Rabu, 25 Julai 2012

Tabung IFtar Ramadhan Rohingya




Salam kawan-kawan,

Biarlah gambar ini yang berbicara.. 





jangan lupa sign petisyen di link INI
atau klik 



pesan kakyong:
#jika ada jiran @ orang kampung kita yang susah & tak cukup makan, maka kita wajar bantu mereka dulu.. & bila ada lebihan tu apa salahnya kita membantu mereka yang seagama dgn kita, walau jaraknya beribu batu, asalnya ianya ikhlas dari hati..
bukan apa, ramai yg skeptikal & persoalkan kenapa nak bantu yang 'jauh' dan yang dekat ni ramai juga tak cukup makan..
fikir2 kan lah.. jangan berkira dalam hal mbantu & bersedekah..


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 11 Julai 2012

Tips Memilih dropshipper yang sesuai



Salam bahagia kawan-kawan,


Ini adalah rentetan dari penulisan di n3 Biznes dropship untuk mereka yang tiada modal besar





Setelah beberapa bulan kakyong menceburkan diri dengan perniagaan dropship, jadi kakyong cuba kongsikan beberapa tips dan panduan berdasarkan pengalaman kakyong.

Memang sukar untuk memilih dropshipper (owner dropship) yang menepati kriteria kita.

Ini adalah tips asas yang diharapkan dapat membantu kawan2 yang ingin menceburkan diri dengan perniagaan dropship membuat keputusan
  1. dropshipper (dropship owner) tidak kenakan fee dropship, jika ada pun minima.. cth rm10 utk seumur hidup & tdk dipulangkan (kakyong banyak join yg ini.. ;) )
  2. pelbagai produk pilihan ditawarkan yang boleh dijual
  3. komisen dalam range 15% dan ke atas.. 
  4. mudah membuat urusan pesanan - seperti dropshipper sediakan kedai online (berbayar) yang ada sistem edycart, ataupun boleh memesan melalui banyak channel, cth email, sms, whatsApp, mahupun message di FB
  5. mudah dalam urusan pembayaran - pelanggan membayar kepada kita harga jualan dan kita terus membayar harga dropship sejak dari jualan pertama lagi. Ada dropshipper yang meletakkan syarat pembayaran direct kepada mereka dan ini sebenarnya akan mengurangkan kredibiliti kita sebagai peniaga.  
  6. dropshipper tidak menyimpan komisen agen. kakyong tidak begitu setuju dengan dropshipper yang menyimpan komisen & hanya membayar komisen setelah agen mencapai quota jualan tertentu
  7. dropshipper tidak mengenakan syarat-syarat rigid seperti pesanan hanya boleh di'booking' dalam tempoh 1 jam.. sungguh tak masuk akal, sebab dalam urusan online, pelanggan mungkin perlukan masa sekurang-kurangnya 24 jam sebelum membuat keputusan untuk membeli & membuat pembayaran.
  8. dropshipper tidak mengenakan syarat - harus mencapai target jualan tertentu, jika tidak akan digugurkan sebagai agen, cth 1 bulan perlu capai jualan RM500, jika tidak capai, maka kena ucap 'bye-bye'. Syarat macam ni memang tak best
  9. Namun adalah sangat bagus & best bila dropshipper memberikan insentif jika agen dapat mencapai target jualan tertentu.. sebagai penambah semangat untuk terus maju dalam perniagaan dropship.
  10. dropshipper yang cekap dan bagus dalam penghantaran dan kemaskini maklumat delivery (cth, tracking no delivery) dalam tempoh 24 jam atau kurang.
  11. Yang paling best adalah dropshipper menyediakan bahan-bahan untuk pemasaran produk, seperti banner & gambar2 cantik untuk promosi, selain memberi tips dan tunjuk ajar cara2 untuk memasarkan produk.

11 item yang kakyong sebut ini adalah perkongsian secara rambang melalui pengalaman kakyong & perbincangan dengan kawan-kawan yang sama2 berniagaa secara dropship. mungkin ada banyak lagi point yang boleh ditambah.. semoga tips yang tidak seberapa ini dapat dijadikan panduan untuk kawan-kawan yang masih memilih dropshipper yang sesuai.

Insya Allah, di entri yang akan datang, kakyong akan cuba kongsikan beberapa dropshipper (owner dropship) yang telah berkongsi rezeki mereka dengan kakyong dengan memberi ruang kepada untuk menjana pendapatan melalui perniagaan dropship. (subject kepada keizinan daripada owner dropship)





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 4 Julai 2012

WW : Kaki robot







saja kakyong besarkan gambar ni.. supaya boleh nampak jelas...

saya memang kagum dengan kegigihan orang ini..

kagum juga memikirkan nilai kaki nya yang berkilat2 itu.. 

ada wang apa pun jadikan.. jom jadi kaya..

tak wordless dah ni.. tapi macam2 boleh ditafsir dari gambar ini kan..




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 3 Julai 2012

Hadiah GA dari zie fauzi



Salam bahagia,

hari ni menerima kunjungan blogger zie fauzi , yang singgah ke rumah kakyong bersama dengan suami dan anak nya Aliya..

(post dari henfon ni tak leh nak letak link)

dan kebetulan zie mengikut suami nya berkursus ke Bangi, .. Singgah ke Ipoh 'pos' kan hadiah GA kepada kakyong..

Sungguh terasa special dpt jumpa zie & keluarga secara live.. Suami isteri 2-2 peramah.. I like.. Aliya, anak zie pun peramah..

Terima kasih zie, sudi singgah.. Maaf le jamu air oren kosong jer.. Kuih semekut tak mandang..






----------
Sent from my Nokia phone
Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 2 Julai 2012

Alexa rank dah menjunam



Ini lah kesannya bila berbulan tak aktif memblog.. Tak update entry & tak blogwalking...

Entah berapa bulan lagi untuk masuk semula rank below 1000 dalam Malaysia..

Semangat berblog, ku seru kau datang.. Beriku konsisten semula berblog... ;)



----------
Sent from my Nokia phone
Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Ahad, 1 Julai 2012

Hanya di Mydin Meru Raya - tandas pun cantik



Salam kawan2,

1st time masuk ke tandas di Mydin Mall Meru Raya Ipoh ... Wah... Memang bersih.. Baru lagi kan...

Tapi kan saya memang suka dengan design dalaman tandas ni.. Sinki tu berada di tengah-tengah... Sebelah sana pun deretan tandas juga...

Hahaaa.. Ni la 1st time saya jakun jap bila masuk tandas.. Anak2 saya jangan cakap la.. Terus lompat2 ... Spontan jer sebut "cantiknya tandas ni ibu.. Boleh tak buat macam ni kat rumah kita"




----------
Sent from my Nokia phone
Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...