Selasa, 18 Oktober 2011

Home » , , , » Bila ibu kelar bayi sendiri

Bila ibu kelar bayi sendiri



Salam bahagia,


Berita ini keluar di kaca TV malam tadi.. Ya Allah, sayu hati saya bila mengenangkan bayi yang tidak berdosa ini dikelar seperti ayam. Sad smile Crying face





 
BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.
Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.
“Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

sumber : harian metro



Ulasan saya :

Kes buang, sorok dan bunuh bayi ini nampaknya semakin menjadi-jadi.. kebanyakannya melibatkan pelajar sekolah. Ini lah kot akibat gejala siber. Betong ni tak silap saya satu tempat di Perlis yang berdekakatan dengan sempadan Thailand. Kat sana lagi lah macam-macam channel siam yang tidak bertapis boleh di tonton. Confused smile  oopss saya silap kat sini.. Betong ini adalah di Sarawak, satu daerah yang berdekatan dengan Sri Aman.

Agaknya semua yang mengandung anak luar nikah ni, memang kecik perutnya kot.. Masya Allah, sampai cikgu di sekolahnya pun tidak perasan yang pelajar ini mengandung. Kalau macam saya nih, 7 bulan mengandung, perut dah tak leh nak disembunyikan lagi dah.. bila masuk 8 bulan, berjalan pun sudah macam robot.. perut tu asyik mengeras ajer.

Apalah nasib pelajar itu kan?? Bila nafsu amarah beraja di jiwa.. hilang segala belas ehsan dan kasih sayang. Saya kesian dengan pelajar tu, tapi saya hangin juga sebab dia tak pandai jaga maruah diri dia. Semoga dia dipimpin ke jalan yang benar.




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


17 ulasan:

  1. Ya Allah, apa perasaan dia masa kelar perut anak dia tu kan...

    mengucap panjang saya kak...huhu

    BalasPadam
  2. @~ yus ~ Ya Allah Yus.. macam tu lah perasaan kakyong bila tgk berita ni dlm tv malam tadi.. menyirap darah..
    dah lah sebelum ni kuor berita budak umur 2 tahun yg kena langgar di China tu.. adooiii la... byk sgt kejadian yg mana org dah hilang sifat kasih sayang, lebih2 lagi pada anak kecil...

    BalasPadam
  3. Cerita ni dan cerita budak kena langgar kat china dalam berita semalam tu, lagi sedih. Orang buat tak peduli je. Ntah apa nak jadi dengan orang skrang. Sedih.

    BalasPadam
  4. tak silap dlm berita smlm, betong ni kat s'wak..

    tergamak dia kan Kak yong...9 bulan duk bwk, keluar cukup sifat..aduhai....dunia akhir zaman!

    BalasPadam
  5. @Yati ya, citer budak yg kena langgar at China tu... hampeh betui, macam takde hati perut jer depa tu kan.. tgk budak tu mcm tgk sampah.. serupa xde makna..
    kita yg tgk dr jauh ni pun sedih.. ni kan pulak mak bapak budak tu...

    BalasPadam
  6. @MamaYatie owh.. Betong kat Sarawak ker.. tak sempat dengar yg part tu.. suratkhabar ni pun kalo dah dlm negara ade 2-3 tempat nama sama, elok lah tulis nama negeri sekali kan.. xde lah yg dah salahfaham..

    ntahlah Yatie, xleh nak pk camner budak tu buleh tergamak buat mcm tu.. terlampau sgt dah tu...

    BalasPadam
  7. kakyong, nama tempat yang kat Perlis tu Bintong. Bukan Betong. Hehehe..

    BalasPadam
  8. Bila dengar berita2 macam ni, rasa takut bila memikirkan masa akan datang... >.<

    BalasPadam
  9. macam2 boleh jadi bila fikiran buntu
    sekali silap, bertambah pula berkali2 silap

    BalasPadam
  10. aritu pun kes kat Betong gak ... ish3x...

    Hanie xleh tgk la gambo bby tu..bod* betul mak baby tu g kelar dia...kelar lah bdn sndiri klu berani sgt ! huhh~

    BalasPadam
  11. @Suhana Shahril Bintong tu tak perasan lah pulak..
    Baru teringat Betong ni di sempadan Thailand bukan di Perlis.. bukan apa, dulu pakcik pernah kahwin dgn org Betong.. :p

    BalasPadam
  12. @NauRah aLwaNi zaman skrg ni terlalu mencabar... x tau lah masa akan dtg camana.. hrp2 kita didik & asuh anak2 agar mampu mbezakan antara dosa dan pahala.

    BalasPadam
  13. @tehr Betul Tehr.. org tua pun akan buat sesuatu yg tak masuk akal jika fikiran buntu.. tapi jika iman menjaga hati.. Insya Allah, api marah itu boleh ditundukkan dgn sebaiknya.

    BalasPadam
  14. @Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil huhhhh, ni mesti kes dimana akal sudah dikuasai nafsu marah...

    BalasPadam
  15. mmg sedih tgk keadaan baby yg kene kelar tu..menitis air mata..sng2 je dia buat baby tu mcm tu..org yg betui2 nak anak..punya la susah nak dpt..deorg ni sng2 je dpt, pastu buat camtu plk..

    BalasPadam
  16. @hannikasim betul Hanni, ade orang menangis tak dpt anak..

    BalasPadam
  17. sy termasuk dlm remaje zmn skrg.sy xtau ape nk jd kt shbt2 sy nie...buntu...ble dah jd bende mcm nie...rse rindu Kt Rasulullah tue mkn memuncak...Ya Allah...tlg la ktrg nie...bantulah aku serte shbt2 aku...

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...