Salam bahagia,
credit doodle comel ni pada Yasmin Aris
Akhir-akhir ni kemaruk pulak asyik nak buka photoshop.. nak buat doodle yang comel-comel tak reti... so kita buat poster jer lah. Maaf lah yer, puan blog ni tak habis-habis bereksperimen dengan warna tema biru ajer.
Saya tak pandai nak terjemahkan maksud kata-kata Dr M Tuah Iskandar al-Haj ni.. kalo kome faham, cer kongsi kan.
Cuba baca berita semalam ni... memang bukan orang kot si bapa ni.. nak kata orang-orang pun bukan jugak kan..
Tendang bayi menangis
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
GEORGETOWN: Hanya kerana tidur terganggu akibat tangisan bayi perempuannya berusia sembilan bulan, seorang bapa 'naik hantu' dan tergamak menendang bayi itu dalam kejadian di rumah mereka di Lebuh Maccalum di sini, kelmarin.
Malah, dalam kejadian jam 7 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun terbabit turut didakwa menghempas bayinya ke atas tilam sebelum isterinya cuba mententeramkan keadaan.
Bagaimanapun, tindakan isterinya menyebabkan wanita itu turut menerima padah apabila ditendang suaminya sehingga meminta pertolongan ibu mentua yang tinggal serumah dengan mereka.Menurut sumber, kejadian malang menimpa bayi itu berlaku ketika ibunya berada di dapur membancuh susu dan meninggalkan anaknya bersama suami yang sedang tidur di dalam bilik.“Lelaki terbabit terjaga daripada tidurnya apabila anaknya menangis sebelum menengking dan memarahinya.
sumber
Jika dah jadi bapa tu.. bersikap lah seperti seorang bapa.. jangan nanti, bila anak dah besor, anak pulak yang tendang terajang bapa.
gadget impian saya.. jom support saya.. klik gambar yer
Yong..bukan manusia..orang bukan orang2 pun bukan...kalau orang orang mana boleh mengamuk kan.
BalasPadamkalau bengkeng sangat
BalasPadamelok la jangan jadi orang
lelaki tu memang jenis yang panas baran plus tgh stress agaknya tu yang bleh bertindak camtu...mcm2 kes dah sekarang ni ya yg melibatkan bapak dan baby
BalasPadamOrang-orang pun tak terajang anak camtu.
BalasPadamHai kakyong... lama tak jenguk Kakyong. Rindu la! :)
huh..baru je bace pasal pompuan meriyan gi hempas anak ke lantai..takper juge sbb dah sakit mental tp nauzubillah lah ...
BalasPadamini sah2 mental ok,kena kaco tido naik antu lak..adohaii ... mentnag2le bukan dia yg susah2 beranak..
nk trjemah mesej tu takut xtepat lak ..
@Acik Erna agaknya kerja shift kot, baru balik kerja, & nak berehat , dah anak nangis2 pulak.. sbb ada kajian yg menunjukkan antr sebab ibubapa stress adalah 'anak menangis'.. huhuuu..
BalasPadam@tehr itu lah.. dgn anak yg belum faham apa2 pun nak dimarah.. x patut..
BalasPadam@Anamarza gamaknya gitu lah kot.. tapi kan, kena lah berusaha jd bapa yg penyayang.. boleh diusahakan jika mahu.. kalo otak tu tahu berpk..
BalasPadam@Yati orang-orang x leh nak gerak.. dok terpacak jer kat tgh sawah... hehehhe..
BalasPadam@Ummi Hanie ada jugak baca berita tu.. 1 bulan tak silap mak budak tu dok kat hospital bahagia Tjg Rambutan..
BalasPadambahaya sungguh kan kalo meroyan.. masa dlm pantang dulu pun selalu menjaga2 emosi.. selawat banyak2.. kuatkan hati..