Isnin, 23 Januari 2017

Home » , » 10 perkara paling di minati

10 perkara paling di minati



Text by : Kakyong Habibah
Picture edited by Kakyong Habibah


Salam qaseh sayang,


10 perkara yang paling Acik minati


1. Membaca novel

Ini adalah hobi sejak usia belasan tahun. Antara novelis yang mula Acik kenali pada usia belasan tahun adalah Khadijah Hasim. Boleh kata hampir ke semua novel & cerpen-cerpen beliau sudah saya baca. Nak tahu lanjut kesah Acik dan minat pada Khadijah Hashim, boleh baca lanjut di SINI. 

Semasa di belajar di UUM, Acik beralih kepada novel Inggeris. Memang bila ada masa terluang, memang suka berada di Perpustakaan sorang-sorang, sambil baca novel. Novel yang biasa di baca adalah novel Danielle Steel.

Kemudian berdikit mengenali penulis-penulis yang lain seperti Shahnon Ahmad, Azizi Abdullah, Norhayati Berahim dan ramai lagi lah.

Bila usia sudah menganjak 40an ni, lebih gemar pula membaca penulisan Saudara Ramlee Awang Murshid. ☺☺


2. Menjahit Cross-stitch

Ini adalah hobi yang kadang-kala sahaja. kadang buat. lama sekali ditinggalkan dan buat lagi bila ada keinginan memegang jarum

Boleh baca lanjut pasal minat cross-stich Acik di SINI.


3. Home School

Walaupun anak-anak sudah pun memasuki fasa sekolah rendah. Namun minat Acik pada perkembangan anak-anak dan home school belum lagi luntur. Memang seronok bila membaca pelbagai cerita tentang aktiviti yang dibuat bersama anak-anak. 

Masa anak-anak kecil dulu, Acik memang banyak habiskan masa dengan aktiviti homeschool. Boleh baca sedikit perkongsian Acik di SINI.



4. Suka makan

Acik ni memang pantang jumpa makanan best lagi sedap. Makan memang tak hengat. Acik paling suka Laksa. tak kesah lah laksa kuala ke, laksa penang ke, laksa kedah ke, laksa johor ke, laksa ganu ke. Asal namanya Laksa berkuah ikan, memang hadap.



5. membaca buku motivasi dan ilmu

Sejak terjebak dengan dunia bisnes dan usia yang semakin meningkat, memang sentiasa peruntukan ruang masa untuk membaca buku.

Orang dedulu kata Membaca itu jambatan ilmu. Bila tak membaca jambatan ilmu pun boleh runtuh.



Ini adalah timbunan buku yang perlu dihadam semula untuk tahun 2017

Selain membaca, Acik ada juga hadirkan diri ke kelas-kelas usrah dalam taman kejiranan ni. Dah tua-tua ni, sedar diri betapa kerdilnya diri, dengan ilmu yang seciput.




6. Poster editing

Acik sebenarnya dah lama terjebak dengan kerja-kerja editing ni. Sejak awal berblog masa tahun 2009 lagi, ada beberapa aplikasi editing yang acik belajar. contohnya Photoscape dan photoshop.

dan dari situ lah bermula minat dan mengambil upah membuat header dan watermark untuk blogger.

dan sekarang ni terjebak pula dengan editing menggunakan smartphone. Alhamdulillah, dengan ilmu yang sedikit, sudah dapat membantu hampir 40 orang (sepanjang tahun 2016) dengan kemahiran mengedit menggunakan applikasi dalam smartphone sahaja. 

Insya Allah, tahun ini 2017 akan diteruskan lagi. Target tahun ini mahu membantu 200 orang.



7. Suka menonton online

Walaupun sibuk uruskan bisnes dan anak-anak, Acik akan luangkan juga masa untuk menonton. Di rumah Acik tiada TV, jadi kami memang menonton online. Waktu Acik menonton adalah waktu melipat kain baju.  ☺☺💗😍😍

Apa yang selalu Acik tonton ?
rancangan ilmu di TV AlHijrah
drama korea dan  drama penyiasatan → tonton di 123movie
drama Melayu → boleh tonton di SINI



8. mengadap gadget

Semenjak terjebak dengan bisnes, memang tak dapat tidak setiap hari mengadap skrin kecil. Memang terpaksa meletakkan minat yang tinggi sebab untuk perkembangan bisnes kita perlukan komunikasi, samada melalui telegram mahupun whatsapp, selain media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Kadang-kadang jadi addicted dengan gadget ni. Memang memakan masa juga untuk memahirkan diri dengan gadget ni, terutama "maintenance". Jangan hanya pandai guna smartphone tapi kena juga tahu nak jaga "kesihatan" smartphone.

Tak salah mngadap gadget asal di guna untuk tujuan yang betul. Bila sudah berbisnes ni, semakin banyak ilmu gadjet dan applikasi online yang acik belajar. 


9. Jalan-jalan makan Angin

Ini adalah aktiviti yang jarang dapat dibuat. Masa zaman muda remaja, jalan-jalan makan angin ni adalah aktiviti wajib. Cuma sejak berkahwin, memang jarang sangat ada peluang jalan-jalan.

INsya Allah, tahun ni Acik nak Aktif kembali berjalan-jalan dan bawa anak-anak sekali. 



10. Tidur

Kerjaya sebagai ibu yang bekerjaya dari rumah, TIDUR ni memang selalu tak cukup. Tapi kalau ada peluang, Acik akan pastikan akan cover @ kadho balik tidur yang tak cukup tu. 

Tahu kan, jika tak cukup tidur, ia boleh memberi kesan kepada otak kita dan juga prestasi harian kita. 
dan tidur juga bagus untuk kekal awet muda tau.



Sebenarnya Acik ada banyak lagi minat. tapi cukup lah 10 ni Acik kongsikan. 
Bila kita ada minat yang hendak dibuat dalam kehidupan harian kita, hidup terasa lebih bermakna dan lebih terisi. Setuju tak ?









Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


0 ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...