Memaparkan catatan dengan label Fikri 5 tahun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fikri 5 tahun. Papar semua catatan

Selasa, 31 Mei 2011

Fikri dan Pak Uda

 

 

Salam bahagia,

 

Sedara-mara semua kata Fikri ni lebih iras dengan muka pak Uda (adik en ayah).. jadi ibu tampalkan gambor depa berdua. Winking smile

 

 



note : kalo tengok ‘real-life’.. memang nampak almost sama .. cuma fikri = pak uda versi kecik.. Winking smile

 

Fikri ni dia takut sikit dengan Pak Uda.. bulan May ni, Pak Uda cuti sebulan (habiskan cuti tahun), jadi Fikri langsung tak mau tidur kat rumah opah, hari2 lepas sekolah memang balik rumah. Ingatkan sebab apa, rupanya sebab Pak Uda garang… bukan garang, tapi tegas.. Fikri kalo balik sekolah, main jer kerjanya, Smile with tongue out kalo pesan suruh tukor baju uniform taski buat derk jer.. letih opah bercakap. dengan Pak Uda tak leh buat main2.. sekali Pak Uda sound terus salin baju.. dok dengan Pak Uda kena lah disiplin kan…

 

note : Pak Uda ni koje tentera Udara.. tahun lepas Pak Uda ikut misi UNIFIL ke Lubnan.

 

p/s

sibuk hari ni, tak dapat nak buat n3 yang berkajang-kajang… masih tak jumpa ruang untuk buat review Nora Elena.. huhuuu….

dan malam ni hari selasa terakhir untuk AsmaraSad smile nak tunggu Tahajud Cinta – 1 bulan lagi…

pada kawan2 blog, Maaf yer sebab tak sempat nak BW lagi… ingatkan malam tadi boleh BW banyak2 sikit.. tapi letih benor rasanya..

 

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 20 Mei 2011

Adakah kerana dia kidal?!!!

 

 

 

Salam bahagia,

 

Anak saya si Fikri ni, umurnya sudah 5 tahun 3 bulan.. sudah hampir 5 bulan belajar di taski ABIM..

saya tak riso bila dia mula dapat menghafal beberapa doa dan surah lazim dengan baik.. Smile

Kerisauan saya adalah bila dia mula memegang pen @ pensel dan menulis…Smile with tongue out

 



 

1st – cuba tengok dia tulis nama A N I S

huruf A, & I .. okay.. tapi N & S.. tu seolah dia melihat huruf tu dalam cermin.. jadi terbalik..

 

2ndly, dia eja nama ibu (nama saya lah tu..) , huruf B jadi terbalik…

 

dan nama saya tu dia tulis dari kanan ke kiri.. adakah kerana dia kidal, maka dia menulis macam ni..

 

banyak kali dah saya betulkan bila dia menulis huruf D, P, Z, B, C , K --->>> boleh kata semua huruf ni Fikri akan tulis terbalik…

 

ade tak ibu2 yang alami situasi macam ni… boleh kongsi tips???!! Winking smile

 

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 29 April 2011

Anis rindu abang Fikri

 

 

Salam bahagia,

 

dah banyak hari dalam minggu ni Anis asyik merengek & mengadu :

 
“Kenapa abang tak balik ni?”

“Kenapa ibu tak amik abang?”

 

Malam tadi, dok merengek2 lagi sambil buat muka sedih… hehehhe.. sweet bila bila tengok Anis meroyan cam ni.. hehehe.. budak 3 tahun 9 bulan pun pandai meroyan ker… Smile with tongue out

 



 

Insya Allah, petang ni lepas solat Jumaat abang balik la.. abang kan dah janji dengan ibu, “Hari sekolah – abang duduk dengan opah ngan atok. Hari cuti – abang dok dengan ibuWinking smile

 

Sejak masuk bulan ke-2 Fikri masuk Taski.. ini lah rutin nya.. dan adakalanya on weekdays dia akan balik rumah setiap hari.. dan ada masanya dia nak dok rumah opah.. tapi sejak habis sukan Taski yang lepas.. memang dah 2 minggu rutin ni berjalan semula.. Hari2 persekolahan, memang dia dok kat rumah opah.. pagi2 makcik Ikeen akan antor dia pergi Taski., balik dari taski atok pulak yang akan ambil.

 

Kalo maksu Enon tanya, “Fikri mana?” Ibu dengan senang hati akan jawab “ dia dok Asrama kat Ulu Kinta.” Open-mouthed smile hehehhe…

 

I know, ade orang yang tak suka.. ade yang kata ibu macam nak lepas tangan pulak.. (ibu kan tak kerja.. takkan la susah sangat nak jaga anak??) ni bukan isu susah nak jaga ke tak...  the thing is, kalo ibu paksa Fikri dok rumah @ tak bagi dia stay rumah opah santan… dia akan buat perangai memberontak, langsung tak nak dengar cakap ibu.. adooii la.., tak larat la ibu nak ber’perang’ dengan budak 5 tahun ni setiap hari… Smile with tongue out tak cool okay… lagipun tak best kan tengok muka budak 5 tahun ni masam & tak nak bercakap dengan ibu… lebih tak cool bila dia tak mau dengar arahan.. sangat tak best okay..

 

Jadi, kami beri la juga ruang untuk dia buat pilihan. Oh, yer.. saya tahu.. ade yang tak suka kan.. sebab kecik sangat lagi anak saya tu untuk diberi ruang membuat pilihan.. Smile with tongue out tapi saya senang macam ni, sebab takde hati yang marah, bila dia balik hujung minggu, dia hepi jer.. walau hanya 2 hari dia kat rumah.. tapi kualiti tu ada.. Smile I think it better this way daripada 5 hari yang dia buat saya UP & DOWN dengan moody dia.. dengan segala perangai keras kepala dia..

 

2 hari tu la dia tolong ibu kat dapur, tolong ibu kemaskan rumah.. baca buku sama-sama.. main sama-sama dengan adik2.. tanpa gaduh-gaduh.. Fikri ni bila tak dapat pergi rumah opah, kerja dia buli adik-adik jer.. Smile with tongue out

 

Apa orang nak kata pun saya tak kesah.. sebab Fikri ni bila dia rasa nak dok rumah, dia akan balik jer.. dia angkut la beg besar penuh mainan tu balik rumah.. bila dia nak dok rumah opah, nanti dia ‘order’ jer kat ayah supaya bawa balik beg besar tu ke rumah opah.. :D

 

cuma tu la.. kesian kat Anis.. Anis ni selalu ingat kat abang.. bila nak makan, mesti ingat abang, Bila ibu masak sedap-sedap (makanan yang depa biasa makan ber3) mesti ingat abang.. Smile

 

Aliya? agaknya kecik lagi kot, belum 3 tahun.. so dia tak kesah abang ade atau tidak..

 



lepas baca doa makan.. siap main 1-to-juz dulu… hehehhe.. layan jer la karenah anak-anak…

 

 



ni depa duaorang ni.. nak cari abang.. sedang berusaha nak buka mangga yang berkunci… Smile with tongue out

 

p/s

ibu pun rindu kat abang Fikri.. Smile

 

salam  kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 26 April 2011

Aksi Fikri dan kawan-kawan Taski ABIM tarik tali

 

 

Salam bahagia,

 

tarikh kejadian : 16 April 2011

Tempat : Padang Utama Institut Pendidikan Guru (IPG) Ipoh, ULu Kinta

 



sebelum tarik tali, kita makan dulu…. kang takde tenaga, camana nak menang…!! Winking smile

 

Gambar untuk sesi memanaskan badan.. boleh tengok kat sini >> aksi fikri dan kawan-kawan di padang

 

Masa untuk berAKSI…. layan gambor jer lah yer..

 

.



 



Anak-anak ni sebenarnya masih belum bersedia bila wisel dimulakan.. kesian betul kan ‘achor-kid’ tu… dah le dia tak ready nak pacakkan kaki dia..  ibu wonder juga adakah cikgu tak perasan, anak2 belum sedia lagi… tapi ibu malas lah nak ‘bising-bising’.. bising2 dalam blog jer… Smile with tongue out

 



 



yang ini 2nd round untuk tarikan ke-4 (sebelum sudah 3 kali, tapi fikri dapat peluang yang ke-4 jer..).. nampak anak-anak lebih bersedia…

 



 



 

Nasib memang tak menyebelahi anak-anak Taski Asy-Syakirin.. daripada 4, depa menang 1 ajer.. yang last ni pun kalah.. Abang Fikri lah ni tak tarik betul-betul.. ibu boleh nampak dari jauh, memang tak tarik betul-betul… Smile with tongue out

 

Lepas dah keluor padang, ibu tanya kenapa abang tak tarik betul-batul… jawapan Fikri “cepat la ibu, abang nak kencing ni…” sambil terlompat-lompat menahan…  hehehhe… apa lagi sesi berkejar ke toilet la… Winking smile

 



 

Ini anak-anak dari Taski As-salam.. ibu memang tabik habis dengan coach nya dan cikgu nya sentiasa pastikan anak-anak bersedia sebelum wisel mula di tiup… anak2 taski As-salam ni dapat tempat ke-2 untuk acara tarik tali ni.

 

Ni kata2 semangat yang coach nya dok launh-laung  :

Siapa kuat?” “Kami kuat!!” “Siapa nak menang?” “Kami menang!!”



Selalunya dalam sukan, memang harus diterapkan rasa positif macam ni.. teringat pulak masa zaman suka di maktab (MRSM Terendak) dan di matrik (MRSM Kulim).. walau ibu ni jadi penyokong & tukang sorak jer.. tapi semangat nak menang tu menebal… tetiba rindu pulak saat tu.. erkkk ( 20 tahun dulu tu…)  macam-macam jingle berupa kata-kata semangat yang disorakkan/dilagukan pada tiap acara… semangat betul… Open-mouthed smile

 



Ini lah juara untuk acara tarik tali.. Taski Al-Hilai, Gunung Rapat… Smile cikgu nya pun semangat kan… Winking smile pasukan ni coach nya simple jer.. tak la stylo macam taski yang satu lagi tu… tapi semangat cikgu dia tu.. memang terBAEEKK.. Smile

 



 

dah penat tarik tali… apa lagi.. makan la… Smile



 

Bye.. jumpa lagi.. nanti ibu sambung citer Fikri bersukan lari pantas pulak yer… tunggu….

 

 

p.s

peminat Asmara… standy.. countdown .. kurang 12 jam lagi sebelum Asmara 2 episod 8..

 

tta

salam kasih sayang,

 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 19 April 2011

Aksi Fikri dan kawan-kawan di padang

 

 

Salam bahagia,

 

Ini kesah hari sabtu lepas.. 16 April 2011… en ayah cakap hari tu Fikri ade raptai sukan.. rupanya bukan raptai, tapi sukan acara tarik tali antara 10 buah taski ABIM daerah KInta. Smile with tongue out

 

Jom layan gambor yer..  ni 1st part jer.. sebelum acara tarik tali bermula.. suka tengok gelagat anak-anak taski ni…

**sila halakan cursor ke gambar, ada narration untuk tiap gambar**

 

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="berkumpul dulu pagi2.. sementara semua kawan-kawan sampai.. macam nak berkelah pulak kan.. heheh"][/caption]

 

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="siap sedia untuk senaman ringan"][/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="stretching time"][/caption]

 

 

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="budak-budak ni hepi jer.. time strectching pun gelak2 jer"][/caption]

 

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="sesi panaskan badan.. jogging pelan-pelan"][/caption]

 

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="tapi depa ni bukan jogging pelan-pelan.. lari laju2 dengan senang hati & gelak tawa"][/caption]

 



 



 



 

Sukan tahunan Taski ABIM Daerah Kinta kali ke 22, telah berlangsung di Padang Utama Institut Pendidikan Guru (IPG) Ipoh, Ulu Kinta pada 16 & 17 April 2011. Terdapat 10 buah taski ABIM dalam daerah Kinta (meliputi 10-15 km radius bandaraya Ipoh).


 

Pada 16 April 2011, telah berlangsung acara tarik tali. 10 taski berentap. Anak2 taski ni nampak ajer kecik, tapi hebat-hebat belaka.. Acara tarik tali ini telah berlangsung sehingga peringkat separuh akhir..

 

Acara perasmian sukan tahunan telah berlangsung pada 17 April 2011. Tunggukan laporan bergambar dari ibu di n3 yang akan datang.

 



 

Camana Fikri pada hari kejadian :


  • pagi itu mood tak bagus.. sebab ibu dah silap baju.. baju yang sepatutnya di pakai pagi tu ibu baru basuh.. huhuuu.. the fact is ibu tak tahu pun kena pakai baju tu… dalam surat cikgu tak mentioned pasal tu… Smile with tongue out


  • masa sesi pemanasan badan tu dia okay jer… tapi bila dah tengok kawan2 tarik tali.. (1st & 2nd round tu Fikri reserve jer..), agaknya nervous kot.. sampai 3-4 kali asyik nak membese (terkucil) jer.. sikit2 dia minum air, pastu nak kencing.. ade sekali tu terlepas peluang tarik tali.. sebab terpaksa kejarkan dia ke ‘toilet’.. so daripada 4 peluang tarik tali Fikri dapat la sekali menarik… 1 turn = 2 kali tarik.. okay lah jugak kan, daripada terlepas langsung pengalaman ni… Smile with tongue out


 

 

p/s

esok ibu akan update senarai peserta 6th Anniversary GA, semua komen untuk link penyertaan memang sengaja ibu moderated kan… Winking smile

 

 

salam kasih sayang

 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...