Sabtu, 19 November 2011

Home » , , » Syarat pinjaman berdasarkan Pendapatan Bersih–BNM

Syarat pinjaman berdasarkan Pendapatan Bersih–BNM



Bagus lah syarat untuk membuat pinjaman diperketatkan,, sekarang ni ada macam-macam promosi..  pinjaman diluluskan dalam 10 minit, ada yang 1/2 jam.. aduhh.., jika semudah ini kelulusan untuk mendapatkan pinjaman.. maka makin mudahlah orang nak berhutang. Berhutang tu mudah.. nak membayarnya… adoi la ramai yang liat..

Tawaran untuk kredit kad juga harus direview sebelum ditawarkan kepada pelanggan terpilih.. contoh macam saya nih.. dah 3 tahun lebih tak kerja.. tapi masih ditawarkan untuk renew kad kredit dengan limit RM6,500 walhal dah banyak kali saya tolak.. sila lah semak caruman KWSP saya.. ada kah lagi caruman bulanan.. Winking smile 


Kelayakan pinjaman lebih ketat
Oleh KHAIRUDDIN MOHD AMIN dan AINUL ASNIERA AHSAN
bisnes.utusan@gmail.com

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang menetapkan kelayakan permohonan pinjaman bank perlu berdasarkan pendapatan bersih dan bukan lagi pendapatan kasar pemohon, berkuatkuasa 1 Januari ini .

Dalam usaha mengurangkan hutang isi rumah di negara ini yang masih terkawal, BNM juga mengehadkan tempoh pembiayaan pinjaman kenderaan hanya selama sembilan tahun berbanding 11 tahun bagi permohonan yang diterima mulai hari ini.

Di bawah garis panduan tanggungjawab pembiayaan baharu itu, permohonan pemohon juga dinilai berdasarkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan cukai serta mengambil kira semua tanggungan hutang semasa, kata Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hari ini.

Katanya, permohonan itu, bagaimanapun hanya melibatkan segmen runcit seperti pembiayaan kediaman, kenderaan, kad kredit dan kad caj, pinjaman peribadi termasuk kemudahan overdraf dan pembiayaan bagi pembelian sekuriti kecuali pembiayaan margin saham.

Beliau berkata, kesemua pendekatan itu adalah sejajar dengan amalan semasa tetapi dengan garis panduan ini memastikan institusi kewangan tidak melonggarkan prinsip amalan pembiayaan berhemat dan bertanggungjawab.

BNM menegaskan garis panduan ini bukan sahaja perlu dipatuhi oleh institusi perbankan di bawah pengawasan Bank Pusat itu, tetapi juga oleh Suruhanjaya Syarikat Awam, Malaysia Building Sosiety Bhd. (MBSB) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan (M) Bhd.

''Garis Panduan ini diperkenalkan supaya kedudukan hutang isi rumah di negara ini lebih terurus. Setakat ini tahap hutang isi rumah tidak membimbangkan.

''Kita tidak mahu kegagalan amalan kredit mencetuskan kegagalan dalam sistem kewangan kerana sistem kewangan saling berkait dengan ekonomi,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi ekonomi negara pada suku ketiga 2011.

Kadar nisbah hutang tertunggak adalah 1.99 peratus dan mungkir pembayaran dalam tempoh satu hingga dua bulan adalah empat peratus sahaja.

Sehingga September 2011, kadar tahunan pinjaman isi rumah kini meningkat 11.4 peratus dan nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar adalah sebanyak 77.6 peratus.

Beliau menjelaskan peningkatan hutang isi rumah negara semasa disokong oleh pertambahan pendapatan secara stabil dan kedudukan pekerjaan yang baik.

Sejumlah 64 peratus pinjaman digunakan bagi pembelian aset seperti kediaman dan kenderaan.
Zeti berkata, garis panduan baharu itu tidak akan menjejaskan sektor pinjaman yang merupakan antara faktor utama memacu ekonomi negara selain mengekang aktiviti pinjaman haram yang boleh menjejaskan ekonomi secara keseluruhannya.

Katanya, garis panduan baharu itu dilaksanakan untuk menyemai amalan tanggungjawab pinjaman oleh institusi kewangan yang berurusan dengan pelanggan runcit.

Ia turut mempromosi sikap pinjaman bertanggungjawab untuk merangsang pasaran kredit yang sihat dan kekal, sekali gus menyumbang kepada kestabilan kewangan dan ekonomi serta memperkukuhkan kepentingan pengguna.

Berikutan itu, di bawah syarat garis panduan tersebut, institusi perbankan perlu memastikan produk pembiayaan yang ditawarkan adalah sesuai dan mampu memenuhi keperluan kewangan pelanggan.


..



Terima kasih singgah ke blog Kakyong. Jemput singgah ke IG Sihat.Gojes.Cerdas.Pintar , Blog Stokis Qaseh Gold Ipoh dan FB Kakyong HY


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...