Khamis, 12 Januari 2012

Home » , , » Bila assignment di'upah'

Bila assignment di'upah'




Salam bahagia,


Semasa saya di kampus, +-20 tahun yang dulu.. tak dinafikan saya pernah juga amik upah buat assignment senior.. tapi masa tu kerja yang saya selalu buat adalah amik upah menaip assignment. Dapat lah upah RM20-30.. tapi masa tahun 1992-1994, RM30 tu besor nilainya.


Setakat itu ajer lah yang pernah saya buat.. hanya ambil upah menaip assignment. Tapi sekarang ni, bila pelajar IPT mengupah orang buat assignment.. memang dia bagi benda tu bulat-bulat suruh buat. Agak terkujat jugak saya.. bukannya apa, selepas dibelek-belek, saya rasa kalau pelajar tu buat sendiri assignment itu adalah lebih baik, sebab dia akan dapat faham subjek tu dengan lebih mendalam dan pastilah boleh buat exam nanti. Assignment yang saya rujuk ini adalah assignment yang melibatkan pengiraan dan angka. Tak perlu lah saya sebut subjek apa.


Saya yakin tak semua pelajar IPT mengupah orang lain membuat assignment, kan..??!! Ada tak pelajar IPT yang nak respond.. please..


Ada satu blog ni, dia amik upah buat assignment.. cer klik SINI



gambar pinjam dari SINI




Cuma isunya di SINI : Apa kualiti yang tinggal pada pelajar IPT jika assignmen pun diupah orang buat. Apa nilai IJAZAH yang bakal dimiliki. 


Ini yang keluar dari mulut seorang pelajar IPT PJJ yang juga merupakan kakitangan kerajaan. Katanya : Ijazah = kenaikan pangkat & gred. Jadi apa kesah, nak upah orang buat ker, yang penting dapat Ijazah. Alasan mereka upah orang lain buat assignment sebab tak sempat masa, antara kerja, rumahtangga dan pelajaran.


Jika masa diatur dengan sebaiknya dan berkorban tenaga bersengkang mata, apa salahnya, bukan untuk orang lain.. untuk keluarga juga kan.. apa salahnya dicari sedikit keberkatan di situ.


Apa pula pandangan anda?


p/s
sepanjang 4 tahun saya di UUM belum pernah saya upah orang lain buatkan assignment saya.. Jika ada yang saya tolong pun mereka yang ambil course yang berbeza dari saya. & selalunya pun jadi tukang taip jer (seperti yang saya sebut dalam perenggan awal). 

..


nota:
terkejut baca di twitter tadi, rumah Wardina Safiyyah di rompak oleh 3 perompak berparang dan bertongkat. 5 buah laptop dilarikan. Perompak tak puashati kerana tiada barang kemas.. Alhamdulillah, bagus jiran yang tolong report.. Semoga Wardina & anak2 dalam keadaan baik. Jom kita jadi jiran prihatin.







Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...