Salam bahagia,
Majlis nikah adik ipar (adik suami), Nurasikin sudah pun berlangsung pada 27 May 2011, di Masjid An-Nur Batu 8 Ulu Kinta.
Barakallah–Maher Zain
Tahniah buat Syukuri (sebut Syukri) dan Ikeen… Majlis akad nikad telah berlangsung selepas Asar. Hampir sesak dewan solat masjid sebab 5 pasang pengantin yang nikah.
kualiti gambar sangat tak bagus.. silap setting, gambar banyak yang bergegar..
Alhamdulillah, selamat sudah dengan sekali lafaz..
gembira dan ceria pengantin perempuan.. di belakang tu semua keluarga kami..
Acara batal air sembahyang di buat di rumah.. heheh.. saya suka gambar ni.. candid…
Tahniah buat adik-adik ku.. semoga melayari alam rumahtangga dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.
p/s
more photos coming… hanni kassim, rogi la tak datang kenduri Ikeen, kalo tak dah boleh kita berkenal-kenalan..
salam kasih sayang,

