Memaparkan catatan dengan label Ujian kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ujian kehidupan. Papar semua catatan

Ahad, 9 Disember 2012

Review buku : Travelog Impian Abadi.. itu yang tertulis



Salam bahagia 





Membaca buku ini seolah satu refleksi diri. Belum pun separuh buku ini saya baca, terimbau-imbau segala macam kenangan pahit manis di usia remaja saya. Membaca buku ini buat saya terkenang-kenang memori semasa saya di matrikulasi dan di kampus UUM. 

Allahu Akbar, terasa kecilnya diri.. diri saya tidak sehebat penulis yang banyak membuat keputusan dengan mengharap kepada Allah.. saya terkenang-kenang perilaku saya di zaman remaja saya itu... memang banyak yang 'kurang', banyak benar terjadi kecelaruan emosi, banyak benar keputusan yang saya buat hanya bersandarkan emosi semata-mata. 

Tiada hubungan percintaan yang menjadi , dek kerana hati yang pernah dilukai maka saya telah 'melukai' banyak hati.. Maaf kan saya , Allahu Akbar.. mampukah saya memohon maaf kepada mereka yang pernah saya 'sakiti' dan 'lukai'.. Sudah hampir 20 tahun berlalu, saya berharap mereka maafkan saya.. saya adalah remaja yang sangat 'celaru emosi' nya saat itu. Bukan sengaja saya melukai hati kalian. Semua itu sudah terlalu jauh untuk saya berpatah balik, sudah hampir 20 tahun. Banyak kenangan yang selama ini saya abaikan, lupakan.. namun membaca buku ini seolah-olah 'mengeluarkan semula' segala kenangan-kenangan yang banyak 'terbenam' dari ingatan.


Membaca buku ini juga membuat saya terkenang-kenang cabaran alam pekerjaan beberapa tahun selepas menamatkan pengajian. Semuanya kini menjadi kenangan dan pengalaman yang amat berharga.. 


Dan setiap kita punyai masa lalu.. membaca buku ini membuat saya banyak mengenang kembali masa lalu (berapa kali nak ulang lah).. betapa saya di masa lalu bukan lah orang yang 'hebat'.. betapa kurangnya pergantungan saya pada Allah.. betapa kerdilnya diri saya.. dan masa lalu itu jugak lah yang menjadi asbab kehidupan saya masa kini.. 


Terima kasih atas penulisan ini Puan Roza.. terlalu banyak pengisian yang puan selitkan dalam penulisan ini.. menitis-nitis air mata saya mengenang masa lalu yang sudah tidak mampu untuk saya perbaiki. Insya Allah, semoga saya mampu melakukan yang terbaik di hari ini dan hari esok. 


"Ya Allah, berikan lah saya kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi apa juga rintangan dan dugaan dalam kehidupan saya di hari ini dan masa hadapan. "



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 29 Februari 2012

Jadi bodoh dan hilang jatidiri kerana dibomohkan




Salam bahagia,




gambar hiasan ajer... awan tebal yang memutih 




baru-baru ni saya berbual dengan seorang ibu ni...


dia bercerita, anak nya berkahwin dengan lelaki tanpa restunya.. belum pun setahun.

dan lelaki itu (si suami anaknya) itu telah membomohkan anaknya... 

sehingga anaknya jadi seperti bodoh.. lupa pada si ibu.. sikap yang lemah lembut juga telah berubah..

si lelaki itu khabarnya tidak bekerja.. dan menurut si ibu, sedikit demi sedikit duit anaknya diambil oleh si lelaki.. dah tak kerja, duit sapa lagi kan dia nak kebas.

si anak boleh dikatakan berharta lah jugak.. untuk seorang yang berusia lewat 30'an.. dia punya sebuah kereta dan 2 buah rumah.  

si anak adalah seorang kakitangan awam.. 

menurut si ibu, jika di tempat kerja, si anak boleh ingat pada si ibu.. berada dalam keadaan sedar, dan mampu mengawal diri.. namun sebaik pulang ke rumah sikapnya terus jadi seperti orang bodoh..

si ibu telah berusaha mencari penawar dan berubat ke sana ke mari.. hatta, sudah juga ke Darul Syifa', dan berjumpa dengan beberapa orang ustaz.. si ibu juga sudah puas solat hajat.. namun belum menampakkan apa-apa perubahan.. memang sudah berhabis ribuan wangringgit untuk mencari penawarnya.

jika ikut 'scan' dari ustaz-ustaz yang ditemui -- si suami menggunakan khidmat bomoh sakai.. bukan satu tapi EMPAT... 


Saya ni kan.. bila dengor 'bomoh sakai' ni memang saya gerun sikit.. yer lah, kita sepatutnya gerun pada Allah swt sahaja, namun telah banyak kesah yang saya dengar tentang bomoh sakai ni... 

ada orang guna khidmat bomoh sakai ni untuk pecah-belahkan hubungan seperti hubungan adik-beradik, hubungan suami isteri... dan macam-macam lagi lah.. 


saya kasihan dengan anak si makcik tu... kasihan dia diperbodohkan sedemikian rupa oleh si suami.. dia dikawal sepenuhnya oleh suami nya, ibarat 'lembu diikat tali dihidungnya'... Masya Allah.. saya takut membayangkan keadaan begitu..  

kasihan juga dengan makcik tu, sudah kering airmatanya mengenang nasib si anak.. saya dapat merasai kesedihan hati seorang ibu yang 'kehilangan' seorang anak. 


Saya sebenarnya agak terkejut bila si ibu meluahkan -- "anak-anak boleh lupakan ibunya kerana seorang lelaki yang baru dikenali.. "  [makcik ni memang ramai anak perempuan]

namun setelah saya mendengar kesah dan fakta2 kejadian... Allahu Akhbar..si anak mungkin telah tersilap langkah berkenalan dengan si lelaki.. namun segala-galanya telah Allah izinkan ia berlaku.. pasti ada hikmah disebaliknya..


Saya bukannya pandai nak menasihatkan orang.. namun dalam keadaan begini... sebagai ibu, terus lah berdoa yang baik-baik untuk anak-anak, semoga anak terus berada dalam rahmatNya.. maafkan lah anak jika anak pernah lakukan kesalahan dibawah sedarnya.. 


doa saya, semoga si ibu tidak putus asa mencari penawar nya dan semoga terus tabah.


p/s
selagi manusia ni punya sikap tamak haloba, nak hidup senang dengan cara mudah, iman tidak diletak pada tempatnya.... maka fenomena berbomoh ni takkan pernah surut..  banyak jugak kes macam ni, suami bomohkan isteri dan bila diselidik, suami memang tak bekerja dan kerjanya hanya mengikis duit/harta isteri ajer..  

apa kata anda??



..





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 5 Januari 2012

Kisah pembantu rumah di tempat saya





Salam bahagia,


Ini kes pembantu rumah Indonesia berasal dari Madura. Berusia dalam pertengahan 20'an.

Rumah majikannya satu taman perumahan dengan saya. Berbulan sudah saya mendengar kesah ini. Rasa sangat kasihan bila mendengar kesahnya.


sekadar gambar penghias entri



Majikan, dipanggil 'pakhaji', (khabarnya pakaji ini bekerja dengan seorang datuk bergelar menteri) beristeri 2 dan isteri tua tidak tahu yang suami berkahwin lain. Anak yang sulong dari perkahwinan ke2 berusia lebih tua sedikit umurnya dari anak saya yang no2. Pembantu ini biarlah saya bahasakan di sebagai M. dan jiran perihatin tersebut biarlah saya sebut sebagai Y.


Saya tidak pasti berapa lama M sudah bekerja untuk isteri muda pakaji ni.. setakat yang diberitahu oleh jiran Y, sudah lebih dari 3-4 tahun. Namun baru setengah tahun ini mereka berpindah ke taman perumahan saya ini.


Isteri muda pakaji ini berniaga di food court di sebuah pasaraya yang agak dikenali di Ipoh ini. Setiap hari, seusai subuh isteri pakaji ini akan angkut anak-anak nya ke tempat ia berniaga. Sejak beberapa bulan, si isteri tidak lagi memberi si M mengasuh anak-anak nya. Atas sebab apa saya tak pasti. M hanya menguruskan kerja2 membersih rumah sahaja, seperti mendobi kain baju dan mengemas bekas2 . Tiada makanan yang ditinggalkan. Jika ada pun, mungkin lauk baki yang sudah hampir basi yang dibawa pulang dari tempat si isteri meniaga. 


Ada kalanya beras dalam rumah langsung tiada & si isteri majikan langsung tidak membeli, malah membiarkan M tidak makan. Pernah jiran Y menghantar nasi lemak atau kadang-kadang jagung & si isteri majikan akan check tong sampah dan marah-marah M bila tahu M makan sedap-sedap.. walhal hanya nasi lemak bungkus ajer. 


M sudah lama merayu pada pakaji yang dia mahu pulang ke Madura, tetapi pakaji kerap memberi alasan.. antara alasannya adalah pakaji masih banyak berhutang dengan M - tak bayar gaji kan.. bukan 1 tahun tapi bertahun-tahun. dan pakaji kerap juga memberi alasan dia takdak duit nak hantar M balik. Begitu juga bila M minta dibuat 'pemutihan', pakaji dok kerap bertangguh-tangguh.


Si M ni pula, bila jiran Y cadangkan dia supaya membuat laporan ke polis, dia takut.. takutlah sebab visa dia pun dah mati dan tak tahu camana nak buat pemutihan. Si M ni sebenarnya ada keluarga angkat di Negeri Sembilan, namun si M dah tak boleh nak contact sebab isteri pakaji dah rosakkan henfon M dan juga membuang buku alamat milik M. kesian betui.. 


Majikan M sebenarnya mengunci M di rumah setiap hari., tapi M ada kunci spare.. masa mengemas rumah M terjumpa kunci yang disorokkan oleh isteri majikan.. tapi masalahnya M ni penakut.. nak lari tapi takut sebab takdak passport.. dia takut perkara lebih buruk berlaku padanya, jadi dia bersabar ajer.


Jiran Y yang sudah berbulan membantu menghulur bantuan dari segi memberi makanan dan kadang-kadang membawa M ke majlis ceramah/aktivti di kawasan taman perumahan. Majikan memang tak tahu yang M ada keluar rumah dengan jiran Y sebab majikan hanya pulang ke rumah lewat malam.


Mungkin orang yang tidak nampak, akan cakap.. alah takat tak kasi makan jer, bukannya kena pukul, apa lah sangat.. tapi kan untuk apa dia terus tinggal di sini jika gajinya bertahun tidak dibayar. Bahkan hidup bagai dalam penjara. M memang sudah tidak nampak matlamat untuk terus tinggal di Malaysia.. dia teringin nak jumpa mak angkat & mak saudaranya yang ada di Negeri Sembilan, tapi dia tak ingat nombor telefon mahupun alamat mereka. 


Atas galakan daripada beberapa orang jiran yang lain, jiran Y akhirnya membuat report polis, pada awal tahun ini. Sebelum ini anak menantu jiran Y cuba untuk membantu. Setelah di risik-risik dengan kenalan yang bekerja di Imigresen, perlu dibuat laporan polis sebelum pihak Imigresen dapat membuat tindakan selanjutnya.

Dan kini M berada dalam tahanan Imigresen Ipoh. Sadis betul nasib si M bila pakaji mengatakan si M ni lari dari rumah setelah 3 hari bekerja, kepada pihak Imigresen melalui telefon. Hampeh betui kan, dah pergi haji pun masih berbohong macam ni. Sekarang ini rumah majikan M ni dah kosong.. rasanya isteri muda pakaji balik kampung untuk mengelak dari pihak Imigresen. Pakaji pulak hanya pulang ke Ipoh sesekala sahaja. Isteri tua pakaji tinggal di KL

Jiran Y beritahu, setelah pihak Imigresen menelefon pakaji, mereka membuat keputusan untuk penjarakan M selama 6 bulan, (sadis betul bila pegawai tu dengar cakap majikan sahaja) tapi mujurlah jiran Y ni tahu banyak tentang M.. maka dia beritahu pegawai Imigresen untuk menelefon dengan kedutaan Indonesia dulu sebelum mengambil apa-apa keputusan. Tak patut kan pegawai tu amik jalan mudah macam tu jer.


Dan sekarang ni pihak Imigresen sudah ambil kenyataan M, dan hari ni saya dengar M dibawa ke pejabat buruh untuk direkodkan semua butiran diri. M akan ditahan selama 14 hari di Imigresen sebelum dibicarakan.. saya pun tak tahu apa prosedurnya selepas ini. Barang-barang si M masih ada di rumah jiran Y, bijak jugak M ni sikit-sikit kainbajunya di hantar ke rumah jiran Y.. tak banyak mana pun, hanya 1 beg besar dan 1 beg sandang.


Saya melihat isu ini bukan sekadar isu pembantu rumah yang didera dan tidak diberi hak yang sewajarnya.. tapi, isu sikap dan cara amalan kehidupan masyarakat kita masa kini


dalam hidup ini, jangan kita sengaja hidup dalam kepura-puraan dan menipu orang-orang disekeliling kita. sekali kita menipu kita akan terus terjebak dan merasa selesa dengan menipu


Bukan hak saya untuk menilai hidup orang lain.. tetapi sebaiknya dalam hidup ni jangan lah menyusahkan hidup orang lain. Walau besar mana pun gaji @ pendapatan kita, tapi sentiasa jadi tak cukup bila kita tidak amanah dan bersikap tidak baik.


Saya berharap urusan M untuk pulang ke Madura dipermudahkan dan tidak dperlekehkan dengan proses birokrasi yang tidak sepatutnya. Dia hanya ingin pulang ke kampung halamannya. 


..


saya menjemput rakan dan kenalan blog untuk menyokong dan sertai contest & giveaway ibu sihat anak riang. terima kasih.









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 13 April 2011

Tak salah merintih bila kita di duga cuma... jagalah kata-kata

 

 

Salam bahagia,

 

 

Ibu teringat kata-kata seorang sahabat ibu, katanya

 
perjalanan hidup kita ini umpama dahan. bila kita sudah memilih 1 dahan, kita akan meniti dari ranting ke ranting, dan setiap ranting itu kita berpijak itu, kita tak tahu mana satu yang rapuh dan mana satu ranting yang kuat. Saat kita terpijak ranting yang rapuh (barangkali ranting yang sudah mati), pastinya kita akan jatuh (ke tanah), jika tidak ke tanah, mungkin jatuh ke ranting yang lain.. mungkin kita akan sampai ke puncak pokok.. mungkin juga tidak (jatuh ke tanah & tak dapat nak bangun2 lagi)

 

Bila di renung dalam-dalam.. ranting kehidupan itu adalah ujian pahit manis yang kita lalui sepanjang detik usia kita.. Allah pastinya menguji hambaNya yang disayangi.. menguji untuk melihat sejauh mana kita sabar, sejauh mana kita mampu tabah dan bersyukur.. bersyukurlah bila kita terpilih menjadi insan yang  untuk diuji.. Besar ganjaran pahala yang menanti.. tapi ada juga yang merengus, menyalahkan takdir bila di uji.. Disappointed smile

 



image: credit IluvIslam

 

Terdetik untuk menulis isu @ tajuk ini sebaik terbaca status FB seorang teman. Bukan sekali ini ibu terbaca status nya yang kerap sangat berbaur emosi dan tekanan jiwa.. juga pernah sebelum ini ada statusnya yang seolah salahkan takdir.. seolah Allah tak sayang dia kerana diuji bertimpa-timpa. walau apa pun ibu selalu mendoakan agar sahabat ibu ini diberi ketenangan hati dan dapat berfikir dengan baik dan tidak membuat keputusan yang terburu-buru.

 

Ibu ni memang lama dah tak update status FB.. dulu tu (1-2 tahun yang dulu), bila emo ke apa ker.. mesti nak update kat FB.. sebab apa? harap2 ade yang simpati.. harap2 ade yang amik sibuk hal kita…. gila perhatian sungguh… Smile with tongue out

 

tu dulu la.. la ni, kita belajar dari kesilapan.. (langsung tak update dah… hahahha) tak semestinya apa yang kita rasa.. best ke tak best ker.. kita meroyan nak update kat FB.. sebab boleh jadi orang lain akan tersalah anggap & mungkin juga komen yang diberi oleh rakan tu bukan buat kita jadi ‘cool’, sebaliknya jadi tambah ‘hot’ mungkin juga lagi gelora & tidak tenteram jiwa dibuatnya… Winking smile lagi meroyan dibuatnya..

 

Agaknya kome pulak camana… selalu ke update status Fb bila tak puashati or nak marahkan seseorang.. mungkin kah seseorang itu sebenarnya pasangan hidup kita, teman rapat, ahli keluarga kita??

 

Ibu jadi sedih bila membaca status sahabat ibu tu.. ibu tahu dugaan dia berat, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. namun dalam kesukaran dia untuk ‘bernafas’.. ramai yang menghulur tangan untuk dia ke atas.. Alhamdulillah.. kasih-sayang Allah melimpah-ruah untuk dia.. cuma ibu rasa perlu ade kewajaran untuk tidak menulis segala rasa resah/sedih/tensi di status FB.. jangan sampai orang melihat kita sebagai yang lemah & tidak bersyukur, walau nawaitu kita sebenarnya hanya ingin orang memahami situasi kita.. Disappointed smile

 

Bila kita rasa tak mampu nak bertahan dengan ujian Allah, pasti lah kita akan menangis.. banyak perkara yang negatif berlegar-legar dalam kepala.. merintih itu okay.. merintih & mohon ampun lah dengan Allah.. tapi jangan lah kita merungut.. ‘kenapa Allah tak sayang aku.. kenapa Allah uji aku macam ni.. sampai bila hal ini akan berpanjangan.. kenapa orang tak boleh nak faham kesusahan aku.. dan rungutan itu bila dilayan akan terus berpanjangan tidak berkesudahan.. sebab bisikan syaitan tu memang ‘sedap’.. Confused smile

 

N3 ini sebenarnya untuk ingatan diri ibu.. semasa kita tidak diuji, kita hepi.. jadi bila Allah ‘jentik’ kita sikit, kita rasa pedih sangat sakitnya..

 

JOm review buku ni… buku ni hadiah dari seorang sahabat pada penghujung tahun 2001.. dulu dah khatam dari kulit ke kulit.. dan kali ini harus ibu hadamkan semula… Smile

 



 

Best kan kalo dapat attend majlis ilmu.. ibu dah rasa rindu nak attend usrah ke… Thumbs up tetiba rasa cetek sangat ilmu di dada.. Sarcastic smile

 

Ini ibu petik sedikit point dari buku Rahmat disebalik dugaan :

 
Berhati-hati dalam mengucapkan kata-kata

Ketika seorang hamba itu ditimpa musibah, hendaklah ia berhati-hati dalam menangis dan juga dalam mengucapkan kata-kata. Jauhilah ucapan yang dapat menghapuskan pahala musibahnya serta yang akan membuat Allah murka kepadanya, ucapan yang akan membuatkan Allah murka itu seperti mengatakan Allah berbuat zalim kepadanya dan sebagainya

 

 

 

salam kasih sayang,



 

 

salam kasih sayang,
Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...