Memaparkan catatan dengan label suami bakar isteri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suami bakar isteri. Papar semua catatan

Rabu, 26 Oktober 2011

Susulan kes suami bakar isteri , meninggal selepas 10 hari



Salam bahagia,


Ini adalah susulan dari berita suami bakar isteri, n3 saya >> Apa nak jadi – bila suami bakar isteri..???!!

Kasihan sungguh.. Takziah buat keluarga mangsa. AlFAtihah.. Semoga Allah merahmati rohnya.



KUALA LUMPUR: Seorang jururawat berusia 28 tahun yang bertarung nyawa selama 10 hari akibat melecur di hampir keseluruhan badannya menghembuskan nafas terakhir di wad Unit Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi semalam.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Suriani Yahaya meninggal pada kira-kira jam 4.30 pagi semalam akibat kecederaan parah yang dialaminya.


Pihak hospital kemudian menghubungi waris kepada mangsa untuk datang menuntut mayat sebelum bedah siasat dilakukan pada jam 9 pagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi berkata, polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pihak hospital yang dijangka akan diterima selewat-lewatnya pagi ini.

“Suspek iaitu suami mangsa masih lagi ditahan reman sehingga kini dan dijadualkan tamat pada hari esok (hari ini).

“Bagaimanapun, reman mungkin akan dilanjutkan selama seminggu bagi menyiapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Kahiri berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan bergantung kepada hasil laporan sama ada perlu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh


sumber : Harian metro

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 17 Oktober 2011

Apa nak jadi – bila suami bakar isteri..???!!





KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.

Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.

Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.
Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.

“Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Ulasan saya :

Meremang bulu roma saya tatkala melihat tajuk berita ni, menggeletar tangan nak menaip nih.. kesian sungguh dengan nasib si isteri yang malang itu.. Masya Allah, apa nak jadi dah dengan kehidupan masyarakat kita nih.. Sudah hilang kah adat bermesyuarah aka berbincang dalam kehidupan suami isteri. Kenapa agaknya semakin ramai yang sudah kurang pandai berkomunikasi secara lisan.. bahkan lebih suka ‘berkomunikasi’ dengan cara tindakan ganas macam nih.. ??? Sad smile


Untuk tahu lebih lanjut, anda patut cari suratkhabar hari ni… 17 Oct 2011.







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...