Khamis, 5 Januari 2012

Home » , , » Kisah pembantu rumah di tempat saya

Kisah pembantu rumah di tempat saya





Salam bahagia,


Ini kes pembantu rumah Indonesia berasal dari Madura. Berusia dalam pertengahan 20'an.

Rumah majikannya satu taman perumahan dengan saya. Berbulan sudah saya mendengar kesah ini. Rasa sangat kasihan bila mendengar kesahnya.


sekadar gambar penghias entri



Majikan, dipanggil 'pakhaji', (khabarnya pakaji ini bekerja dengan seorang datuk bergelar menteri) beristeri 2 dan isteri tua tidak tahu yang suami berkahwin lain. Anak yang sulong dari perkahwinan ke2 berusia lebih tua sedikit umurnya dari anak saya yang no2. Pembantu ini biarlah saya bahasakan di sebagai M. dan jiran perihatin tersebut biarlah saya sebut sebagai Y.


Saya tidak pasti berapa lama M sudah bekerja untuk isteri muda pakaji ni.. setakat yang diberitahu oleh jiran Y, sudah lebih dari 3-4 tahun. Namun baru setengah tahun ini mereka berpindah ke taman perumahan saya ini.


Isteri muda pakaji ini berniaga di food court di sebuah pasaraya yang agak dikenali di Ipoh ini. Setiap hari, seusai subuh isteri pakaji ini akan angkut anak-anak nya ke tempat ia berniaga. Sejak beberapa bulan, si isteri tidak lagi memberi si M mengasuh anak-anak nya. Atas sebab apa saya tak pasti. M hanya menguruskan kerja2 membersih rumah sahaja, seperti mendobi kain baju dan mengemas bekas2 . Tiada makanan yang ditinggalkan. Jika ada pun, mungkin lauk baki yang sudah hampir basi yang dibawa pulang dari tempat si isteri meniaga. 


Ada kalanya beras dalam rumah langsung tiada & si isteri majikan langsung tidak membeli, malah membiarkan M tidak makan. Pernah jiran Y menghantar nasi lemak atau kadang-kadang jagung & si isteri majikan akan check tong sampah dan marah-marah M bila tahu M makan sedap-sedap.. walhal hanya nasi lemak bungkus ajer. 


M sudah lama merayu pada pakaji yang dia mahu pulang ke Madura, tetapi pakaji kerap memberi alasan.. antara alasannya adalah pakaji masih banyak berhutang dengan M - tak bayar gaji kan.. bukan 1 tahun tapi bertahun-tahun. dan pakaji kerap juga memberi alasan dia takdak duit nak hantar M balik. Begitu juga bila M minta dibuat 'pemutihan', pakaji dok kerap bertangguh-tangguh.


Si M ni pula, bila jiran Y cadangkan dia supaya membuat laporan ke polis, dia takut.. takutlah sebab visa dia pun dah mati dan tak tahu camana nak buat pemutihan. Si M ni sebenarnya ada keluarga angkat di Negeri Sembilan, namun si M dah tak boleh nak contact sebab isteri pakaji dah rosakkan henfon M dan juga membuang buku alamat milik M. kesian betui.. 


Majikan M sebenarnya mengunci M di rumah setiap hari., tapi M ada kunci spare.. masa mengemas rumah M terjumpa kunci yang disorokkan oleh isteri majikan.. tapi masalahnya M ni penakut.. nak lari tapi takut sebab takdak passport.. dia takut perkara lebih buruk berlaku padanya, jadi dia bersabar ajer.


Jiran Y yang sudah berbulan membantu menghulur bantuan dari segi memberi makanan dan kadang-kadang membawa M ke majlis ceramah/aktivti di kawasan taman perumahan. Majikan memang tak tahu yang M ada keluar rumah dengan jiran Y sebab majikan hanya pulang ke rumah lewat malam.


Mungkin orang yang tidak nampak, akan cakap.. alah takat tak kasi makan jer, bukannya kena pukul, apa lah sangat.. tapi kan untuk apa dia terus tinggal di sini jika gajinya bertahun tidak dibayar. Bahkan hidup bagai dalam penjara. M memang sudah tidak nampak matlamat untuk terus tinggal di Malaysia.. dia teringin nak jumpa mak angkat & mak saudaranya yang ada di Negeri Sembilan, tapi dia tak ingat nombor telefon mahupun alamat mereka. 


Atas galakan daripada beberapa orang jiran yang lain, jiran Y akhirnya membuat report polis, pada awal tahun ini. Sebelum ini anak menantu jiran Y cuba untuk membantu. Setelah di risik-risik dengan kenalan yang bekerja di Imigresen, perlu dibuat laporan polis sebelum pihak Imigresen dapat membuat tindakan selanjutnya.

Dan kini M berada dalam tahanan Imigresen Ipoh. Sadis betul nasib si M bila pakaji mengatakan si M ni lari dari rumah setelah 3 hari bekerja, kepada pihak Imigresen melalui telefon. Hampeh betui kan, dah pergi haji pun masih berbohong macam ni. Sekarang ini rumah majikan M ni dah kosong.. rasanya isteri muda pakaji balik kampung untuk mengelak dari pihak Imigresen. Pakaji pulak hanya pulang ke Ipoh sesekala sahaja. Isteri tua pakaji tinggal di KL

Jiran Y beritahu, setelah pihak Imigresen menelefon pakaji, mereka membuat keputusan untuk penjarakan M selama 6 bulan, (sadis betul bila pegawai tu dengar cakap majikan sahaja) tapi mujurlah jiran Y ni tahu banyak tentang M.. maka dia beritahu pegawai Imigresen untuk menelefon dengan kedutaan Indonesia dulu sebelum mengambil apa-apa keputusan. Tak patut kan pegawai tu amik jalan mudah macam tu jer.


Dan sekarang ni pihak Imigresen sudah ambil kenyataan M, dan hari ni saya dengar M dibawa ke pejabat buruh untuk direkodkan semua butiran diri. M akan ditahan selama 14 hari di Imigresen sebelum dibicarakan.. saya pun tak tahu apa prosedurnya selepas ini. Barang-barang si M masih ada di rumah jiran Y, bijak jugak M ni sikit-sikit kainbajunya di hantar ke rumah jiran Y.. tak banyak mana pun, hanya 1 beg besar dan 1 beg sandang.


Saya melihat isu ini bukan sekadar isu pembantu rumah yang didera dan tidak diberi hak yang sewajarnya.. tapi, isu sikap dan cara amalan kehidupan masyarakat kita masa kini


dalam hidup ini, jangan kita sengaja hidup dalam kepura-puraan dan menipu orang-orang disekeliling kita. sekali kita menipu kita akan terus terjebak dan merasa selesa dengan menipu


Bukan hak saya untuk menilai hidup orang lain.. tetapi sebaiknya dalam hidup ni jangan lah menyusahkan hidup orang lain. Walau besar mana pun gaji @ pendapatan kita, tapi sentiasa jadi tak cukup bila kita tidak amanah dan bersikap tidak baik.


Saya berharap urusan M untuk pulang ke Madura dipermudahkan dan tidak dperlekehkan dengan proses birokrasi yang tidak sepatutnya. Dia hanya ingin pulang ke kampung halamannya. 


..


saya menjemput rakan dan kenalan blog untuk menyokong dan sertai contest & giveaway ibu sihat anak riang. terima kasih.









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


31 ulasan:

  1. tak patut buat org mcm tu. Tak berperikemanusian lansung. Pembantu rumah di rumah mertua skrg pernah lari dr majikan lamanya sbb majikan tu tak bayar gaji dan suaminya menggatal. Skrg ayah mertua sy dah daftarkan pembantu ni dan dlm urusan nak buat visa.

    BalasPadam
  2. kesian , harpny dia boleh balik tempat asl dia cepat2 la

    BalasPadam
  3. kesiannya..kenapa la nak dianiaya org tur..tak baik betul..

    BalasPadam
  4. kadang2 ada orang takde perikemanusian...sudah tiada nilai itu lagi

    BalasPadam
  5. ambil kesempatan dengan kesusahan orang
    kejam tu

    BalasPadam
  6. kesiannya. dapat pembantu baik, macam tu pula dibuatnya. bukannya senang nak dapat pembantu baik dari seberang, macam-macam kes dengar. tak bersyukur langsung

    BalasPadam
  7. @transformed housewife tu la kan Nur, pembantu rumah ni pun manusia jugak.. mana yg kita mampu bantu, kita bantu lah.. kesian, duduk di sini pun dah umpama pelarian.. dokumen diri takade.. & duit gaji pun tak dpt.. apa hal.. bertahun berbakti, tapi dianiaya org pulak..

    BalasPadam
  8. @MamaYatie kalo hati dah tak betul mcm tu lah Yatie.. lagi teruk bila kakyong dpt tahu, isteri muda pakaji tu pun main kayu-3..

    perjalanan hidup ni, bila 1 dah tak betul.. akan lebih byk perkara tak betul akan menurut.. minta dijauhkan kita

    BalasPadam
  9. @Ila ntah lah Ila.. kdg2 demam berhari2 pun, si isteri majikan buat tak tahu.. pakaji plak dtg sekali sekala jer.. kalo pakaji dtg, ade la pakaji tu bagi barang rm10-20.. bila dia ade duit, dia minta tlg jiran Y belikan dia maggi ke.. tp stok maggi dia pun kdg2 si isteri majikan & anak2 yg sapu..

    BalasPadam
  10. @tehr memang tak berhati perut sungguh.. jika ikut saya memang dah brp bulan dulu dah desak supaya direport..

    bayangkan pada hari raya haji yg lalu.. si M ditinggalkan di rumah bbrp hari tanpa ditinggalkan beras @ duit belanja.. *ditaman saya ada van yg dtg berjaja ikan & sayur..*

    mujur la jiran Y bawa dia ke surau.. dpt lah juga dia merasa sedikit hasil korban.. tp x dibawa pulang ke rumah daging korban, takut majikannya tahu..

    BalasPadam
  11. ada juga ye pak aji macam nih. terajang aje ni kalau jumpa.

    BalasPadam
  12. kesian, moga dia dapat pulang ke Madura dengan selamat ya kak...

    BalasPadam
  13. yus,

    kalau benar cerita ni, mmg kesian..kdg2 heran bil amajikan ni dpt pembantu baik,dibuat macam binatang pulak...takde perikemanusiaan langsung

    cuma, bykkkk terjadi jugak yg pembantu hanya create story kat jiran2/sedara mara pasal kesusahan dia, padahal majikan takde pun buat mcm tu....ada yg ngadu x diberi makan,bagi sisa makanan etc dgn harapan nak meraih simpati dan majikan dibenci.....dan kenapa pulak tetiba bini muda tu tak kasi lagi dia jaga anak2nya?pelik jugak tu...apa yg terjadi smp anak2nya tak dibenarkan dijaga pembantu?

    sy dah ada banyakkkk experience dgn pembantu rumah ni....mmg susah nak percaya 100% cakap diorang tu....walau apapun, better dengar cerita dari 2 belah pihak supaya tak berlaku fitnah

    just my 2 cents ye bib

    BalasPadam
  14. @Ina Hashim
    Hez,
    jika majikan di pihak benar, tak perlu lari & tingggalkan rumah bila pihak imegresen dtg mencari.. depa cari sampai ke tempat si isteri meniaga, tapi kedai dia tak buka pun..

    pihak imgresen cari majikan untk dptkan keterangan, tapi jika majikan tak mahu bekerjasama macam ni... then, pk sendiri lah..

    I pun semalam g jengah rumah tu.. memang kosong..

    I faham situasi you.. sbb u berbeza.. pembantu you semua buat onar..

    FYI, 1-2 bulan jugak jiran Y ni mengintai pembantu rumah pakaji tu.. tiap kali ditegur, mesti si M ni lari masuk rumah.. nak kata dia tak salah langsung tu, tak leh lah kan.. tp x wajar majikan buat mcm tu..

    lebih tak wajar bila majikan mengelak dan lepas tangan bila dicari oleh pihak berwajib..

    BalasPadam
  15. kakyong

    saya terpanggil utk membuat komen disini.bagi saya, wpun dia hanya orang gaji--dia jugak ttp manusia yang perlu dilayan & dipenuhi keperluan asasnya

    saya ni punyalah bersusah payah nak cari maid..org yg ada maid ni lgsg x tau nak appreciate maid sndr..kdg2 geram bila dgr isu x de berperikemanusiaan mcm ni berlaku..

    BalasPadam
  16. siannya...dah jadik pak haji pon jht lagi..huhuhu...dunia akhir zaman..
    harap2 pembantu tu dpt balik madura dgn selamat...

    BalasPadam
  17. Kesian dengan M, memang la dia cuma pembantu rumah tapi dia berhak mendapat hasil dari pekerjaan yang dia lakukan..

    Pakhaji tu atas nama je kot, sebab dah perangai cenggitu..

    BalasPadam
  18. sangat payah nak cari pembantu rumah sekarang ni, memang banyak kes lari n buat hal, bila dapat yg baik kena jaga elok2(jangan lebih2 pulak), itu tanggungjawab majikan.

    BalasPadam
  19. Kesian baca cerita.
    Dulu Yati pun ada kenal dengan orang seberang ni. Nak balik, tapi passport majikan simpan. Nak terus kerja, gajinya takde. Last sekali, dapat juga dia balik.

    BalasPadam
  20. kesiannya, harap dia selamat pulang ke kampung halamannya.

    BalasPadam
  21. kesiannya M...tak patut dia dibuat macam tu..dia pun manusia gak..yang pakhaji dan isterinya tu pun memang dah tak boleh berfikir waras agaknya tu..

    BalasPadam
  22. @Nadiah Sidek betul nadiah, selalu dengar kes pembantu yg buat onar,, curi brg majikan dsb..

    BalasPadam
  23. @titan jgn diterajang.. nanti nampak kita sama jer dgn dia.. hehhe

    BalasPadam
  24. @~ yus ~ yer, harapannya begitulah.. semalam tak dengor perkembangan nya camana.. tak keluor rumah.. malas pulak nak telefon jiran Y tu.. kang dikata menyebuk pulak.. hihiii...

    BalasPadam
  25. @littlehumblelynn lain padang lain belalang.. lain org lain caranya menghargai orang..

    pasti lah ade pahit manis bila ade pbantu nih.. cuma silap terbesar mungkin sbb tak bayar gaji tu.. si M tu dok tunggu gajinya dibayar.. sbb tu kot dia tak nak lari, walau sudah byk kali ade peluang utk larikan diri..

    BalasPadam
  26. "Walau besar mana pun gaji @ pendapatan kita, tapi sentiasa jadi tak cukup bila kita tidak amanah dan bersikap tidak baik".
    - sangat2 betul

    BalasPadam
  27. Mereka juga manusia yang mempunyai hak. Ini dinamakan zalim. :-(

    BalasPadam
  28. Ya Allah, pak aji ni pergi haji macam melancong je ke. Macam takde kesan ibadah haji atas akhlak pak aji nih.

    BalasPadam
  29. setiap perbuatan kita pasti akan ada balasan... bak kata lain,karma gitu ... leh percaya ke pd karma ni? tp hanie percaya pd pembalasan tu .. apa2pun,berbuat baiklah slalu..xrugi pun kan? kesian nasib org di perantauan mcm ni..

    BalasPadam
  30. Terima kasih semua atas pandangan dan komen.

    Alhamdulillah, setelah 1 minggu, kes M selesai dan hari ini M akan naik pesawat pulang ke Bangkalan, Madura. Semua urusan diuruskan oleh staff kedutaan Indonesia.

    Dalam tempoh 1 minggu ni, M tinggal di rumah salah seorg staff di pejabat buruh, tdk ditahan di Imigresen pun. Alhamdulillah, gaji nya selama 3 tahun telah dibayar..

    JIran Y beritahu saya, isteri majikan ada dtg ke pej buruh mbawa anak2 sekali.. bayangkan anak2 nya menerkam si bibik (M) seolah lama sgt tak jumpa.. dipeluk-peluk bibik, & bertanya ke mana bibik pergi tak balik2 rumah.. "terkantoi lah majikan part kata si M lari lepas 3 hari bekerja"

    *dlm kes ni memang x boleh nak lari.. kalo majikan 'lari' & buat onar.. nanti buruk nama nya (lebih lagi bekerja pula dgn org yg punya kepentingan dlm negara).. pihak pej buruh pun x call isteri pertama kerana tdk mahu mburukkan lagi keadaan'..

    SYukur lah semuanya sudah selesai.. semoga M selamat sampai ke kampung halaman & bertemu neneknya, satu2 nya keluarga & dpt mulakan hidup baru.. rupanya muda lagi si M ni baru 24 tahun.. tp dlm rekodnya ditulis lahir tahun 1970 (oleh agent).


    #saya agak, majikan pakaji ade campurtgn sikit dlm hal ni, tu yg cepat jer prosesnya.. (saya agak jer sbb agak ajaib bila prosesnya semudah ini)#

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...