Memaparkan catatan dengan label aksi anak-anak bersukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aksi anak-anak bersukan. Papar semua catatan

Selasa, 26 April 2011

Aksi Fikri dan kawan-kawan Taski ABIM tarik tali

 

 

Salam bahagia,

 

tarikh kejadian : 16 April 2011

Tempat : Padang Utama Institut Pendidikan Guru (IPG) Ipoh, ULu Kinta

 



sebelum tarik tali, kita makan dulu…. kang takde tenaga, camana nak menang…!! Winking smile

 

Gambar untuk sesi memanaskan badan.. boleh tengok kat sini >> aksi fikri dan kawan-kawan di padang

 

Masa untuk berAKSI…. layan gambor jer lah yer..

 

.



 



Anak-anak ni sebenarnya masih belum bersedia bila wisel dimulakan.. kesian betul kan ‘achor-kid’ tu… dah le dia tak ready nak pacakkan kaki dia..  ibu wonder juga adakah cikgu tak perasan, anak2 belum sedia lagi… tapi ibu malas lah nak ‘bising-bising’.. bising2 dalam blog jer… Smile with tongue out

 



 



yang ini 2nd round untuk tarikan ke-4 (sebelum sudah 3 kali, tapi fikri dapat peluang yang ke-4 jer..).. nampak anak-anak lebih bersedia…

 



 



 

Nasib memang tak menyebelahi anak-anak Taski Asy-Syakirin.. daripada 4, depa menang 1 ajer.. yang last ni pun kalah.. Abang Fikri lah ni tak tarik betul-betul.. ibu boleh nampak dari jauh, memang tak tarik betul-betul… Smile with tongue out

 

Lepas dah keluor padang, ibu tanya kenapa abang tak tarik betul-batul… jawapan Fikri “cepat la ibu, abang nak kencing ni…” sambil terlompat-lompat menahan…  hehehhe… apa lagi sesi berkejar ke toilet la… Winking smile

 



 

Ini anak-anak dari Taski As-salam.. ibu memang tabik habis dengan coach nya dan cikgu nya sentiasa pastikan anak-anak bersedia sebelum wisel mula di tiup… anak2 taski As-salam ni dapat tempat ke-2 untuk acara tarik tali ni.

 

Ni kata2 semangat yang coach nya dok launh-laung  :

“Siapa kuat?” “Kami kuat!!” “Siapa nak menang?” “Kami menang!!”



Selalunya dalam sukan, memang harus diterapkan rasa positif macam ni.. teringat pulak masa zaman suka di maktab (MRSM Terendak) dan di matrik (MRSM Kulim).. walau ibu ni jadi penyokong & tukang sorak jer.. tapi semangat nak menang tu menebal… tetiba rindu pulak saat tu.. erkkk ( 20 tahun dulu tu…)  macam-macam jingle berupa kata-kata semangat yang disorakkan/dilagukan pada tiap acara… semangat betul… Open-mouthed smile

 



Ini lah juara untuk acara tarik tali.. Taski Al-Hilai, Gunung Rapat… Smile cikgu nya pun semangat kan… Winking smile pasukan ni coach nya simple jer.. tak la stylo macam taski yang satu lagi tu… tapi semangat cikgu dia tu.. memang terBAEEKK.. Smile

 



 

dah penat tarik tali… apa lagi.. makan la… Smile



 

Bye.. jumpa lagi.. nanti ibu sambung citer Fikri bersukan lari pantas pulak yer… tunggu….

 

 

p.s

peminat Asmara… standy.. countdown .. kurang 12 jam lagi sebelum Asmara 2 episod 8..

 

tta

salam kasih sayang,

 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 19 April 2011

Aksi Fikri dan kawan-kawan di padang

 

 

Salam bahagia,

 

Ini kesah hari sabtu lepas.. 16 April 2011… en ayah cakap hari tu Fikri ade raptai sukan.. rupanya bukan raptai, tapi sukan acara tarik tali antara 10 buah taski ABIM daerah KInta. Smile with tongue out

 

Jom layan gambor yer..  ni 1st part jer.. sebelum acara tarik tali bermula.. suka tengok gelagat anak-anak taski ni…

**sila halakan cursor ke gambar, ada narration untuk tiap gambar**

 

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="berkumpul dulu pagi2.. sementara semua kawan-kawan sampai.. macam nak berkelah pulak kan.. heheh"][/caption]

 

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="siap sedia untuk senaman ringan"][/caption]

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="stretching time"][/caption]

 

 

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="budak-budak ni hepi jer.. time strectching pun gelak2 jer"][/caption]

 

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="sesi panaskan badan.. jogging pelan-pelan"][/caption]

 

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="tapi depa ni bukan jogging pelan-pelan.. lari laju2 dengan senang hati & gelak tawa"][/caption]

 



 



 



 

Sukan tahunan Taski ABIM Daerah Kinta kali ke 22, telah berlangsung di Padang Utama Institut Pendidikan Guru (IPG) Ipoh, Ulu Kinta pada 16 & 17 April 2011. Terdapat 10 buah taski ABIM dalam daerah Kinta (meliputi 10-15 km radius bandaraya Ipoh).


 

Pada 16 April 2011, telah berlangsung acara tarik tali. 10 taski berentap. Anak2 taski ni nampak ajer kecik, tapi hebat-hebat belaka.. Acara tarik tali ini telah berlangsung sehingga peringkat separuh akhir..

 

Acara perasmian sukan tahunan telah berlangsung pada 17 April 2011. Tunggukan laporan bergambar dari ibu di n3 yang akan datang.

 



 

Camana Fikri pada hari kejadian :


  • pagi itu mood tak bagus.. sebab ibu dah silap baju.. baju yang sepatutnya di pakai pagi tu ibu baru basuh.. huhuuu.. the fact is ibu tak tahu pun kena pakai baju tu… dalam surat cikgu tak mentioned pasal tu… Smile with tongue out


  • masa sesi pemanasan badan tu dia okay jer… tapi bila dah tengok kawan2 tarik tali.. (1st & 2nd round tu Fikri reserve jer..), agaknya nervous kot.. sampai 3-4 kali asyik nak membese (terkucil) jer.. sikit2 dia minum air, pastu nak kencing.. ade sekali tu terlepas peluang tarik tali.. sebab terpaksa kejarkan dia ke ‘toilet’.. so daripada 4 peluang tarik tali Fikri dapat la sekali menarik… 1 turn = 2 kali tarik.. okay lah jugak kan, daripada terlepas langsung pengalaman ni… Smile with tongue out


 

 

p/s

esok ibu akan update senarai peserta 6th Anniversary GA, semua komen untuk link penyertaan memang sengaja ibu moderated kan… Winking smile

 

 

salam kasih sayang

 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...