Salam bahagia,
Serius, hari ahad kami pergi makan kenduri kat taman sebelah, actually makcik ni jiran lama kami dulu… jiran masa ibu umur belasan tahun lagi… dan YB ADUN Manjoi pun ade sekali.. tapi idok le makan semeja dengan kami.. ekekekke…
Memandangkan kami ni beranak kecil, maka en ayah harus la 3 kali pergi amik makanan… buffet stail kome.. sendiri serve.. penah pergi 1 kenduri yang buffet stail tapi ade pulak yang tukang ceduk., tak best langsung.. nak mintak lebih pun tak bagi..
Yang best masa kenduri tu ibu jumpa semula kawan2 ibu masa kerja di YL dulu… adeiihh.. rugi lah pulak sebab tak bergambor dengan deme… ntah bila lah ade peluang nak berjumpa lagi…
Kome kenal ke YB Manjoi ni? tu haa, YB tengah pilih lauk.. macam2 lauk ade kome.. ayam masak merah, daging masak hitam (ini ibu suka.. mabeles), nangka masak lemak, dalca, keladi masak asam, pajeri nenas
(ini pun ibu suka), apa lagi erkkk.. lupa lah pulak… segala satneka ulam-ulaman dan sambal belacan. nasi pulak ade 2 pilihan, nasi putih dan nasi minyak.
Close-up sikit muka YB… ni semua gambor en ayah yang jadi paparazzi… ekekkeke…
disclaimer :
saya bukan ahli mana2 parti politik, tapi sebagai rakyat yang mengundi kita patut tahu siapa wakil rakyat di kawasan kita… buek malu yo kalo ADUN di kawasan sendiri pun tak konal.
Pilih YB jangan tak pilih.. semua lauk pauk sedap2 belaka.. kalo YB fenin nak pilih lauk mana, kami lagilah fenin nak pilih lauk..
Lauk-pauk di masak secara gotong-royong… nanti kenduri kahwin adik nanti, nak minta tolong persatuan penduduk taman sebelah ler.. hehehhe… muka tak malu.. kalo nak minta tolong, kenalah rajin2 ikut aktiviti taman sebelah.. ni koje dok sembunyi dalam rumah jer.. mano lah orang nak kenal… ekekkeke…
Gambor YB makan pun nak tampal.. udoh en ayah snap kan.. maka tampal ajer lah.. yang pakai spek tu bodyguard Dato’ kot… memandai jer ibu ni... Nama YB Kita ni YB Dato' Nadzri Ismail… kome dok belah Ipoh ni sila lah buat2 kenal okay… Actually YB Dato’ Nadzri ni memang biasa datang memenuhi undangan majlis di taman sebelah.. deme memang dah tak heran, ibu ni jer yang jakun.. dan sebab jakun tu le.. tampal dalam blog, buat kenang-kenangan..
Disclaimer : kot2 le ade yang terjumpa gambor2 YB ni di blog ibu ni.. sila jangan gunakan untuk tujuan tidak baik ya..
lastly , interprem jugak lah gambor ibu dan anak-anak….
note :
semalam en ayah bising, katanya harga ayam dah naik jadi RM8 sekilo.. gila mahal kome.. sekali hari ni dengor kat berita, dalam tempoh 1 minggu jer harga ayam dah naik 7 kali… adeihhh.. mana ade bahan mentah yang murah sekarang ni.. hatta telur pun mahal….
salam kasih sayang,

