Khamis, 27 Oktober 2011

Home » , , » 7 kementerian tahap pengurusan lemah

7 kementerian tahap pengurusan lemah









KSN mahu pastikan langkah penambahbaikan diperhebat elak berulang
PUTRAJAYA: Kelemahan pengurusan kewangan tujuh kementerian dan agensi kerajaan, akan dipastikan tidak berulang, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Beliau berkata, langkah penambahbaikan akan terus diperhebatkan untuk menjamin segala peruntukan yang diberi diurus tabdir dengan berkesan.
 
"Saya tidak risau sangat bila Ketua Audit (Negara) beri pandangan sedemikian, saya risau jika masalah itu ada, tetapi Ketua Audit (Negara) tidak mahu beri pandangan," katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.
 
Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut tujuh kementerian dan agensi kerajaan berada pada tahap pengurusan kewangan lemah.
Tujuh kementerian dan agensi itu ialah Kementerian Kesihatan; Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Kementerian Pengangkutan; Lembaga Hasil Dalam Negeri; Kastam Diraja Malaysia; Perbadanan Stadium Nasional dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Terdahulu, Mohd Sidek menyaksikan penyerahan i-Pass kepada 11 tenaga kerja profesional asing yang bekerja di negara ini oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam.
Pas itu digunakan sebagai bukti pengenalan di Malaysia tanpa perlu membawa pasport.
Pas dikeluarkan Jabatan Imigresen sejak September lalu itu juga, akan dikeluarkan kepada tenaga kerja profesional yang memegang Pas Residen di bawah urus tadbir Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp). – BERNAMA




sumber : bharian


Ulasan saya :

Pelik juga bila LHDN juga berada dalam tahap lemah pengurusan kewangannya. Menarik sebenarnya membuat kerja-kerja pengauditan kewangan ni… tetiba saya rasa rindu dengan kerja lama.. paling banyak belajar bila mengaudit jabatan kerajaan @ GLC.. sebabnya lebih banyak jumpa yang ‘non-compliance’ daripada ‘compliance’. Diharap kementerian yang terbabit tingkatkan usaha, lebih2 bahagian kewangan, jangan kerja sambil lewa dan bertangguh ya… Winking smile dan jangan lupa didik jabatan lain supaya patuh pada tatacara kewangan.


Boleh baca lagi pasal laporan audit negara di sini, sini, sini, sini, sini (sekadar berkongsi beberapa).. Open-mouthed smile

Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...