hati-hati kome kalo makan siput sedut.. kalo tercekik... aduh aduh...
ini siput sedut yang belum dimasak. |
saya sebenarnya tak reti & tak suka sedut... heheh.. tolong masak boleh la..
Gadis tercekik siput sedut
ALOR GAJAH: Seorang gadis nyaris maut apabila tercekik siput sedut masak cili api ketika menjamah hidangan itu sambil menonton televisyen dalam kejadian di rumahnya di sini, malam kelmarin.Dalam kejadian jam 8.30 malam, Siti Aisyah Mohamad, 13, menggelupur lima minit sebelum diselamatkan ibunya.Menurut Siti Aisyah, dia tidak menyangka makanan kegemarannya itu hampir meragut nyawanya menyebabkan dia kini trauma.Menceritakan kejadian, pelajar sebuah sekolah menengah itu berkata, dia membeli sekilo siput sedut di sebuah kedai dan dimasak lemak cili api oleh ibunya, Saniah Sungip, 37.“Selepas siap dimasak ibu, saya menikmati siput sedut itu sambil menonton televisyen. Ketika leka menonton, saya seperti tersedut sesuatu menyebabkan tekak pedih namun tidak mampu menjerit.“Saya cuba memanggil ibu di dapur, namun gagal menyebabkan saya menggelupur kesakitan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Menurutnya, dia bernasib baik berikutan ibunya mendengar dia menggelupur kesakitan sebelum mengeluarkan siput sedut itu dengan menepuk belakangnya beberapa minit kemudian. Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat berkata, pasukannya menerima laporan kejadian jam 8.45 malam dan tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian namun mangsa berjaya diselamatkan ibunya.“Selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan, kami dapati kecederaan di bahagian dalam kerongkong mangsa tidak serius kerana siput sedut itu masih berada di bahagian yang selamat,” katanya di sini, semalam.
lor takutnya , saya suka gak siput sedut ni kakyong , tp susah nak dpt , anak2 pun suka , tp baik beli kerang dr siput sedut susah nak makan hehe
BalasPadamaduhai....
BalasPadamnape panggil bomba ye?huhuhuh
Ana suka makan,tp x penah ler mkn sambil tgk tv. Makan dgn nasi of kos lah time makan.Br nikmat.Kalo depan tv tentu leka.
BalasPadamsiput sedut feveret saya tau...saya boleh ratah byk siput sedut tanpa mkn nasik pun...nak2 kalau mak yg masak...
BalasPadamtak sangka lak boleh tercekik sampai mcm ni kan...huhu...
Ya Allah. agaknya syok makan sambil tengok tv kot erk.moga dijauhkan laa benda2 mcm ni.
BalasPadam@puanbee kakyong & anak2 x reti nak menyedut... huwwa huwa... 1st & last suami beli.. siput tu hidup lagi... lupa nak tutup tong tu.. siput tu merayap satu rumah... :P
BalasPadam@Faryza ntah lah.. dial no 999 kan.. terpulang lah sapa yg jawab... hikhik..
BalasPadam@Suhana Shahril pengajarannya.. jgn makan sambil tengok tv.. lebih lagi kalo tgk citer komedi.. nasi pun buleh tersedak... kan...!!
BalasPadam@wahida macam adik ipar saya lah.. suka sgt dgn siput sedut..
BalasPadamsaya ni tak tau lah.. x reti nak rasai nikmat menyedut..
@e.l.i.s.s.m.i.e tu lah kan.. memang x bagus tgk TV sambil makan... tersyiok tgk tv, sampai tercekik... bahaya sungguh kan...
BalasPadamkakyong pun tak ajar anak2 makan sambil tgk tv...
ralit sangat la tu kot..huhu
BalasPadamsaya kan kak yong, lepas kawen baru la try makan siput sedut..diajar en suami, tp bab sedut2 tu pun tak brapa nak terror lagi...kdg2 langsung tak keluar...hahaaa
alahaiii ... geng le kiter kkyong ... mmg xreti menyedut ... suke lg makan lala@kupang,kerang,dll. tuh ... ;)
BalasPadamdah trauma tu mesti serik nk mkn lg kan ?
@MamaYatie sama lah yatie.. kakyong lepas kahwin juga suami ajor makan siput sedut.. tp memang x tersedut.. huwa huwa huwa..
BalasPadam@Ummi Hanie bila hanie sebut lala... memang dah lama tak makan lala....
BalasPadamdah lama dah tak makan siput sedut..
BalasPadam