Isnin, 5 Disember 2011

Home » , , » Pernah guna HP sauce dan tabasco??

Pernah guna HP sauce dan tabasco??





Salam bahagia,


NI sekadar catatan di petang hari, sengaja saya letakkan beberapa link untuk tujuan rujukan masa depan


Seriusly, saya memang tak pernah guna HP sauce. Tak perasan pun sos ni ada di pasaran dan digunakan sebagai penambah perisa dalam makanan. 



gambar ni saya cilok dari sini


Tabasco pula, suami saya pernah beli.. sekali.. tak silap tahun lepas.. tapi sebab takde chop HALAL, dan saya meragui nya.. maka masuklah ke tong sampah. Btw, kata suami saya, di hotel2 depa akan titiskan tabasco dalam coleslow @ salad campur.. *suami saya memang pernah bekerja di hotel lebih dari 5 tahun*



ni gambar dalam berita harian online hari ni.. terkedu saya bila baca berita nih..


Kome klik lah link ni untuk baca berita nya.. Sos DNA babi diletak sebaris produk halal



Kalo di Tesco tempat saya ni pun, tabasco ni dia letak elok-elok susun dalam kabinet yang sama dengan sos yang lain.


Serius, saya langsung tak tahu @ mungkin tak perasan yang Tabasco ni ada DNA babi... *dulu tak rajin selak suratkhabar, sekarang ni hari-hari kena baca*  berita tentang pengesahan ini, boleh kome baca kat sini JAKIM confirms pig DNA found in popular seasoning sauces (17 Jun 2011)

Saya tidak pasti adakah lagi berita pengesahan @ maklumbalas dari JAKIM kerana HJ Heinz memberi kenyataan produk mereka halal (16 Jun 2011) dan mendapat sijil halal daripada INFANCA (Tabasco) dan HAC (HP sauce).



HAC (Halal Audit COmpany) ni berdaftar dan beroperasi di Belanda/Netherland. JIka dilihat dalam senarai Badan Islam yang diiktiraf bagi tahun 2011. HAC memang tiada dalam senarai.




Camana pulak dengan status kicap manis ABC Heinz tu?? Halal ke? Kicap ABC Heinz ni pun saya tak pernah guna.. ingat tak iklan yang dilakonkan oleh salah seorang chef popular negara. ?/!! 

Bila disemak, HJ Heinz ini pun tidak termasuk dalam senarai permohonan luar negara yang diluluskan. So, tak yah guna lah..


Saya sekeluarga guna kicap Tamin ajer.. sokonglah produk keluaran Malaysia. 


*masa umur 19 tahun (20 tahun dulu), saya pernah temuramah Pak Tamin di Kilang kicapnya di Batu Gajah. Rumah dia bersebelahan ajer dengan kilang kicap. Assignment masa di matrik, siap dapat anugerah saguhati lagi





gadget impian saya.. jom support saya.. klik gambar yer









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...