credit google : sekadar hiasan |
KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya berusia 15 tahun yang mengadu sakit perut ketika menghadiri majlis kenduri saudara di Sungai Petani, Kedah kelmarin sebenarnya sakit hendak bersalin.Rahsia itu terbongkar apabila doktor yang merawat remaja perempuan berkenaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, mengesahkan sakit perut yang dialami itu kerana hendak melahirkan anak.Bapa berusia 41 tahun itu hanya menyedari kejadian berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan doktor merawat remaja terbabit menyebabkan dia kebingungan.Difahamkan, remaja terbabit dan bapanya yang menetap di Selangor, pulang ke kampung halaman sejak seminggu lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.Menurut sumber, ketika sibuk membantu keluarga menyediakan persiapan majlis berkenaan, remaja terbabit memberitahu bapanya yang dia mengalami sakit perut.“Bapa itu membawa anaknya ke sebuah klinik swasta berhampiran rumah mereka sebelum dinasihatkan membuat pemeriksaan lanjut di hospital,” katanya.Sumber berkata, doktor yang merawat remaja terbabit kemudian memaklumkan remaja berkenaan hendak melahirkan anak.“Terkejut dengan kenyataan doktor itu, bapa terbabit kemudian memaksa anak perempuannya menceritakan kejadian sebenar dan lelaki yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu.“Anaknya kemudian memberitahu pernah menjalin hubungan dengan teman lelakinya hingga terlanjur dan dipercayai berlaku ketika remaja itu tinggal bersama ibunya di Ampang,” katanya.Katanya, remaja itu selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan.Difahamkan, bapa dan ibu kepada remaja terbabit sudah bercerai manakala remaja itu baru menetap bersama bapanya sejak tiga bulan lalu.Sumber berkata, pelajar terbabit dan bayi berkenaan masih berada di HSAH untuk rawatan lanjut.Sehubungan itu, bapanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Muda sebelum kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, untuk siasatan dan tindakan lanjut.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.sumber : hmetro
Risau kan. Bila memikirkan kejadian sebegini. Sampai ahli keluarga langsung tak perasan yang perutnya berisi ‘bayi’. Saya memang tak pernah jumpa lagi anak-anak remaja yang mengandung di luar nikah ni. Belum pernah melihat dengan mata kepala sendiri. Dah banyak sangat kes macam ni kan.. hati mak bapak mana yang tak luluh bila tahu anak dah terlanjur macam tu. Memang remuk redam lah..
memang remuk rasa hati bila dpt tau pekara camni. saya penah tgk kes camni gak. anak dia hamil tp mak ayah tak perasan sbb anak dia slalu pakai baju besar pastu perut dia even dh 6-7 bulan still tak nampak ketara. lg satu org cakap, bila ngandung anak sulung, perut mmg tak nmpk besar sgt. huhu..taktau la saye.
BalasPadamtp ni semua dari kurangnya didikan agama dan pantauan ibu bapa.
harap2 kita dan generasi kita dilindungi dari perkara2 yg macam ni..
risau lak saya sbb saya pun ibu.
:((
setakat berita2 yang nadiah baca dan dengar, memang tak perasan diorang mengandung. tahu2 je dah bersalin. mungkin Allah sengaja buat macam tu untuk tutup keaiban dan bagi peluang pada mereka bertaubat agaknya..wallahua'lam.
BalasPadamtapi risau sangat. minta dijauhkan perbuatan2 terkutuk tu daripada keluarga sendiri..ameen..
Perut kecik kot, kurus mungkin. Baru 15 tahun...
BalasPadammakin menjadi2 kes remaja terlanjur nie... nipis sungguh iman mereka
BalasPadamNAUZUBILLAH LA TERJADI KAT KELUARGA KITA KAN...MUDAH2HAN DILINDUNGI OLEHNYA...AMIN
BalasPadamdasat kan perut bunting sarat pun bapak sndiri xnmpk... mcm xlogik jer...
BalasPadamhanie penah jumpe remaja terlanjur mcm ni tp masa jumpe tu dia dah bersalin pun , dan bagi pd org anaknye tu... mmg xde sape perasan pun dia ngandung sampai le tiba masa nk brsalin.. anak angkat datuk,ponteng skolah pun cikgu tak report..huhu...nmpk budaknye baik,lembut kan main
takut tau kakyong mengenangkan anak kita di masa depan huhu.. insyallah moga terhindar lah perkara buruk dr keluarga kita ..
BalasPadammintak2 jauh laa dari anak-anak kita ya Allah.
BalasPadamsemoga Allah jauhkan keluarga & keturunan kita dr benda2 cenggini...amin!!
BalasPadam@✿ Myra ✿
BalasPadamkakyong mengandung sulong pun perut besor.. mcm nak jatuh.. hahahha...
mungkin betul bak kata Nadiah, Allah nak tutup aib mereka ni...
sbgai ibu memang wajar kita riso.. kdg2 ada anak2 yg tdk kurang kasih sayang & tdk kurang didikan agama.. tetapi terjebak kerana pengaruh kawan2...
@Nadiah Sidek setuju dgn nadiah.. & mohon dijauhkan keluarga kita dr kes sebegini.. Amin
BalasPadam@Yati Wallahu'alam Yati.. tp dlm kebanyakan kes memang mak bapak x perasan anak2 mereka yg mengandung nih.. risau mengenangkan generasi Islam masakini..
BalasPadamtetiba rasa mcm berat sgt nak pikul amanah mendidik & mengasuh anak ni.. kita x leh nak 'kepung' 24 jam di rumah.. & diluor sana tu terlalu byk cabaran...
@C.M.A @ CikMoonAdnan Itu lah.. kesian budak2 remaja skrg ni.. mudah terperdaya..
BalasPadam@SYaMiLa amin Amin Amin...
BalasPadam@Ummi Hanie kes mcm ni kdg2 pelbagai puncanya.. susah jugak nak bersangka yg tidak2 kan..
BalasPadam@e.l.i.s.s.m.i.e Amin.. Amin..
BalasPadam@puanbee semua ibu mengharapkan begini Bee..
BalasPadam@MamaYatie Insya Allah, Amin
BalasPadamem....cian budak tu
BalasPadam