Salam bahagia,
Pepagi ni, tak lah pagi sangat pun, dah jam 9 lebih.. masa tengah dok sidai kain, terdengar geng mesyuarat tingkap di rumah jiran sebelah dok bersembang. Rupa ibu lupa nak menjemput jiran depan rumah (kita namakan makcik A), bukan takat jiran depan rumah.. ade beberapa lagi jiran yang 1 lorong ibu lupa nak jemput..
- source : dari google
Tadi ibu terdengar lah serba sedikit perbualan depa
makcik B : tuan rumah ada kat luor tu.. pergi la tanya
makcik A : (senyap, tak dengar suaranya)
makcik B : saya kan, kalo kenduri saya jemput semua jiran, yang india cina semua saya jemput.. tak berkira.
makcik A : (masih tak dengar suaranya)
Masa tu hujan renyai2.. & rumah kami tu kan terpisah dengan tembok, jadi ibu memang tak nampak depa dok bergebang, hanya dengar suara jer.. kalo ibu nak menjawab pun, ibu lebih suka tunjukkan muka.. tapi kalo nak tunjukkan muka, harus lah berdiri dalam hujan. Jadi ibu diamkan ajer lah. Usai sidai kain, ibu pun terus masuk dalam rumah, sebab Anis & Aliya dah bangun.
Ibu sebenarnya ralat jugak., tapi nak buat camana, majlis pun dah berakhir.. waktu ibu teringat nak tanya en ayah tu, dah tengah malam pun.. lauk pauk kenduri pun dah habis ditapau dek sedara mara. hari kenduri tu ibu memang betul2 tak menang tangan.. tak sempat nak duduk berehat pun.. sampai tumit & betis sakit2.. lepas maghrib tu ibu memang dah 'tumbang'.. siap sapu minyak kat tapak kaki & betis.. nak berjalan pun dah macam orang tempang rasanya. Sampai pagi ni pun kaki masih sakit lagi.
Masa kenduri tu juga, kepala hanya fikir nak bagi majlis berjalan lancar.. sampai tak teringat pun ade jiran yang tak 'terjemput... uwwwaaaaa... :( Tak pernah ada niat dihati pun nak membeza2 kan jiran waimma nak membezakan status jiran melayu cina atau india. Kali terakhir kami buat kenduri, 3 tahun sudah.. semua jiran kami jemput.. cuma kali ni jadi begini.
Gitu lah jadinya kalo dah letih, seminggu sebelum kenduri bermula pun macam2 kerja yang perlu diselesaikan. Dan selalunya bila bab2 menjemput ni memang kerja en ayah. Apa2 pun ibu memang sedey..
note:
makcik A ni memang baik orangnya.. jika ade apa2 majlis di rumahnya, pasti dia akan bekalkan lauk pauk untuk kami dan bila berlaku 'trajedi' lupa nak menjemput makcik A, ibu memang terasa ralat sangat-sangat
makcik B pulak jenis jiran yang mulut laser.. ibu jemput dia kebetulan dia masa tu ada di rumah jiran sebelah. huhuuu…
Kome pernah ke tak dijemput jiran terdekat? Ibu penah juga,, tapi ibu tak amik port sangat.. biasa lah, ibu ni kan malas nak pikir macam2…
salam kasih sayang,
pendapat kita, akak kene g jumpa makcik A tu dan terangkan situasi sebenar before things getting worse.
BalasPadampendapat kita je tau.
Biasa la tu Kak Yong, klau kat kampung pun sama yg lelaki jemput yg lelaki yg perempuan pulak jemput yg perempuan, kalau lelaki jer jemput tapi perempuan tak bersuara memang mak tak pergi, abah jer yg pergi.
BalasPadamsaya pernah je tak dijemput..dh org tak ajak takkan la nak sebuk2 jugak, huhu!
BalasPadamala kak.. buat la sket makanan laksa ke, kuih ke, anto kat makcik a tu..mintak maaf sekali sbb lupa nak jemput..kita dok berjiran bukan utk sehari 2..huhu!
*hanya pendapat peribadi*
hmmm.. dilema gak ni.. setuju ngn mamazakwan, better terus terang je, mintak maaf.. bukannya sengaja pun kan.. kalo dia xnak terima, redho je la kan... kalo boleh xnak sesama jiran masam2 muka kan.. esok2 kot ada emergency, jiran jugak yg dicari nnti...
BalasPadamitu dah dikira tak sengaja kan kakyong. bukan sengaja tak nak jemput.
BalasPadamizan pun kalau tak dijemput jiran kat mana2 majlis tak ralat sangat.
izan pun jenis bukan suka dok bergebang2 kat luar umah pun~
memang patut terus terang je...lagi2 takut ada org jadi batu api...risau makin teruk...
BalasPadamjadi..mcm mamazakwan gtau tu..zu stuju sangat...erm..tapi kan?? jiran sblah umah zu ni...mmg dia buat hal dia...xpeduli hal sekeliling...pelik2...smpai ada kenduri pun..org dah naik malas nak jmput dia...nak bagi salam pun macam ada berlian lam mulut...saje nak kongsi cerita...hehe...
mesti makcik A terasa tapi kalau nak sedap kan hati ibu pergi minta maaf lah ceritakan situasi sebenar..heee bee pun ada jugak yg tk jemput malas nk ambik port dah memang bee suka duk rumah je pun heee
BalasPadampernah jugak x dijemput..tapi kite tak kisah sangat..tahu jer la hidup berjiran.mungkin mak cik A ni pun tak kisah x dijemput, tp ntah-ntah ada jiran lain kepochi lebih plak nak tahu apsal akak tak jemput mak cik A..
BalasPadamlain orang lain rasa kot.
BalasPadamtapi kes makcik A ni mesti dia terasa sangat2.tapi tak sengaja kan?nak buat mcm mna eh?gi jumpa dia kot.bahaya ada org mcm makcik B ni.tapi mak saya dok felda pernah jadi mcm tu.sebab mak saya jenis suka dok rumah diam2,org salah anggap ingat taknak campur masyarakat.ada yg pilih2 bulu nak jemput yg mna.pastu bila tak datang majlis,org ckp mcm2.tuding jari sana sini.mcm drama pulak.haih.
kdg2 mmg boleh terlepas pandang kakyong. takpe la, kakyong jumpa je la jiran2 kakyong tu minta maaf kata ada salah fhm sikit. insyaAllah diorang fhm tu
BalasPadamKakyong bawak la karipap pi rumah dia sat. Sambil antor, sambil minta maap, bukan sengaja, ingat dah jemput, salah paham.
BalasPadamYati tak kisah kalau jiran tak jemput ke kenduri. Benda kecik je.
A'ah la Kakyong, kalau tak bawak karipap pun boleh je gi cakap minta maaf :P
BalasPadamaah ler..ade masae free lebih sikit nnti kkyong bawokle ape2 bende ke rumoh makcik A tu...kalo hanie pun mmg ralat bebenor...
BalasPadamehh...same le pe'el kite kkyong...selalu 'sembunyi' ..bukan ape,jenuh nk handle ank bbrp org kat luor ni...
selalu kak yong
BalasPadamjiran wat beday anak
open house
tapi kita tak dijemput
kecik ati hehe
xkisah la
eh tadi blog say aada problem..saya pon xleh msk blog snediri
syida,
BalasPadamAlhamdulillah.. dah kawtim dah dgn makcik tu petang semalam.. makcik tu okay jer.. cuma makcik B tu jer yg suka bawa mulut..
Ana,
BalasPadamuish.. payah gak gitu.. kan selalunya kita jemput seisi keluarga...
tp memang di kg gitu kan.. jd kena lah sama2 bersuara & menjemput..
Alhamdulillah Nad,
BalasPadamkakyong dah jumpa pun makcik tu semalam (petang selasa).. makcik tu okay jer..
ade la buat puding roti sikit utk makcik tu... cuma makcik B tu la yg mulut lancang sikit..
izan,
BalasPadamitu lah.. bila dah sibuk uruskan mcm2 utk kenduri adik tu..
pikiran tu hanya nampak apa yg depan mata jer..
kakyong pun dah jumpa makcik tu & auntie sebelah rumah makcik tu..
Alhamdulillah, depa faham.. lega dah rasa hati ni
chekna,
BalasPadammakcik A tu okay jer.. dah jumpa pun makcik tu & dia pun faham & dia dah agak mungkin lupa sbb sibuk.. kebetulan pulak hari tu menantu & cucu2 dia ramai dirumah, xde lah dia terasa apa..
zu,
BalasPadamAlhamdulillah.. makcik tu faham.. cuma makcik B ni jer yg mulut tempayan..
tp makcik B ni bila dia susah, dgn kami juga dia minta tolong.. :p
hidup bermasyarakat ni memang mcm2 jenis org kita akan jumpa & ade mcm2 sebab naper terjadi mcm tu..
Bee,
BalasPadamdah jumpa makcik tu petang selasa.. siap bekalkan puding roti lagi... ;)
makcik tu faham.. sempat lah juga sembang dgn nyonya sebelah rumah makcik tu sekali... kira kill 2 bird with 1 stone lah gayanya..
suami kakyong kdg2 pun tak kesah sgt, sbb suami x suka pergi kenduri, sbb lepas kenduri mesti kena CB.. hehehhe
ctwawa,
BalasPadambetul kata ctwawa tu.. makcik A tu cool jer..
dia faham, setiap kenduri pasti ade kesilapan..
kakyong pun dah bgtau dia & dia faham..
Alhamdulillah Anim, makcik tu baik2 ajer.. kakyong dah pun jumpa dia & dah bgtau situasi sebenar..
BalasPadambab 'sembunyi' dalam rumah tu.. makcik tu faham, sbb makcik tu masa anak kecik2 dulu pun dia lebih selesa dok dlm rumah.. sbb kalo dok luor rumah byk kerja rumah tak selesai... ;)
bertuah sungguh ade jiran mcm makcik A ni.. dah hampir 3 tahun kami berjiran..
Nadiah,
BalasPadamdah jumpa dah bbrp jiran & dah sembang2.. so far depa okay jer.. ade setengah jiran tu takde kat rumah pun masa hari minggu tu... ;)
yati,
BalasPadamdah bawa puding roti.. nak buat karipap tp xde kentang... ;)
makcik A tu okay jer.. tp makcik B tu jer yg havoc..
pija,
BalasPadamdah selesai dah.. makcik A tu okay ja.. makcik B tu yg suka cucuk jarum..
hanie,
BalasPadamdah jumpa makcik A tu.. dia pun nasihat, elok dok rumah dr buang masa bermesyuarat tingkap.. ;) lagipun anak kecik2 lagi...
nana,
BalasPadamkalo sesekala tak dijemput tu okay jer..
tp kalo kerap org buat derk jer.. mungkin len kali kita buat majlis kena lah jemput semuanya.. kakyong ingatkan diri sendiri juga ni...
kenapa dgn bllog nana ari tu? terkezut kakyong, tetiba x leh masuk.. mujur lah kejap jer..
pernah tidak dijempu..bukan jiran jauh tp sblah rumah..bkn sekali tp dah 3x..sy kisah sgt tp kesian pd anak2 yang xmengerti apa2..rasanya berpunca dari saya yg menegur makcik tu tentang kucingnya yang berak merata2 di rumah org
BalasPadamGi mampos la kalau tak nak ajak, tak kebulur pun.
BalasPadam