Sabtu, 30 April 2011

6 tahun sudah

 

salam bahagia,

 



 

30 April 2005, tarikh kami selamat dinikahkan pada hari Jumaat, di masjid kg Sri Klebang, beberapa minit sebelum azan Isyak.

 

Saya kahwin pada usia yang agak lewat.. sudah 33 tahun waktu itu.. Winking smile jadi kome buleh tahu la umur ibu berapa kan sekarang ni.. tak muda lagi okay, walaupun pandangan mata itu buleh menipu (yer la until now orang dok kata kita belum 30’s hhehe… Smile with tongue out ).. tahun depan dah kena join kelab 40’s.. huhuuu….

 



 

Nak tahu kesah dan sejarah perkenalan kami. boleh la godek2 di blog kakyong72.blogspot.com.. baca di SINI & SINI.. Winking smile

 

Buat semua teman dan kenalan,

doakan kami terus dapat kekalkan kebahagian (susah senang) bersama.. walau baru 6 tahun, tapi jalannya memang cukup berliku.. dan dugaan nya bukan sedikit.. dan tidak kurang yang berkata, sukar mempertahankan perkahwinan jika tiada cinta sebelum kahwin.. tapi sebenarnya ketahui lah cinta selepas kahwin itu lebih banyak manis nya… sudah 6 tahun pun kita masih explore lagi pasangan kita.. Winking smile

Alhamdulillah, kami dikurniakan anak-anak comel lagi manis yang menyerikan hidup kami..

 

p/s

Gembira kerana pernah menulis n3 ini dan ini.. setelah 2 tahun dapat juga ku mereview nya semula… Open-mouthed smile

 
Buat teman di luar sana,

usah gusar bile belum bertemu jodoh.. usah sedih bila tiap kali diuji.. usah merungut “sukarnya mencari yang serasi”.. kerana Allah memberi mu hujan supaya nanti dikau bisa melihat pelangi yang cantik.. Smile

 

 

Semalam Zed Zaidi nikah.. takde ke yang buat coverage..? saya pun kipas mati (fanatik) dia ni:D

 

Zed Zaidi

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Royal Wedding - Perkahwinan diRaja Britain selepas 30 tahun

 

 

Salm bahagia,

 

Sempat la layan live-streaming RoyalWedding di USstream.. bukan selalu kan..dulu last royalwedding masa Lady D (Julai 1981)

 

44,000 viewer on air.. tapi laju jugak.. ade la tersekat-sekat sikit.. tapi berbaloi la untuk tontonan-live (lebih lagi dengan kelajuan streamyx ku yang semput2 ini).. Winking smile toward the end to tinggal 38,000 viewer.. mungkin sebab majlis ni dragging sangat.. tak larat nak tunggu… huhuuu

 



 

Putera William kahwini Kate Middleton
2011/04/29


LONDON: Putera William dan Kate Middleton berkahwin di Westminster Abbey sebentar tadi dalam majlis diraja yang disiarkan ke seluruh dunia.
Sebelum upacara melafazkan ikrar, Middleton, "rakyat biasa" pertama yang akan berkahwin dengan seorang putera yang hampir dengan takhta dalam tempoh 350 tahun, berjalan perlahan sambil disaksikan hadirin seramai 1,900 orang.

Ketika mereka bertemu di altar, William membisik sesuatu kepada Middleton dan beliau tersenyum.

Pasangan itu dikahwinkan oleh Ketua Biskop Canterbury, Rowan Williams.
“Saya mengisytiharkan mereka sebagai suami isteri," katanya.
Middleton memakai baju pengantin sutera dan satin serta tiara yang dipinjamkan Ratu Elizabeth dan cincin pertunangan yang pernah dipakai ibu William, Puteri Diana.
Ratu Elizabeth serta kerabat diraja lain, David dan Victoria Beckham, Elton John serat Perdana Menteri, David Cameron, adalah antara orang kenamaan dan selebriti yang hadir. - Reuters

source : berita harian online

 

 





 



 

Nak tengok lagi gambor-gambor perkahwinan ni.. buleh klik link INI.. dan SINI

 



 

Beribu2 orang Britain mengerumuni Istana untuk melihat acara di balkoni… Winking smile kalo seramai ni gamaknya dema buleh nampak ker acara kat balkoni tu… Smile with tongue out

 

Jom layan gambor perkahwinan Lady Diana pada JUlai 1981… mana lagi meriah..

Ibu suka majlis perkahwinan Lady D ni.. sebab masa ibu melihat majlis ni, ibu baru 9 tahun.. tahu ajer lah, mata budak 9 tahun, apa yang dilihat semuanya cantik dan indah...

 







 

actually I miss the kissing part , so layan jer la gambor yang ni… printscreen ajer kan.. so kualiti pun hampeh jer la..

 



 



 

so, nak tengok lagi gambar-gambar royalwedding of the year ni, sila ke beautifulnara dan andyhowtt, gambar cantik2 sangat dan sangat clear… Thumbs up

 

lastly, antara tetamu kehormat Winking smile

 



 

 

salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Jumaat, 29 April 2011

Anis rindu abang Fikri

 

 

Salam bahagia,

 

dah banyak hari dalam minggu ni Anis asyik merengek & mengadu :

 
“Kenapa abang tak balik ni?”

“Kenapa ibu tak amik abang?”

 

Malam tadi, dok merengek2 lagi sambil buat muka sedih… hehehhe.. sweet bila bila tengok Anis meroyan cam ni.. hehehe.. budak 3 tahun 9 bulan pun pandai meroyan ker… Smile with tongue out

 



 

Insya Allah, petang ni lepas solat Jumaat abang balik la.. abang kan dah janji dengan ibu, “Hari sekolah – abang duduk dengan opah ngan atok. Hari cuti – abang dok dengan ibuWinking smile

 

Sejak masuk bulan ke-2 Fikri masuk Taski.. ini lah rutin nya.. dan adakalanya on weekdays dia akan balik rumah setiap hari.. dan ada masanya dia nak dok rumah opah.. tapi sejak habis sukan Taski yang lepas.. memang dah 2 minggu rutin ni berjalan semula.. Hari2 persekolahan, memang dia dok kat rumah opah.. pagi2 makcik Ikeen akan antor dia pergi Taski., balik dari taski atok pulak yang akan ambil.

 

Kalo maksu Enon tanya, “Fikri mana?” Ibu dengan senang hati akan jawab “ dia dok Asrama kat Ulu Kinta.” Open-mouthed smile hehehhe…

 

I know, ade orang yang tak suka.. ade yang kata ibu macam nak lepas tangan pulak.. (ibu kan tak kerja.. takkan la susah sangat nak jaga anak??) ni bukan isu susah nak jaga ke tak...  the thing is, kalo ibu paksa Fikri dok rumah @ tak bagi dia stay rumah opah santan… dia akan buat perangai memberontak, langsung tak nak dengar cakap ibu.. adooii la.., tak larat la ibu nak ber’perang’ dengan budak 5 tahun ni setiap hari… Smile with tongue out tak cool okay… lagipun tak best kan tengok muka budak 5 tahun ni masam & tak nak bercakap dengan ibu… lebih tak cool bila dia tak mau dengar arahan.. sangat tak best okay..

 

Jadi, kami beri la juga ruang untuk dia buat pilihan. Oh, yer.. saya tahu.. ade yang tak suka kan.. sebab kecik sangat lagi anak saya tu untuk diberi ruang membuat pilihan.. Smile with tongue out tapi saya senang macam ni, sebab takde hati yang marah, bila dia balik hujung minggu, dia hepi jer.. walau hanya 2 hari dia kat rumah.. tapi kualiti tu ada.. Smile I think it better this way daripada 5 hari yang dia buat saya UP & DOWN dengan moody dia.. dengan segala perangai keras kepala dia..

 

2 hari tu la dia tolong ibu kat dapur, tolong ibu kemaskan rumah.. baca buku sama-sama.. main sama-sama dengan adik2.. tanpa gaduh-gaduh.. Fikri ni bila tak dapat pergi rumah opah, kerja dia buli adik-adik jer.. Smile with tongue out

 

Apa orang nak kata pun saya tak kesah.. sebab Fikri ni bila dia rasa nak dok rumah, dia akan balik jer.. dia angkut la beg besar penuh mainan tu balik rumah.. bila dia nak dok rumah opah, nanti dia ‘order’ jer kat ayah supaya bawa balik beg besar tu ke rumah opah.. :D

 

cuma tu la.. kesian kat Anis.. Anis ni selalu ingat kat abang.. bila nak makan, mesti ingat abang, Bila ibu masak sedap-sedap (makanan yang depa biasa makan ber3) mesti ingat abang.. Smile

 

Aliya? agaknya kecik lagi kot, belum 3 tahun.. so dia tak kesah abang ade atau tidak..

 



lepas baca doa makan.. siap main 1-to-juz dulu… hehehhe.. layan jer la karenah anak-anak…

 

 



ni depa duaorang ni.. nak cari abang.. sedang berusaha nak buka mangga yang berkunci… Smile with tongue out

 

p/s

ibu pun rindu kat abang Fikri.. Smile

 

salam  kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


My wordless Thursday (8)

 

Salam bahagia,

 

Ini antara acara yang mewarnai kemeriahan Sukan antara Taski ABIM daerah KInta, pada 17 April 2011 yang lalu.

 



 



 

Dengan ini, ibu buka lagi acara teka-meneka, tinggalkan jawapan di kotak komen ya.. hadiahnya adalah segmen review suka-suka. Winking smile

Jadi sila namakan acara ini ya.. 2 acara yang berbeza ni… nampak macam sama tapi berbeza… Open-mouthed smile

sesi teka-meneka akan ditutup pada 1 May 2011..

 

p/s

hujung minggu ni pasti yang bercuti panjang kan… Selamat bercuti.. Smile

 

 

salam kasih sayang,

 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Khamis, 28 April 2011

Apa lagi boleh dibuat dengan buah sukun

 

 

Salam bahagia,

 

En ayah amik buah sukun ni dari kampung sebelah taman kami ni… kena panjat & gait sendiri.. tuan punya pokok bagi 20 biji.. 1 biji kami makan, selebihnya en ayah jual… Smile with tongue out

 

Hari tu nampak kat blog Kak Erna., kak erna buat bubur/pengat  sukun.. tapi ibu suka sukun goreng jer,, Smile

 



 







hanya campuran tepung gandum dan tepung beras dan sedikit garam, kalo suka buleh letak serbuk kunyit  … celupkan sukun dalam adunan tepung &  goreng bior garing.. siap untuk di makan… garing di luor , lembut di dalam..Winking smile

 



 

nak buat sambal kicap cili api.. stok cili api lak habis.. makanya dengan sambal tumis ikan bilis pun sodap… Smile with tongue out

 

pekena plak dengan teh o panas atau kopi O panas… memang terbAeeekkkk… Open-mouthed smile

 

 

p/s

kome buat masak apa lagi dengan buah sukun ni??

 

 

salam kasih sayang,

 


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...