Jumaat, 20 Oktober 2017

Sakit lutut hingga susah nak duduk antara 2 sujud




Nak citer.
Balik dari Hq Ana Edar  pada tengah malam sabtu lepas (14 Oktober 2017)
Acik dapat hadiah 'sakit lutut'.. πŸ˜…

Alkesahnya, seat dalam koc tu kami dapat seat yang depan sekali. Kalo seat kedua & tengah , kan ada tempat letak kaki. Bila ada tempat letak kaki, kaki boleh la rest elok2.

Ditambah dengan suasana kesejukan dalam tren, memang menambahnilai keuzuran lutut ku.

Serius, dah lama tak dapat sakit lutut ni.
Nak berjalan tu masih boleh. Tapi nak bengkokkan memang sakit.
Time solat - part seksa sekali bila nak duduk antara 2 sujud dan tahiyyat. Sakit nya memang boleh mengalir air mata.

Dari Ahad pagi tu Acik ambil 1 teguk Qaseh Premier setiap 4 jam.

Asbab demam semalam (hari Rabu), Acik telan Qaseh Premier seteguk setiap jam. Kikikii.. ni memang desprate nak 'bangun' dari perbaringan kekdahnya. πŸ˜‚ I need energy.. Alhamdulillah Qaseh Premier provide me the best energy that i need. Plus 3 liter air bancuhan pati kristal sole.

Effect lain nya - solat maghrib tu Acik perasan, masa duduk antara 2 sujud tu, dah tiada rasa sakit. Elok jer letak lutut masa duduk Tahiyat. Syukur sangat.

Alhamdulillah.. 2 nikmat sihat Allah beri semula. 😍😒😭

Ingatkan akan ambil masa lebih lama sebelum lutut benar-benar pulih. S

Alhamdulillah, Syukur ada Qaseh Gold Premier yang diperkaya dengan kalsium tulang ikan semulajadi. Sakit lututku sudah pulih. Tiada lagi lagi rasa ngilu mahu pun mencucuk-cucuk.

Lebih bagus amalkan Qaseh Premier bersama dengan Pati Kristal sole  untuk masalah sendi & tulang.

==


..
#TestimoniQasehGoldPremier
#sakitlutut
#KakyongHabibah
#StokisQasehGoldIpoh






untuk pesanan boleh klik Contact


disclaimer :
Kesan pengambilan Qaseh Gold Premier adalah bergantung kepada tubuh masing-masing.
Jika tubuh kita tak pernah amal makanan kesihatan dan ada banyak masalah lain, proses keserasian mungkin akan mengambil masa.





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


TUTORIAL CREATE ID INSTAGRAM BARU





Rule umum Iinstagram (IG)

1. 1 akaun IG = 1 email akaun

2. 1 apps Ig boleh buka 5 akaun IG

3. Profile IG - ada 2
Iaitu personal & profile business

4. Post di IG boleh kita link kan ke Fb personal (ig personal) , FB page (ig business) , twitter , tumblr ,




Ini layout bila kita ada banyak IG akaun. Dalam 1 apps IG sahaja boleh buka sehingga 5 IG id. Tak perlu nak log in log out .



Utk create id baru .

Klik + Add Account

























Klik sign up .. sebab kita nak create IG baru.





















Klik pd Sign up with email or phone no








Masukkan email baru. Email yg berbeza dari IG yang sebelum ni.
Kalau tiada email baru . Create akaun email baru dulu.. boleh create di yahoo @ gmail


Sebaik selesai create akaun email.  Kemudian masukkan email. Kakyong guna email baru untuk id g by gojes ipoh.. ni contoh.

Ya.  Nama email & nama id IG  biar sama, supaya kita mudah ingat. (option sahaja) - pesanan masyarakat untuk yang suka pada kekemasan dan kesamaan. :)












kemudian akan dapat seperti ini. 

masukkn full name / nama penuh id IG baru & password (sebaiknya yang strong)

. Klik next






Then masukkan id IG yang baru ke dalam kotak .
Yg ni kadang2 ade orang dah guna.. so pandai-pandai lah adjust..





Jiika tiada masalah dgn id & pw, dia akan register










Sampai ni.. nak klik pada Connect to Facebook pun boleh,
nak skip pun boleh.

Alang-alang kita ada ramai friend di FB, elok kita terus kan sahaja

















If klik connect to Facebook..
dapat mcm .. klik sahaja Follow All.



















Next step.. masukkan profile photo





.




Yang kyong bulatkan merah tu.. kalo nak jadikan foto tu sebagai 1 post.. jadikan ia biru.











Okeh. Dah siap 1 ig baru. Ni profile personal tau.  Next stages untuk tukar profile ke bisness.. kakyong buat sharing lain.














Perkongsian ini telah kakyong kongsikan untuk rakaniaga Ana Edar @ Qaseh Gold dalam grup whatsapp.



Sekian, semoga membantu.


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 6 Oktober 2017

Kucai vs daun bawang




Kucai oh kucai

Si aliya kata nak makan keteow.
Dia ambil kertas minta ibu tuliskan barang untuk dibeli.

Ibu senaraikan 3 barang sahaja
1 bungkus keteow
1 bungkus fishball
1 ikat kucai

Aliya kata tak kenal kucai camana..
Ibu pun bagi la gambaran.
Kalau tak tahu tanya dengan abang/pakcik kat kedai.

Kemudian Aliya pun pergi ke kedai dengan abangnya si Amin Fikri.

Hasil yang dibawa balik 
~ keteow sebungkus, fishball sebungkus, & seikat daun bawang.
πŸ˜…πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Si Fikri cakap pacik² kat kedai semua sibuk, yang sebenarnya susah betul nak twist anak teruna acik ni.. Banyak kali dah pesan, jangan segan bertanya... Tak boleh main agak², tak tahu mesti tanya..

Yang aliya pulak serah tugas pilih barang kat abang, dia sibuk kira duit lebih nak beli jajan.. πŸ˜œπŸ˜œπŸ˜‚

Sesekala bagi peluang anak² beli barang.. Redo jer lah..
Daun bawang pun daun bawang lah.. Janji boleh makan keteow goreng.


#anakqasehJunior
#wahmibu3a


diatas adalah Tulisan saya di FB pada 10 April, 2016





Anda kenal mana satu daun kucai.. mana satu daun bawang.. ☺

Begitu lah, mendidik anak ini, perlu sabar. Mahu anak-anak belajar dan pick up, ibu perlu beri ruang untuk anak. Anak pasti akan buat silap, bila dia tak tahu, Jadi tanggungjawb kita untuk memberitahu yang betul.


catatan 15 Muharram 1439H @ 6 Oktober 2017
Kakyong Habibah
Ibu bekerja dari rumah
Stokis Qaseh Gold Ipoh




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 5 Oktober 2017

Resepi kopi halia bermineral




Nak minum kopi halia bermineral.?
.
Mudah sangat.
.
.
1-2 hiris halia
1 mug air panas
1 sachet #RinduCafe
2-3 titis #PatiKristalSole

.
.



Insya Allah, bagus untuk.yang kerap ada masalah #perutkembung#bloatedbelly
Rasa pun sedap & memberi tenaga.
Baik untuk melancarkan perjalanan darah..😍
.
.

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 22 September 2017

Menghafal bagai burung kakaktua




Pagi ini, saya mulakan kelas mengaji bersama 2 anak dara, seorang anak saudara & seorang jiran.

Seperti biasa, kelas mengaji dimulai dengan doa.

Hari ni kita membaca surah-surah lazim, bermula dengan surah AlFatihah & diteruskan dengan surah-surah dalam juz Amma.

Alhamdulillah.. 15 surah pertama, bergema bacaan nya dengan lancar sekali. 
Lapang sungguh dada ini, bila mendengar alunan dan bacaan surah lazim dari suara anak-anak yang masih belum akil baligh. 

Terbayangkan suasana begini di sekolah atau pusat Tahfiz.

Indah sungguh bila berada di taman syurga ilmu.

Itu baru alunan ayat-ayat lazim dari suara anak-anak.

Bacaan mulai perlahan saat sampai ke surah  Alzalzalah, hanya terdengar 1 suara sahaja yang masih meneruskan bacaan. Yang sorang anak dara bagitahu, "Adik belum hafal surah ni " . Yang 2 orang lagi, 'miming' sahaja.. follow the flow konon nya.

Sampai ke surah AtTiin, saya minta yang 2 orang lagi baca secara sendiri.

Saya pandang tepat ke wajah tiap seorang. Tersengih-sengih..


Akhirnya mengaku - "surah ni belum hafal lagi "

Baik.. kita mula kan hafalan surah ni. 4 ayat sahaja dulu.

setengah jam tadi di isi dengan membaca ayat2 lazim sehingga surah Al-Alaq.

dan 20 minit seterusnya di isi dengan memulakan hafalan untuk surah AtTiin.

Terdengar anak yang merungut. "susah lah.. "

Bila saya mula menyemak tiap seorang., rupanya ada yang masih tidak kenal huruf.
Yang lancar di baca sebelum ini hanya di hafal ' by heart'.

Alhamdulillah. Syukur. Satu nikmat bila anak-anak dapat menghafal sehingga lebih dari 15 surah lazim. 

dan saya mengingatkan anak-anak. 

"Hafal sahaja tidak cukup,  mesti kenal huruf yang dibaca. Usah jadi burung kakaktua."

Mengaji ini , urutan nya yang pertama adalah kenal huruf, kemudian mengenal bunyi huruf dengan tanda bacaan, kemudian kenal bacaan panjang & pendek, kemudian kenal bacaan huruf bersambung. 

Jadi, bila kita hafal surah, kita mesti tahu apa yang kita baca. 

Senyum sengeh - ini respond dari anak-anak berusia 9 dan 10 tahun.


9 dan 10 tahun adalah umur yang sepatutnya sudah boleh membaca AlQuran. Saya dulu masa umur 8 tahun sudah boleh membaca AlQuran.

Hanya 1 orang yang sudah mengaji AlQuran. 3 orang lagi masih lagi mengulang Iqra'. Mana yang masih membaca tergagap-gagap dengan huruf yang masih salah sebut, ada huruf yang masih keliru, saya turunkan dari Iqra 4 ke Iqra 2.

Sungguh lah mengajar anak orang memang mencabar. 
Sering saya titipkan pada ibu nya, tolong doakan supaya anak-anak boleh belajar dengan hati yang lurus lagi bersih.

Saat saya melihat anak-anak ini terkial menyebut huruf walau sudah berpuluh kali di ulang muka surat yang sama, saya berfikir-fikir, kenapa jadi begini. 

Sudah 2 bulan mengaji dengan saya, baru berkalih 3 mukasurat & bacaan nya masih terkial-kial, seolah susah mahu menyebut bunyi huruf. 

Saya masih berkira-kira untuk mencari strategi & teknik lain dalam mengajar. 

Apa pun saya yakin, Doa ibu dan ayah itu sangat perlu agar anak dibukakan pintu hati dapat menerima pelajaran dengan baik.



catatan 1 Muharram 1439H @ 22 sept 2017
Kakyong Habibah
Ibu bekerja dari rumah
Stokis Qaseh Gold Ipoh



  



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 21 September 2017

sehari sebelum tahun baru 1439H


Tenghari  ini saya seperti biasa menyelusiri jalan kampung sebelah menuju ke sekolah anak.

Kudrat hari ini bagai dipaksa-paksa agar terus berkayuh saat mendaki jalan berbukit.

Kelihatan kiri dan kanan jalan penuh dengan kereta. Dari simpang ke masjid sehingga ke penjuru pagar sekolah.

Sekilas saya memaling pandang ke laman masjid.
Terlihat van jenazah.

Siapa agaknya. Bisik hati.


..
Rupanya hari ini ada ibu dan ayah yang berduka.
Anak remaja nya yang baru meningkat usia 15 tahun, dipanggil pulang.

Sudah pasti ada guru-guru dan sahabat-sahabat yang berduka.

Semoga syurga tempat mu.


..

- berita kematian anak ini saya dapat dari grup wassap ibubapa.
yang meinggal itu adalah kepada abang kepada rakan sekelas anak saya.


..

Saban hari mendapat berita kematian, saya kira ini sebagai peringatan buat diri.

Ajal dan maut tidak mengenal tua dan muda, sakit mahupun sihat.

Ya Allah, tetapkan kami dalam jalanMu.

Jadi kan lah aku hamba yang istiqamah dengan suruhan dan perintahMu.







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 27 Mei 2017

Harapan Ramadhan 2017



Alhamdulillah.
Selesai hari pertama berpuasa.

Anak-anak bertiga dapat berpuasa penuh hari ni.

Saya gigihkan juga bangun seawal jam 4.30 pagi untuk sediakan hidangan untuk anak-anak bersahur.

Saya hanya memasak nasi goreng ringkas dengan karot yang disagat, ikan bilis goreng dan 4 keping roti telur serta beberapa ketul kepok lekor.
dan air panas qoqo stevia. Dan tidak dilupakan 2-3 sudu Qaseh Gold Junior untuk tenaga tambahan anak-anak.

Seawal jam 2 petang Aliya sudah mengadu.
Katanya, "adik rasa haus sangat. Perut pun dah kempis "

Saya pun mengusik nya "Elok lah macam tu. Cukup sebulan , kurus lah nanti"

Anak dara no3 saya ni memang semakin montel. Masya Allah, selera nya memang bertambah-tambah. Walau hanya makan nasi, sup sayur sawi , sambal bilis cili api dan telur dadar, tapi makan nya bertambah berkali-kali.


Apa matlamat Ramadhan tahun 2017 ?

Soalan yang biasa di tanya.

Untuk saya tahun ni,

Saya mahu melatih anak-anak solat awal waktu.

Saya mahu melatih anak-anak, bulan Ramadhan bukan bulan menjamu selera. Cukup makan seadanya, bukan makan hingga perut keras dan tidak boleh solat.

Saya mahu melatih anak memahami bulan Ramadhan adalah bulan di mana kita boleh meraih banyak pahala, bukan hanya bulan menahan lapar dan dahaga.

Saya mahu melatih anak-anak lebih kerap berdoa , yang mana Allah memandang doa orang-orang yang berpuasa

Saya mahu melatih anak-anak belajar bersedekah dan bermurah hati.

Saya mahu melatih anak-anak belajar bersabar dan mengawal marah dalam hubungan sesama adik-beradik.


Dan untuk diri saya, saya mahu khatam AlQuran dengan mempelajari terjemahan dan tafsiran. Saya hanya meletakkan sasaran 12 juzuk untuk sepanjang Ramadhan ini, dengan mengambil kira waktu saya ABC.

Doakan semoga saya mampu merealisasikan harapan Ramadhan tahun ini.
Almaklum anak-anak semakin membesar, sudah sampai masanya mereka belajar untuk lebih bertanggungjawab dan belajar tentang amanah dengan tanggungjawab.



Alhamdulillah, hari ni kami berbuka puasa di rumah. Saya ke Bazar dengan Aliya hari ni , hanya membeli sekeping murtabak dan sup daging. Syukur lagi, tokey sup daging sedekahkan 1 bungkus air bandung.

Kami berbuka 4 beranak sahaja.
Suami tiada kerana mengiringi jenazah arwah sepupu yang baru meninggal hari ini ke Melaka. Meninggal di Hospital Raja Permaisuri Bainun pada hari pertama Ramadhan setelah setahun lebih bergelut dengan penyakit kanser.


Sebelum berbuka , saya sudah ingatkan anak-anak, berbuka dengan Qaseh Junior dulu dan murtabak. Kemudian solat maghrib.
Selepas solat maghrib baru makan nasi.

Alhamdulillah.
Selesai maghrib anak-anak menjamu selera dengan nasi dan sup daging. Sehingga jam 10 malam ini, mereka tidak meminta apa-apa untuk di makan.


Catatan Ramadhan,
1st Ramadhan , 27Mei2017
Ibu3anak.

Semoga Ramadhan kali ini memberi MAKNA buat kita semua.




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 7 Mac 2017

Formula murah rezeki


Formula menjemput Rezeki:

1. DHUHA. Jika kita selalu membuat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Semakin lama semakin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang hendak buat apa-apa dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran dan terjemahan walaupun 1 ayat.

4. ZIKIR - Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang..

7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 dan boleh digandakan lagi 700 kali.

8. SOLAT AWAL WAKTU Solatlah di awal waktu. Jika tengah susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:
1. Minumlah air masak 3 liter sehari.

2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH.


Nota : sharing dari grup whatsApp










Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 26 Januari 2017

Penghargaan buat insan-insan yang menjadikan aku cekal berQaseh

Teks : Kakyong Habibah
Picture : edited by Kakyong Habibah






Post ini kakyong dedikasi kan untuk insan-insan yang pernah berada di belakang kakyong, bukan sekadar menyokong dengan kata-kata tetapi juga menyokong dengan bantuan tenaga, masa dan wang ringgit.


1 buat Ayahanda 

Yang berada di kedudukan teratas adalah Almarhum ayahanda Yahya bin Mahmud. *mohon sedekahkan AlFatihah*

Sepanjang kakyong mula bertatih dengan bisnes online sejak awal tahun 2012 dan sehinggalah akhir hayat ayahanda pada Ogos 2013,

Ayahanda lah yang banyak membantu.

✔ edarkan flyers. Samada dari rumah ke rumah. Mahupun hantar ke agen suratkhabar
✔ hantarkan pesanan.pelanggan di sekitar Ipoh
✔ poskan parcel ke pusat poslaju Ipoh. 
✔ teman kan daftar perniagaan di SSM.

Bila dikenangkan kembali, memang banyak yang ayahanda bantu untuk memudahkan urusan bisnes anak sulong nya ni.

Ayahanda tahu anak nya ini perlukan pendapatan untuk meneruskan kelangsungN hidup.

Ayahanda sendiri nampak bagaimana sukarnya kehidupan anaknya ini sejak beberapa tahun tidak bekerja tetap.

Menitis air mata saat menaip catatan ini.

Semoga Allah qasehi ayahanda Kakyong dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Maaf kan kerana anakmu ini tidak memberi kesenangan, bahkan menyusahkan dengan permintaan itu dan ini.

Terima Qaseh ayah.


2 buat adik-adikku 

Buat adik-adik yang pernah membantu, uruskan delivery ke poslaju di saat ayahanda tidak dapat menguruskan.

Terima qaseh Naila Yahya, Johan Yahya, Zukri Yahya.



3 buat teman BFF

Jasa kalian Kakyong takkan lupa. Kalian umpama cahaya bintang, jauh untuk dicapai tapi cahaya nya kelihatan cantik berkelip-kelip.

Bukan sekadar ukhuwah yang dihulur, 
Bukan sekadar sokongan moral
Tetapi sumbangan modal yang bukan sedikit
Doa yang tidak putus
Serta sokongan menjadi pelanggan setia ku.

Subhanallah. Alhamdulillah. Masya Allah.

Terima Qaseh Allah atas ukhuwah yang sangat indah ini.


4 buat leader Tn Syahril & CikPuan Siti Sarimah

Mereka ini insan-insan yang tidak pernah merasa lelah memberi semangat dan keyakinan untuk Kakyong terus melangkah dan bergerak ke depan dengan bisnes Qaseh.

Terima Qaseh kerana sentiasa tunjukkan jalan. Sentiasa memberi panduan. Sentiasa ajak pergi kelas. Sentiasa tenangkan jiwa ku saat kakyong terasa "Stuck" dan "down".

Bisnes berjemaah ini, kita perlu sentiasa rapat dan dekat dengan leader.

Jangan cari leader saat kita down sahaja. 
Tapi sentiasa dekat dengan leader dengan berkongsi idea dan dapatkan tips dan ilmu baru. Perbincangan 2 hala tu sangat penting.

Jangan bermusuh dan bersangka yang tidak-tidak dengan leader. Hargai Leader kita.

Kakyong masih lagi follow leader pertama Kakyong dalam Qaseh iaitu Puan Zalina Zulkapli. Walau tidak lagi di coaching secara direct tetapi tetap intai dan follow wall FB beliau. Sebab ia satu cara untuk terus konsisten bersemangat dalam bisnes.


5 buat encik suami Sharul Ainal 

Memang pada awal penglibatan dengan bisnes, suami tidak begitu menyokong.

Laptop dan telefon pernah di sorok kerana salah faham.

Tak kuasa lah macik ni nak menggatal dalam FB ke apa.
Niat Kakyong hanya mahu kehidupan yang lebih baik. Mahu ada pendapatan sendiri. 

Pernah suatu masa suami langsung tak mahu membantu poskan barang.  Bukan sehari tapi hampir 2 tahun.
Kakyong bukan orangnya yang mengalah bila tidak dibantu.

Bahkan ia jadi pendorong untuk kakyong jadi lebih berdikari. Berjalan kaki dari rumah ke pejabat pos berdekatan , pergi balik hampir 4km, pun Kakyong pernah buat.

Alhamdulillah, sejak setahun lalu suami sudah memberi laluan.
Kakyong dapat bergerak jauh hingga jejakkan kaki ke HQ Ana Edar dan dapat ke kelas dan program team. 

Terima Qaseh.

Niat isterimu ini bukan hanya mahu mencari sesuap nasi lagi, tetapi mahu membantu rakaniaga untuk sama-sama berkongsi memberi manafaat dan menjana pendapatan.

Suri rumah perlu ada pendapatan.
Perlu ada tabungan sendiri. Perlu ada persediaan untuk masa depan. 
Zaman sekarang ni tak boleh berharap pada pendapatan suami sahaja.


6 buat anak-anak

Alhamdulillah. Terima Qaseh anak-anak kerana sanggup ditinggalkan , berdikari menjaga sesama sendiri , masak sendiri, saat ibu perlu ke kelas tanpa membawa anak-anak.

Terima Qaseh kerana sentiasa memahami kerja ibu dan membantu ringankan kerja-kerja ibu di rumah. 

Ibu takkan mampu jika anak-anak tak bersedia untuk belajar berdikari dan berkorban.

Insya Allah, ibu takkan sia-sia kan pengorbanan anak-anak.

Terima Qaseh kerana membantu ibu serba sedikit dengan urusan bisnes. 

✔ tolong buka parcel dan kira stok yang baru sampai
✔ tolong susun Qaseh di rak
✔ tolong ibu siapkan order rakaniaga, ibu hanya sebut sahaja produk apa, anak-anak tolong masukkan dalam plastik
✔ tolong layan dan meraikan rakaniaga dan customer yang datang mengambil stok Qaseh di rumah.


Alhamdulillah. Syukur atas semua nikmat.

Semoga Allah sentiasa memberkati usaha kecil ini. Kita bukan mahu menjadi kaya tetapi kita mahu mencari makna hidup.



Salam Qaseh
Kakyong Habibah
26 Jan 2017










Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 23 Januari 2017

10 perkara paling di minati



Text by : Kakyong Habibah
Picture edited by Kakyong Habibah


Salam qaseh sayang,


10 perkara yang paling Acik minati


1. Membaca novel

Ini adalah hobi sejak usia belasan tahun. Antara novelis yang mula Acik kenali pada usia belasan tahun adalah Khadijah Hasim. Boleh kata hampir ke semua novel & cerpen-cerpen beliau sudah saya baca. Nak tahu lanjut kesah Acik dan minat pada Khadijah Hashim, boleh baca lanjut di SINI. 

Semasa di belajar di UUM, Acik beralih kepada novel Inggeris. Memang bila ada masa terluang, memang suka berada di Perpustakaan sorang-sorang, sambil baca novel. Novel yang biasa di baca adalah novel Danielle Steel.

Kemudian berdikit mengenali penulis-penulis yang lain seperti Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah, Norhayati Berahim dan ramai lagi lah.

Bila usia sudah menganjak 40an ni, lebih gemar pula membaca penulisan Saudara Ramlee Awang Murshid. ☺☺


2. Menjahit Cross-stitch

Ini adalah hobi yang kadang-kala sahaja. kadang buat. lama sekali ditinggalkan dan buat lagi bila ada keinginan memegang jarum

Boleh baca lanjut pasal minat cross-stich Acik di SINI.


3. Home School

Walaupun anak-anak sudah pun memasuki fasa sekolah rendah. Namun minat Acik pada perkembangan anak-anak dan home school belum lagi luntur. Memang seronok bila membaca pelbagai cerita tentang aktiviti yang dibuat bersama anak-anak. 

Masa anak-anak kecil dulu, Acik memang banyak habiskan masa dengan aktiviti homeschool. Boleh baca sedikit perkongsian Acik di SINI.



4. Suka makan

Acik ni memang pantang jumpa makanan best lagi sedap. Makan memang tak hengat. Acik paling suka Laksa. tak kesah lah laksa kuala ke, laksa penang ke, laksa kedah ke, laksa johor ke, laksa ganu ke. Asal namanya Laksa berkuah ikan, memang hadap.



5. membaca buku motivasi dan ilmu

Sejak terjebak dengan dunia bisnes dan usia yang semakin meningkat, memang sentiasa peruntukan ruang masa untuk membaca buku.

Orang dedulu kata Membaca itu jambatan ilmu. Bila tak membaca jambatan ilmu pun boleh runtuh.



Ini adalah timbunan buku yang perlu dihadam semula untuk tahun 2017

Selain membaca, Acik ada juga hadirkan diri ke kelas-kelas usrah dalam taman kejiranan ni. Dah tua-tua ni, sedar diri betapa kerdilnya diri, dengan ilmu yang seciput.




6. Poster editing

Acik sebenarnya dah lama terjebak dengan kerja-kerja editing ni. Sejak awal berblog masa tahun 2009 lagi, ada beberapa aplikasi editing yang acik belajar. contohnya Photoscape dan photoshop.

dan dari situ lah bermula minat dan mengambil upah membuat header dan watermark untuk blogger.

dan sekarang ni terjebak pula dengan editing menggunakan smartphone. Alhamdulillah, dengan ilmu yang sedikit, sudah dapat membantu hampir 40 orang (sepanjang tahun 2016) dengan kemahiran mengedit menggunakan applikasi dalam smartphone sahaja. 

Insya Allah, tahun ini 2017 akan diteruskan lagi. Target tahun ini mahu membantu 200 orang.



7. Suka menonton online

Walaupun sibuk uruskan bisnes dan anak-anak, Acik akan luangkan juga masa untuk menonton. Di rumah Acik tiada TV, jadi kami memang menonton online. Waktu Acik menonton adalah waktu melipat kain baju.  ☺☺πŸ’—πŸ˜πŸ˜

Apa yang selalu Acik tonton ?
rancangan ilmu di TV AlHijrah
drama korea dan  drama penyiasatan → tonton di 123movie
drama Melayu → boleh tonton di SINI



8. mengadap gadget

Semenjak terjebak dengan bisnes, memang tak dapat tidak setiap hari mengadap skrin kecil. Memang terpaksa meletakkan minat yang tinggi sebab untuk perkembangan bisnes kita perlukan komunikasi, samada melalui telegram mahupun whatsapp, selain media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Kadang-kadang jadi addicted dengan gadget ni. Memang memakan masa juga untuk memahirkan diri dengan gadget ni, terutama "maintenance". Jangan hanya pandai guna smartphone tapi kena juga tahu nak jaga "kesihatan" smartphone.

Tak salah mngadap gadget asal di guna untuk tujuan yang betul. Bila sudah berbisnes ni, semakin banyak ilmu gadjet dan applikasi online yang acik belajar. 


9. Jalan-jalan makan Angin

Ini adalah aktiviti yang jarang dapat dibuat. Masa zaman muda remaja, jalan-jalan makan angin ni adalah aktiviti wajib. Cuma sejak berkahwin, memang jarang sangat ada peluang jalan-jalan.

INsya Allah, tahun ni Acik nak Aktif kembali berjalan-jalan dan bawa anak-anak sekali. 



10. Tidur

Kerjaya sebagai ibu yang bekerjaya dari rumah, TIDUR ni memang selalu tak cukup. Tapi kalau ada peluang, Acik akan pastikan akan cover @ kadho balik tidur yang tak cukup tu. 

Tahu kan, jika tak cukup tidur, ia boleh memberi kesan kepada otak kita dan juga prestasi harian kita. 
dan tidur juga bagus untuk kekal awet muda tau.



Sebenarnya Acik ada banyak lagi minat. tapi cukup lah 10 ni Acik kongsikan. 
Bila kita ada minat yang hendak dibuat dalam kehidupan harian kita, hidup terasa lebih bermakna dan lebih terisi. Setuju tak ?









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Rabu, 18 Januari 2017

Jihad mencari duit poket


Teks by Kakyong Habibah
Picture : edited by Kakyong Habibah

Jihad mencari duit poket

Dulu, 6-7 tahun dulu.. masa Acik masih sepenuh masa dok rumah & tak menjana income.
Setiap hari pasti akan ada juga terdetik rungutan dalam hati. Walau tak dizahir dengan kata-kata , tapi rungutan & memendam tu membuat jiwa & emosi tidak tenang.


Biasa kan.. bila kita dok rumah., ngadap kerja rumah. Ngadap ragam anak2 yang masih kecil, memang penat. Dari seawal pagi hinggalah ke lewat malam.

Lebih lagi bila ada anak yang masih dalan proses nak adjust waktu tidur.. 2-3 pagi pun mata nya masih segar bugar.

Tapi yang ibu ni, dah layu dah.. exhausted emosi & fizikal. Walau tak berkerja di pejabat, tapi kesannya sama ja.. tetap letih bila tak cukup rehat, mudah la mood swing, mudah jer hangin ribut.

Tak amik supplemen ke?
 Takde bajet. Bukan tak teringin. πŸ˜πŸ˜‘πŸ˜
Nak meniaga pun tak reti masa tu.
Jadi pendam jer lah.




Duta Qaseh Gold , Ustaz Haslin dengan Qaseh Gold New Look 2017 , Teh rerama & Teh Hijau plus Ana Edar

Syukur lah selepas join dropship Edymart.
Dapat berkenalan dengan cikpuan Zalina Bte. Zulkapli , my 1st leader dalan Qaseh & di guide oleh tuan Mohd Syahril , la ni my immediate #LeaderTeamQMN .

Dapat la amalkan suplemen #QasehGold . Tu pun belajar faham berdikit2.
Kemudian susulan dari amal Qaseh, Acik belajar lagi cara menjaga pemakanan & adapt dengan pemakanan alami/semulajadi.


Alhamdulillah.. selepas 4 tahun lebih, jiwa tak memberontak macam dulu dah. Acik insof dah, tak guna merungut bila badan letih. Apa yang penting cari ikhtiar untuk jadi lebih cergas.

Syukur ada income dengan bisnes qaseh.
Selain dapat support diri sendiri untuk amal qaseh, Acik ada juga duit poket untuk beli makanan yang sihat untuk famili.

Alhamdulillah, terima qaseh #AnaEdar

P.s
Buat ibu2 yang sepenuh masa di rumah & takde duit poket sangat, suka Acik nak kabo ni,
Nak sihat & cergas memang kena jihad.
Jihad bisnes. Jihad dapatkan income @ duit poket & jihad menjaga kesihatan tubuh badan ,emosi dan fizikal.
Jangan takut membuat keputusan.
Dari rumah pun boleh berbisnes, asal ada kemahuan.

Adakah anda surirumah yang macam Acik dulu?!
If yes, meh pm tepi jika mahu dibantu.

Jika anda yang membaca post ni, ada kenalan yang seperti acik yang dulu.. tolong sampai2 kan ya.

Hubungi kakyong di WA #0189527725 "berminat bisnes Qaseh"








Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...