Sabtu, 15 Oktober 2011

Home » , , , , » Bayi dalam tangki pam tandas

Bayi dalam tangki pam tandas




sumber : Utusan Malaysia

KEMAMAN 14 Okt. - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dua jam ditemui di dalam tangki air pam tandas sebuah rumah sewa dekat sini, kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Bayi yang masih hidup serta bertali pusat itu dijumpai oleh rakan sebilik suspek berusia 23 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Abdullah Sani Salat, bayi seberat kira-kira dua kilogram itu dijumpai dalam keadaan kebiruan dan lemah, dipercayai akibat lemas di dalam air tangki pam tandas berkenaan.

Katanya, bayi tersebut yang mengalami sedikit kecederaan pada badan itu difahamkan telah disembunyikan oleh suspek bagi mengelakkan kejadian itu diketahui rakan serumahnya yang lain.

"Salah seorang rakan serumahnya menjumpai kesan darah yang terdapat pada lantai tandas menuju ke bilik suspek. Syak sesuatu yang berlaku, dia mula melihat-lihat di sekitar rumah berkenaan sebelum terdengar tangisan bayi di dalam sebuah tandas dan menemui bayi berkenaan di dalam tangki pam tandas bilik air rumah sewa mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, rakan sebilik mangsa yang menyedari kejadian itu kemudian terus membawa bayi berkenaan yang dalam keadaan lemah dan kesejukan ke Hospital Kemaman untuk diberikan rawatan kecemasan.

Tambahnya, polis menahan suspek yang kini mendapatkan rawatan di wad Hospital Kemaman dipercayai ibu kepada bayi terbabit.

"Polis masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan suspek yang juga seorang yatim piatu kini ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, rakan sebilik suspek yang hanya ingin dikenali sebagai Ina berkata, pada mulanya suspek mengadu sakit perut dan ingin ke tandas rumah sewa berkenaan untuk membuang air besar.

"Selepas duduk terlalu lama dalam tandas, suspek akhirnya keluar dalam keadaan tidak bermaya dan keletihan dan berbaring di atas katilnya.

"Saya terkejut apabila melihat ada kesan darah pada lantai rumah lalu mengesyaki sesuatu sebelum mendesak rakannya itu untuk menceritakan apa yang berlaku dan akhirnya saya berjaya menemui bayi yang disorokkan itu setelah mendengar tangisannya," katanya.
 
Boleh baca berita yang sama di harian Metro
 



 
ulasan saya :
Kenapalah singkat sangat pemikiran anak-anak remaja sekarang nih… lebih musykil, camana lah rakan sebiliknya itu tak perasan yang kawannya itu mengandung… Masya Allah.. kadang2 banyak perkara yang Allah tutup agar terpelihara aib kita, tapi jangan lah memudaratkan anak yang tidak berdosa. Disappointed smile Alhamdulillah, tindakan pantas rakan sebilik ini telah menyelamatkan 1 nyawa yang tidak berdosa. Kadang2 kesian juga dengan remaja-remaja yang telah terlanjur ini, dan tidak semua pihak dalam masyarakt mampu menerima hal ini dengan positif.. dan ramai yang lebih suka menghukum daripada membantu mereka untuk kembali ke jalan yang benar.






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


12 ulasan:

  1. As salam Kak Yong dan salam kenal...dari saya yastro...

    Suasana zaman sekarang semakin terdedah dgn budaya2 tak sihat,semuanya boleh dicapai dgn mudah...tambah pulak didikan agama semakin kurang semuanya menambahkan masaalah gejala sosial dinegara ini..

    Andaikata 10 tahun akan dtg nanti, camne la gamaknya budaya sosial org melayu skg yerr...

    BalasPadam
  2. setuju dgn K. Yong. Kita tak boleh menghukum je. Lebih baik kita bawa remaja2 yg terpesong ni ke jn yg benar.

    BalasPadam
  3. @Yastro salam kenalan & terima kasih sudi singgah ke blog kakyong..

    JIka kita tak mau fenomena yg lebih teruk melanda masyarakat kita, kita boleh mulakan dr sekarang dgn menjaga & menegur org2 yg rapat dlm kehidupan kita.. pada yang dah berkeluarga, didik & asuh anak2 ke jalan yg baik..

    kakyong pun dah mula merasai bahang mendidik dan mengasuh anak.. byk & hebat cabaran nya... setiap masa terasa kurangnya ilmu & memang kena terus belajar ilmu keibubapaan.. :)

    BalasPadam
  4. @transformed housewife Besar cabarannya utk membawa anak2 ni ke jalan yg betul.. kakyong belum pernah jumpa secara LIVE lagi kes sebegini.. tapi mendengar cerita jiran tu dah banyak.. cuma x pernah bertemu muka lagi..

    BalasPadam
  5. @SYaMiLa owh iyer ke... boleh la buat edisi siasat ;)

    BalasPadam
  6. Ya Allah yong..sampai tak terkata..
    nasib baik la ada rakan serumah..dapat la diselamatkan baby tu.

    BalasPadam
  7. nasib baik bayi selamat....aduhai kena la tergamak buat macam tu

    BalasPadam
  8. masih belum terlambat untuk kembali ke pangkal jalan
    sesungguhnya allah maha pengampun dan maha mengasihani

    BalasPadam
  9. @tehr semoga ada yang membantu dan mbimbing gadis tu

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...