Salam bahagia,
Dalam dunia ni sapa yang tak suka duit..?!! lebih-lebih lagi duit note@wang kertas negara kita ni, WANGI je BAUNYA...
Ada orang sanggup gadai diri - iman dan maruah kerana WANG. Tahu lah wang ringgit tu penting, tapi zaman sekarang ni ramai sangat yang ambil kesempatan dan bermuslihat seribu cara untuk mendapatkan wang.
Ni kesah penipuan lagi.. yang sedihnya yang didakwa melarikan duit dikatakan seorang guru. Apa nak jadi, guru sepatutnya seorang yang tinggi nilai akhlak dan budinya.. tapi kalau begini yang terjadi.. memang memalukan profesion perguruan.
sumber
PORT DICKSON: “Kami teruja dengan tambangnya yang murah dan mampu dibayar secara ansuran membuatkan kami bersetuju dengan pakej percutian bersama keluarga dirancang sejak Mac lalu,” kata Noorhaslinda Sharudin, 37, seorang daripada mangsa penipuan program percutian artis Nur Kasih, Tiz Zaqyah Razak bersama 35 peminatnya ke Perth, Australia, sepatutnya dijadualkan berlepas pada 21 Disember lalu.
PORT DICKSON: “Kami teruja dengan tambangnya yang murah dan mampu dibayar secara ansuran membuatkan kami bersetuju dengan pakej percutian bersama keluarga dirancang sejak Mac lalu,” kata Noorhaslinda Sharudin, 37, seorang daripada mangsa penipuan program percutian artis Nur Kasih, Tiz Zaqyah Razak bersama 35 peminatnya ke Perth, Australia, sepatutnya dijadualkan berlepas pada 21 Disember lalu.
Menurut Noorhaslinda, dia tidak menyangka hasrat ingin bercuti bersama ahli Kelab Peminat Tiz Zaqyah Razak (TZRFC) terkubur apabila seorang daripada mereka dikenali sebagai Sherry, 45, yang juga bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah di Batu 9, Cheras, Selangor, melarikan wang percutian RM60,000.
“Kami mengenali suspek kerana dia sudah bersama dengan TZRFC sejak setahun lalu, dan tidak menyangka wanita itu sanggup melesapkan duit percutian kami dan melarikan diri begitu saja,” katanya ketika ditemui di Pantai Mas, di sini, semalam.
Sementara itu, Presiden TZRFC, Bibi Barizah Ahkau berkata, pada mulanya dia tidak menyangka suspek sanggup melakukan perkara sebegitu walaupun gerak hatinya mula sangsi apabila suspek kelihatan berubah selepas mula menerima bayaran daripada ahli kelab.
Katanya, banyak kesilapan dilakukan tetapi lidah seperti terkunci untuk menegur kesilapan itu.
Tercalar ler nama Kelab Peminat Tizz Zaqiyah bila terjadi kes macam ni. Harap-harap jangan lah terjadi kes ni pada Kelab Peminat artis yang lelain..
Shazzle Crew, please take note yer.. hati-hati ya bila berurusan dengan duit.. ingat duit tu amanah. Jika kita tidak menjaga amanah, sukarlah nak mendapat kepercayaan.
p/s
saya bukan peminat Tizz Zaqiyah... saya setia dengan Shazzle Crew jer..
duit mempunyai kuasa....
BalasPadamtercalar sudah nama GURU...
BalasPadambila tiba bab duit,ahli keluarga pun boleh gaduh
BalasPadamitu la dunia
BalasPadamkaki tipu
kaki kelentong
ada kat mana2
pado yg tak teguh iman nyer..mmg rambang mato bilo pegang duit byk2...
BalasPadamtak patutnya larikan duit org. Duit haram tu.
BalasPadam@Lin Azlina betul Lin..
BalasPadamade org duit byk, suka bersedekah.. ade org baru dpt pegang duit (bukan duit sendiri pun) dah jd tamak haloba..
cepatnya gelap mata..
BalasPadamtp saya percaya sepandai2 tupai melompat...
kerana nila setitik rosak susu sebelanga!
BalasPadamsebab itu amanah amat penting dlm diri seseorang,tanpa sifat ini semua boleh jadi berbagai 'P' !
yelah kakyong... sanggup dia larikan wang sebanyak tu. berputih matalah jawabnya peminat2 tiz yg nak jalan2 australia tu...
BalasPadamtak berkat pun hidupnya kalau amik duit org macam tu...
woo, akak ahli kelab peminat Shazzle Crew ya? Cayalah akak.
BalasPadamMemang tak patut seorang yang di percayai buat begitu kan kak. Hai! Manusia ni kadang2 lupa diri bila duit banyak depan mata..
duit ni kata orang berhantu. adik beradik boleh bercakaran
BalasPadamganas juge cekgu pompuan tu yer ... alah xkan kaya nye pun ..xberkat duit tu
BalasPadam