Selasa, 8 Mac 2011

Home » , , , , , » Apa perasaan kome bila tak dijemput ke kenduri jiran

Apa perasaan kome bila tak dijemput ke kenduri jiran

 

Salam bahagia,


Pepagi ni, tak lah pagi sangat pun, dah jam 9 lebih.. masa tengah dok sidai kain, terdengar geng mesyuarat tingkap di rumah jiran sebelah dok bersembang. Rupa ibu lupa nak menjemput jiran depan rumah (kita namakan makcik A), bukan takat jiran depan rumah.. ade beberapa lagi jiran yang 1 lorong ibu lupa nak jemput.. Smile with tongue out


source : dari google

actually bukan lupa, tapi berlaku salah faham dengan en ayah. Masa en ayah buka mulut nak menjemput makcik B, makcik B jawab 'owh, dah tau, Bibah dah jemput'.. Jadi en ayah fikir, kalo jiran seberang jalan sana ibu dah jemput, takkan lah makcik A ibu tak jemput, gitu juga dengan jiran 1 lorong yang lain.

Tadi ibu terdengar lah serba sedikit perbualan depa

makcik B : tuan rumah ada kat luor tu.. pergi la tanya

makcik A : (senyap, tak dengar suaranya)

makcik B : saya kan, kalo kenduri saya jemput semua jiran, yang india cina semua saya jemput.. tak berkira.

makcik A : (masih tak dengar suaranya)

Masa tu hujan renyai2.. & rumah kami tu kan terpisah dengan tembok, jadi ibu memang tak nampak depa dok bergebang, hanya dengar suara jer.. kalo ibu nak menjawab pun, ibu lebih suka tunjukkan muka.. tapi kalo nak tunjukkan muka, harus lah berdiri dalam hujan. Jadi ibu diamkan ajer lah. Usai sidai kain, ibu pun terus masuk dalam rumah, sebab Anis & Aliya dah bangun.

Ibu sebenarnya ralat jugak., tapi nak buat camana, majlis pun dah berakhir.. waktu ibu teringat nak tanya en ayah tu, dah tengah malam pun.. lauk pauk kenduri pun dah habis ditapau dek sedara mara. hari kenduri tu ibu memang betul2 tak menang tangan.. tak sempat nak duduk berehat pun.. sampai tumit & betis sakit2.. lepas maghrib tu ibu memang dah 'tumbang'.. siap sapu minyak kat tapak kaki & betis.. nak berjalan pun dah macam orang tempang rasanya. Sampai pagi ni pun kaki masih sakit lagi.

Masa kenduri tu juga, kepala hanya fikir nak bagi majlis berjalan lancar.. sampai tak teringat pun ade jiran yang tak 'terjemput... uwwwaaaaa... :(  Tak pernah ada niat dihati pun nak membeza2 kan jiran waimma nak membezakan status jiran melayu cina atau india. Kali terakhir kami buat kenduri, 3 tahun sudah.. semua jiran kami jemput.. cuma kali ni jadi begini.  Sad smile

Gitu lah jadinya kalo dah letih, seminggu sebelum kenduri bermula pun macam2 kerja yang perlu diselesaikan. Dan selalunya bila bab2 menjemput ni memang kerja en ayah. Apa2 pun ibu memang sedey.. Sad smile jiran2 dah salah faham dengan kami & pastilah ada tanggapan yang tidak baik kan.

note:

makcik A ni memang baik orangnya.. jika ade apa2 majlis di rumahnya, pasti dia akan bekalkan lauk pauk untuk kami dan bila berlaku 'trajedi' lupa nak menjemput makcik A, ibu memang terasa ralat sangat-sangat  Crying face mesti makcik A ingat ibu nak ketepikan dia… tidak sama-sekali… merajuk lah gamaknya makcik tu dengan ibu. dah lah ibu ni jenis dok ‘sembunyi’ dalam rumah jer. Jarang nampak muka kat luor rumah.

makcik B pulak jenis jiran yang mulut laser.. ibu jemput dia kebetulan dia masa tu ada di rumah jiran sebelah. huhuuu… Disappointed smile

 

Kome pernah ke tak dijemput jiran terdekat? Ibu penah juga,, tapi ibu tak amik port sangat.. biasa lah, ibu ni kan malas nak pikir macam2… Smile with tongue out

 

 


salam kasih sayang,


Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...