Khamis, 19 Mac 2015

Usah biarkan bonda menangis

Salam Qaseh,


Secebis kisah kehidupan..


Makcik ini telah kehilangan suami beberapa tahun lalu. Jiran acik. Baik & rapat dengan Makbonda acik. Hidup nya bergantung dengan Wang pencen arwah suami. 


Berbeza nya, Makbonda kami, anak² sentiasa ada saat Mak perlukan bantuan kami. 


makcik ini , anak ada 2 orang.

sejak bulan lepas, anak2 nya tinggalkan macik ni sorang2..

pada acik & makbonda acik lah dia mengadu.

kadang2 tak termampu juga acik.. mendengar rintihan hati nya..

"kenapa anak2 tinggalkan makcik..
kalau tak suka makcik, cakap lah
jangan lah buat makcik macam ni "

"Awat depa sanggup buat kat makcik macam ni..
Makcik tepon depa tak jawab..
depa kata nak balik, makcik tunggu, tapi depa tak balik.."

"makcik takdak sapa2 kat perak ni..
makcik ada Bibah ja.. bibah anak angkat makcik
makcik takdak sapa nak mengadu.. "

dan banyak lagi lah rintihan nya..

tak daya nak dengar.

acik pun pun kadang2 dok ulang2 skrip yang sama jer..

"makcik, usah lah menangis lagi..
makcik doa ja banyak2..
doa ibu ni tak dak hijab makcik
makcik doa kan sahaja yang baik2..
supaya anak2 makcik ingat makcik
supaya anak2 makcik jaga hati makcik
supaya anak2 makcik balik jenguk makcik "


Acik pun lupa, rupanya sudah 2 bulan juga makcik ni tumpang bermalam di rumah kami..
anak2 acik pun dah beberapa kali tidur di rumah makcik, teman kan makcik tidur di hari cuti.

Anak2 acik memang suka jer.. budak2.. memang suka lah, dapat opah baru..


rumah yang tersergam besar dan indah, belum tentu ia ada "bahagia"..

seingat acik, semasa arwah suami makcik ni masih ada.. makcik ni memang happy orang nya.. masa tu anak2 acik masih baby2 lagi.. selalu lah macik ni hadiah kan barang2.. memang pemurah orang nya..

setahun selepas kematian suami, makcik ni balik kampung.. dengar nya berubat..
baru sahaja setahun kebelakangan ni tinggal semula di Ipoh..

Awal tahun ni ada juga bberapa kali acik terserempak makcik ni dengan anak nya di kedai, kadang2 di pasar.. mereka "nampak bahagia"..

rupanya,... nampak bahagia rupanya belum tentu bahagia.. kita tak tahu pelbagai masalah & kemelut yang orang lain hadapi..


Acik pun sebenarnya tak mahu campur hal rumahtangga orang.. tapi acik terjebak sudah..


memang kesian dan simpati dengan makcik ni..
kadang2 acik habis kata2 nak memujuk..
akhirnya acik yang menangis sama..


buat semua yang membaca catatan yang tidak seberapa ini..
yang masih ada bonda, ada ayahanda , jagalah baik2..
jaga hati nya, penuhi keperluan nya, penuhi keinginan nya..
usah lah dilukai hatinya..
jika tak mampu membantu dengan wang ringggit, usahlah disakiti hatinya dengan kata2 yang tidak elok..

mohon doa kan semoga anak2 makcik ni mahu kembali dan jaga bonda mereka kembali..

Acik bersyukur..
kerana Allah beri ruang untuk acik berbakti..
walau tidak dengan wang ringgit..
ini sahaja lah yang acik termampu..

kadang2 terfikir juga, entah bagaimana lah nasib acik di hari tua.. *sempat kah tua *


Sentiasa lah berdoa semoga anak2 kita menjadi anak2 soleh solehah , yang sentiasa membahagiakan kita sehingga ke akhir hayat.. sentiasa lah doakan yang baik2 untuk anak2.. semoga di masa tua, kita tidak menangis ditinggalkan anak2..








Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...