Isnin, 27 Ogos 2012

Teratak Rahmat - kempen sekampit beras




Salam bahagia kawan-kawan,


mari kita bantu anak2 di Teratak Rahmat dengan menderma sekampit beras.

hanya rm26 bagi 10 kg beras..  tapi jika ingin derma lebih seikhlas hati anda, teramatlah di alu-alu kan..

Maklumat yang berkaitan, anda boleh rujuk dalam banner di bawah.




 
Sumbangan boleh disalurkan ke 

Bank Muamalat, Teratak Rahmat  no 0901-0019362-72-9
atau
Maybank , Azwar Ibrahim no 164070471200
dan emailkan ke teratakrahmat@gmail.com atau teratakrahmat@yahoo.com


buat kawan-kawan yang ingin tahu lanjut tentang Teratak Rahmat  <-- sila klik link



ini antara inisiatif yang telah berjaya dikumpul.. 67 kampit beras utk anak-anak yatim Ummu Sofea di Trong, Perak. Alhamdulillah..





p/s
sedih bila dihari raya dimaklumkan anak2 yatim di Ummu SOfea kekurangan beras.. dan Alhamdullillah, ramai kawan2 yang pemurah.. Insya Allah, semoga bekalan beras ini cukup untuk beberapa bulan.


..

semoga usaha kecil kita akan menggembirakan anak2 yatim ini untuk meneruskan kehidupan dan membina kehidupan lebih baik.


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Sabtu, 25 Ogos 2012

Syawal sudah seminggu berlalu



Salam eidulfitri buat semua,


Hari ni 7 Syawal 1433H. dan hari ini baru berkesempatan nak update blog... #kesian saya kan... 






Belum terlewat untuk mengucapkan salam eidulfitri buat semua kenalan dan kawan2 blog... 


walaupun hari raya yang disyariatkan hanya 1 hari sahaja.. tapi kelaziman nya kita di M'sia ini, meraikan sebulan Syawal.. yer la, sedara mara jauh-jauh belaka kan, ada yang sempat kita berkumpul & berkunjung di hari pertama.. ada yang kena tunggu giliran untuk pulang ke kampung yang satu lagi pada hari Syawal ke2 dan seterusnya.. ada juga yang kepulangan yang dinanti pada minggu 2 & 3 Syawal... 


Buat saya yang ada banyak kampung dan tempat untuk diziarahi ni... kami sekeluarga berusaha sedaya nya untuk menziarahi saudara mara yang lebih tua, dan peluang memang hanya datang sesekala.. 


akhir kalam.. hujung minggu ini, pasti ramai yang akan mula pulang ke destinasi masing2 untuk memulakan tugas. Semoga selamat dalam perjalanan.

Buat yang hanya bercuti pendek @ tidak dapat bercuti di hari lebaran.. Jasa bakti anda akan sentiasa dikenang.. semoga dapat terus meraikan kemeriahan syawal..



..



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 14 Ogos 2012

21 bulan baru dapat menuai hasil




Salam bahagia,


Rasanya ramai blogger lain yang sudah merasai hasil dari churpchurp dalam tempoh yang lebih singkat.. 

saya ni memang tak konsisten, datang angin rajin, rajin le dok layan.. bila dok sibuk dengan hal lain, terus terlupa.. 





jadi .. ini sekadar rekod utk pencapaian yang tidak begitu membanggakan .. yerlah join dari bulan Nov 2010.. Aug 2012 baru dapat menuai hasil.. 


Alhamdulillah.

...

p/s
JIka anda peminat buku.. jemput singgah ke D'Mafazan Gallery



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...