Rabu, 12 Oktober 2011

Home » , , , » 9 daripada 10 kanak-kanak dan remaja Malaysia terdedah gejala siber

9 daripada 10 kanak-kanak dan remaja Malaysia terdedah gejala siber



salam bahagia,

rentetan daripada n3 Remaja & kanak-kanak Malaysia layari internet 19 jam seminggu. Memang menakutkan bila dilaporkan 90% daripada kanak-kanak & remaja Malaysia yang berusia dari  5 hingga 18 tahun, ketagih internet. Disappointed smile Boleh percaya ke data statistik ni… ???


sumber berita : Berita harian online

Pelan strategik lindungi kesan negatif siber dirangka

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak dan remaja di negara ini dilaporkan melayari internet pada purata 19 jam seminggu, sehingga menyebabkan mereka terdedah dengan pengalaman negatif menerusi penggunaan teknologi itu termasuk buli, penipuan identiti dan pornografi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata situasi itu mewakili kira-kira 90 peratus daripada 8.5 juta kanak-kanak atau sembilan daripada 10 daripada mereka berusia lima hingga 18 tahun di negara ini yang dilaporkan terdedah dengan gejala negatif dunia siber, sekali gus mampu mempengaruhi emosi mereka.

Kementerian akan merangka satu pelan strategik merangkumi kajian sama ada perlunya undang-undang atau polisi untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa kesan negatif internet. - Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Sehubungan itu, katanya, kementerian akan merangka satu pelan strategik merangkumi kajian sama ada perlunya undang-undang atau polisi untuk memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa kesan negatif internet.

“Data diperoleh daripada Norton Online Family Report 2010 juga melaporkan hanya empat daripada 10 ibu bapa mengetahui apa dilayari anak mereka dalam internet.

“Jadi, kementerian akan memimpin pihak berkepentingan, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), CyberSecurity dan DIGI mengolah pelan strategik bagi memberi perlindungan kepada golongan sasar kerana ini amat berbahaya dan sejajar dengan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak yang dipersetujui kerajaan pada 2009,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Seminar Perlindungan Kanak-kanak Dalam Alam Maya (Child Online Protection) dan pelancaran buku Guide to a family friendly internet experience, di sini semalam.

Berita selanjutnya sila baca kat Berita  Harian online.


Ulasan saya :

saya merasa amat sangsi dengan data kajian yang dibuat.. sebab selalunya sample data untuk statistik ni selalunya tidak mewakili 1% pun daripada sample.. dalam kes ini, sample adalah merujuk kanak2 dan remaja dalam lingkungan umur 5 hingga 18 tahun.  Bayangkan 90% daripada 8.5 juta kanak2 dan remaja… adakah sebegitu serius…?? Thumbs down  susah saya nak percaya… saya masih merasakan data ini adalah tidak tepat. Ada tak sapa yang nak setuju dengan saya.?? Smile with tongue out


Sila rujuk gambarajah di bawah ini, ini adalah printscreen jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2010. Dan jumlah penduduk dari usia 5 tahun hingga 19 tahun adalah lebih kurang 8.5 juta. Maklumat lanjut, boleh rujuk di SINI.





Saya tak kesah sangat hal nak buat pelan strategik ke hapa.. tapi bior lah data nya masuk akal.. kalo nak buat survey/kajian pun.. sila lah pergi ke bandar kecil sama… atau ke kawasan luor bandar.. kalau data yang macam ni diberikan kepada mak bapak yang dok kampung yang tak berapa kenal PC & laptop & anak2 depa pun hanya dapat pegang PC di sekolah ajer, agaknya mak ayah tu hanya berpandangan sesama sendiri ajer lah kot… Yalah, kalo dikaborkan 9 daripda 10 anak2 kampung tu dalam bahaya & terdedah dengan dunia siber yang penuh dengan gejala negatif.

Jika data 9 daripada 10 tu mewakili kanak-kanak dan remaja di bandar, mungkin logik diterima akal.. tapi jika dipukulrata untuk mewakili semua kanak-kanak dan remaja dalam Malaysia ni, saya memang tidak bersetuju.. Smile sebabnya Malaysia belum lagi mencapai tahap 1 rumah 1 PC/lappy. 




Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


4 ulasan:

  1. statistik tu pun bg saya mmg something wrong somewhere...tp the fact nya kan kak yong, kat kg pun skrg dah ada cyber cafe & saya tak terkejut bila dengar budak2 kg balik sekolah duk cyber cafe main game..huhu

    BalasPadam
  2. @MamaYatie setuju dgn Yatie, tp masih ade juga kampung yg takde siber cafe.. ;)

    cuma tak setuju jika digrupkan kanak2 usia 5 tahun dlm kumpulan ni.. jika dikatakan 9 drp 10 kanak2 dan remaja dari usia 10 tahun hingga 18 tahun, mungkin ada logiknya utk kita terima statistik tu.. :D

    BalasPadam
  3. hanya untuk remaja di bandar je
    tu pun hanya yang berada

    yang miskin, memang mereka takkan mampu nak bayar

    BalasPadam
  4. betui kak yong , ank sedara saya di kampung tu rata2 tk pandai langsung guna laptop dah 10 - 12 tahun pun umur diorang ,., kalau 5 tahun lagi ler memang tak pandai2 sbb org kampung mana ada internet di rumah kebanyakkanyaa

    BalasPadam

Terima kasih atas sumbangan idea anda.. komen anda akan diluluskan sebaik saya online.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...