Saya mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1433H buat semua pengunjung blog
. Semoga kita semua akan memperbaharui azam dan muhasabah diri untuk kehidupan hari depan yang lebih baik.. sama-sama mengeratkan ukhuwah, sama-sama perbaiki mutu kehidupan. Tuanku Mizan dijadual sempurnakan perasmian sambutan Maal Hijrah Ahad iniKUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dijadual berangkat menyempurnakan perasmian sambutan Maal Hijrah 1433H peringkat kebangsaan yang bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah", Ahad ini.Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah turut dijadual berangkat ke majlis yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu.Majlis juga dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta anggota Kabinet dan duta luar negara.Tema "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah" itu selaras dengan usaha kerajaan yang mahukan rakyat bersatu padu, bekerjasama serta saling memahami dan menerima antara satu sama lain atas dasar akidah supaya matlamat negara maju menjelang 2020 dapat direalisasikan, kata kenyataan itu.Sebanyak 122 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta akan menyertai perhimpunan itu yang membabitkan 4,500 penyertaan, kata kenyataan itu.Pada majlis itu, dua individu akan menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Tokoh Peringkat Antarabangsa yang masing-masing akan menerima wang tunai RM100,000, plak, pingat dan sijil penghargaan.Sambutan Maal Hijrah kali ini juga akan dipenuhi pelbagai program termasuk Forum Perdana Khas Maal Hijrah yang membincangkan tajuk "Luruskan Saf", serta majlis bacaan Yasin dan doa selamat di Masjid Negara esok. - BERNAMA
salam maal hijrah, kakyong
BalasPadam@tehr salam tahun baru hijrah tehr...
BalasPadamsalam maal hijrah 1433H kak yong...
BalasPadamsaya juga tahun Hijrah...senang nak ingat sbb 2 digit akhir sama ngan umur saya...hihi
@MamaYatie salam maal hirah yatie... :) baru 33.. kakyong will be 40's.. soon..
BalasPadam