin berjalan mengelilingi pagar sekolah yang sebahagiannya sudah tumbang akibat perbuatan khianat mereka yang tidak bertanggungjawab menceroboh ke kawasan sekolah.

Dia seronok mendengar suara kanak-kanak mengulangi ungkapan kata ustazah dan ustaz. Ingatannya singgah kepada ibu, ibu yang sedang bertarung nyawa dengan penyakit kanser rahim.
Ayah? Ayahnya sudah lama meninggal dunia.

Seperti Udin, kakak dan abangnya juga tidak bersekolah kerana kesempitan hidup!

Lain pula kisah Mail (bukan nama sebenar).

Dia dan abangnya pernah ditangkap kerana mencuri meja sekolah. Bahagian besi meja itu dijual kepada pembeli barang lusuh.

Hasil jualan RM3 itu digunakan untuk membeli makanan. Mereka mencuri kerana lapar. Ibu Mail masih hidup tetapi sudah lama keluar rumah, meninggalkan dia dan adik beradiknya yang lain.

Tinggal ayahnya sebagai bapa tunggal yang menyara kehidupan anaknya yang lima orang itu dengan menjaja secara kecil-kecilan.

Mail hanya ke sekolah agama kerana tiada surat beranak untuk ke sekolah kebangsaan. Abangnya juga tidak mempunyai surat beranak.

Kakaknya tidak bersekolah kerana perlu menjaga adik-adiknya apabila bapa keluar mencari rezeki.

Anak yang dikenali sebagai Man (bukan nama sebenar) ini pula terpaksa berhenti sekolah. Ibunya tidak mampu untuk membayar yuran sekolah sebanyak RM20.

Ayah? Ayah sudah berkahwin lagi. Walaupun ayah ada memberi wang kepada ibunya tetapi jumlah yang diberi tidak cukup untuk menampung keperluan kehidupan mereka.

Ibu Man pula hanya mampu menjaga anak orang untuk menambah pendapatan bagi kelangsungan hidupnya dan enam orang anaknya.

Atas keprihatinan pihak sekolah, Man dibenarkan meneruskan persekolahan walaupun tidak dapat membayar yuran.
Kesusahan hidup yang dilalui Udin, Mail dan Man ini hanyalah secebis daripada kehidupan berliku anak yang belajar di Kafa (Kelas Al Quran dan Fardu Ain) Integrasi Al-Insaniah, Jalan PJU 1A/42, Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya.

Keprihatinan pihak sekolah membolehkan Udin, Mail dan Man menjadi murid di KAFA itu.

Cuma Udin sempat belajar hanya beberapa bulan sahaja. Dia dan adik-beradiknya diberitakan sudah balik ke kampung di Kelantan setelah ibu mereka meninggal dunia.

Mungkin ada ramai lagi anak yang menyimpan kisah pahit dan duka kehidupan mereka di sebalik wajah-wajah yang redup dan tubuh yang lesu.

Kebanyakan anak ini datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan mempunyai adik-beradik yang ramai.
Lantas ada antara anak ini yang datang ke sekolah agama dengan perut kosong seperti yang diberitahu Ustazah Norazainah Adnan dan Ustazah Siti Hawa Sharif, pengasas Kafa Integrasi Al-Insaniah.

Pihak sekolah sememangnya membantu mereka yang benar-benar memerlukan dengan mengecualikan mereka daripada bayaran yuran di samping makanan tambahan.

Bagaimanapun, kewangan yang terhad membolehkan hanya 70 orang sahaja setakat ini menerima makanan tengah hari yang membabitkan perbelanjaan kira-kira RM2,100 sebulan.

Ustazah Norazainah mempunyai pengalaman sekitar 14 tahun sebagai guru tadika sementara Ustazah Siti Hawa pula telah menjadi guru agama selama kira-kira 15 tahun.

Sebelum penubuhan Kafa ini, mereka berdua mengambil inisiatif mengadakan kelas agama di surau Insaniah Blok D PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) Taman Putra Damai.

Ustazah Norazainah ketika itu menyandang jawatan Ketua Muslimah Jawatankuasa surau Insaniah.
Kelas agama yang menampung kira-kira 90 pelajar itu diadakan di surau berkenaan selama dua tahun mulai 2001. 

Pada 15 Jan, 2003, Kafa Integrasi Al-Insaniah dibuka di lokasi yang ada sekarang.

Meskipun saiz sekolah itu kecil, sesi persekolahan pertama menerima 500 murid. Sekolah ketika itu mempunyai hanya lima buah kelas, pejabat dan kantin. Pelajar diajar antaranya mata pelajaran Al-Quran, Feqah, Tauhid, Bahasa Arab, Akhlak dan Tulisan Jawi.

Rasa Belas Ustazah Norazainah bukan setakat menjadi pengasas dan kemudiannya mengajar di Kafa Al-Insaniah.
Naluri seorang ibu menjadikan beliau begitu mengambil berat agar anak di PPRT Taman Putra Damai tidak tercicir daripada mendapatkan pendidikan agama.

Setiap kali melihat ada anak yang bermain di luar kawasan sekolah pasti dia akan bertanya mengapa mereka tidak datang ke sekolah agama itu.

Tidak cukup dengan alasan yang diberikan, dia akan menyusul pula ke rumah untuk menggalakkan ibu bapa berkenaan menghantar anak ke sekolah.

Alasan yang sering singgah di cuping telingnya ialah tidak ada wang untuk membayar yuran sekolah.

"Saya akan memberitahu mereka hantar dulu anak ke sekolah dan soal kewangan boleh dibincang kemudian.

"Saya susah hati, saya bimbang sekiranya anak ini tidak dibekalkan dengan pendidikan agama, ini akan merosakkan diri mereka kelak," Ustazah Norazainah yang juga naib-pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Kafa Al-Insaniah memberitahu Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.







Kafa Al-insaniah

KAFA Integrasi Al-Insaniah kini mempunyai 450 murid. Seramai 25 orang belajar pada sesi pagi sementara bakinya belajar pada sesi petang.

Anak ini kebanyakannya berasal dari kawasan setinggan Taman Medan, Kampung Cempaka, Kampung Kayu Ara dan Kampung Sentosa yang terletak di sekitar kawasan Petaling Jaya.

"Ada yang mempunyai ibu atau ayah sahaja. Ada yang emak bekerja di kilang, ayah berniaga sendiri atau bekerja sebagai buruh. Ada juga emak yang hanya suri rumah.

"Ada juga yang emak sahaja bekerja. Rata-rata mereka berpendapatan rendah. Ada yang mempunyai anak lapan hingga 12 orang," kata Ustazah Norazainah.

Ustazah Norazainah berkata, 30 daripada 40 murid dalam satu daripada Darjah Dua beliau adalah murid yang ibu bapa mereka sudah bercerai atau ibu tunggal setelah suami meninggal dunia. — BERNAMA





..


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 12 Disember 2011

Lepas kahwin, elok lah duduk di rumah sendiri





Salam bahagia,


Tak semua ibu mertua dan menantu yang boleh hidup aman damai dalam sebuah rumah. Tak dinafikan juga ramai yang hidup bahagia dan rukun damai, asalkan sama saling berkasih sayang dan tiada hasad di hati.


Sahabat saya, seorang guru, anak nya 7 orang, suaminya adalah anak kesayangan ibu mertuanyanya, apatah lagi satu-satu anak lelaki dalam keluarga. Maka, sejak dari awal berkahwin sehinggalah kini, sudah hampir 15 tahun perkahwinan beliau, memang dia tinggal dengan mertua. Sangat beruntung sahabat saya ni, sebab kerja-kerja di dapur, ibu mertua dan adik-adik ipar perempuan yang buat. Memang sangat jarang lah beliau mengotorkan tangan untuk kerja-kerja memasak. Pokoknya kehidupan nya amat rukun dan damai sekali. Dan tahun lepas, beliau dan suami sudah berkesempatan menjadi tetamu Allah di bumi Makkah. Alhamdulillah, saya merasakan sahabat saya itu tersangat lah bertuah. 

Yang pasti, kehidupan berkeluarga besar hidup dalam satu bumbung ini perlu dilandasi agama dan iman yang teguh serta pekerti mulia.


Tapi, dalam banyak kes.. ceritanya lebih kurang macam dalam berita ni..

sumber 

KUALA LUMPUR: Gara-gara perselisihan faham, seorang wanita warga emas tergamak membelasah menantu perempuannya dengan batang kayu, selain mengugut mahu membunuh mangsa sebelum menghalau wanita terbabit dari rumahnya, Rabu lalu.
Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku apabila warga emas berusia 60-an terbabit tidak menyukai sikap menantunya berusia 34 tahun yang tinggal bersama sejak tiga tahun lalu, sebelum bertindak luar kawalan membelasah mangsa di rumahnya di Jinjang.
Pada mulanya, mangsa dikatakan bertengkar dengan ibu mentuanya sebelum kejadian bertukar ganas menyebabkan mangsa terpaksa melarikan diri bersama anak perempuannya berusia setahun dan menumpang di rumah seorang rakannya.
Selepas dinasihatkan rakannya itu, mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kelmarin memandangkan seorang lagi anak lelaki mangsa berusia tiga tahun masih tinggal bersama keluarga mentuanya.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila ibu mentua mangsa dikatakan tidak berkenan dengan tindakan mangsa menegurnya sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.





Buat kawan-kawan yang tinggal sebumbung dengan mertua, elok-elok lah yer. Tutur kata memang harus dijaga, orang tua ni kadang-kadang hatinya cepat tersentuh. Mana tahu, kita nanti dah tua pun mungkin begitu juga kan.


Sebaiknya, jika mampu untuk hidup berdikari dan punya rumah sendiri (walau rumah sewa), elok lah hidup berdikari. Pada saya hidup berdikari di rumah sendiri adalah lebih baik dari menumpang di rumah mertua.





Doa ini saya jumpa di blog INI, 10 nasihat penting membina keluarga bahagia.


Saya setuju dengan semua 10 point yang disebutkan.. Semoga kita semua terus kekal melayari kehidupan berkeluarga dengan bahagia. Bahagia = mengharungi susah payah dan gembira bersama-sama.



..
contest gadget impian dah tamat la.. jom join contest & GA ibu sihat anak riang.
..









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Ahad, 4 Disember 2011

Poster motivasi : Jangan jadi orang-orang






Salam bahagia,





credit doodle comel ni pada Yasmin Aris



Akhir-akhir ni kemaruk pulak asyik nak buka photoshop.. nak buat doodle yang comel-comel tak reti... so kita buat poster jer lah. Maaf lah yer, puan blog ni tak habis-habis bereksperimen dengan warna tema biru ajer.


Saya tak pandai nak terjemahkan maksud kata-kata Dr M Tuah Iskandar al-Haj ni.. kalo kome faham, cer kongsi kan.



Cuba baca berita semalam ni... memang bukan orang kot si bapa ni.. nak kata orang-orang pun bukan jugak kan..



Tendang bayi menangis

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


GEORGETOWN: Hanya kerana tidur terganggu akibat tangisan bayi perempuannya berusia sembilan bulan, seorang bapa 'naik hantu' dan tergamak menendang bayi itu dalam kejadian di rumah mereka di Lebuh Maccalum di sini, kelmarin.

Malah, dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun terbabit turut didakwa menghempas bayinya ke atas tilam sebelum isterinya cuba mententeramkan keadaan.

Bagaimanapun, tindakan isterinya menyebabkan wanita itu turut menerima padah apabila ditendang suaminya sehingga meminta pertolongan ibu mentua yang tinggal serumah dengan mereka.
Menurut sumber, kejadian malang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya berada di dapur membancuh susu dan meninggalkan anaknya bersama suami yang sedang tidur di dalam bilik.
“Lelaki terbabit terjaga daripada tidurnya apabila anaknya menangis sebelum menengking dan memarahinya.
sumber






Jika dah jadi bapa tu.. bersikap lah seperti seorang bapa.. jangan nanti, bila anak dah besor, anak pulak yang tendang terajang bapa.




gadget impian saya.. jom support saya.. klik gambar yer











Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...