Salam bahagia,
Tak semua ibu mertua dan menantu yang boleh hidup aman damai dalam sebuah rumah. Tak dinafikan juga ramai yang hidup bahagia dan rukun damai, asalkan sama saling berkasih sayang dan tiada hasad di hati.
Sahabat saya, seorang guru, anak nya 7 orang, suaminya adalah anak kesayangan ibu mertuanyanya, apatah lagi satu-satu anak lelaki dalam keluarga. Maka, sejak dari awal berkahwin sehinggalah kini, sudah hampir 15 tahun perkahwinan beliau, memang dia tinggal dengan mertua. Sangat beruntung sahabat saya ni, sebab kerja-kerja di dapur, ibu mertua dan adik-adik ipar perempuan yang buat. Memang sangat jarang lah beliau mengotorkan tangan untuk kerja-kerja memasak. Pokoknya kehidupan nya amat rukun dan damai sekali. Dan tahun lepas, beliau dan suami sudah berkesempatan menjadi tetamu Allah di bumi Makkah. Alhamdulillah, saya merasakan sahabat saya itu tersangat lah bertuah.
Yang pasti, kehidupan berkeluarga besar hidup dalam satu bumbung ini perlu dilandasi agama dan iman yang teguh serta pekerti mulia.
Tapi, dalam banyak kes.. ceritanya lebih kurang macam dalam berita ni..
sumber
KUALA LUMPUR: Gara-gara perselisihan faham, seorang wanita warga emas tergamak membelasah menantu perempuannya dengan batang kayu, selain mengugut mahu membunuh mangsa sebelum menghalau wanita terbabit dari rumahnya, Rabu lalu.
Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku apabila warga emas berusia 60-an terbabit tidak menyukai sikap menantunya berusia 34 tahun yang tinggal bersama sejak tiga tahun lalu, sebelum bertindak luar kawalan membelasah mangsa di rumahnya di Jinjang.
Pada mulanya, mangsa dikatakan bertengkar dengan ibu mentuanya sebelum kejadian bertukar ganas menyebabkan mangsa terpaksa melarikan diri bersama anak perempuannya berusia setahun dan menumpang di rumah seorang rakannya.
Selepas dinasihatkan rakannya itu, mangsa akhirnya membuat laporan di Balai Polis Jinjang, kelmarin memandangkan seorang lagi anak lelaki mangsa berusia tiga tahun masih tinggal bersama keluarga mentuanya.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila ibu mentua mangsa dikatakan tidak berkenan dengan tindakan mangsa menegurnya sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.
Buat kawan-kawan yang tinggal sebumbung dengan mertua, elok-elok lah yer. Tutur kata memang harus dijaga, orang tua ni kadang-kadang hatinya cepat tersentuh. Mana tahu, kita nanti dah tua pun mungkin begitu juga kan.
Sebaiknya, jika mampu untuk hidup berdikari dan punya rumah sendiri (walau rumah sewa), elok lah hidup berdikari. Pada saya hidup berdikari di rumah sendiri adalah lebih baik dari menumpang di rumah mertua.
Doa ini saya jumpa di blog INI, 10 nasihat penting membina keluarga bahagia.
Saya setuju dengan semua 10 point yang disebutkan.. Semoga kita semua terus kekal melayari kehidupan berkeluarga dengan bahagia. Bahagia = mengharungi susah payah dan gembira bersama-sama.
..
contest gadget impian dah tamat la.. jom join contest & GA ibu sihat anak riang.
..
yer la kakyong.. yus pun rasa macam tu! seeloknya duduk asing dulu. Biar kenal dulu hati masing2. Kekadang indah kabar dari rupa! :(
BalasPadamSetuju. Tak kisah la sewa rumah kecik pun, asalkan hidup berdikari, tak harap orang tua atau keluarga mertua.
BalasPadamKes belasah menantu tu, agaknya ibu tu dah lama menahan rasa kot.
sejujurnye,hanie mampu duduk sebumbung ... bukan ape,takut xmampu jaga tutur kata @ budi bahasa ... suami hanie pun ank kesayangan jugak,ank sulung,ank lelaki tmpt brgantung lagi .. ;)
BalasPadamganas juge kes mak mertua hambat mnantu tu yer..nauzubillah
@eus Indah khabar dari rupa??? heheh, eus macam ada pengalaman jer..
BalasPadamkakyong suka duduk asing, sbb ade kebebasan nak buat apa di rumah sendiri.. rumah nak kemas @ macam tongkang.. kita sendiri yg urus
sokong sokong..biar lah berdikari sendiri
BalasPadam@Yati kes menantu belasah mertua pun ade yati... ish ish..
BalasPadamtp kan pelik jugakkan, suaminya tak jadi ke dia selepas berhari2 kena halau ... mana sebenarnya suami dia ni...??
tp kan memang ade kes mertua tak suka menantu.. macam mak kakyong.. opah tak suka mak, siap nak berparang2 lagi.. kakyong kecik besor fikri masa tu, kakyong ingat opah tarik rambut mak, mak gigit tangan opah.. huhu.. & kakyong pukul opah dgn selipar solat mak.. masa opah amik parang tu, mujur jiran sebelah rumah dtg.. kalo tak x tau lah apa jadi yati...
masa dok di kem baru 10 kuantan... opah dok sekali dgn kami kat quaters..
@Ummi Hanie mampu ke tak mampu hanie...
BalasPadamkalo hanie baca komen balas kakyong kat yati, :) memang ade mertua yg ganas.. kakyong dah merasa kena ketuk kepala la, sbb opah tak suka kami.. lebih lagi masa tu ayah pergi operasi masuk hutan.. ade jer opah buat nak penaya mak... dah 35 tahun, tapi bila terkenang, memang terbayang dgn jelas..
saya pun setuju dengan kakyong , sebaik mana pun mak mentua , saya lebih rela tinggal di rumah sendiri , entah lah sejak saya kawin memang saya berpindah jauh dr keluarga sendiri ..
BalasPadamhidup nak kena banyak sabar
BalasPadambaik mertua, baik anak, baik menantu
semua kena sabar, banyak sabar
@ekinashikin salam ekin... baru kini anda menjelma yer.. maaf lah yer.. sejak tukor blogspot byk blog x dimasukkan lagi dlm bloglist..
BalasPadammolek kan belajar berdikari.. sesekala dtg menjengah, bawa buah tangan..
Se-seloknya mempunyai rumah sendiri dan duduk rumah mertua bukannya mudah kerana ada tindak-tanduk yang tidak disukai oleh mertua.
BalasPadam@puanbee betul Bee.. biar lah jauh, nampak baik jer , bila dah selalu depan mata, segala tingkah jd serba tak kena..
BalasPadam@tehr
BalasPadambetul tehr, setuju sgt.. masing2 kena jaga tutur kata.. kdg2 memang ade mertua yg suka menyindir, tp kita sbg menantu ni rasanya elok buat2 tak faham jer.. tak usah ler amik hati sgt.. *bersabar lah namanya tu kan* lelama mertua pun tak larat nak cari salah silap kita..
masalahnya, perempuan memang ramai yg mudah tersentuh emosi.. mudah terasa hati...
@akubiomed
BalasPadambetui sangat, x ade rumah sendiri, duduk lah rumah sewa dulu..
kalo duduk sebumbung, susah nak jaga tutur kata & tingkahlaku..
yup lebih selesa dok asing
BalasPadamBila duduk rmh mertua ni byk hati yg kena jaga.kdg2 sbab nk jaga hati org,hati sdiri yg sakit
BalasPadam