Memaparkan catatan dengan label anak-anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak-anak. Papar semua catatan

Selasa, 31 Mei 2011

Fikri dan Pak Uda

 

 

Salam bahagia,

 

Sedara-mara semua kata Fikri ni lebih iras dengan muka pak Uda (adik en ayah).. jadi ibu tampalkan gambor depa berdua. Winking smile

 

 



note : kalo tengok ‘real-life’.. memang nampak almost sama .. cuma fikri = pak uda versi kecik.. Winking smile

 

Fikri ni dia takut sikit dengan Pak Uda.. bulan May ni, Pak Uda cuti sebulan (habiskan cuti tahun), jadi Fikri langsung tak mau tidur kat rumah opah, hari2 lepas sekolah memang balik rumah. Ingatkan sebab apa, rupanya sebab Pak Uda garang… bukan garang, tapi tegas.. Fikri kalo balik sekolah, main jer kerjanya, Smile with tongue out kalo pesan suruh tukor baju uniform taski buat derk jer.. letih opah bercakap. dengan Pak Uda tak leh buat main2.. sekali Pak Uda sound terus salin baju.. dok dengan Pak Uda kena lah disiplin kan…

 

note : Pak Uda ni koje tentera Udara.. tahun lepas Pak Uda ikut misi UNIFIL ke Lubnan.

 

p/s

sibuk hari ni, tak dapat nak buat n3 yang berkajang-kajang… masih tak jumpa ruang untuk buat review Nora Elena.. huhuuu….

dan malam ni hari selasa terakhir untuk AsmaraSad smile nak tunggu Tahajud Cinta – 1 bulan lagi…

pada kawan2 blog, Maaf yer sebab tak sempat nak BW lagi… ingatkan malam tadi boleh BW banyak2 sikit.. tapi letih benor rasanya..

 

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 25 Mei 2011

Bila si dara kecil dah mula pandai make-up

 

 

Salam bahagia,

 

Itulah satu-satunya bedak compact yang ibu ade.. sekali terjumpa dek si Anis.. maka…

 



 

 



 

comel tak saya…. Winking smile Smile with tongue out


 

 

p/s

riso la pulak.. bila tengok trafik blog ni makin mencanak.. belum petang lagi dah hampir 800+ UV.. :p bukan apa, riso kalo terlebih guna-limit-bandwidth lagi... huhuu.... harap2 bandwidth 10Gb dapat menampung kepesatan pelawat untuk tempoh terdekat ni.. sebelum ni 5Gb jer.. :)

 

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 21 Mei 2011

Aliya boleh tulis dengan betul

 

 

Salam bahagia,

 

Ini adalah rentetan dari n3 semalam Adakah kerana dia kidal?!!!

 

Yup, sebagai seorang ibu saya memang risau.. walaupun umur 5 tahun macam terlalu awal untuk risau yang bukan2 dan kalo saya tekun mengajar, saya percaya, Fikri boleh menulis dengan baik dan tidak terbalik..

 

Saya pun tidak berhasrat untuk membandingkan kebolehan anak.. Smile with tongue out

 

tapi lepas saya baca komen kawan2 di n3 Adakah kerana dia kidal?!!! dan ade yang sebut tentang penyakit dyslexia.. saya mula teringat, Fikri memang sejak umur 4 tahun lagi dia memang menulis terbalik… tapi saya tak amik pusing sangat, sebab saya fikir bila dia dah bersekolah, dia akan dapat menulis dengan betul…

 

dan saya teringat, anak kecil saya si ALiya yang belum lagi mencecah umur 3 tahun.. boleh menulis huruf P, D tanpa terbalik…

 

ini gambar yang agak lama.. (jenuh gak cari dalam folder..)  saya kadang2 malas nak snap foto bila buat aktiviti dengan anak2.. bukan apa, kadang2 tak menang tangan.. Smile with tongue out

 



 

Gambar ni saya snap bulan lepas… Smile see, Aliya tak tulis terbalik, ada lah rupa hurup P @ D  kan Smile with tongue out … jadi sekarang ni, saya memang kena memberi tumpuan supaya Fikri berlatih menulis dengan lebih banyak.. erkkk… tapi kena tengok juga mood dia.. sebab ada masa dia buat derk jer, bila ajak belajar..

 

Aliya pulak, dia ni suka perhati apa yang abang dia buat… kalo abang buat kerja sekolah, Aliya pun sibuk la menempel sekali… saya sebenarnya tak pernah ajar dia ABC pun.. dia banyak perhatikan abang dia jer.. Hot smile Rasanya Aliya ni banyak amik perangai ibu ia, suka ‘observe’ dan banyak belajar dari ‘observation’..

 



 



 

 

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 20 Mei 2011

Adakah kerana dia kidal?!!!

 

 

 

Salam bahagia,

 

Anak saya si Fikri ni, umurnya sudah 5 tahun 3 bulan.. sudah hampir 5 bulan belajar di taski ABIM..

saya tak riso bila dia mula dapat menghafal beberapa doa dan surah lazim dengan baik.. Smile

Kerisauan saya adalah bila dia mula memegang pen @ pensel dan menulis…Smile with tongue out

 



 

1st – cuba tengok dia tulis nama A N I S

huruf A, & I .. okay.. tapi N & S.. tu seolah dia melihat huruf tu dalam cermin.. jadi terbalik..

 

2ndly, dia eja nama ibu (nama saya lah tu..) , huruf B jadi terbalik…

 

dan nama saya tu dia tulis dari kanan ke kiri.. adakah kerana dia kidal, maka dia menulis macam ni..

 

banyak kali dah saya betulkan bila dia menulis huruf D, P, Z, B, C , K --->>> boleh kata semua huruf ni Fikri akan tulis terbalik…

 

ade tak ibu2 yang alami situasi macam ni… boleh kongsi tips???!! Winking smile

 

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 12 Mei 2011

Selamat ulangtahun kelahiran ke-5 Muhammad Amin Fikri

 

Fikri sudah 5 tahun

 


 





Pada hari ni, 27 Februari 2011, genaplah usia anak ibu ni 5 tahun. Ibu doakan semoga abang Fikri diberi kesihatan yang baik, dirahmati Allah selalu, rajin belajar dan mendengar cakap ibu ayah, opah atok & makcik pakcik.

 

Kadang2 ibu fenin juga mengadap karenah abang Fikri ni..


  • kalau mahu kan sesuatu, memang harus ditunaikan juga, sukar sungguh walau sudah dioffer alternatif lain

  • Jika angin @ mood tak baik, jangan la diminta tolong @ disuruh buat apa2.. dia akan jadi STONE ajer.. hatta di sekolah pun, sudah banyak kali arahan guru dia buat derk jer...


 

si kidal membantu di dapur

 

Namun jika angin tengah baik... memang harus segera diambil kesempatan.. sebab masa tu lah, dia rajin nak buat apa pun, nak baca buku, nak tolong ibu di dapur..

 

p/s

Nanti kan kemunculan contest di blog ini sempena harijadi Fikri yang ke-5... ;)

 

 

salam kasih sayang,



 



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 11 Mei 2011

Anak dara ku dah macam boboi ker… ;)

 

salam bahagia,

 

INgat lagi kes Aliya jadi hairstylist sendiri.. Winking smile

 



Ibu sebenarnya tak repair pun rambut Aliya.. ibu biarkan dia panjang… 2 bulan jugaklah rambutnya senget sebelah.. heheh.. Smile with tongue out



2 minggu lepas.. opahsantan ‘tebas’ rambut Aliya.. rungsing katanya tengok rambut senget sebelah.. Smile



mjur lah rambut dah panjang. tapi tu le.. opahnya potong pendek bebenor…



 

tengok rambut belakang.. heheh.. macam boboi dah kan… Smile with tongue out time snap gambor ni, majuk..



 

La ni kena selalu bagi Aliya pakai baju kembang @ gaun.. kalo pakai t-shirt & seluor panjang.. dah nampak cam boboi jer… hehehhe    Winking smile

 

Milestone Aliya sekarang :

  • suka tulis-tulis.. boleh la tulis a few alfabet yang dia kenal.. like A, P, D, O, T (Anis langsung tak tunjuk minat dalam bab menulis ni...)

  • suka buat bot/sampan kertas.. abis dah majalah lama dikoyaknya untuk buat bot..

  • kadang2 buat kapal terbang kertas.

  • demand tinggi.. tak boleh nak say NO pada setiap permintaan dia.. ngada2 lebih, kalo dengan en ayah baru tau takut..

  • suka main mak-mak dengan kakak Anis.. yang lucunya kak Anis yang selalu jadi baby, ALiya suka jadi mak.. ekkekkk


 

 

p/s

pagi ni baru sempat review Asmara 2 epi 10. dan dah jengah ke ‘galeri rahsia’… wow, episod semakin menarik… Thumbs up nanti la tengahari sket kita meroyan pasal Asmara.. Winking smile tapi tu le.. tinggal 3 episod jer lagi.. tensi jer memikirkan Asmara akan berakhir..

 

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 29 April 2011

Anis rindu abang Fikri

 

 

Salam bahagia,

 

dah banyak hari dalam minggu ni Anis asyik merengek & mengadu :

 
“Kenapa abang tak balik ni?”

“Kenapa ibu tak amik abang?”

 

Malam tadi, dok merengek2 lagi sambil buat muka sedih… hehehhe.. sweet bila bila tengok Anis meroyan cam ni.. hehehe.. budak 3 tahun 9 bulan pun pandai meroyan ker… Smile with tongue out

 



 

Insya Allah, petang ni lepas solat Jumaat abang balik la.. abang kan dah janji dengan ibu, “Hari sekolah – abang duduk dengan opah ngan atok. Hari cuti – abang dok dengan ibuWinking smile

 

Sejak masuk bulan ke-2 Fikri masuk Taski.. ini lah rutin nya.. dan adakalanya on weekdays dia akan balik rumah setiap hari.. dan ada masanya dia nak dok rumah opah.. tapi sejak habis sukan Taski yang lepas.. memang dah 2 minggu rutin ni berjalan semula.. Hari2 persekolahan, memang dia dok kat rumah opah.. pagi2 makcik Ikeen akan antor dia pergi Taski., balik dari taski atok pulak yang akan ambil.

 

Kalo maksu Enon tanya, “Fikri mana?” Ibu dengan senang hati akan jawab “ dia dok Asrama kat Ulu Kinta.” Open-mouthed smile hehehhe…

 

I know, ade orang yang tak suka.. ade yang kata ibu macam nak lepas tangan pulak.. (ibu kan tak kerja.. takkan la susah sangat nak jaga anak??) ni bukan isu susah nak jaga ke tak...  the thing is, kalo ibu paksa Fikri dok rumah @ tak bagi dia stay rumah opah santan… dia akan buat perangai memberontak, langsung tak nak dengar cakap ibu.. adooii la.., tak larat la ibu nak ber’perang’ dengan budak 5 tahun ni setiap hari… Smile with tongue out tak cool okay… lagipun tak best kan tengok muka budak 5 tahun ni masam & tak nak bercakap dengan ibu… lebih tak cool bila dia tak mau dengar arahan.. sangat tak best okay..

 

Jadi, kami beri la juga ruang untuk dia buat pilihan. Oh, yer.. saya tahu.. ade yang tak suka kan.. sebab kecik sangat lagi anak saya tu untuk diberi ruang membuat pilihan.. Smile with tongue out tapi saya senang macam ni, sebab takde hati yang marah, bila dia balik hujung minggu, dia hepi jer.. walau hanya 2 hari dia kat rumah.. tapi kualiti tu ada.. Smile I think it better this way daripada 5 hari yang dia buat saya UP & DOWN dengan moody dia.. dengan segala perangai keras kepala dia..

 

2 hari tu la dia tolong ibu kat dapur, tolong ibu kemaskan rumah.. baca buku sama-sama.. main sama-sama dengan adik2.. tanpa gaduh-gaduh.. Fikri ni bila tak dapat pergi rumah opah, kerja dia buli adik-adik jer.. Smile with tongue out

 

Apa orang nak kata pun saya tak kesah.. sebab Fikri ni bila dia rasa nak dok rumah, dia akan balik jer.. dia angkut la beg besar penuh mainan tu balik rumah.. bila dia nak dok rumah opah, nanti dia ‘order’ jer kat ayah supaya bawa balik beg besar tu ke rumah opah.. :D

 

cuma tu la.. kesian kat Anis.. Anis ni selalu ingat kat abang.. bila nak makan, mesti ingat abang, Bila ibu masak sedap-sedap (makanan yang depa biasa makan ber3) mesti ingat abang.. Smile

 

Aliya? agaknya kecik lagi kot, belum 3 tahun.. so dia tak kesah abang ade atau tidak..

 



lepas baca doa makan.. siap main 1-to-juz dulu… hehehhe.. layan jer la karenah anak-anak…

 

 



ni depa duaorang ni.. nak cari abang.. sedang berusaha nak buka mangga yang berkunci… Smile with tongue out

 

p/s

ibu pun rindu kat abang Fikri.. Smile

 

salam  kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...