Salam bahagia,
Adik Mia @ Nur Addriana Damia adalah pengidap Cornelia de Lange Syndrome dan Pierre Robinson Syndrome
Semasa saya membaca n3 di blog Ayu.. saya tertanya-tanya samada ibunya ada blog atau FB,.. kemudian setelah saya selidiki, rupanya ibunya adalah salah seorang follower blog kakyong.com . Jadi, jika anda ingin tahu lebih lanjut kisah adik Mia, sejak kelahiran nya sehingga kini.. boleh la layari blog DDA LY, terutama di label Damia Lurve.
Salam Guys..
untuk sekian kalinya Community Service @ Iceboxrivet 2011 berlansung...
kali ini aku titipkan untuk kalian kisah adik Nur Addriana Damia bt Abdul Aziz.mengalami masalah sumbing lelangit yang menyebabkan kesukaran untuk makan dan minum dengan sempurna. (sejak bayi perlu didudukkan pada riba atau menegak kerana gagal menghisap menyedut susu/bubur.kalau baring,boleh tersedak dan tersumbat pernafasan,pernafasan berbunyi seolah - olah kahak terkumpul)
- Berumur 1 tahun 7 bulan.(pada bulan terkini oct 2011)
- penghidap sembelit yang teruk
- lazy eye ( due to Pierre Robinson Syndrom)
terdapat cecair pada belakang gegendang telinga yang ditemui sewaktu bayi lagi dimana adik Mia gagal memberi respond terhadap bunyi semasa ujian ABR.
- kaki sebelah berbeza 3cm.
sehingga hari ini,hanya boleh minum susu atau makan bubur sahaja atau bahan makanan berbentuk cecair sahaja kerana sumbing lelangit.
perkembangan dan pertumbuhan yang terbantut : gross motor dan fine motor adik Mia serupa seperti bayi yang berusia 7 bulan.pernah mengalami jangkitan paru - paru semasa berusia 1 hingga 7 bulan dan 4 kali dimasukkan wad semasa itu.
- baru berupaya untuk duduk pada usia sekarang.
Plan Sugery at HKL:
- Bilateral Myringotomy + T - tube insertion
(24/10/2011)
Pre Op Diagnosis:
- Bilateral Middle Ear Effusion
Ibu Mia sekarang berulang alik ke HKL sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk menghantar Mia bagi setiap sesi rawatan dan terapi. Ibu Mia juga pernah bercuti selama 6 bulan tanpa gaji demi menjaga Mia.Ditambah pula jarak perjalanan sehari dari Hulu Langat ke HKL untuk rawatan dan ke tempat kerja di Gombak adalah menyukarkan.
Sebarang Sumbangan Boleh Disalurkan ke:Maybank Nur Huda Md. Rosly
1640 8979 1180
email: lurve_83@yahoo.com
Semoga dapat sama-sama kita panjangkan dan membantu yang terdaya dengan seikhlasnya.
.
insyallah. sama2 kita bantu mana yg termampu.
BalasPadamSemoga kesulitan adik mia dapat diatasi segera
BalasPadamsalam kak yong..
BalasPadammama mia ade blog..
yang paling latest before kena operate telinga dia..
kaki dia kena operate tuk masukkan balik soketnya kat lutut...
klu nak nti ayu nagi link blog dia thru email akak