sumber : harian metro
KUALA LUMPUR: Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), kelmarin.Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan.“Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.Sementara itu, jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Sementara itu, seorang jemaah haji Malaysia yang turut menetap di hotel sama, Mohd Faizal Mohd Noor berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Masjid Nabawi, tidak jauh dari hotel itu untuk menunaikan solat Asar.Katanya, dia ternampak mangsa terjatuh dari bilik hotelnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.
ulasan saya:
Maaf selepas publish n3 ini baru saya perasan ade gambar dalam berita tersebut.. ni saya tampalkan.. maka semua ulasan tu saya strike/potong.. maaf atas kehilafan saya..
Salam takziah buat keluarga Almarhummah, semoga tabah menerima berita ini.. semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan disamping mereka yang beriman. AMin.
p/s : semoga penyiasatan dpt dilakukan dengan segera.. agaknya jemaah tersebut penin @ gayat & terjatuh dari beranda.. (andaian saya semata-mata).. tapi sedih bila mendengar berita kematian.
p/s : semoga penyiasatan dpt dilakukan dengan segera.. agaknya jemaah tersebut penin @ gayat & terjatuh dari beranda.. (andaian saya semata-mata).. tapi sedih bila mendengar berita kematian.
innalillah..luar jangkaan kan...
BalasPadamteringat kisah arwah bapa kawan opis saya yg meninggal kat sana last year sbb jangkitan kuman kat paru2..
kak yong, nape lately ni ada n3 yg keluar kat feeds tp bila gi blog kak yong takde la pulak..confuse..
Assalam yong..ya allah..macam mana boleh terjatuh tu...tapi dah ketentuanNYA..AlFatihah
BalasPadam@Acik Erna berita pkl 12 dlm tv tadi pun ade mention, belum dpt kepastian sebab kematian.. masih menunggu laporan lengkap dr polis Arab Saudi..
BalasPadam@MamaYatie semua pun ketentuan Ilalhi..
BalasPadampasal feed blog ni.. kakyong pun fenin tau.. kalo kakyong publish n3 dr blog kakyong72.blogspot pun, kakyong.com ni akan 'amik' feed n3 nya.. x tau camno nak buat dah.. ponin palo dah..
so , apa yg kakyong buat skrg ni (1-2 hari ni).. selepas publish n3 kakyong72, then baru publish n3 baru di kakyong.com.. so that the actual n3 kakyong.com yg akan appear.. :p
Ya Allah kak...
BalasPadammacam manalah boleh terjatuh tu kan...
Al-Fatihah untuk arwah
@~ yus ~ kita yg org luar ni pun tertanya2.. apatah lagi keluarga & anak2 arwah kan... !!
BalasPadamMusykil juga camana boleh terjatuh tu. Takziah pada keluarga arwah.
BalasPadamInnalilillahi wainnahirajiuun. Tinggi tu dr tingkat 9.
BalasPadam@Yati memang musykil2.. hrp2 kita semua mdapat jawapannya..
BalasPadam@transformed housewife yer Nur... ntah bagaimana lah keadaan jenazahnya kan.. Minta dijauhkan kita & ahli keluarga dr kemalangan spt ini..
BalasPadaminnalillah ... tp bertuah dpt 'pergi' di tanah haram .. semoga arwah dicucuri rahmat ... *blur gak pikior cmne leh trjatuh tu ... takkan ade konspirasi kot??
BalasPadamBila dtg madinah baru tahu mcm mn boleh jatuh. Kebanyakkan tgkap hotel di sini termasuk mekah takde gril. Mmg kn hati2. Sy dok tingkat 9. Nk buka tingkap pun seqeyau. 1 bilik ramai. Insyaallah sentiasa berhati2. Yang takutnya bila ada y nk sidai baju kat tingkap tu. Terlupa y tingkap dibuka. ...tertutup dek langsir. Bahaya... So. Selalu pastikan tingkap ditutup.
BalasPadam