Salam bahagia,
Sedar tak sedar.. rupanya sudah hampir 1 minggu blog saya ni sepi tanpa entri baru... banyak yang ingin saya bicarakan, namun sering ajer ada hal lain yang akhirnya nak buka dashboard pun tidak..
Namun hari ni saya tidak punya alasan untuk tidak update entri.. demi untuk menzahirkan ucapan terima kasih buat Denaihati dan team Denaihati.com.
ALhamdulillah.. saya suka sangat dengan pemberian buku ini... Insya Allah, akan saya 'belajar' dan cedok isi kandungannya semampu yang mungkin..
Saya baru membelek sedikit.. belum lagi untuk membaca dengan lebih mendalam.. tetapi saya dapat merasakan buku ini baik untuk motivasi diri saya yang sekarang ini sedang berjinak-jinak dengan perniagaan.. walaupun saya sebenarnya belum betul-betul serius, namun bila buku ini menyebut tentang menjadikan perniagaan itu satu jihad dan 'jiwa khalifah' -- mungkin saya harus review semula matlamat perniagaan saya..
dan saya petik kata-kata ini..
Telah tiba masanya kita bangkitkan semula jiwa Khalifah dalam kalangan umat, bermula dengan menerajui semula ekonomi. Tiba masanya Melayu-Islam menyumbang bahagian mereka kepada pertambahan nilai ekonomi negara, menuju taraf umat alyadul uliya, iaitu orang yang tangannya di atas (the upper hand), bebas berdikari dan pasti lebih mulia kedudukannya daripada mereka yang tangan di bawah, dependent dan sentiasa meminta-minta
~ buat kawan-kawan yang juga menerima senaskah buku ini.. jom kita 'study' buku ini dan kongsikan ~
..
My hubby dah habis baca buku ni, dan siap buat ulasan pasal buku ni dalam blog :)
BalasPadamMJ je baru baca sikit :)
Selamat membaca ye kakyong :)
wah, bagus buku tu..
BalasPadamnanti ceritalah apa isi penting yer :)
sy x sempat baca ag.. :)
BalasPadamBoleh pelajari daripada usahawan yang berjaya.
BalasPadamwahhhh. untungla kak yong. tahniah & selamat studi. ;)
BalasPadamTahniah kak yong... boleh ler share nanti dgn semua
BalasPadamapa isi kandungannya.. =)
slmt membaca kkyong !
BalasPadambaguslah kita berjinak2 dgn berniaga ni kkyong... sunnah tu ;)