Isnin, 31 Oktober 2011

Cinta Elisa–episod 6–7 dan promo episod 8



Salam bahagia,


Dalam episod 5, Jasman meninggal setelah mendapat kecederaan di kepala.





Dalam episod 6 pula, Yasmin telah potong elaun Aril dan Rashid pula sesuka hati  keluar masuk ke rumah Jasman, walaupun saat itu Yasmin masih dalam edah.. ish ish ish… Airil cuba untuk menghalang kejahatan Rashid & Yasmin di rumah tu, tetapi sebaliknya Aril yang dihalau keluor dari rumah.. dan Aril bawa Elysa sekali.. Disappointed smile




Dalam episod 7 , Aril bermalam di rumah kawannya yang 2 orang tu.. tapi disebabkan salah seorang kawannya cuba nak mencabul Elysa, maka Airil naik hangin dan malam tu juga keluor dari rumah kawannya. Aril bercadang nak antor Elysa balik ke rumah nya. Tapi sebaik sampai, ada pulak kereta polis depan rumah Yasmin. Yasmin yang report polis tentang kehilangan Elysa. Elysa pulak berdegil nak ikut Aril. Depa tinggalkan kereta dan tinggalkan tempat itu dan pergi ke suatu tempat dengan bas. Di situ mereka telah terserempak dan berkenalan dengan Mak Jah. Akhirnya mak Jah ajak mereka berdua bermalam di rumah nya.. yang bestnya si Airil mengaku ELysa tu isteri dia. 





Sinopsis untuk episod 8 ada di blog SuhanPost.. boleh la jengah sana ya.. Winking smile


Apa pulak yang terjadi pada nasib Elysa..? Adakah Airil nikah dengan Elysa? nantikan jawapannya dalam episod 8 malam selasa, 1 Nov 2011., jam 9 malam di TV3.








.


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Tahniah Boboiboy dan Animansto Studios






16 negara tonton BoBoiBoy


Tahniah.. semoga selepas ni lebih banyak animasi untuk kanak-kanak yang sehebat Boboiboy dapat dihasilkan… Winking smile Anak-anak saya kalo tak dapat tengok BoBoiBoy, boleh “PECAH’ rumah dengan suara tangisan.. huhuuhhh Smile with tongue out



sumber : harian metro
 
BAGAIMANA sejarah Animonsta Studios mula bertapak di negara ini?
Animonsta Studios yang menjangkau umur dua tahun pada 15 September lalu ditubuhkan khusus untuk menerbitkan animasi dalam bentuk siri dan filem.
Produk sulung kami, BoBoiBoy ditayangkan di TV3 dan kini saluran Disney Channel Asia yang dapat ditonton di 16 negara.
Kami menggunakan konsep ‘Universal Content with Local Touch’ (kandungan universal dengan sentuhan tempatan) apabila kami percaya animasi terbitan tempatan dapat pergi lebih jauh ke pasaran antarabangsa.
 


Kejayaan BoBoiBoy pasti mendorong ramai anak muda lain untuk mencuba nasib dalam bidang animasi, bagaimana mereka boleh mendapatkan modal memulakan syarikat?
Memang banyak syarikat mencuba nasib dalam bidang ini dan mereka boleh mendapatkan tawaran geran yang disediakan melalui agensi kerajaan atau swasta.
Tawaran disediakan cukup untuk melengkapkan syarikat pemula yang beroperasi sekitar dua atau tiga individu saja.





Apakah fokus yang sepatutnya ditonjolkan syarikat animasi negara ini?
Syarikat produksi tempatan, khususnya yang terbabit dalam pengeluaran filem dan siri televisyen, harus memberi fokus kepada usaha menghasilkan filem yang mengandungi lebih kandungan tempatan bagi menembusi pasaran eksport.
Pembangunan kandungan tempatan yang kreatif boleh menarik penonton luar negara membeli produksi tempatan.





Bagaimana perkara itu boleh dikaitkan dengan kejayaan yang dicapai BoBoiBoy?
Kami memandang jauh konsep superhero (adiwira) tempatan memandangkan sebelum ini, Malaysia masih tidak mempunyai watak adiwira kanak-kanak. Sudah tiba masanya Malaysia mempunyai watak superhero kanak-kanak sendiri.
Kalau kita mengaitkannya dengan pasaran antarabangsa pula, genre ini sememangnya mudah diterima masyarakat global.





Bagaimana Animonsta Studios menguruskan perbelanjaan? Dari mana anda mendapat sumber kewangan?
Kami mendapat sumber kewangan daripada geran kerajaan dan urus niaga kami.
Dana dalam bentuk geran dari BCi2 itu dikeluarkan Multimedia Development Corporation (MDeC).
Kami juga meminimumkan perbelanjaan dengan memanfaatkan fasiliti dari pihak kerajaan melalui MDeC iaitu MAC3 yang mana kami dapat menyewa tempat kerja dengan kos rendah.
Di MAC3, MDeC menyediakan pelbagai kelengkapan seperti komputer, perisian, ‘rendering farm’ dan yang terbaru studio rakaman.
Sumber terpenting tentulah daripada urus niaga kami sendiri dengan stesen TV termasuk penaja dalam dan luar negara. Selain itu, kami juga mendapat sumber kewangan daripada pemberian lesen menjual barangan BoBoiBoy dan kutipan royalti.



Apakah perancangan masa depan Animonsta?
Kami berusaha menumpukan produksi musim kedua BoBoiBoy yang akan muncul pada Jun 2012. Ia disusuli dengan musim seterusnya untuk beberapa tahun kerana kami yakin BoBoiBoy boleh bertahan untuk satu tempoh yang agak lama.
Di samping itu, kami dalam perancangan menghasilkan filem BoBoiBoy, namun belum ada kenyataan dan tarikh rasmi lagi kerana faktor tenaga kerja dan perancangan perniagaan yang perlu diselesaikan terlebih dulu.

Apa pun, BoBoiBoy akan aktif di pasaran Asia mulai tahun hadapan bermula di Indonesia. Tahun seterusnya (2013), kami akan menumpukan pasaran Eropah, Amerika dan pasaran lain.





Bagaimanakah caranya untuk animasi Malaysia maju pada masa depan?


Pemahaman dan keseimbangan antara kreativiti dan perniagaan adalah kunci bagi animasi Malaysia maju ke hadapan





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 29 Oktober 2011

I am a Nigella - what flower are you





I am a
Nigella


What Flower
Are You?




"Many people think I am just a little bit odd, but I consider myself just a little eccentric. I find new experiences exciting and fulfilling."









Nigella ni dalam bahasa melayunya adalah bunga habbatus sawda..





Bunga ini boleh menghasilkan madu , juga menghasilkan biji2 hitam yang dipanggil jintan hitam yang banyak khasiat.

Khasiat jintan hitam ni boleh sahaja anda google..

Di negara Asia barat, mereka mengamalkan pemakanan jintan hitam ini seperti memasukkan 2-3 biji jintan dalam minuman teh, dan juga dalam masakan..





p/s
sesaja test buat kuiz ni.. ntah betui ntah tidak.. tapi semua orang pun mahu menjadi orang yang dapat memberi manafaat kepada orang lain dengan cara tersendiri. 






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


MASALAH TINGKAH LAKU & SALAH LAKU JUVANA



sumber: infosihat

MASALAH TINGKAH LAKU & SALAH LAKU JUVANA


Apakah yang dimaksudkan dengan masalah tingkah laku?

Masalah tingkah laku merujuk kepada tingkah laku individu yang mendatangkan masalah kepada keluarga dan masyarakat.

Antara masalah tingkah laku ialah:
  • Keganasan / agresif terhadap manusia dan haiwan
  • Merosakkan harta benda
  • Menipu dan mencuri
  • Menyalahi undang-undang
Masalah tingkah laku boleh membawa kepada kecelaruan tingkah laku apabila ia melibatkan gangguan terhadap hak asasi manusia. Mendatangkan masalah sosial secara berulang kali dan tetap.

Apakah maksud salah laku juvana?


Salah laku juvana merujuk kepada salah laku yang dilakukan oleh remaja yang bertindak menyalahi undang-undang dan enggan menjalankan kewajipan sosial mereka. Masalah tingkah laku dan salah laku juvana merupakan terma yang memberi maksud yang sama, iaitu kumpulan yang menyalahi undang-undang dan mengganggu hak asasi manusia.
 
Tanda & Gejala
Apakah ciri-ciri salah laku juvana?
Remaja yang bermasalah, cenderung untuk:
  • Ingkar dan melawan terhadap orang awam atau pihak berkuasa
  • Mudah tersinggung, marah, kecewa dan resah
  • Mempunyai perwatakan yang ganas / agresif dan suka bermusuhan
  • Kurang kemahiran menyelesaikan masalah dan lemah pencapaian akademik
  • Mempunyai hubungan sosial yang lemah dan kurang akur kepada kemahuan masyarakat
  • Datang daripada keluarga yang mempunyai stres yang tinggi, mengalami kepincangan rumah tangga, penyalahgunaan dadah, kurang disiplin dan mempunyai sejarah penyakit mental
  • Kurang perasaan empati dan suka mendesak
  • Suka ponteng sekolah dan cenderung untuk melarikan diri dari rumah
Remaja lelaki didapati lebih kerap melakukan salah laku berbanding remaja perempuan.

Apakah punca lain yang dikaitkan dengan salah laku juvana?


Menjadi kebiasaan remaja yang mempunyai masalah salah laku untuk mengalami gangguan seperti:
  • Kurang tumpuan
  • Gelisah
  • Murung
  • Penyalahgunaan dadah
  • Masalah pembelajaran
Salah laku juvana berhubung kait dengan perilaku berisiko.

Apakah penyebab salah laku juvana?
Faktor yang menyumbang kepada salah laku juvana di kalangan remaja adalah:
  • Kurang didikan ibu bapa
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Pengaruh sosial
  • Pengaruh media
Tidak ada bukti bagi mengaitkan fakta keturunan kepada salah laku juvana.

Kesan



Apakah akibat sekiranya remaja melakukan salah laku juvana?
  • Lebih terdedah untuk melakukan keganasan
  • Kerap terlibat dengan kesalahan undang-undang dan pihak berkuasa
  • Disisihkan masyarakat
  • Digantung sekolah
  • Perilaku berisiko
  • Ke arah masalah kesihatan mental

Mengapa remaja yang tidak mempunyai masalah salah laku juvana boleh dilabel sebagai remaja bermasalah?

Penting untuk diingatkan bahawa masalah tingkah laku juga boleh dikaitkan dengan kurangnya kemahiran seperti:
  • Kemahiran berkomunikasi
  • Pembelajaran
  • Menyelesaikan mas
  • Sosial
Mereka biasanya diberi tanggapan sebagai salah laku juvana berdasar ke atas kelakuan mereka.
Oleh itu, janganlah senang memberi label kepada seseorang.
Biarkan golongan profesional sahaja yang memberi definisi berkaitan masalah tingkah laku, setelah penilaian yang komprehensif dilakukan.

Rawatan



Apakah objektif rawatan bagi masalah ini?
  • Mengenal pasti dan mengurangkan ciri-ciri individu yang menyumbang kepada salah laku juvana
  • Mengenal pasti dan mengurangkan faktor keluarga dalam menyumbangkan kepada salah laku juvana
  • Meningkatkan tanggungjawab untuk lebih berdisiplin, mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan pro-sosial
  • Kurangkan sikap bermusuhan dan impulsif
  • Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran sosial
  • Menggalakkan sikap yang positif terhadap keluarga, rakan-rakan dan masyarakat
  • Latihan keibubapaan di dalam pengurusan remaja

Apakah kaedah rawatan yang diberikan?


Kaedah rawatan termasuk:
  • Latihan tingkah laku
    • Kemahiran afektif
    • Kemahiran menyelesaikan masalah
    • Pengurusan kemarahan
  • Terapi pemikiran
  • Kaunseling
  • Sokongan ibu bapa dan sosial
  • Latihan pengurusan keibubapaan
  • Ubatan hanya diberikan sekiranya kanak-kanak menghidap penyakit psikiatri atau masalah kesihatan yang lain

Pencegahan
Sifat keibubapaan yang positif
Sokongan sosial
Pembangunan kerohanian
 
Kumpulan sokongan
  • Guru
  • Ibu bapa
  • Kaunselor
  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri
  • Pakar Kanak-kanak (Pakar Kanak-kanak dan Remaja)
  • Pendakwah

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 28 Oktober 2011

Mati kerana terjatuh dari flat kediaman


Salam bahagia,


Ini adalah 2 kes berasingan, di tempat/kawasan berbeza. Bahaya sungguh kalo duduk rumah tinggi-tinggi nih.. jadi kalo tak sihat, pening ke apa ker.. jangan lah berdiri hampir dengan beranda, tangga ke apa ker.. sama-sama beringat untuk keselamatan bersama


Mayat wanita ditemui di bahagian bawah pangsapuri
HULU LANGAT 27 Okt. - Seorang wanita ditemui mati dipercayai selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah pangsapuri di Taman Segar Perdana, Batu 9 dekat sini hari ini.

Mayat Foo Yuef Chyi, 27, ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah oleh seorang penghuni yang ingin membuang sampah kira-kira pukul 2.30 petang.

Seorang penghuni pangsapuri yang merupakan pelajar kolej swasta memberitahu, sebelum kejadian itu, wanita itu dilihat berada di tingkat empat pangsapuri tersebut.

"Sejak beberapa hari lalu, penghuni ternampak wanita itu berjalan di koridor pangsapuri dalam keadaan mencurigakan tetapi tidak mengetahui punca dia dalam keadaan sedemikian.

"Ketika mayatnya ditemui, wanita itu memakai seluar pendek, baju T berwarna kuning dan berlumuran darah di hidung, mata dan mulut," kata pelajar wanita itu yang enggan dikenali ketika ditemui di tempat kejadian.

Wanita itu yang masih bujang berasal dari Subang Jaya dan dia dikatakan tinggal di tingkat empat bangunan yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Pihak polis sedang menyiasat punca kejadian dan setakat ini kes tersebut diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya lagi.
sumber : Utusan Malaysia


DAN

Ibu mati terjatuh flat selepas dua anak maut cara sama
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Nasib sebuah keluarga yang tinggal di Flat Cempaka, Pinggiran Batu Caves dekat sini terus dirundung malang apabila dalam tempoh lapan tahun, tiga ahli keluarga itu maut, dipercayai akibat terjatuh dari bangunan tersebut.

Dalam kejadian terbaru hari ini, S. Prema, 54, ditemui mati berlumuran darah dalam longkang oleh penduduk setelah dipercayai terjatuh dari tingkat 12 flat berkenaan awal pagi ini.

Mayat mangsa yang tinggal di tingkat sembilan flat itu ditemui pukul 5.30 pagi dan segera dimaklumkan kepada anak lelakinya yang hanya dikenali sebagai Siva, 22.

Siva memberitahu, dia dimaklumkan mengenai tragedi menimpa ibunya itu semasa berada di tempat kerja pada pukul 6.45 pagi.

"Berita itu amat mengejutkan saya kerana baru semalam, kami sekeluarga bergembira meraikan Deepavali dan tiada langsung tanda- tanda ibu saya akan meninggalkan kami buat selama-lamanya.

"Yang menghairankan saya ialah cara kematian ibu adalah sama dengan seorang abang dan kakak saya sebelum ini. Ketiga-tiga mereka ditemui mati terjatuh dari flat kediaman kami," katanya ketika ditemui di Hospital Selayang dekat sini hari ini.

Menurut Siva, seorang abangnya meninggal dunia akibat cedera parah setelah ditemui terjatuh dari flat tersebut lapan tahun lalu, diikuti seorang lagi kakaknya pada tahun lalu.

Katanya, tanpa disangka-sangka, ibu mereka ditimpa nasib sama pada hari ini menyebabkan hanya tinggal dia bersama seorang kakaknya yang masih hidup ketika ini.

Siva berkata, dia tidak tahu apa punca mengakibatkan tiga ahli keluarganya menemui ajal dengan cara sama kerana kematian ibunya hari ini disiasat oleh polis sebagai mati mengejut.
 
sumber : Utusan

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 27 Oktober 2011

7 kementerian tahap pengurusan lemah









KSN mahu pastikan langkah penambahbaikan diperhebat elak berulang
PUTRAJAYA: Kelemahan pengurusan kewangan tujuh kementerian dan agensi kerajaan, akan dipastikan tidak berulang, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Beliau berkata, langkah penambahbaikan akan terus diperhebatkan untuk menjamin segala peruntukan yang diberi diurus tabdir dengan berkesan.
 
"Saya tidak risau sangat bila Ketua Audit (Negara) beri pandangan sedemikian, saya risau jika masalah itu ada, tetapi Ketua Audit (Negara) tidak mahu beri pandangan," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.
 
Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut tujuh kementerian dan agensi kerajaan berada pada tahap pengurusan kewangan lemah.
Tujuh kementerian dan agensi itu ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementerian Pengangkutan; Lembaga Hasil Dalam Negeri; Kastam Diraja Malaysia; Perbadanan Stadium Nasional dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Terdahulu, Mohd Sidek menyaksikan penyerahan i-Pass kepada 11 tenaga kerja profesional asing yang bekerja di negara ini oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam.
Pas itu digunakan sebagai bukti pengenalan di Malaysia tanpa perlu membawa pasport.
Pas dikeluarkan Jabatan Imigresen sejak September lalu itu juga, akan dikeluarkan kepada tenaga kerja profesional yang memegang Pas Residen di bawah urus tadbir Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp). – BERNAMA




sumber : bharian


Ulasan saya :

Pelik juga bila LHDN juga berada dalam tahap lemah pengurusan kewangannya. Menarik sebenarnya membuat kerja-kerja pengauditan kewangan ni… tetiba saya rasa rindu dengan kerja lama.. paling banyak belajar bila mengaudit jabatan kerajaan @ GLC.. sebabnya lebih banyak jumpa yang ‘non-compliance’ daripada ‘compliance’. Diharap kementerian yang terbabit tingkatkan usaha, lebih2 bahagian kewangan, jangan kerja sambil lewa dan bertangguh ya… Winking smile dan jangan lupa didik jabatan lain supaya patuh pada tatacara kewangan.


Boleh baca lagi pasal laporan audit negara di sini, sini, sini, sini, sini (sekadar berkongsi beberapa).. Open-mouthed smile

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 26 Oktober 2011

Susulan kes suami bakar isteri , meninggal selepas 10 hari



Salam bahagia,


Ini adalah susulan dari berita suami bakar isteri, n3 saya >> Apa nak jadi – bila suami bakar isteri..???!!

Kasihan sungguh.. Takziah buat keluarga mangsa. AlFAtihah.. Semoga Allah merahmati rohnya.



KUALA LUMPUR: Seorang jururawat berusia 28 tahun yang bertarung nyawa selama 10 hari akibat melecur di hampir keseluruhan badannya menghembuskan nafas terakhir di wad Unit Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi semalam.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Suriani Yahaya meninggal pada kira-kira jam 4.30 pagi semalam akibat kecederaan parah yang dialaminya.


Pihak hospital kemudian menghubungi waris kepada mangsa untuk datang menuntut mayat sebelum bedah siasat dilakukan pada jam 9 pagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi berkata, polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pihak hospital yang dijangka akan diterima selewat-lewatnya pagi ini.

“Suspek iaitu suami mangsa masih lagi ditahan reman sehingga kini dan dijadualkan tamat pada hari esok (hari ini).

“Bagaimanapun, reman mungkin akan dilanjutkan selama seminggu bagi menyiapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Kahiri berkata, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan bergantung kepada hasil laporan sama ada perlu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh


sumber : Harian metro

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 25 Oktober 2011

10,000 premis makanan kotor



Salam bahagia,


Kalau dah @ nampak kedai makan tu kotor dan menjijikkan.. adakah anda akan teruskan juga & ambil keputusan untuk makan di situ??

Saya selalunya jadi tak boleh nak makan jika pergi ke kedai @ gerai makan yang kotor.. contohnya lantai yang hitam, nampak sampah merata2.. sah2 lah tidak disapu bersihkan.. kemudian bila nampak lalat berterbangan.. dan bila nampak longkang tepi gerai yang tersumbat.. lagi lah jadi loya tekak.. Sick smile  Jika makan di kedai/premis makanan yang kurang @ tidak ambil berat dengan hal kebersihan ni, kita juga terdedah dengan risiko mendapat sakit.. paling tidak pun keracunan makanan, seksa tau bila terpaksa berulang-alik ke tandas.. kalo yang teruk tu kena tahan di wad pulak.


Bila baca berita ni.. wow.. banyak juga ya kedai/premis makanan dalam kawasan MPAJ.. jika nak tahu keluasan kawasan jajahan Majlis Perbandaran Ampang Jaya nih.. bolehlah layari portal MPAJ. Thumbs up DIharap majlis perbandaran yang lain juga mengambil langkah seperti MPAJ nih...


AMPANG: Lebih 10,000 premis makanan di bawah seliaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berada dalam keadaan kotor dan kurang memuaskan akibat sikap tidak bertanggungjawab pengusaha yang enggan mematuhi peraturan untuk sentiasa menjaga kebersihan premis mereka. 

Yang Dipertuanya, Datuk Mohammad Yacob, ketika ditemui berkata masalah itu berlaku disebabkan kurangnya sikap mengamalkan kebersihan dan memikirkan keuntungan semata-mata.

“Sejak operasi premis makanan dilakukan lebih kerap, berlaku peningkatan dengan hampir 10 peratus kedai makan kotor dan tidak menepati syarat.

“Usaha MPAJ bagi menjadikan kawasan di bawah seliaan kami sentiasa terpelihara yang membabitkan premis makanan diteruskan atas peningkatan ini,” katanya di sini, semalam.

Menurut Mohammad, walaupun sudah diberikan beberapa kategori seperti A, B, C, dan D terhadap gerai makan dan restoran masih ada peniaga yang enggan mengamalkan kebersihan.


sumber : harian Metro
 
ini gambar yang saya google.. jumpa di blog hazrey.com..


p/s : berhati-hati bila menjamu selera di kedai makan ya kawan-kawan.. jangan sampai menempa penyakit pulak.. & yang berniaga kedai makan @ berjualan barang makanan ni, sila lah ambil langkah2 penjagaan kebersihan yang betul. Lagipun kebersihan itu amalan mulia dan dituntut oleh Islam. Thumbs upOpen-mouthed smile



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Ahad, 23 Oktober 2011

Gambar : Masjidil Haram..









hari ini tiada mood untuk buat n3 mereview drama.. hanya ingin menatap gambar ini. Open-mouthed smile Thumbs up




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 22 Oktober 2011

Bapa rogol anak 8 tahun di bilik air



Salam bahagia,


Banyak benor kes bapa rogol anak sejak akhir-akhir ini… kes ini macam tak pernah akan berakhir selagi lelaki yang bergelar bapa gagal menyekang nafsu dan menyalurkannya dengan kaedah yang betul. JIka isteri sudah meninggal, kahwin lain adalah sebaiknya. Namun jika tak mampu harus lah bermujahadah dan berpuasa.. tapi orang sekarang ini ramai yang sudah jauh sangat menyimpang dari ajaran agama.. Kalau kita kata dia Islam murtad, dia marah, dia amuk.. walhal amalan hidup beragama seperti solat, berpuasa tidak dikerjakan. Confused smile


JERANTUT: Seorang lelaki yang sudah kematian isteri, bukan saja tergamak merogol anak tunggalnya berusia lapan tahun malah lelaki durjana itu juga sanggup bergaduh besar dengan ibu dan adik perempuannya selepas keluarganya tampil membuat laporan polis berhubung tindakan kejamnya itu.

Mangsa, seorang murid tahun dua sebuah sekolah rendah di bandar ini dikatakan dirogol bapanya sendiri yang berusia 32 tahun ketika sedang mandi di bilik air rumah mereka di Kampung Jalan Batu Satu, dekat sini, kira-kira jam 2 petang, 14 Oktober lalu.

Sebelum kejadian, kanak-kanak malang itu baru pulang dari sekolah, masuk ke bilik air untuk mandi tanpa mengetahui gerak-gerinya diperhatikan oleh bapanya dan mangsa yang murung menceritakan perbuatan jijik itu kepada ibu saudaranya selepas didesak berbuat demikian.

Ibu saudara mangsa yang terkejut mendengar pengakuan mangsa kemudian menceritakan insiden itu kepada ibunya dan kedua-dua mereka memanggil suspek untuk mendapatkan cerita sebenar daripadanya.

Ketika ditanya, suspek mula berang dan bergaduh besar dengan ibu serta adik perempuannya itu dan dia turut dikatakan cuba bertindak agresif terhadap mereka.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zakaria Kassim, berkata nenek serta ibu saudara mangsa membawa kanak-kanak malang itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut kira-kira jam 2 petang, sehari selepas kejadian.

“Lelaki itu turut membuat laporan polis, dua jam selepas itu dengan tujuan mahu mengelak daripada dikenakan sebarang tindakan selain mengadu dirinya dikasari oleh adik perempuannya. Dia ditahan sejurus selepas membuat laporan berkenaan,” kata Zakaria.
 
 


Pandai pulak dia buat laporan polis untuk jaga kepentingan diri dia.. dah buat dosa, buat salah, tapi masih tak sedar lagi.. Masya Allah, apa nak jadi..



  
Mohon dijauhkan perkara-perkara begini dari kehidupan keluarga kita. Amin.
Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 21 Oktober 2011

Hati-hati buat wanita : Asap rokok jadi ilmu pengasih



salam bahagia,

Bahaya sungguh jika terjebak dengan kes macam ni… Confused smile saya memang tak suka kalo orang hembus asap rokok ke muka saya, pada saya ianya biadap.. suami saya pun tak merokok dalam rumah. Tapi jika dah terkena macam ni.. ntahlah.. susah nak cakap.. berhati-hati lah kawan-kawan terutama yang menetap di Selatan tanahair.





JOHOR BAHRU: “Din mengamalkan ilmu pengasih menggunakan asap rokok dan bagi menjadikannya lebih mujarab, ia perlu dihembus kepada mangsa di hentian bas,” kata seorang guru sebuah sekolah di bandar raya ini yang mendakwa menjadi mangsa kasanova berjari 17 dikenali sebagai ‘Din Kudung’, semalam.

Mangsa mahu dikenali sebagai Siti, 32, berkata, melalui pengalaman dan cerita mangsa lain, semua perkenalan mereka dengan Din Kudung bermula sama ada di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin mahupun hentian bas lain.

Menurut Siti, pertemuan pertama dengan Din Kudung serta pengalaman mangsa lain membuktikan lagi telahan lelaki terbabit akan bertindak menghembus asap rokok ke muka mereka.

“Saya berkenalan dengan Din Kudung menerusi panggilan telefon dibuatnya pada awal September 2010 sebelum kami bertemu di hentian bas berhampiran sekolah tempat saya mengajar,” katanya.

“Kali pertama bertemu, Din Kudung banyak bercerita berkaitan diri saya seperti kehidupan peribadi serta mata pelajaran yang saya ajar, membuatkan saya menyenanginya dan mahu berkenalan lebih rapat,” katanya.

Lebih menghairankan, katanya, Din Kudung beberapa kali menghembuskan asap rokok ke mukanya dan mulanya terasa seperti mahu marah tetapi akhirnya hanya mendiamkan diri.
 
“Sejak pertemuan itu, saya kerap bertemu Din Kudung yang turut mendakwa bertugas sebagai kontraktor dan mempunyai beberapa projek dalam pembinaan sekitar bandar raya ini.

“Lelaki terbabit turut membawa saya ke beberapa lokasi projek pembangunan sekitar bandar raya ini yang konon miliknya.
 
“Din Kudung mendakwa berdepan pelbagai masalah seperti pekerja ditahan Jabatan Imigresen dan kekurangan wang untuk meneruskan projek.

“Terpedaya dengan helah lelaki berkenaan, saya bersetuju membuat pinjaman bank RM50,000 di sebuah institusi kewangan di pusat bandar raya ini, pertengahan September 2010,” katanya.

Bagaimanapun, Siti terkejut kerana kurang tiga jam, urusan pinjaman itu diluluskan dan dia menyerahkan wang berkenaan kepada lelaki itu.

Menurutnya, dua minggu kemudian, Din Kudung menghubunginya dan memaklumkan perlu RM50,000 lagi untuk menyelesaikan masalah kewangannya.

“Saya akhirnya setuju membuat pinjaman itu selepas didesak, ia diluluskan pada hari sama dan cek pula dikeluarkan atas nama seorang lelaki yang juga rakan kepada Din Kudung.

“Pertengahan Oktober pula, Din Kudung sekali lagi meminta saya membantunya dan saya menggunakan kad kredit untuk mengeluarkan RM8,000 sebelum menyerahkan wang berkenaan kepadanya,” katanya.

Menurut Siti, tidak lama kemudian, lelaki terbabit menghilangkan diri, malah turut menukar nombor telefon bimbitnya.

Siti juga tertekan kerana Din Kudung berjanji konon mahu menjadikannya rakan niaga selain mengahwininya.

Siti berkata, awal tahun ini, dia mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan Islam sebelum dimaklumkan sebenarnya terkena ayat guna-guna dan diminta mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran.

Katanya, selepas beberapa kali berubat, baru dia dapat berfikir dengan waras.

“Saya akhirnya berjaya mendapatkan beberapa nombor telefon wanita lain yang menjadi mangsa Din Kudung dan apabila dihubungi, mereka turut mendakwa ditipu lebih RM100,000 seorang selain berkenalan di Terminal Pengangkutan dan Pasar Awam Larkin.

“Akibatnya, saya kini terpaksa menjelaskan hutang sebanyak RM1,200 sebulan kepada tiga bank dengan tempoh bayaran pinjaman antara 15 hingga 20 tahun,” katanya.

Menurutnya, disebabkan jumlah hutang yang banyak, dia tidak boleh membeli rumah mahu pun menukar kereta kerana separuh daripada gajinya digunakan untuk melunaskan bayaran terbabit.

Berikutan itu, Siti membuat laporan di Balai Polis Taman Perling, 25 Ogos lalu, dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Din Kudung bagi mengelak lebih ramai wanita menjadi mangsanya.
 
sumber : Harian Metro




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 20 Oktober 2011

Adik Mia perlukan bantuan anda



Salam bahagia,


Adik Mia @ Nur Addriana Damia adalah pengidap Cornelia de Lange Syndrome dan Pierre Robinson Syndrome

Semasa saya membaca n3 di blog Ayu.. saya tertanya-tanya samada ibunya ada blog atau FB,.. kemudian setelah saya selidiki, rupanya ibunya adalah salah seorang follower blog kakyong.com Open-mouthed smile. Jadi, jika anda ingin tahu lebih lanjut kisah adik Mia, sejak kelahiran nya sehingga kini.. boleh la layari blog DDA LY, terutama di label Damia Lurve.


Ini mesej saya copy & paste dari blog Ayu


Salam Guys..

untuk sekian kalinya Community Service @ Iceboxrivet 2011 berlansung...
kali ini aku titipkan untuk kalian kisah adik Nur Addriana Damia bt Abdul Aziz.
  • Berumur 1 tahun 7 bulan.(pada bulan terkini oct 2011)
mengalami masalah sumbing lelangit yang menyebabkan kesukaran untuk makan dan minum dengan sempurna. (sejak bayi perlu didudukkan pada riba atau menegak kerana gagal menghisap menyedut susu/bubur.kalau baring,boleh tersedak dan tersumbat pernafasan,pernafasan berbunyi seolah - olah kahak terkumpul)
  • penghidap sembelit yang teruk
  • lazy eye ( due to Pierre Robinson Syndrom)
  • kaki sebelah berbeza 3cm.
terdapat cecair pada belakang gegendang telinga yang ditemui sewaktu bayi lagi dimana adik Mia gagal memberi respond terhadap bunyi semasa ujian ABR.
sehingga hari ini,hanya boleh minum susu atau makan bubur sahaja atau bahan makanan berbentuk cecair sahaja kerana sumbing lelangit.
perkembangan dan pertumbuhan yang terbantut : gross motor dan fine motor adik Mia serupa seperti bayi yang berusia 7 bulan.
  • baru berupaya untuk duduk pada usia sekarang.
pernah mengalami jangkitan paru - paru semasa berusia 1 hingga 7 bulan  dan 4 kali dimasukkan  wad semasa itu.

Plan Sugery at HKL:
Pre Op Diagnosis:
  • Bilateral Middle Ear Effusion

Ibu Mia sekarang berulang alik  ke HKL sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu untuk menghantar Mia bagi setiap sesi rawatan dan terapi. Ibu Mia juga pernah bercuti selama 6 bulan tanpa gaji demi menjaga Mia.Ditambah pula jarak perjalanan sehari dari Hulu Langat ke HKL untuk rawatan dan ke tempat kerja di Gombak adalah menyukarkan.

Sebarang Sumbangan Boleh Disalurkan ke:Maybank Nur Huda Md. Rosly
1640 8979 1180

email: lurve_83@yahoo.com



Semoga dapat sama-sama kita panjangkan dan membantu yang terdaya dengan seikhlasnya.

.


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 19 Oktober 2011

Lupus abu Al-Quran ke laut



Salam bahagia,


Sebelum ini terdapat berita tentang cetakan AlQuran lama yang dibuang di pusat kitar semula.. ada juga yang dibuang dikawasan kilang tanpa rasa tanggungjawab.





sumber : harian metro

Laut bergelora berubah tenang
.
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

LUMUT: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.
Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.

Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 18 Oktober 2011

Bila ibu kelar bayi sendiri



Salam bahagia,


Berita ini keluar di kaca TV malam tadi.. Ya Allah, sayu hati saya bila mengenangkan bayi yang tidak berdosa ini dikelar seperti ayam. Sad smile Crying face





 
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

sumber : harian metro



Ulasan saya :

Kes buang, sorok dan bunuh bayi ini nampaknya semakin menjadi-jadi.. kebanyakannya melibatkan pelajar sekolah. Ini lah kot akibat gejala siber. Betong ni tak silap saya satu tempat di Perlis yang berdekakatan dengan sempadan Thailand. Kat sana lagi lah macam-macam channel siam yang tidak bertapis boleh di tonton. Confused smile  oopss saya silap kat sini.. Betong ini adalah di Sarawak, satu daerah yang berdekatan dengan Sri Aman.

Agaknya semua yang mengandung anak luar nikah ni, memang kecik perutnya kot.. Masya Allah, sampai cikgu di sekolahnya pun tidak perasan yang pelajar ini mengandung. Kalau macam saya nih, 7 bulan mengandung, perut dah tak leh nak disembunyikan lagi dah.. bila masuk 8 bulan, berjalan pun sudah macam robot.. perut tu asyik mengeras ajer.

Apalah nasib pelajar itu kan?? Bila nafsu amarah beraja di jiwa.. hilang segala belas ehsan dan kasih sayang. Saya kesian dengan pelajar tu, tapi saya hangin juga sebab dia tak pandai jaga maruah diri dia. Semoga dia dipimpin ke jalan yang benar.




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 17 Oktober 2011

Bantulah Hairuman



Salam bahagia,





Butiran lanjut sila rujuk di SINI dan juga di SINI.


Marilah kita terus membantu pemuda ini agar beliau dapat sembuh sepenuhnya. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Kasihanilah pemuda ini, bukan kehendak beliau jadi begini. Hidup yatim piatu tiada tempat untuk bergantung.. semoga jasa kalian akan dibalas sebaik-baiknya dari Allah.


Ini adalah luahan hati seorang kakak.. mari lah kita membantu dengan ikhlas.. 

klik gambar untuk lebih besar










Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Apa nak jadi – bila suami bakar isteri..???!!





KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.

Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.

Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.
Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.

“Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami,” katanya.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Ulasan saya :

Meremang bulu roma saya tatkala melihat tajuk berita ni, menggeletar tangan nak menaip nih.. kesian sungguh dengan nasib si isteri yang malang itu.. Masya Allah, apa nak jadi dah dengan kehidupan masyarakat kita nih.. Sudah hilang kah adat bermesyuarah aka berbincang dalam kehidupan suami isteri. Kenapa agaknya semakin ramai yang sudah kurang pandai berkomunikasi secara lisan.. bahkan lebih suka ‘berkomunikasi’ dengan cara tindakan ganas macam nih.. ??? Sad smile


Untuk tahu lebih lanjut, anda patut cari suratkhabar hari ni… 17 Oct 2011.







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 15 Oktober 2011

Bayi dalam tangki pam tandas




sumber : Utusan Malaysia

KEMAMAN 14 Okt. - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dua jam ditemui di dalam tangki air pam tandas sebuah rumah sewa dekat sini, kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Bayi yang masih hidup serta bertali pusat itu dijumpai oleh rakan sebilik suspek berusia 23 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Abdullah Sani Salat, bayi seberat kira-kira dua kilogram itu dijumpai dalam keadaan kebiruan dan lemah, dipercayai akibat lemas di dalam air tangki pam tandas berkenaan.

Katanya, bayi tersebut yang mengalami sedikit kecederaan pada badan itu difahamkan telah disembunyikan oleh suspek bagi mengelakkan kejadian itu diketahui rakan serumahnya yang lain.

"Salah seorang rakan serumahnya menjumpai kesan darah yang terdapat pada lantai tandas menuju ke bilik suspek. Syak sesuatu yang berlaku, dia mula melihat-lihat di sekitar rumah berkenaan sebelum terdengar tangisan bayi di dalam sebuah tandas dan menemui bayi berkenaan di dalam tangki pam tandas bilik air rumah sewa mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, rakan sebilik mangsa yang menyedari kejadian itu kemudian terus membawa bayi berkenaan yang dalam keadaan lemah dan kesejukan ke Hospital Kemaman untuk diberikan rawatan kecemasan.

Tambahnya, polis menahan suspek yang kini mendapatkan rawatan di wad Hospital Kemaman dipercayai ibu kepada bayi terbabit.

"Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan suspek yang juga seorang yatim piatu kini ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, rakan sebilik suspek yang hanya ingin dikenali sebagai Ina berkata, pada mulanya suspek mengadu sakit perut dan ingin ke tandas rumah sewa berkenaan untuk membuang air besar.

"Selepas duduk terlalu lama dalam tandas, suspek akhirnya keluar dalam keadaan tidak bermaya dan keletihan dan berbaring di atas katilnya.

"Saya terkejut apabila melihat ada kesan darah pada lantai rumah lalu mengesyaki sesuatu sebelum mendesak rakannya itu untuk menceritakan apa yang berlaku dan akhirnya saya berjaya menemui bayi yang disorokkan itu setelah mendengar tangisannya," katanya.
 
Boleh baca berita yang sama di harian Metro
 



 
ulasan saya :
Kenapalah singkat sangat pemikiran anak-anak remaja sekarang nih… lebih musykil, camana lah rakan sebiliknya itu tak perasan yang kawannya itu mengandung… Masya Allah.. kadang2 banyak perkara yang Allah tutup agar terpelihara aib kita, tapi jangan lah memudaratkan anak yang tidak berdosa. Disappointed smile Alhamdulillah, tindakan pantas rakan sebilik ini telah menyelamatkan 1 nyawa yang tidak berdosa. Kadang2 kesian juga dengan remaja-remaja yang telah terlanjur ini, dan tidak semua pihak dalam masyarakt mampu menerima hal ini dengan positif.. dan ramai yang lebih suka menghukum daripada membantu mereka untuk kembali ke jalan yang benar.






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 12 Oktober 2011

9 daripada 10 kanak-kanak dan remaja Malaysia terdedah gejala siber



salam bahagia,

rentetan daripada n3 Remaja & kanak-kanak Malaysia layari internet 19 jam seminggu. Memang menakutkan bila dilaporkan 90% daripada kanak-kanak & remaja Malaysia yang berusia dari  5 hingga 18 tahun, ketagih internet. Disappointed smile Boleh percaya ke data statistik ni… ???


sumber berita : Berita harian online

Pelan strategik lindungi kesan negatif siber dirangka

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak dan remaja di negara ini dilaporkan melayari internet pada purata 19 jam seminggu, sehingga menyebabkan mereka terdedah dengan pengalaman negatif menerusi penggunaan teknologi itu termasuk buli, penipuan identiti dan pornografi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata situasi itu mewakili kira-kira 90 peratus daripada 8.5 juta kanak-kanak atau sembilan daripada 10 daripada mereka berusia lima hingga 18 tahun di negara ini yang dilaporkan terdedah dengan gejala negatif dunia siber, sekali gus mampu mempengaruhi emosi mereka.

Kementerian akan merangka satu pelan strategik merangkumi kajian sama ada perlunya undang-undang atau polisi untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa kesan negatif internet. - Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Sehubungan itu, katanya, kementerian akan merangka satu pelan strategik merangkumi kajian sama ada perlunya undang-undang atau polisi untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa kesan negatif internet.

“Data diperoleh daripada Norton Online Family Report 2010 juga melaporkan hanya empat daripada 10 ibu bapa mengetahui apa dilayari anak mereka dalam internet.

“Jadi, kementerian akan memimpin pihak berkepentingan, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), CyberSecurity dan DIGI mengolah pelan strategik bagi memberi perlindungan kepada golongan sasar kerana ini amat berbahaya dan sejajar dengan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak yang dipersetujui kerajaan pada 2009,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Seminar Perlindungan Kanak-kanak Dalam Alam Maya (Child Online Protection) dan pelancaran buku Guide to a family friendly internet experience, di sini semalam.

Berita selanjutnya sila baca kat Berita  Harian online.


Ulasan saya :

saya merasa amat sangsi dengan data kajian yang dibuat.. sebab selalunya sample data untuk statistik ni selalunya tidak mewakili 1% pun daripada sample.. dalam kes ini, sample adalah merujuk kanak2 dan remaja dalam lingkungan umur 5 hingga 18 tahun.  Bayangkan 90% daripada 8.5 juta kanak2 dan remaja… adakah sebegitu serius…?? Thumbs down  susah saya nak percaya… saya masih merasakan data ini adalah tidak tepat. Ada tak sapa yang nak setuju dengan saya.?? Smile with tongue out


Sila rujuk gambarajah di bawah ini, ini adalah printscreen jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2010. Dan jumlah penduduk dari usia 5 tahun hingga 19 tahun adalah lebih kurang 8.5 juta. Maklumat lanjut, boleh rujuk di SINI.





Saya tak kesah sangat hal nak buat pelan strategik ke hapa.. tapi bior lah data nya masuk akal.. kalo nak buat survey/kajian pun.. sila lah pergi ke bandar kecil sama… atau ke kawasan luor bandar.. kalau data yang macam ni diberikan kepada mak bapak yang dok kampung yang tak berapa kenal PC & laptop & anak2 depa pun hanya dapat pegang PC di sekolah ajer, agaknya mak ayah tu hanya berpandangan sesama sendiri ajer lah kot… Yalah, kalo dikaborkan 9 daripda 10 anak2 kampung tu dalam bahaya & terdedah dengan dunia siber yang penuh dengan gejala negatif.

Jika data 9 daripada 10 tu mewakili kanak-kanak dan remaja di bandar, mungkin logik diterima akal.. tapi jika dipukulrata untuk mewakili semua kanak-kanak dan remaja dalam Malaysia ni, saya memang tidak bersetuju.. Smile sebabnya Malaysia belum lagi mencapai tahap 1 rumah 1 PC/lappy. 




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 11 Oktober 2011

Remaja & kanak-kanak Malaysia layari internet 19 jam seminggu



Salam bahagia,

Ini adalah sesuatu yang sangat ‘scary’ @ menakutkan.. cuba bayangkan jika 19 jam itu digunakan untuk
  • hafal surah Al-Quran, berapa banyak surah agaknya yang sudah dihafal Thumbs up anak soleh dan solehah, sejuk perut ibu mengandung.
  • membaca novel, berapa banyak novel agaknya yang sudah dibaca dalam 1 minggu Open-mouthed smile
  • mengulangkaji pelajaran, katakan lah - spend 3 jam sehari mengulangkaji untuk 6 mata pelajaran, 1/2 jam untuk setiap mata pelajaran.. bayangkan betapa bijaknya depa nih bila semua pelajaran segar dalam minda @ ‘finger tips’ jer.. bila dah macam ni, pasti lah makin meningkat gred peperiksaan sekolah. Winking smile tak rugi jika sekolah punya semakin ramai pelajar bijak.
  • membaca biografi mereka yang hebat, membaca buku-buku agama, membaca buku-buku ilmiah yang lain dan macam-macam lagilah… pastinya anak-anak remaja kita boleh menjadi lebih hebat dan bersedia membentuk peribadi cemerlang untuk masa hadapan. Smile
  • beriadah @ bersukan.. contoh belajar memanah, main golf, tenis, badminton, bola sepak.. maka pasti lah anak-anak remaja akan lebih sihat dan cergas fizikal dan juga mindanya.

Jadi, ibu-ibu ayah-ayah, sila tengok-tengok anak2 remaja kita.. Kalau hari cuti tu, jangan lah dibiarkan ajer mengadap lappy dari pagi sampai ke malam Disappointed smile



Kanak-kanak, remaja Malaysia layari internet 19 jam seminggu
2011/10/11

sumber berita : Berita harian online

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak dan remaja Malaysia yang berusia lapan hingga 18 tahun didapati melayari internet pada purata 19 jam seminggu, menyebabkan mereka sentiasa terdedah kepada ancaman atau budaya negatif dunia siber seperti buli, penipuan identiti dan pornografi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata berdasarkan laporan antarabangsa, Norton Online Family Report 2010, hanya empat daripada 10 ibu bapa di negara ini yang mengawasi kandungan laman yang diakses oleh anak mereka.
Oleh yang demikian adalah amat penting bagi ibu bapa memberi lebih perhatian kepada anak-anak dengan turut mengawasi laman web yang diakses mereka, katanya selepas merasmikan seminar mengenai perlindungan kanak-kanak "Child Online Protection" di sini, hari ini.
Shahrizat berkata, kaji selidik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan kadar penembusan internet di negara ini mencatatkan 60 peratus daripada 28.6 juta jumlah penduduk Malaysia pada 2010, dan ia dijangka meningkat sehingga 70 peratus menjelang 2015.

"Senario ini menunjukkan rakyat Malaysia semakin 'IT savvy' setanding dan konsisten dengan arah aliran antarabangsa, dan kebarangkalian pengguna IT terdedah kepada ancaman dunia siber semakin tinggi termasuk kanak-kanak," katanya.
Berikutan kebimbangan mengenai ancaman siber terhadap kanak-kanak dan remaja, katanya kementerian dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelajaran, SKMM, Polis DiRaja Malaysia, CyberSecurity Malaysia dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) menganjurkan seminar hari ini bagi membincangkan rangka kerja dasar dan perundangan untuk melindungi mereka.
Menurutnya, langkah itu susulan persetujuan Malaysia menyertai Protokol Pilihan Kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) iaitu perlindungan penjualan, pelacuran dan pornografi kanak-kanak pada September lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Prof Datuk Husin Jazri, berkata CyberSecurity Malaysia menerima 11,930 insiden keselamatan siber pada Januari hingga September tahun ini dengan 4,175 daripadanya membabitkan penipuan.
Beliau berkata, jumlah itu meningkat 130 peratus berbanding 2010.
Bagi insiden keselamatan siber lain, beliau berkata spam mencatatkan 3,452 kes, pencerobohan (2,345), kod berbahaya (867), percubaan menceroboh (525), gangguan siber (354) dan kesalahan berkaitan kandungan (48).
"Pertambahan insiden keselamatan siber berkait rapat dengan peningkatan kadar penggunaan Internet yang menyaksikan pengguna Internet di seluruh negara kini berjumlah 17 juta orang. Jumlah ini terus meningkat kerana disokong oleh pembangunan pesat prasarana jalur lebar," katanya. - BERNAMA


p/s:
saya pun ada adik remaja yang memang ‘gila’ berfacebook setiap hari.. bila disekat, mulalah memberontak.. Disappointed smile





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...