Rabu, 30 Mac 2011

5 jam tanpa internet…

 

 

salam bahagia,

 

Petang2 tadi tengah asyik mahsyuk nak siapkan n3 ini.. sekali line tenet terputus… lebih kurang jam 4.45 petang.. memula tu ingatkan kena block.. almaklumlah bil dah tertunggak lebih 1 bulan.. Smile with tongue out

 

try reconnect banyak kali.. dok dapat mesej ‘modem @ other device error… adeiihh… fenin dibuatnya..

 

dial #103.. telefon rumah yer.. henfon kami dah lama kiok..  mujur la cik adik customer service tu sangat baik hati.. kalo ade masalah dengan line streamyx kena call #100.. call la #100 tu, mesin jer yang bercakap, tapi ade mesej dalam mesin tu cakap,

 
kawasan utara, pahang dan lembah kelang (dan beberapa tempat lagi ade disebut, tapi ibu lupa..)mengalami gangguan talian, dan sedang dalam proses kenalpasti

 

lepas maghrib ibu call lagi #100 tu, dapat bercakap dengan customer servis, Lokman namanya.. setelah bersoal jawab 123456 dot dot dot.. oowhh, betul la ade gangguan talian @ mentenan & sedang dibuat oleh pihak sub-con TM.. dan kerana ini dibawah plan pihak luar, maka pihak TM tak buleh nak beri jaminan berapa lama akan tergendala talian..

 
khabarnya 17,000 pengguna yang terbabit dengan gangguan ni.. so agak2 daripada 17,000, berapa orang lah gamaknya blogger cam ibu ni…. Winking smile

 

Ibu pun lega la.. sekurang2nya bukan la di bock.. ekekkeke… Smile with tongue out

 

5 jam tu.. selesai banyak jugak lah koje rumah… ade juga hikmahnya kan.. hehehhe…

 

la ni mata pun dah ngantuk… camno nak blogwalking nih…

 

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 29 Mac 2011

Projek hari sabtu lepas

 

 

salam bahagia,

 

Pagi ni kat kawasan taman perumahan kami ni sangat nyaman.. semalam dan kelmarin panas terik.. tapi bagus juga sebab habis segala comforter & sarung tilam bantal ibu dobi… kering semuanya.. tapi yang part tak best, ibu ni la.. bila panas berterusan, mula lah jadi sakit kepala.. malam tadi jam 9 malam ibu dah flat.. belum pukul 10 ibu dah melelap mata.. sedor2 tengahmalam hujan lebat.. Alhamdulillah.. pagi ni bangun.. bestnya suasana nyaman, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa… burung ciak berkicau-kicauan.. bising dah macam suasana kampung… Thumbs up

 

memang kampung pun kat sini.. sebelah taman kami ni memang kawasan kampung… Winking smile

 

Hari sabtu lepas.. kami anak-beranak seawal sebelum subuh sudah menjejak ke Ulu Kinta..  opah santan ade hajat sikit.. maka ibu pun sukarela la tolong apa2 yang patut… bosan jugak kan asyik dok terperuk di rumah jer… tapi ibu tak de la menolong apa2 sangat pun, setakat buat koje potong-memotong jer… maka sebelum jam 3 petang tu.. siaplah segala nya..

 

[caption id="" align="aligncenter" width="514" caption="bihun singapura ala UK"]bihun singapura ala UK[/caption]

 

 

rendang ayam special opahsantan

 

 

pulut kuning opahsantan

 

Pastu ibu cuma tolong2 packing jer la… dibantu oleh en ayah dan makNgah ieda (mamanya Adib)

 



 

Alhamdulillah, sudah selamat pun hajat opahsantan ni disedekahkan ke rumah anak yatim di Tanah Hitam Chemor.. Ibu tak pernah sampai @ jejakkan kaki ke rumah anak2 yatim tu.. tapi ibu teringin juga nak pergi melawat anak-anak yatim ni suatu hari ni.. buat masa ni penghuni rumah ini ada dalam 48 orang anak-anak yatim.

 

Ibu pun kan sebenornya berhajat juga nak buat pulut (tak mau pulut kuning, nak putih jer) dan rendang daging dan sedekahkan pada jiran2 di sekitar taman ni.. dari tahun lepas lagi berhajat.. tapi tak ter’sampai’ pun pada en ayah.. Disappointed smile rasanya tahun ni kena jugak buat kan… dok tangguh2 niat ni, sekarang ni dah rasa macam ‘beban’ pulak..

 

kome ade ‘hajat’ nak bersedekah macam ni.. ?!

 

p/s

~ lega sedikit sebab list peserta no 21-40 sudah submit untuk dinilai oleh juri

~ hari ni tak dapat nak semak penyertaan yang lain.. sebab nak fokus pada koje design dan nak siapkan portfolio untuk kerja2 design kakyong

 

 

salam kasih sayang,

 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Lemonade air kelapa muda

 

 

Salam bahagia..

 



Di petang hari nan panas ni memang best dapat pekena air kelapa muda… lebih2 lagi lemonade kelapa muda… Winking smile

 

Kat ipoh ni murah ajer… beli tapau jer lah…



 

1 bungkus RM1.40.. buleh dapat 1 bekas ni… cukup la untuk kami 5 beranak minum rebut-rebut.. kalo beli 2 bungkus membazir jer.. sebab tak habis.. jadi beli 1 dan minum rebut-rebut.. Smile with tongue out



 



walaupun murah.. rasanya tidak mengecewakan langsung, memang mabeles la untuk lidah kami… tengok lah si Anis & Aliya dok berebut nak minum tu.. Anis minum air jer… Aliya dia rembat isi kelapa jer… Winking smile Fikri pulak so-so jer.. janji air, dia minum.. tapi isi kelapa dia buat derk jer.. so selalunya isi kelapa tu ibu & ALiya jer la yang berebut..

 

mana  nak dapat ni???

 



 

ni promosi untuk orang belah Ipoh jer.. terutama yang dekat2 dengan belah Tasek, Chepor, Klebang.. orang Tambun kalo nak cari sini pun buleh… Gerai Pak Din ni berdekatan dengan kuarter guru Kg Tawas.. sebelah dengan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Negeri Perak

 

 

 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Ahad, 27 Mac 2011

Hati kaum Hawa

 

salam bahagia,

 
>

 




 

Kadang-kadang apa yang dia cakap tu tak sama  seperti apa yang dia rasa.Tapi dia nak kita faham tanpa dia perlu memberitahu. Memang tak masuk akal, tapi itu la perempuan.




 

Betul ke perempuan @ wanita ini rumit @ ‘complicated’… ? Kome rasa camana?

 

Ni pendapat ibu jer.. berdasarkan pengalaman dan pengamatan sendiri.

 

jenis daring @ berani @ mungkin juga ade ciri-ciri laser


  • setengah orang perempuan ni ade yang jenis daring.. Winking smile kalo suka sesuatu @ seseorang.. dia boleh jer dengan selamba nak meluahkan perasaan pada orang tu. macam2 usaha dia akan buat supaya si dia ‘perasan’ akan kehadiran dia.. bukan setakat ‘tarikan fizikal’ (berhias dan melawo ), tetapi juga dari tuturkata … tapi selalunya orang lelaki pulak yang akan jadi takut dengan perempuan macam ni… uwwaaa…


  • ade juga kelebihan perempuan macam ni : jodoh dia selalunya dengan lelaki yang pemalu.. lelaki yang berat mulut & susah nak meluahkan perasaan…


  • namun jangan salah faham tau, perempuan daring tak bermakna dia tak ada hati perasaan, sampai saatnya, perempuan daring pun buleh jadi pendiam, kunci mulut dan masuk ‘gua’ untuk seketika.. *jangan ingat orang lelaki jer yang masuk gua.. cuma gua orang perempuan ni berbeza sikit la*


  • dan ade juga perempuan yang laser dalam sesetengah perkara, tetapi pemalu dalam hal yang melibatkan perasaan.


  • cuma bila sudah berkahwin, perempuan daring ni lebih mudah berkomunikasi dengan pasangannya.. jika tak puashati, dia direct jer cakap dan pada dia komunikasi tu penting.. Thumbs up


  • namun sebahagian besar lelaki selalu salah anggap dengan perempuan yang macam ni.. kadang2 perempuan macam ni dianggap cuba menjadi ‘queen control’.. walhal sebenarnya, dia tak lah macam tu.. dia cuma nak alert kan pasangannya ajer.. supaya che abe nya tak lupa


 

 

jenis pemalu @ berat mulut @ suka memendam

 


  • sifat semulajadi orang perempuan adalah pemalu.. kalo boleh nak sembunyikan segala perasaan yang ada.. kalo boleh dia nak orang lelaki yang dia suka tu, faham dalam bentuk ‘telepati’ @ psikik…Smile with tongue out ekekkeke… perempuan jenis ni selalu nya lebih suka curi-curi pandang jer, pastu buat2 macam tak ade apa2.. bukan apa, depa tak mau dikecewakan walau dalam hati tu sebenarnya ‘suka gila kat mamat tu’..


  • Perempuan yang suka memendam perasaan ni bukan setakat orang lelaki jer yang susah nak faham, kadang2 orang perempuan sendiri pun susah nak faham, terutama kalo yang jenis tak suka nak share masalah dengan orang lain


  • perempuan jenis pemalu ni selalunya jodohnya ada lah lelaki yang jenis daring/berani. Hanya lelaki yang berani ajer yang boleh buat perempuan berat mulut ni membuka mulut. Winking smile so, sebenarnya bukan lah rumit sangat perempuan pemalu ni.. cuma kalo kena gaya cara lelaki ‘menguruskan’ nya, pasti berjaya.. masalahnya, tak ramai lelaki yang betul2 amik port @ amik kesah dengan perwatakan perempuan pemalu ni..


  • dan ada ketikanya, perempuan pemalu ni boleh jadi ramah & mudah didekati.. bergantung pada persekitaran juga ya.. jika persekitaran selesa, pasti lah dia akan jadi lebih terbuka.. selesa di sini adalah : sudah kenal @ familiar dengan kawan-kawan @ ahli keluarga, juga disenangi oleh kumpulan/group/komuniti.


  • yang penting, kome (tak kira lah lelaki @ perempuan) harus lah dipercaya oleh mereka yang pemalu ni.. jika terjadi sesuatu yang membuat si pemalu ni hilang kepercayaan, maka dia mungkin akan jadi berat mulut semula dengan kome… erkkk ade faham ker.. contohnya : kome g buka rahsia dia..  Smile with tongue out actually ini adalah prinsip mutual dalam mana2 hubungan, harus ade sifat saling percaya.


  • so, betul ke perempuan pendiam ni sukar didekati.??? kome tanya lah diri kome sendiri.. kena lah pandai bermain psikologi sosial dalam hal ni.. contoh, belajor ‘body contact’ @ bahasa badan..


 

Samada perempuan tu jenis daring @ pemalu.. hakikatnya, kalo dari segi perasaan (dalam bab bercinta & belum ada ikatan) takkan lah nak bagitahu 100% kan… simpan lah sedikit.. sebabnya orang perempuan ni suka lelaki yang lebih agresif @ menunjukkan kesungguhan dalam menjalin hubungan yang lebih erat. Tak best lah kan, kalo perempuan yang dikatakan ‘mengejor si lelaki’ @ dipanggil perigi cari timba…

 

Tapi bila sudah berumahtangga, tak boleh dah nak reserve perasaan ni, kalo suka kena cakap suka, kalo setuju kena cakap setuju.. kalo tak suka, kena bagitahu pasangan kita, kenapa tak suka dan harus selalu ade perbincangan @ komunikasi.

 

Tu pasal ade orang cakap, orang perempuan ni bila dah kahwin semua nak control.. bukan nak control, tapi kehidupan berumahtangga adalah sesuatu yang real dan pasti.. jadi harus firm bila sudah menjadi isteri dan ibu.. padah akibatnya jika  asyik memendam rasa. Kalo bule bior le suami tahu/alert apa yang isteri tak suka, tak kisahlah dari segi pengurusan rumahtanggan, pengasuhan anak2.. maupun pengurusan kewangan keluarga.. memang kena cakap terus-terang.. tapi bior le berlapik (di kaborkan dengan cara yang berhemah la, kalo asyik melaser juga, mau nya suami asyik nak kuor rumah jer)… Smile with tongue out

 



 

hakikatnya wanita dan lelaki ini Allah jadi kan berbeza dari segi emosi dan keperluan, tapi dijadikan pasangan hidup untuk saling melengkapi. Winking smile Yang belum pernah membaca buku tulisan John Gray.. aci cuba cari buku tu… bagus.. ibu dulu baca buku ni dari kulit ke kulit.. nanti ade masa ibu cuba kupas sikit2 tajuk2 yang sesuai yang dibahaskan dalam buku tu..

 

n3 ini ditulis sekadar respond kepada n3 ini di blog onceitalk,com. dan ini hanya pandangan peribadi ibu, pada ibu tiada yang betul @ salah.. sebab emosi dan perwatakan kita ini berubah-ubah mengikuti emosi dan persekitaran.

 

Kome boleh tinggalkan pendapat kome di kotak komen yer… Smile

 


 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Malam ni earth hour, nak layan Finale Akademi AlQuran

 

 

Salam bahagia,

 

Sebelum asar tadi kami sudah pun selamat sampai ke rumah.. hari ni dari jam 6 pagi lagi kami dah tinggalkan rumah… berkampung jap kat rumah opah santan… best juga rasanya dapat berehat dari dunia online untuk seketika dan tidak berada di rumah.. Winking smile lagi best kalo dapat pergi bercuti kat tepi pantai @ pulau 2-3 hari ker… hehehhehe… Smile with tongue out

 

Malam ni, ibu nak tengok Final Akademi AlQuran.. sambil2 tu buka la FB.. rupanya malam ni Earth Hour..

 



 

Memang bagus lah kan ade kempen macam ni.. tapi takkan 1 jam jer kan.. so ade macam2 cara lagi untuk kita berjimat elektrik sepanjang hidup kita sehari-hari. Antaranya :


  • Kalo rumah kome tu ade banyak bilik., bila malam tu usoh le buka semua lampu di setiap bilik.. buka bila nak guna bilik itu ajer… .

  • dah guna lappy @ PC tu.. bila nak tidur, switch off lah semua plug yang berkenaan.


  • jika kome guna boiler, usoh le dibiorkan terpasang 24 jam.. buat le jadual @ jam2 tertentu jer.. contoh bila bangun subuh, sebelum kome nak mandi & solat subuh tu, On kan siap2.. sebelum kome pergi koje tu off kan & air panas tu kalihkan masuk dalam termos. Kalo yang dok rumah pulak, sama jugak.. sebelum jam 10 tu, off kan ajer boiler tu.. sebabnya tengahari takde nya kome nak minum air panas, air yang hampir suam tu elok le kalih ke dalam jug. Dah hampir ke pukul 4 nanti baru la On semula & masak air lain untuk minum petang.


  • gitu jugak lah dengan TV.. kalo takde sebab nak tengok, tutup ajer lah.. wonder jugak sebab ade orang (ni merujuk mak2 yang dok rumah yer) bangun pagi jer terus ON tv.. dan selagi tak tidur malam selagi tu la TV tu ON… huhuu…


  • mesin basuh… kalo nak berjimat, & anak tak ramai, kumpul kain baju untuk 2 hari baru basuh.. macam ibu ni la.. tiap2 hari mesin tu jalan, tapi hari ni basuh kain baju, esok pulak basuh cloth diapers.. Winking smile


 

selebihnya .. kome pikir sendiri lah yer… kome kan semua nya ceghodik-ceghodik belaka… Thumbs up kome lagi arif pasal hal nak berjimat ni..

 

 



gambor ni kidnap dari utusan Malaysia

 

So, malam ni kita OFF lampu tapi TV & lappy tetap ON…. erkkkk

 

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 26 Mac 2011

Berbasikal sambil berpayung

 

Salam bahagia,

 

mentang lah hari2 belah petang asyik hujan jer.. maka si Anis ni pun sibuk la nak main payung.. sila lah abaikan payung yang sudah senget-benget tu.. Smile with tongue out

 



eh-eh.., camana ni ibu





“ pelan-pelan dok balance kan badan, basikal & payung .. hehehhe…

 


akhirnya … berjaya mengayuh basikal sambil berpayung..

 



yaaayyy… tahniah kakak Anis… Thumbs up



 

 



 
muka blurr jer.. tak puashati.. nak main lagi.. tapi Aliya dah rebut payung…

 

Anak2 kome ade aksi macam ni… atau seumpamanya.. Jom join contest Aksi si cilik berbasikal

 

p/s

masih belum ade mood nak merepek panjang-panjang.. bila menaip jer otak tak jalan..

n3 ini autopublish.. hari ni ibu ade kat Ulu Kinta.. ade projek sket… so akur ajer lah..

Pada kawan2 yang tempah kerja design, ibu akan reply email kome belah malam nanti yer.. jadi segala aktiviti online hari ini adalah ‘disejukbeku’ Disappointed smile Komen2 kelmarin dan semalam juga akan ibu usahakan esok @ sebaik ibu dapat beronline semula.

 

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 25 Mac 2011

sesekala kaki ayam digoreng pun sodap!!

 

 

salam bahagia,

 

Rasanya boleh kata, kebanyakan anak2 suka makan kaki ayam.. selalunya dibuat sup jer.. tapi kat rumah kami ni… macam2 style masak dah cuba.. bakar dalam oven, direndangkan, masak kicap.. dan juga digoreng. Winking smile

 



 

kalo kena gaya & cara masakannya memang mabeles… anak2 ku makan sampai tinggal tulang.. Thumbs up

 



buktinya… Winking smile

 

Cara masak >> sangat simple

  • lepas dah cuci bersih2.. kita rebus dulu kaki ayam ni.. dalam  5 - 7 minit gitu, lama sikit pun tak apa.. nampak dah macam kembang isinya tu, kira okay dah.. api sederhana besar ya..

  • kemudian toskan, sejukkan dulu.. pastu gaul la dengan serbuk kari + sos tiram + garam sikit.. sukatan ni ikut selera masing2 lah yer.. kalo suka nak perap sekali dengan bawang (merah + putih) pun boleh.. nak tumbuk jintan @ guna serbuk jintan pun boleh.. selera masing2.. kalo nak guna bahan perapan cara tersendiri pun buleh.. boh la apa sahaja, janji sedap ditekak

  • nak perap berapa lama.. ikut suka.. kurang2 setengah jam


 



 

  • bila time nak goreng tu… celup la dalam telur (pukul2 manja sket) dan golek2 kan dalam tepung (ibu campur tepung gandum + tepung beras).

  • goreng le sampai garing…

  • dah siap untuk dihidangkan…


 

selamat mencuba.. Winking smile

 



 

 

 

mungkin ade antara kome yang berpeluang untuk memenangi coin purse comel ni..

jika minat dengan barangan kraf yg comel2.. sila klik coin purse ni ya..





 

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...