Isnin, 10 Oktober 2011

Home » , , » Jemaah haji wanita meninggal dunia jatuh dari bilik hotel

Jemaah haji wanita meninggal dunia jatuh dari bilik hotel




sumber : harian metro

KUALA LUMPUR: Seorang jemaah haji wanita Malaysia meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan hotel penginapannya di Hotel Al-Haram di Madinah, Arab Saudi, kira-kira jam 4 petang waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia), kelmarin.
Sumber memberitahu, mangsa yang berasal dari Selangor, bersama suaminya ke Makkah untuk menunaikan Rukun Islam kelima.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada dalam biliknya di tingkat sembilan hotel berkenaan.
“Mangsa dipercayai terjatuh dari biliknya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Sementara itu, seorang jemaah haji Malaysia yang turut menetap di hotel sama, Mohd Faizal Mohd Noor berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke Masjid Nabawi, tidak jauh dari hotel itu untuk menunaikan solat Asar.
Katanya, dia ternampak mangsa terjatuh dari bilik hotelnya dan meninggal dunia di tempat kejadian.
 
ulasan saya:

Berita ni sedikit mengelirukan.. adakah jemaah tersebut terjatuh dari tingkat 9 ke bawah bangunan.. atau pun, dia jatuh dalam biliknya di tingkat 9. Saya tak dapat membayangkan keadaan jenazah jemaah ini jika benar beliau “terjatuh dari bilik hotelnya”.
Bagaimana anda mentafsir ayat tersebut.. terjatuh dari bilik hotelnya.. adakah hotel itu ada beranda & beliau tergelincir dan jatuh ke bawah.. tapi dalam berita ni tiada pulak ayat yang menyatakan mangsa jatuh ke bawah @ jatuh dari atas bangunan… Smile with tongue out  fenin juga saya nak memahami berita ini.


Maaf selepas publish n3 ini baru saya perasan ade gambar dalam berita tersebut.. ni saya tampalkan.. maka semua ulasan tu saya strike/potong.. maaf atas kehilafan saya..




Salam takziah buat keluarga Almarhummah, semoga tabah menerima berita ini.. semoga rohnya dicucuri rahmat, dan ditempatkan disamping mereka yang beriman. AMin.



p/s : semoga penyiasatan dpt dilakukan dengan segera.. agaknya jemaah tersebut penin @ gayat & terjatuh dari beranda.. (andaian saya semata-mata).. tapi sedih bila mendengar berita kematian. 






Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


12 ulasan:

  1. innalillah..luar jangkaan kan...
    teringat kisah arwah bapa kawan opis saya yg meninggal kat sana last year sbb jangkitan kuman kat paru2..

    kak yong, nape lately ni ada n3 yg keluar kat feeds tp bila gi blog kak yong takde la pulak..confuse..

    BalasPadam
  2. Assalam yong..ya allah..macam mana boleh terjatuh tu...tapi dah ketentuanNYA..AlFatihah

    BalasPadam
  3. @Acik Erna berita pkl 12 dlm tv tadi pun ade mention, belum dpt kepastian sebab kematian.. masih menunggu laporan lengkap dr polis Arab Saudi..

    BalasPadam
  4. @MamaYatie semua pun ketentuan Ilalhi..

    pasal feed blog ni.. kakyong pun fenin tau.. kalo kakyong publish n3 dr blog kakyong72.blogspot pun, kakyong.com ni akan 'amik' feed n3 nya.. x tau camno nak buat dah.. ponin palo dah..

    so , apa yg kakyong buat skrg ni (1-2 hari ni).. selepas publish n3 kakyong72, then baru publish n3 baru di kakyong.com.. so that the actual n3 kakyong.com yg akan appear.. :p

    BalasPadam
  5. Ya Allah kak...

    macam manalah boleh terjatuh tu kan...

    Al-Fatihah untuk arwah

    BalasPadam
  6. @~ yus ~ kita yg org luar ni pun tertanya2.. apatah lagi keluarga & anak2 arwah kan... !!

    BalasPadam
  7. Musykil juga camana boleh terjatuh tu. Takziah pada keluarga arwah.

    BalasPadam
  8. Innalilillahi wainnahirajiuun. Tinggi tu dr tingkat 9.

    BalasPadam
  9. @Yati memang musykil2.. hrp2 kita semua mdapat jawapannya..

    BalasPadam
  10. @transformed housewife yer Nur... ntah bagaimana lah keadaan jenazahnya kan.. Minta dijauhkan kita & ahli keluarga dr kemalangan spt ini..

    BalasPadam
  11. innalillah ... tp bertuah dpt 'pergi' di tanah haram .. semoga arwah dicucuri rahmat ... *blur gak pikior cmne leh trjatuh tu ... takkan ade konspirasi kot??

    BalasPadam
  12. Bila dtg madinah baru tahu mcm mn boleh jatuh. Kebanyakkan tgkap hotel di sini termasuk mekah takde gril. Mmg kn hati2. Sy dok tingkat 9. Nk buka tingkap pun seqeyau. 1 bilik ramai. Insyaallah sentiasa berhati2. Yang takutnya bila ada y nk sidai baju kat tingkap tu. Terlupa y tingkap dibuka. ...tertutup dek langsir. Bahaya... So. Selalu pastikan tingkap ditutup.

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...