Selasa, 11 Oktober 2011

Home » , , , » Cadangan naikkan elaun ahli Parlimen ditarik balik.. bagus kan.

Cadangan naikkan elaun ahli Parlimen ditarik balik.. bagus kan.


Salam bahagia,

Cadangan naik elaun ahli Parlimen ditarik balik
sumber dari Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 10 Okt. - Cadangan menaikkan elaun ahli Parlimen seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012 Jumaat lalu ditarik balik.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamaed Nazri Aziz berkata, ia berikutan tidak mendapat persetujuan daripada beberapa pemimpin parti pembangkang walaupun pada awalnya sudah dipersetujui oleh wakil mereka.
Beliau menjelaskan cadangan menaikkan elaun tersebut dibuat oleh beliau berdasarkan laporan yang diterima daripada jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengkaji keperluan kenaikan elaun itu dua hari sebelum pembentangan bajet.
"Jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar selain 13 wakil parti (kerajaan dan pembangkang) telah bersetuju untuk menaikkan elaun dan gaji ahli Parlimen, maka saya merayu kepada Perdana Menteri untuk meletakkan sedikit peruntukan dalam Bajet 2012.
"Namun, selepas pengumuman Perdana Menteri itu, beberapa pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Azmin Ali dan Salahuddin Ayub jelas tidak memberi sokongan sebagaimana saya berjanji kepada Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Dalam pengumuman Bajet 2012 lalu, kerajaan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli Parlimen kerana menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja mereka semakin bertambah.
Bagaimanapun, peruntukan elaun baru itu hanya akan dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun depan sekiranya kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang termasuk Ahli Parlimen Bebas bersetuju.
Justeru, Mohamed Nazri memohon maaf kepada Perdana Menteri kerana gagal mendapatkan sokongan semua ahli Parlimen sebagaimana yang dijanjikan.
Menurut beliau, peruntukan kenaikan elaun dan gaji ahli Parlimen itu berjumlah RM30 juta iaitu hanya membabitkan 0.019 peratus daripada keseluruhan bajet.
"Cadangan untuk menaikkan elaun ini bukan bertujuan memewahkan ahli Parlimen tetapi bagi membolehkan mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan mereka, selain atas faktor jumlah elaun terendah yang diterima berbanding negara-negara lain.
"Bagaimanapun, mereka (pembangkang) buka mulut (tidak setuju) terlalu awal tanpa memikirkan ahli Parlimen lain yang memerlukan kenaikan elaun ini. Mungkin yang tidak bersetuju itu sudah banyak duit maka dia tidak fikir orang lain," katanya.
Sementara itu, Anwar ketika ditemui pemberita berkata, bantahan kenaikan elaun ahli Parlimen itu dibuat kerana mahu kerajaan menetapkan terlebih dahulu gaji minimum pekerja sebanyak RM1,100.
 
Ulasan saya :

Saya sokong. molek lah didahulukan keperluan rakyat.. baru lah selari dengan moto, “Rakyat Didahulukan”.
Pada saya kebanyakan ahli parlimen ni hidup mewah, rumah besar dan selesa, makan pakai cukup, tiada yang kurang terutama ahli Parlimen pro-kerajaan. Maka, saya tidak nampak keperluan untuk dinaikkan elaun, sedangkan masih ramai rakyat yang hidup dengan kos sara hidup dibawah RM1,000. Ada yang setiap hari makan nasi dengan kicap ajer.. Sad smile ade sapa kesah??

JIka benar cadangan untuk menaikkan elaun ahli parlimen untuk membolehkan mereka memberi khidmat yang lebih baik kepada rakyat, adalah lebih baik jika peruntukan/bajet untuk setiap kawasan parlimen dinaikkan, jadi bila rakyat memohon bantuan, tiada lah isu tak cukup bajet. Winking smile




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


10 ulasan:

  1. setuju jugak :)
    dah la belanjawan defisit, lagi nak naikkan elaun ahli parlimen

    BalasPadam
  2. Sorry out of topic. Sekarang kakyong self hosted atau dah pindah ke blogspot?

    BalasPadam
  3. setuju 300%! RM30juta tu amaun yg sngt besar kan...boleh dimanfaatkan utk keperluan rakyat yg lain. Setuju ngan kak yong, mmg tak nampak keperluan utk menaikkan elaun mereka...semuanya expenses boleh claim kan even minyak keta....cukup2 lah bermewah-mewahan tu..patut ikut contoh Tok guru, dressing yg simple & sederhana..kereta m'sia sahaja...rumah pun rumah sendiri...oh YB!!

    BalasPadam
  4. @Maisarah kakyong dah letak notis kat atas tu kan... JELAS sejelas2nya...

    sudah tidak self-hosting lagi.. hanya guna domain berbayar ajer.. ;)

    BalasPadam
  5. @MamaYatie tu lah dia... bila mentioned bab claim tu... huhuuu.. ngeri... kalo semua diclaim.. duit elaun buat apa????

    suka dgn TG Nik Aziz.. teringin sangat nak ziarah dia & menjadi tetamu di rumah TGNA

    BalasPadam
  6. kat 'sana' nanti jenuh tau pemimpin2 ni nk jawab...huii ... bukan sng nk jadi pemimpin lagi2 klu masih ada rakyat yg xcukup makan

    BalasPadam
  7. memang nampak hidup diorang dah mewah sgt kakyong ramai lagi yg tk cukup makan pakai nak dibanding kan diorang eloklah tk dinaikkan ..

    BalasPadam
  8. KAK YONG

    lama x dtg drop komen sini
    sgt sokong..sbb sepatutnya banyak benda lain yg boleh improve utk rakyat selain improve elaun YB2 sekalian..

    kita ni hidup kais pagi makan pagi
    kais petang makan petang

    diorang lgsg x nak kaji dasar kapitalism ni...mengenakan kadar faedah tggi melangit utk beli rumah..beli kereta..

    kita ni hidup atas dasar riba interest shj...

    org yg berpendapatan bawah 3k di bdr dikenal pasti sbg miskin bandar

    sgt sedih kan :(

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...