Isnin, 2 April 2012

Home » , , » Biznes dropship untuk mereka yang tiada modal besar

Biznes dropship untuk mereka yang tiada modal besar




Salam bahagia,


Lama jugak blog ini tidak berupdate.. dan saya pula memang benar-benar tidak berkesempatan untuk menulis dan menjana idea untuk dikongsikan..


Tahun lepas saya kerap juga mendengar tentang perniagaan dropship. Pernah juga membaca ebook tentang konsep biznes dropship ni.. tetapi membaca dan merasai sendiri pengalaman adalah 2 perkara yang berbeza.


Awalnya dulu saya sendiri keliru dan tidak berani nak mencuba.. tapi bila sudah melalui pengalaman sendiri.. maka baru la kini saya faham. Biznes jenis dropship ini memang sesuai lah untuk saya yang tak punya modal dan tak perlu pening kepala nak uruskan stok produk.


Tanpa modal besar dan tanpa simpan stok, masih boleh membuat jualan dan menjana pendapatan.. yang penting kena ABC - action bring cash. 




gambar dari sini



Kelebihan bila membuat bisness dropship :

  • tak perlu modal untuk beli dan simpan stok 
  • tak perlu susah-susah untuk packing dan membuat penghantaran atau ke pejabat pos/poslaju
  • barang akan terus dihantar dari pihak pengedar/pembekal
  • kita hanya tolong promosi, terima pembayaran dari pelanggan dan bayar harga barang kepada pembekal
  • yang pasti lebih kerap kita promo, Insya Allah lebih ramai pembeli, lebih banyak lah komisen yang boleh dikumpul..
  • boleh promo mana2 produk yang anda suka.. & anda rasa boleh jual..


Bila ada kelebihan tentulah ada kekurangannya kan.. contohnya -- tak boleh nak berjanji dengan customer "hari ni bayar, esok saya pos" sebabnya tiap pembekal ade polisi pengantaran masing-masing.. contohnya  48 hingga 72 jam hari bekerja selepas pembayaran diterima.. jadi apa yang perlu kita buat adalah inform customer tentang polisi penghantaran.


Fee dropship??

Fee ini bergantung pada pihak yang membekal perniagaan dropship.. ada yang perlu bayar RM100 untuk seumur hidup, ada juga hanya RM10 setahun... jadi, pilih jer mana yang agen dropship yang ada di pasaran.


sekian.. perkongsian untuk hari ni.. nanti saya sambung lagi... #sekadar berkongsi supaya saya sendiri tidak lupa apa.

..



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


20 ulasan:

  1. menarik, cuma saya tak pandai promosi kakyong...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yus,

      boleh mencuba.. promo di blog pun boleh.. kakyong ni tak sempat nak buat n3 promo di blog.. sbb di FB pun dah tak menang tangan..

      Padam
  2. bagus jugak kan...hurmm...last year ada gak wan anie explain ngan saya tp masa tu saya pun less of confident..elok juga kalo nak bermula dgn cara ni kan..belajar handle customer dulu..plak tu saya pun takde modal jugak, nak tunggu modal tak tau la bila boleh start biz...ngeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yatie,

      nanti kakyong share lagi di n3 yg lain. apa yg perlu utk jd agen dropship.. yg pasti memang kena pandai handle customer.. layan dia mcm kita layan kawan2..

      Padam
  3. baguslah kakyong info ni.. sya pun sebenarnya baru tau pasal egen dropship ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. atie,

      Alhamdulillah.. sekadar berkongsi dgn pemahaman sendiri.. hrp2 boleh jadi turning point utk kawan2 yg nak mulakan biznes tp xde modal besar..

      Padam
  4. belum pernah cuba
    Tapi nampak macam menarik juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu tehr...

      kalo cikgu lagi senang meniaga.. ;)

      byk feedback kakyong dpt, cikgu sek paling senang kalo niaga ni.. letak jer barang, berdesup ade yg beli & order lagi..

      Padam
  5. Kak Yon tahu ada mana-mana produk Dropship yang bagus? Kelebihan dropship kita tidak perlu pening kepala menyimpan stok dan packaging kerana semuanya diuruskan oleh gudang dropship.

    BalasPadam
  6. tu la..sesuai bg yg kurang modal dan xnak tggung byk risiko..

    BalasPadam
  7. ada juga dengar tentang bisnes ini, ada keinginan untuk mencuba tp sampai skrg tak cuba juga

    BalasPadam
  8. Mmg minat nak wat bisnes tp tak sempat kekekek

    BalasPadam
  9. Saya tk buat2 lagi walopun kelebihan nak berbisnes tu dah ade ..

    BalasPadam
  10. baguslah ceburi bidang dropship kak yong...baik juga sebab modal tak perlu...cuma komitmen itu sukar

    BalasPadam
  11. keep it up ye kkyong... hanie ni bbrp hari ni kemalasan mempromo.. letih... hehehhe

    jemput2 le baca sini juge ye kome;

    http://diariniaga.com/2012/02/06/menceburi-perniagaan-dropshipping/

    BalasPadam
  12. baru tau pasal dropship ni kak yong... tak salah kalau nak cuba ni.

    BalasPadam
  13. Kena rajin promosi baru hasil pun masyukkk :)

    BalasPadam
  14. kita selalu gak tgk psl ajen dropship ni..tp lom prnh try lagi la...

    BalasPadam
  15. kena rajin promote la kan. saya ni bab promote mcm fail. lagipun memang x reti laa nak meniaga. mudah kesian kat orang ;p

    BalasPadam
  16. peluang yg baik dengan modal yg minima.

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...