Pagi ini, saya mulakan kelas mengaji bersama 2 anak dara, seorang anak saudara & seorang jiran.
Seperti biasa, kelas mengaji dimulai dengan doa.
Hari ni kita membaca surah-surah lazim, bermula dengan surah AlFatihah & diteruskan dengan surah-surah dalam juz Amma.
Alhamdulillah.. 15 surah pertama, bergema bacaan nya dengan lancar sekali.
Lapang sungguh dada ini, bila mendengar alunan dan bacaan surah lazim dari suara anak-anak yang masih belum akil baligh.
Terbayangkan suasana begini di sekolah atau pusat Tahfiz.
Indah sungguh bila berada di taman syurga ilmu.
Itu baru alunan ayat-ayat lazim dari suara anak-anak.
Bacaan mulai perlahan saat sampai ke surah Alzalzalah, hanya terdengar 1 suara sahaja yang masih meneruskan bacaan. Yang sorang anak dara bagitahu, "Adik belum hafal surah ni " . Yang 2 orang lagi, 'miming' sahaja.. follow the flow konon nya.
Sampai ke surah AtTiin, saya minta yang 2 orang lagi baca secara sendiri.
Saya pandang tepat ke wajah tiap seorang. Tersengih-sengih..
Akhirnya mengaku - "surah ni belum hafal lagi "
Baik.. kita mula kan hafalan surah ni. 4 ayat sahaja dulu.
setengah jam tadi di isi dengan membaca ayat2 lazim sehingga surah Al-Alaq.
dan 20 minit seterusnya di isi dengan memulakan hafalan untuk surah AtTiin.
Terdengar anak yang merungut. "susah lah.. "
Bila saya mula menyemak tiap seorang., rupanya ada yang masih tidak kenal huruf.
Yang lancar di baca sebelum ini hanya di hafal ' by heart'.
Alhamdulillah. Syukur. Satu nikmat bila anak-anak dapat menghafal sehingga lebih dari 15 surah lazim.
dan saya mengingatkan anak-anak.
"Hafal sahaja tidak cukup, mesti kenal huruf yang dibaca. Usah jadi burung kakaktua."
Mengaji ini , urutan nya yang pertama adalah kenal huruf, kemudian mengenal bunyi huruf dengan tanda bacaan, kemudian kenal bacaan panjang & pendek, kemudian kenal bacaan huruf bersambung.
Jadi, bila kita hafal surah, kita mesti tahu apa yang kita baca.
Senyum sengeh - ini respond dari anak-anak berusia 9 dan 10 tahun.
9 dan 10 tahun adalah umur yang sepatutnya sudah boleh membaca AlQuran. Saya dulu masa umur 8 tahun sudah boleh membaca AlQuran.
Hanya 1 orang yang sudah mengaji AlQuran. 3 orang lagi masih lagi mengulang Iqra'. Mana yang masih membaca tergagap-gagap dengan huruf yang masih salah sebut, ada huruf yang masih keliru, saya turunkan dari Iqra 4 ke Iqra 2.
Sungguh lah mengajar anak orang memang mencabar.
Sering saya titipkan pada ibu nya, tolong doakan supaya anak-anak boleh belajar dengan hati yang lurus lagi bersih.
Saat saya melihat anak-anak ini terkial menyebut huruf walau sudah berpuluh kali di ulang muka surat yang sama, saya berfikir-fikir, kenapa jadi begini.
Sudah 2 bulan mengaji dengan saya, baru berkalih 3 mukasurat & bacaan nya masih terkial-kial, seolah susah mahu menyebut bunyi huruf.
Saya masih berkira-kira untuk mencari strategi & teknik lain dalam mengajar.
Apa pun saya yakin, Doa ibu dan ayah itu sangat perlu agar anak dibukakan pintu hati dapat menerima pelajaran dengan baik.
catatan 1 Muharram 1439H @ 22 sept 2017
Kakyong Habibah
Ibu bekerja dari rumah
Stokis Qaseh Gold Ipoh
0 ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.