Salam bahagia,
Saya dengar berita jam 11 pagi di TV1.
Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan meliwat kerana mahkamah tidak dapat mensabitkan kesalahan berdasarkan keterangan fizikal semata-mata. (lebih kurang begitulah yang saya dengar apa yang pemberita tu sebut)...
Kan main sesak lagi di hadapan mahkamah Jalan Duta. (yang saya nampak dalam tv ler)
Hmm.. x tau nak komen apa.. rasanya bagi tahun 2010 & 2011, ini lah kes yang paling sensasi.. kes yang TOP dan kerap dibicarakan.. sampai ada yang nak demo nak bantah bagai.
KIta tak tahu mana yang betul mana yang salah. Tapi kebiasaannya, walaupun mahkamah telah membuat keputusan, rayuan masih boleh dibuatkan. Jadi, ini bukan TITIK NOKTAH.
update :
sumber
Sampel DNA Saiful Bukhari tidak dapat dipastikan
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Keputusan itu dibacakan oleh Hakim Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah di Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 9.15 pagi tadi.
Mohamad Zabidin dalam keputusannya berkata dalam kes ini integriti sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak dapat dipastikan. Menurutnya, adalah tidak selamat utk bergantung dengan keterangan DNA itu memandangkan tidak ada keterangan menyokong keterangan Mohd Saiful Bukhari.

Perkara yang tak diingini tapi telah berlaku.. hmm sadis betul
sumber
Lima cedera dalam letupan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta
KUALA LUMPUR: Polis sahkan lima cedera dalam tiga letupan berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi tadi dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Dua letupan pertama berlaku berhampiran pintu masuk mahkamah manakala yang ketiga di hadapan pintu masuk bangunan LHDN.
Bom buatan sendiri yang meletup disembunyikan di dalam kon polis yang diletakkan di bahu jalan.

..
sumber
Saiful redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi
KUALA LUMPUR: Pengadu dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan redha dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah terhadap dakwaan tersebut.
Mohd Saiful, 26, dalam akaun Twitter miliknya, berkata beliau akan terus tenang, berdoa dan sabar menerima keputusan yang dibuat Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
"Tidak di dunia, namun di Masyar PASTI. Redha dgn ketentuan-Nya. Akan terus tenang, doa, istiqamah dan sabar. Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi," demikian entri akaun Twitternya.
Mohd Saiful tidak hadir semasa mahkamah membuat keputusan itu.

Ulasan Mohd Saiful Bukhari Azlan di blog beliau.. klik SINI
kalau dia bersalah kena mungkin 20 tahun tu huhu..tua kat dalam penjara la..alhamdulillah dia dibebaskan
BalasPadamalhamdulillah..
BalasPadamke mungkin sebab taknak huru hara sebab ramai sangat penyokong yang datang???huhu..
Alhamdulillah..sy hepi ngan brite nie..hihi~...
BalasPadam@nuriz yer.. sgt memalukan bila bekas Tim PM habiskan hari tua dlm penjara.. semoga lepas ni tiada lagi isu/skandal yg mcm ni...
BalasPadam@Prettywritemungkin juga..
BalasPadam@Nisa Greennnpanda memang ramai yg gembira dgn berita ni..
BalasPadam..semoga tiada lagi berita dan perkataan "liwat" terpampang di muka depan akhbar..malu pada anak bangsa; kalau boleh biarlah kita liwat editor editor akhbar kerana menjadikan perkataan ini bermain dibibir anak anak kecil yang belum mengerti apa-apa
BalasPadamdah agak, mesti kurang bukti.
BalasPadamHarap ini tidak ada lagi perhimpunan yang mengheret orang awam. Apa yang kita mahukan adalah fokus dengan ekonomi dunia yang merundum
BalasPadamtak tau nak komen apa pasal ni..hanya Allah yg MAHA mengetahui..tp harapnya tutup buku la lepas ni..tak gemor isu mcm ni ada kat front page..
BalasPadamfokus dengan ekonomi negara dan keluarga sendiri yg tebaik. banyak jugak masa kita guna utk bercerita, berdebat dengan kes2 ni.
BalasPadamalhmdllh ... moga politik msia smakin stabil hendaknye
BalasPadampasal isu ni, yus no komen lah...huhu
BalasPadampapa mifz kurang gembira dgn berita nih..
BalasPadamharap2 polis ada gambar untuk kesan siapa sembunyikan bom tu
BalasPadam@tehr intai2 kat twitter tadi.. ade la nampak 1-2 gambar mangsa yg terkena letupan tu.. x silap sorg tu serius, masuk ICU..
BalasPadamkadang2 pelik benda yang salah deme nak buat p buat bom buat pe..kan dan bahayakan org lain
BalasPadamMyra pun tak berani nak komen sebab kita tak tau apa yang berlaku
BalasPadamAllah Yang Maha Mengetahui segalanya
terima kasih atas feedback & pandangan kawan2..
BalasPadamsiapalah kita nak judge kan.. sapa yg betul @ siapa yg salah, biarlah Allah yg tentukannya, jika bukan di dunia, di SANA nanti.. cuma berharap isu ini akan bertemu titik noktahnya.. tp mlm tadi berita, nampak bapa SBA bersuara pulak.. hmmm..