Rabu, 30 November 2011

Small Giveaway by Inas and Hakimah






Salam bahagia,


Saya ditag oleh kak Azatie.. kak Azatie ni memang rajin join giveaway.. saya pun sebenarnya agak lama juga tak aktif join giveaway.. sebelum ni blog giveaway saya di SINI.. tapi saya dah malas nak update.. tak larat nak menten 3-4 blog (termasuk blog bisnes yang dah macam chipsmore...)  


NI hadiah yang ditawarkan..


First Place : Topup RM 10 + Edit Blog + Header Free
Second Place : Topup RM 5 + Edit Blog + Header Free
Third Place : Topup RM 3 + Edit Blog + Header Free


Saguhati : 3 Header Urban .




Header Urban? camana kah yang dikatakan header urban tu... thinking  saya sebenarnya suka header yang simple. thumbs up  macam header blog saya nih... 


kakyong[dot]com©
simple kan.. biar orang kata tak comel.. 



kome nak join.. sila klik banner nih.. 


Saya paling lemah kalo join giveaway yang request tag kawan-kawan nih... tongue len kali buat giveaway, tak perlu lah nak tag-tag bagai nih... sebab syarat2 lain pun dah banyak kan.. heheh.. sendiri pikir lah kan... kan saya dah membebel, .. sapa lah yang saya nak tag nih.. kawan-kawan blog saya yang rapat mostly ibu-ibu yang sibuk.. tapi tak palah saya tag ajer .. lagipun due date lambat lagi kan.. (penganjur sure cuak ni... kalo nak join, join jer lah kan, ni membebel plak..)... 


saya tag Hezlina, MamaYatie dan Pijah




p/s
 puan penganjur jangan kecik hati jer..  cool



..
segmen rerama berterbangan akan ditutup jam 11.59 malam ini, 30 Nov 2011
..





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Kecik-kecik dah mencuri - kes di JB pulak




Salam bahagia,



Jika sebelum ni kes di Putrajaya.. kini di Johor Bahru pulak.. apa nak jadi, kecik-kecik lagi dah pandai buat kerja part time seumpama ini.  broken heart  at wits' end Agak-agaknya mak ayah budak-budak ni tahu tak kegiatan anak-anak depa nih.








‘Toyol’ curi komputer riba

Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my

BUKTI...rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba.
BUKTI...rakaman CCTV menunjukkan dua kanak-kanak yang menceroboh pejabat sekolah dan melarikan komputer riba.
SOROK...rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik pintu merangkak untuk mengelak wajahnya dirakam.
SOROK...rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak yang berselindung di sebalik pintu merangkak untuk mengelak wajahnya dirakam.
JOHOR BAHRU: Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah sekolah agama di Taman Dahlia, di sini, membongkar aksi sekumpulan lima penjenayah cilik termasuk kanak-kanak berusia 10 dan 12 tahun yang memecah masuk pejabat sekolah berkenaan sebelum melarikan dua komputer riba.
Dalam kejadian jam 2.37 pagi semalam, lima penjenayah terbabit berusia 10 hingga 18 tahun dengan dua daripada mereka yang paling muda berusia 10 dan 12 tahun menggunakan susuk tubuh kecil untuk menyelit masuk melalui pintu berjeriji selepas gagal memecahkan mangga.

Kedua-dua mereka menyelongkar laci pejabat untuk mencari barang berharga dan berada di situ selama sejam tanpa menyedari gelagat mereka dirakam CCTV.


Ahli jawatankuasa badan kebajikan sekolah berkenaan, Mohammad Nick Abdullah, 43, berkata dia menyedari kejadian itu selepas melihat kesan umpil pada satu daripada pintu jeriji ketika ke sekolah untuk memeriksa rakaman CCTV pada jam 7.30 pagi semalam.






Selepas memeriksa pejabat, Nick mendapati komputer riba hilang dan penelitian melalui rakaman CCTV menunjukkan penjenayah cilik menyelongkar laci dan memasukkan peralatan elektronik berkenaan ke dalam dua beg.





..
lewat malam ni tarikh tutup untuk segmen rerama berterbangan.. jom join.. 
..






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Review blog Alycia - Hot Mama Wannabe




Salam bahagia,



Hot Mama Wannabe!!



Kali ini saya mereview blog Alycia Hot Mama Wannabe... fuuuhhhh... hot mama tu.. jangan main-main.. 


Okay, sebelum saya mulakan review.. nak bagitahu kat blog Alycia sekarang ni sedang berlangsung pencarian nombor bertuah 44444.

malam tadi masa saya intai-intai.. baru 44229


Okay saya memulakan review dengan meneliti layout & template blog Alycia. Template blog Alycia memang cantik.. tapi membawa bebanan yang berat.. 


JIka berat blog lebih 200Kb ni.. memang harus kena di 'slim'kan.. sekurang-kurangnya bior dia jadi 150Kb atau lebih ringan lagi..

Saya cadangkan Alycia supaya letakkan 2 - 3 post sahaja untuk front page.. 


Sidebar pula teramat lah panjang meleret hingga ke hujung dunia. nampak tidak seimbang. Sebaiknya guna 2 sidebar sebelah menyebelah & imbangkan supaya ianya tidak panjang meleret. 


Mungkin juga widget seperti "Komen Terkini" tak perlu diletakkan pun (ini cadangan sahaja yer..terpulang pada puan blog).  dan Arkib blog tu pun saya cadangkan boleh di buat dalam bentuk scrollbar.


Jom tengok ranking alexa pulak.. 




Hmmm, Alycia ni dah lama juga berblog nih... sepatutnya dah boleh berada pada ranking yang lebih baik dari ini. smug   dan saya dapati template blog Alycia ni tak mesra SEO..




Template blog yang mesra SEO : Tajuk entry muncul dahulu, diikuti oleh nama blog.


Saya saran kan Alycia ubah meta tag tajuk blog supaya template blog lebih mesra SEO.. boleh refer tutorial di SINI.  


Akhir sekali, saya nak tegur tentang position iklan nuffnang dalam blog. Ianya tidak berada di tempat yang strategik. Sebaiknya letak ke3-3 ads widget dalam blog. Yang header saya tak nampak.. dan yang sepatutnya berada di dalam post, tetapi ia berada di bawah blog. Sila semak semula yer, tatacara untuk meletakkan coding iklan. Bukan apa, alang-alang kita nak kumpul pendapatan pasif dari blog, so buat dengan betul lah kan. winking



Secara keseluruhannya blog Alycia ni memang cantik.. cuma saya harap dapat perbaiki beberapa perkara yang telah saya sebutkan tu yer..  big grin






Myalycia



Sudilah berkenalan dengan Alycia Hot Mama Wannabe.. banner dia ni pun cantik kan... sila lah klik-klik yer.. talk to the hand



..
JOm support kakyong menangi gadget impian
..





p/s
saya sedang berusaha untuk selesaikan hutang untuk projek review saya yang lalu.. 

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Selasa, 29 November 2011

Awan kumulus putih dan kelabu




Salam bahagia,


Pagi ini membawa ke tengahari.. cuaca di Taman saya ni.. cerah dan terang.. 


klik untuk gambar lebih besar



tapi tu lah.. dah nampak awan kelabu nih... tanda nak hujan lagi lah ni..




harap-harap sempat lah kering baju-baju saya nih... ni round kedua saya jemur baju... raised eyebrows


ni pulak kelapa parut untuk buat kerisik.. harap-harapnya kering lah.. boleh lah segera diproses lewat petang nanti..






Kenapa jemur kelapa parut sebelum digoreng? tip supaya kuali menten berkilat & kelapa tak melekat di kuali. thumbs up





Risau jer.. sebab di sudut yang lain.. dah nampak gelap jer... huhuu.. whew!




..
..




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jom intai-intai Butik Si Kecil Comel Lote Collections





Salam bahagia,


Hari ni nak cerita pasal Butik Si Kecil Comel Lote Collection... butik ini milik sahabat saya, Wan Anie... kami tak pernah berjumpa lagi tapi dah hampir 2 tahun juga kami berkenalan melalui blog. Walaupun jarang-jarang bertegur sapa di blog.. tapi ikatan tu tak pernah rasa terputus. Dekat sokmo dihati, walau jauh.


Sahabat saya ni bukan setakat berbutik di blog dan FB.. tetapi juga punya outlet di Tesco Bukit Beruntung, Rawang... 

Showroom CLC @ Tesco Bukit Beruntung
dibuka jam 9.30am hingga 10.30pm



Jom kita tengok apa produk yang menarik (yang saya tertarik debom) di Butik Si Kecil Comel Lote Collection..








Saya ni sejak tak bekerja memang susah sikit nak membeli baju untuk anak-anak saya.. lebih-lebih lagi untuk anak dara saya (ANis-4 tahun dan Aliya-3 tahun). Alhamdulillah, 2 tahun kebelakangan ini ada teman yang sudi hadiahkan baju-baju yang cantik-cantik untuk anak-anak dara saya. 





Cantik kan baju gaun nih.. ada sulaman berkedut (smocking) di dada, dan yang saya paling suka sebab ia berlengan panjang. Sesuai untuk anak dara saya pakai dengan seluar panjang dan dikenakan dengan tudung. Nampak sopan jer.. thumbs up







klik untuk gambar lebih jelas



Anak dara saya Si Anis, tahun depan akan masuk tadika untuk 5 tahun.. sesuai sangat lah kan dengan beg yang comel ni.. ruangan dalam beg pun nampak istimewa dan kemas. Macam-macam design ada... 








Anis pasti suka yang ada gambar Dora dan Boot tu... big grin








Khabarnya beg ni boleh tahan selama 2 tahun, sesuai untuk anak pra-sekola nih.. tapi tu lah kan ada design kereta ni ajer... tapi kalo anak saya si Fikri tu nampak ni mesti dia mahu punya.. Almaklum lah beg warna merah ni nampak sangat 'berani'..  nak tahu lanjut.. sila klik SINI



Sebenarnya n3 ini ditulis adalah kerana saya saya join.. Comel Lote Collection Giveaway. Puan penganjur kata suruh pilih produk yang paling suka.. jika paling suka, maksudnya sure lah SATU jer kan.. tapi saya ni pilih sampai TIGA lah pulak.. excited terlebih.. blushing  


Baru suruh pilih, belum lagi diberi duit suruh beli.. mau rambang mata.. So apa lagi, sila lah intai-intai ke Butik Si Kecil Comel Lote Collection  pasti ada yang berkenan di hati.. batting eyelashes







Jika anda seorang yang kreatif, sila lah join giveaway dari TintaComeLote nih... klik pada banner ni ya.. mana tahu ada hadiah misteri dan istimewa yang menanti anda.. day dreaming   tarikh tutup pada 30 Nov 2011.



..
..





Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Isnin, 28 November 2011

Bergaduh adik-beradik jangan lah sampai main-main dengan pisau





Salam bahagia,


Saya kan pisau-pisau di dapur memang saya semahunya nak simpan sorok-sorok.. Risau jer kalo ternampak pisau besor potong daging tu tertayang-tayang... ngeri.. worried Lebih lagi anak-anak saya pun kecik-kecik lagi, jadi barang-barang yang tajam memang disorok dari pandangan.

Dan satu lagi, bila anak-anak bergaduh (anak saya semua kategori umur pra-sekolah) saya pastikan depa tak bergaduh yang 'heavy-metal'.. even kalo main tarik2 rambut pun, saya akan cuba pastikan depa tak buat lagi.. bukan apa, riso ajer kan kalo anak-anak dah terbiasa bergaduh ala2 ganas nih.. straight face bahaya.. kesannya pada masa depan nanti. Kalo boleh kita nak anak-anak ni saling sayang-menyayangi sampai ke tua kan.. thumbs up


Sedih pulak saya bila baca berita nih...sad  semoga dijauhkan hal seperti ini dalam keluarga saya.


pic ni saya google
jangan buang kasih-sayang sesama kita






Cabut nyawa abang

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Senja berdarah. Itulah gambaran tragedi seorang lelaki berusia 21 tahun yang menikam abang kandungnya sendiri di depan ibu dan bapa mereka di rumah keluarga berkenaan di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, di sini, kelmarin.

Difahamkan, pergaduhan antara dua beradik berusia 21 dan 28 tahun pada kira-kira jam 6 petang itu berpunca daripada masalah keluarga yang dikatakan turut berkaitan dengan faktor kewangan.

Mangsa yang mengalami kecederaan serius dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini oleh keluarganya, namun disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam kemudian manakala adiknya ditahan polis di rumahnya dalam keadaan kebingungan.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa dan suspek masing-masing anak keenam dan ketujuh daripada 11 beradik itu bertengkar di ruang tamu rumah mereka.

“Ketika kejadian, ibu dan bapa mereka serta seorang anak saudara berusia empat tahun ada bersama. Usaha meleraikan pertelingkahan antara dua beradik oleh ibu dan bapa mereka gagal biarpun beberapa kali mencuba,” katanya.

Menurutnya, suspek yang hilang pertimbangan bergegas ke dapur dan kembali semula ke ruang tamu dengan membawa pisau lalu terus menikam perut abangnya, ” katanya.

Sumber itu berkata, akibat tikaman berkenaan, mangsa rebah ke lantai manakala suspek yang kebingungan hanya mampu terduduk seperti menyesali perbuatannya.

“Melihat darah memenuhi badan dan pakaian seorang daripada anak mereka, si ibu rebah sebelum si bapa bergegas mendapatkan bantuan jiran dan membawa mangsa ke hospital.

“Sebaik menerima laporan, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan suspek yang ‘kebingungan’ dalam rumah berkenaan. Abangnya pula disahkan meninggal dunia di PPUM kira-kira jam 8 malam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan penahanan suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama tujuh hari sehingga 3 Disember ini.







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...